seorang wanita melempar najis ke rumah jirannya

Kamera CCTV menunjukkan wanita ini melemparkan najis ke pintu apartmen tetangganya

Seorang perempuan yang diyakini sedang "bermasalah" meresahkan tetangganya di Block 193, Lorong 4, Toa Payoh, Singapura.

Bagaimana jiran perempuan itu tidak resah jika mereka menemui najis berciciran di depan pintu apartmen. Tidak cukup dengan najis, perempuan ini juga melemparkan air seni, cat, dan minyak ke pintu apartmen jirannya.

Perbuatan ini terus berlangsung hingga 26 Desember lalu sehingga memaksa para tetangga melaporkan kes ini  kepada polis

Tercatat tiga orang jiran perempuan ini mengeluhkan kes pelemparan najis yang sudah terjadi 11 kali dalam waktu lima bulan terakhir. Salah seorang jirannya, Mr Tan menyebutkan perbuatan ini sangat meresahkan.

"Najis itu di mana-mana dan melekat di pintu, bumbung, kami sudah berupaya membersihkannya namun aroma yang sangat menusuk itu masih terasa hingga saat ini ke dalam rumah," jelasnya Mr Tan lagi.

Mula-mula menggunakan najis haiwan, perempuan itu kemudian beralih menggunakan najis manusia. Jiran yang lain, Mr Ong menceritakan dia bertemu dengan perempuan ini yang kemudian mengeluarkan sumpah seranah.

"Pergi dan Matilah kau dengan keluargamu" tutur Tuan Ong menirukan kata-kata wanita itu.

Baik Tan dan Ong mengatakan peristiwa ini membuat keluarganya hidup dalam ketakutan. Mereka menjadi paranoid, risau jika perempuan ini tiba-tiba muncul dan melemparkan sesuatu ke arah mereka.

Harian The New Paper berjaya mewawancara anak perempuan itu namun dia hanya mengatakan bahawa dia sama sekali tidak mengetahui perbuatan ibunya.

"Ibu saya mungkin sedang bermasalah secara mental," jawabnya singkat.

Sumber lain menyebutkan perempuan ini berada dalam ilusi bahawa jirannya menggunakan ilmu hitam untuk membuatnya jatuh sakit sehingga dia harus menangkis ilmu hitam itu.

kompas


Spiderman akhirnya mati dalam komik ke 700 dan terakhir

Isu akhir Marvel Comics 'The Amazing Spider-Man telah diterbitkan Rabu 26-12-2012. Peter Parker, lelaki di sebalik topeng selama 50 tahun, mati dalam pertempuran dengan musuh beliau, Doktor Octopus
Kematian Parker telah disahkan dalam isu 700 dan akhir Marvel Comics 'The Amazing Spider-Man , yang akan dihentikan selepas 50 tahun penerbitan. Umur beliau adalah tidak diketahui. Dalam komik yang terbit Rabu, 26 Disember 2012 lalu, Peter dikisahkan tewas ketika melawan Doctor Octopus.

Sayangnya, tak dijelaskan bagaimana akhir dari kisah Spiderman itu sendiri. Alih-alih, Dr. Octopus akhirnya memiliki momen untuk membersihkan diri, saat dia menyedari kalau musuh abadinya sudah tewas. Dia memilih memindahkan jiwanya ke tubuh Peter, mengambil dan melanjutkan kekuatan Spiderman untuk dirinya sendiri.

Penulis Marvel, Slott, yang menulis siri terakhir komik ini menjelaskan transformasi tersebut dalam USA Today. "Ini adalah Moriarty di dalam kepala Sherlock. Prince John di dalam tubuh Robin Hood. Ini adalah tokoh jahat terbesar yang berada di dalam tubuh pahlawan terbesar dan berusaha untuk melakukan hal baik," ujarnya.

Slott juga menambahkan bahawa Dr Octopus adalah lelaki yang hampir mendapatkan impiannya dan dia mendapatkan hal baru dalam hidupnya. "Sesuatu yang mengubahnya," ujarnya.

