Rangka ibu dan anak berpelukan berusia 4000 tahun ditemui


Ahli arkeologi China menemui rangka seorang ibu memeluk erat anaknya ketika berlaku gempa bumi yang dahsyat di Provinsi Qinghai, China pada 2,000 sebelum Masehi.

Rangka tersebut ditemui selepas dilakukan penggalian di kawasan yang juga dikenali sebagai "Pompeii dari Timur" ini.

Para pakar percaya tapak yang digali itu merupakan kawasan bekas hentaman gempa bumi dan banjir. Namun begitu belum diketahui skala kerosakan bencana tersebut.

Musibah itu telah membuat seluruh penduduk di kawasan tersebut hilang atau meninggal dunia. Mirip dengan musibah di Pompeii, yang mana penduduknya hilang ditelan abu gunung berapi Vesuvius.

Paling menyayat hati adalah penemuan rangka tulang ibu yang sedang memeluk anaknya. Kelihatan rangka ibu tersebut sedang berlutut sambil kepalanya melihat ke atas dan melingkarkan tangan ke bahu anaknya, manakala anaknya memeluk sambil melihat ke arah ibunya.

Selain rangka ibu dan anak, ditemui juga beberapa tulang-tulang yang saling berpelukan.

Tapak yang ditemui pada awal tahun 2000 itu menjadi menjadi kawasan penggalian terbesar dari musibah yang terjadi di China dengan luas 40 ribu kaki. Ia juga  boleh memberi petunjuk penting kehidupan pada zaman gangsa dekat Sungai Kuning.


Sumber: Tribunnews.com

No comments:

Post a Comment