The Last Supper

hri ni jumaat..penghulu segala hri..jdi, petang2 gini aku postkan
satu n3 yg bleh memberi sedikit manfaat kpd korang...layan jer..

Nabi Isa dikianat oleh pengikutnya
Justify FullAda puak Yahudi yang tak suka kepada Nabi Isa kerana Nabi Isa telah banyak menghalang mereka berbuat perkara yang dilarang agama. Nabi Isa perasan perkara ini dan bertanya kepada pengikutnya siapakah yang akan menolongnya dalam menegakkan agama Allah yang dibawanya. Ramai pengikutnya yang telah mengaku taat setia pada Nabi Isa mempertahankan agama.

Dalam pada itu ada juga yang membelot dan mengajak orang Yahudi Roman untuk membunuh Nabi Isa. Oleh kerana orang Roman ini tak begitu kenal Nabi Isa maka dirancangkan supaya ia membunuh orang yang dipeluk oleh pembelot tersebut.

Pada Malam yang dikenali sebagai "The Last Supper" atau "Makan Malam Terakhir" Nabi Isa telah diangkat Allah ke sisiNya dan orang yang dibunuh oleh Roman tersebut ialah Judas, pembelot tersebut. Judas telah dibunuh dan dipalang selama tiga hari.

Semasa Nabi Muhammad SAW naik ke langit menerima arahan sembahyang kemudiannya, Nabi Muhammad SAW telah bertemu dengan Nabi Isa di langit ke empat. Di riwayatkan Nabi Muhammad bertemu Nabi Isa dengan jasad dan rohnya.

Ada riwayat yang menyatakan Nabi Isa mati dan ada yang menyatakan roh dan jasatnya diangkat Allah ke langit. Hanya Allah yang tahu sebenarnya. Tetapi Nabi Isa tidak dibunuh oleh orang Roman tersebut.

Dikatakan juga bahawa Nabi Isa akan turun ke bumi nanti untuk membunuh Dajjal


Dewan "last supper" . Orang kristain percaya di sini adalah tempat
makan malam terakhir Nabi Isa. Dahulunya ia adalah masjid


sumber: http://www.ustazamin.com/2009/05/jom-kongsi-pengalaman-36-inside.html

7 comments:

  1. jahilnya aku ttg sirah nabi..

    astaghfirullah..

    sbb byk version. aku blom selidik yg mane sahih...

    ReplyDelete
  2. owh..bru tau psal the last supper nih..hmm...btul3..thanks ek.. :)

    ReplyDelete
  3. ya
    judas tu la pembelot
    yang kena palang

    duk bising cakap tu nabi isa plak dah

    :P

    ReplyDelete
  4. YG BAIK ITU DATANG DARI ALLAH SWT..YG BURUK ADALH KELEMAHAN DIRI AKU SENDIRI

    ReplyDelete
  5. last supper tu,sama ngan easter kan?
    betolkan kalo silap

    ReplyDelete
  6. sekut tawar
    aku pon xtau sgt pasal easter nih..
    ia adalh kepercayaan penganut kristian yg mana jesus christ akan dihidupkan kembali pd hri ahad...
    dan jumaat sblum easter mrk sambut good friday..iaitu hri jesus disalib..

    itu kepercayaan mereka...bgi kita org islam..nabi isa tdk pernah dibunuh atau disalib..

    ReplyDelete