Anak Ular Tedung Dua Kepala Ditemui Di China


Yulin (China) – Walaupun tidak makan atau minum, seekor anak ular tedung berkepala dua yang dilahirkan dua minggu lalu masih hidup dan membesar.

Seorang penternak ular di sini, Huang Pan berkata, dia menemui anak ular tedung berkenaan ketika membersihkan telur ular di ladangnya.

Menurutnya, dia memberi tumpuan terhadap anak ular berkenaan, tetapi bimbang ia tidak boleh hidup lebih lama kerana masih tidak makan atau minum sejak dilahirkan.

Katanya, demi keselamatan ular itu, dia menyerahkannya kepada zoo di Nanning yang diharapkan dapat menjaga haiwan itu dengan baik.


Pegawai zoo, Li Keqi berkata, pihaknya tidak dapat memastikan sama ada ular itu akan hidup lebih lama walaupun keadaannya stabil ketika ini.

Penemuan anak ular berkepala dua pernah dilaporkan sebelum ini, tetapi kebanyakannya mati tidak lama selepas dilahirkan.

Awal tahun ini, seekor lembu melahirkan anak bermuka dua menjadi viral di Internet. – Agensi/myMetro Online

'Shisha Stick ' Alat Baharu Lepas Gian Remaja Sekolah


KUALA LUMPUR: Belum lagi reda isu rokok elektronik berperisa ganja, warga kota dikejutkan pula trend terbaharu 'shisha stick', dipercayai mengandungi bahan menyebabkan ketagihan dan menjadi kegilaan golongan remaja.

Berbentuk dan bersaiz sama seperti pen serta mempunyai pelbagai warna, 'shisha stick mudah disembunyi sebagai alat tulis, menurut satu status pengguna laman sosial 'Facebook' yang turut memuat naik gambar bahan berkenaan.

Pengguna Facebook berkenaan menarik perhatian harga 'mampu milik' di sekitar RM17 ke RM20 dengan pelbagai perisa memudahkan lagi ia dibeli pelajar sekolah.

Status itu turut dikongsi pengguna sosial media lain dan menjadi viral sejak minggu lepas.

Hasil maklumat itu, Bernama membuat tinjauan di sekitar ibu kota dan mendapati ia dijual secara sembunyi hanya kepada golongan tertentu selain boleh juga didapati, antara lain, di kedai serbaneka.

Penulis berusia awal 40-an ini menyamar sebagai pembeli di Pasar Larut Malam Danau Kota, Setapak, di sini namun gagal apabila seorang penjual rokok elektronik memberi pelbagai alasan untuk tidak menjualnya kepada penulis.

Penjual itu yang hanya mahu dikenali sebagai Nizam pada mulanya tidak mengaku menjual barangan itu namun setelah dipujuk, dia mengaku pernah menjualnya.

"Dulu memang ada jual tapi sekarang tak ada stok lagi abang," katanya.

Bagaimanapun, rakan sekerja berumur awal 20-an yang menyamar sebagai pelajar sekolah berjaya membeli 'shisha stick' di sebuah kedai serbaneka yang turut menjual barangan runcit dari Timur Tengah di Jalan Bukit Bintang, setelah terpaksa mengambil masa lama berunding.

Shisha stick itu tidak disimpan secara terbuka, dan peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Malek hanya mengeluarkan barangan berkenaan dari sebuah bungkusan apabila pelanggan terdahulu beredar.

"Do you want this one (shisha stick)...," kata Malek sambil menambah bahawa dia hanya mempunyai baki lapan shisha stick dalam stoknya.

Kelihatan resah sepanjang urusan jual beli itu, Malek bagaimanapun enggan mendedahkan asal barangan berkenaan.

Shisha stick itu dibeli oleh wartawan Bernama dengan harga RM17.

Sementara itu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata shisha stick atau dikenali sebagai 'Shisha Pen' ataupun dengan nama 'Hookah Pen' adalah kategori rokok elektronik dan mempunyai fungsi yang sama seperti 'Vapor'.

