MENGIGAU (sleeptalking atau somniloquy) dilihat sebagai ‘bercakap pada masa tidur, meracau (ketika sedang tidur)’: (Kamus Dewan 2005: 560).
Ia biasa berlaku pada kanak-kanak dan juga orang dewasa. Ia juga dikaitkan dengan demam. Mengigau tidak berbahaya tetapi boleh membangunkan orang yang berhampiran dan kadang-kadang membawa kepada kejutan, kebimbangan dan sebagainya kepada orang yang mendengarnya
Ada baiknya mengamalkan adab tidur dalam Islam seperti yang diamalkan Rasulullah s.a.w. antaranya:

(1) tidur awal dan mengambil wuduk
(2) bangun daripada tidur lebih awal separuh malam yang kedua untuk bertahajud
(3) membaca doa sebelum tidur
(4) membaca ‘tiga qul’ iaitu surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas sebanyak tiga kali, kemudian dihembuskan bacaan itu di kedua-dua tangan dan digosok ke seluruh badan sekadar yang mampu tercapai tangan
(5) tidur atas lambung sebelah kanan
(6) mengelak daripada tidur selepas Subuh dan Asar.
Mudah-mudahan dengan mengamalkan adab tidur itu dapat mengelak daripada mengigau. InsyaAllah
moh tido...zzZZ
hmetro