Katanya shisha stick tidak popular berbanding vapor disebabkan kandungan cecair perisa yang sedikit dan tidak memberi kepuasan kepada pengguna berbanding vapor.

"Sehingga kini tiada undang-undang berkaitan larangan mengguna shisha stick," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata namun demikian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Kementerian Pendidikan peringkat negeri dan daerah serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan berkerjasama bagi memantau penyalahgunaan bahan yang disyaki mengandungi dadah.

Mohd Mokhtar berkata pemantauan dan risikan polis mendapati setakat ini penggunaan shisha stick bukan merupakan kaedah baharu bagi penyeludupan dan pengedaran dadah jenis ganja di negara ini. - Bernama

[Video] Pengguna Teruja Minta Teksi Produa Myvi Tapi Yang Datang Jemput Kereta McLaren


Sebuah video yang dimuatnaik oleh AutoBuzz.my telah menarik perhatian di mana video berkenaan menunjukkan pengguna khidmat teksi Uber telah diberikan kejutan.

Pekhidmatan teksi Uber telah dilancarkan pada tahun lalu di mana ia lebih berkonsepkan 'pemandu peribadi' yang ditawarkan kepada penguna untuk kemana sahaja di mana mereka boleh memiliha jenis kereta yang mereka mahukan.

AutoBuzz.my dan Uber telah bekerjasama dalam menjayakan rakaman ini dimana dikatakan mereka mahu memberi kejutan kepada pengguna bertuah perkhidmatan Uber dengan menggunakan kereta mewah jenis McLaren MP4-12C sebagai ‘teksi peribadi'.

Bukan senang hendak menaiki kereta mewah berkenaan jika poket nipis, tetapi mereka ini bertuah kerana dapat merasa menaiki kereta  McLaren MP4-12C tersebut.



Kredit: Siakapkeli.my

Rangka ibu dan anak berpelukan berusia 4000 tahun ditemui


Ahli arkeologi China menemui rangka seorang ibu memeluk erat anaknya ketika berlaku gempa bumi yang dahsyat di Provinsi Qinghai, China pada 2,000 sebelum Masehi.

Rangka tersebut ditemui selepas dilakukan penggalian di kawasan yang juga dikenali sebagai "Pompeii dari Timur" ini.

Para pakar percaya tapak yang digali itu merupakan kawasan bekas hentaman gempa bumi dan banjir. Namun begitu belum diketahui skala kerosakan bencana tersebut.

Musibah itu telah membuat seluruh penduduk di kawasan tersebut hilang atau meninggal dunia. Mirip dengan musibah di Pompeii, yang mana penduduknya hilang ditelan abu gunung berapi Vesuvius.

Paling menyayat hati adalah penemuan rangka tulang ibu yang sedang memeluk anaknya. Kelihatan rangka ibu tersebut sedang berlutut sambil kepalanya melihat ke atas dan melingkarkan tangan ke bahu anaknya, manakala anaknya memeluk sambil melihat ke arah ibunya.

Selain rangka ibu dan anak, ditemui juga beberapa tulang-tulang yang saling berpelukan.

Tapak yang ditemui pada awal tahun 2000 itu menjadi menjadi kawasan penggalian terbesar dari musibah yang terjadi di China dengan luas 40 ribu kaki. Ia juga  boleh memberi petunjuk penting kehidupan pada zaman gangsa dekat Sungai Kuning.


Sumber: Tribunnews.com

[Gambar] Ribuan penyu mendarat di Pantai Ixtapilla, Mexico untuk bertelur

Kira-kira 50 ribu ekor penyu mendarat untuk bertelur antara 3 hingga 5 hari di Pantai Ixtapilla,  Michoacan, Mexico.  








Foto: AFP PHOTO/ENRIQUE CASTRO

Ayahanda Rani Kulup & Uqasha Senrose Meriahkan 'Super Spontan' Musim 4


 PETALING JAYA: Pelakon Uqasha Senrose dipilih antara barisan pemain utama yang akan bersaing di pentas Super Spontan All Stars musim keempat bersama beberapa pelawak lain yang bakal bermula pada 28 Ogos ini.

Ketua Pengisian dan Saluran Komedi Astro, Bob Azrai berkata, pemilihan aktres tersebut adalah berdasarkan prestasi cemerlangnya sebagai tetamu undangan pada program separuh akhir musim lalu.

"Kita akui sukar untuk mencari peserta wanita dan ramai takut untuk menyertainya kerana ia melibatkan permainan secara spontan.

"Bila kami lihat Uqasha mampu untuk bermain dengan baik, kami cuba bertanya sama ada dia ingin terlibat atau tidak. Dia bersetuju untuk cuba bersaing pada musim ini," ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui pada sidang media program Super Spontan musim keempat di Talent Lounge, di sini, Selasa.

Program Super Spontan All Stars bakal bersiaran secara langsung dari Studio Visual Three, Bukit Serdang, dekat sini, pada setiap Jumaat pukul 10 malam.

 Artis dan tenaga produksi yang terlibat dalam Super Spontan All Stars

Selain Uqasha, seramai 13 pelawak dan pengacara televisyen lain turut terlibat iaitu Johan, Zizan Razak, Pak Yus, Tauke, Rahim R2, Shahrol Shiro, Ajak Shiro, Along Cham, Achey, Abam, Jihan Musa, Yasmin Hani dan Nana Mahzan.

Sementara itu, Presiden  Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah bakal menjadi tetamu khas pada malam pembukaan program itu.

Rani juga bakal muncul dalam beberapa episod yang bersesuaian bagi memeriahkan program pada musim ini.

"Kita panggil Rani Kulup sebagai tetamu kerana musim ini kita memakai slogan dan semangat dia sebagai nama kumpulan iaitu Kungfu Kipidap dan Silat Dongibab.

"Dia juga akan muncul pada malam pembukaan dan beberapa episod yang istimewa bagi memeriahkan pertandingan itu nanti," ujarnya.

Program yang bakal bersiaran selama 10 minggu ini turut menampilkan Datuk AC Mizal sebagai pengacara, manakala Reza Zainal dan Rashid Salleh sebagai pengurus kumpulan.

Sementara Afdlin Shauki sebagai pengulas dan Amir Raja Lawak menjadi pengulas iringan.

Dalam pada itu, program yang mengekalkan format pemarkahan yang sama iaitu diadili berdasarkan undian khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada penonton dan menerusi laman web rasmi www.superspontan.com.my

Juara Super Spontan All Stars akan membawa pulang hadiah wang tunai RM150,000. Manakala naib juara dan pemenang tempat ketiga akan memenangi RM75,000 dan RM50,000.

Sementara tempat keempat, kelima dan keenam turut membawa pulang RM20,000, RM10,000, dan RM5,000.

Super Spontan All Stars akan bersiaran pada setiap Jumaat, pukul 10 malam secara eksklusif di Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).


Sumber: mstar.com.my

[Gambar] Rangka Haiwan Ganjil Takutkan Pengunjung Tasik


 PENGUNJUNG sebuah tasik di Rochdale, Greater Manchester, England tergamam apabila melihat satu rangka haiwan yang cukup mengerikan.

Jonny Beckett, 32, terperanjat apabila mendapati rangka haiwan disangkakan buaya pada mulanya itu kelihatan jauh lebih mengerikan dengan barisan gigi yang bergerigi dan tajam.


 Rata-rata berpendapat bentuknya yang ganjil membayangkan ia adalah haiwan purba yang tinggal jauh di dasar tasik namun ada juga berpandangan ia adalah ikan pike.


Meskipun sudah mati, rangka di Tasik Hollingworth yang berukuran kira-kira 5 kaki (1.5 meter) panjang itu nyata mampu menakutkan setiap pengunjung yang melihatnya.



Kredit: MYNEWSHUB.CC