Dalam wawancara dengan CNN, Slott menyebutkan alasan kenapa muncul idea mematikan Peter Parker. "Dari semua keinginan dan tujuan, (Otto Octavius, yang menjadi Doc Ock) adalah Peter kalau dia dewasa kelak, refleksi dari sisi gelap Spiderman," ujarnya.

"Jadi bagaimana kalau kita menukarnya? bagaimana kalau kita memberikan dia kesempatan kedua? Akhir dari Peter, aksi heroik yang dilakukan telah memberikan Doc semua kenangan dan pengalaman yang menjaganya pada jalur yang benar. Tapi apakah itu cukup? Apakah itu boleh melawan sifat Ock?", tambahnya.

Tapi tentu saja, di dunia komik, tidak ada yang kekal. Pada tahun 1990-an, Spiderman pernah mengalami krisis identiti. Banyak legenda komik yang diceritakan mati, dan kembali dengan beberapa keajaiban ilmu pengetahuan dan perubahan plot.

Seperti halnya Superman yang pernah diceritakan mati atau Bruce Wayne yang pernah kehilangan gua dan identitinya sebagai Batman.

tempo.co


5 negara paling bahaya untuk wanita

Afghanistan

Sahar Gul, gadis diseksa suami

Pembuka tahun 2012, dunia digemparkan dengan insiden seorang remaja berusia 15 tahun, Sahar Gul, dipukul dan dikurung dalam tandas oleh suami dan keluarga mertuanya selama lima bulan selepas enggan bekerja sebagai pelacur.

Sewaktu diselamatkan sekumpulan aktivis di kediaman mertuanya di utara Baghlan, Sahar ditemui dalam keadaan cedera parah di seluruh badan.

Menurut polis, selain dipukul, rambutnya direntap, kukunya dicabut dan dikurung di dalam tandas di bawah tanah tanpa makanan dan minuman untuk hidup.

"Suami dan keluarga mertuanya turut mencederakannya dengan puntung rokok dan  lidahnya dikerat dengan playar," kata jurucakap polis Baghlan.

Kes berkenaan turut mendapat perhatian pemimpin Afghanistan, Presiden Hamid Karzai yang menggesa hukuman dikenakan ke atas di pelakunya.

Ketua hal ehwal wanita Baghlan, Rahima Zarifi berkata kepada Reuters, Sahar yang berasal dari wilayah Badakhshan telah dikahwin dengan suspek pertengah Mei 2011 dan telah dipaksa menjadi pelacur bagi mendapatkan wang untuk keluarga mertuanya.

Sementara itu, polis kanan Baghlan, Mohammad Zia, mengesahkan ibu mertua dan kakak ipar Sahar telah ditahan, tetapi membebaskan suami dan bapa mertuanya.

Pakistan

Malala Yuosafzai, gadis ditembak Taliban

Gadis dan pelajar sekolah menengah berusia 15 tahun, Malala Yousafzai yang memperjuangkan pendidikan kepada golongan wanita ditembak oleh Taliban sewaktu dalam perjalanan pulang dari sekolah di Pakistan pada 9 Oktober lalu.

Serangan mengejut terhadap Malala yang juga aktivis paling dikehendaki Taliban itu mendapat liputan penuh media dunia sekali gus mencetuskan bantahan besar-besaran seluruh negara.

Beberapa pemimpin berpengaruh dunia termasuk Britain menghulurkan bantuan ke atas Malala dengan memberikan rawatan membuang peluru di kepalanya.

Kini, Malala yang juga simbol keberanian dan beribu-ribu pembaca yang mengikuti kisahnya itu menandatangani petisyen meminta remaja itu dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel.

Bercakap bagi pihak gadis itu, bapanya, Ziauddin Yousafzai berkata, anaknya yang mesra dipanggil Malala mahu berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatannya kerana membantu dia untuk terus kuat.

Kejadian tersebut menarik perhatian dunia dan Taliban menerusi laman webnya berikrar akan melancarkan serangan lagi sekiranya Malala masih hidup.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Yayasan Amanah NHS, Hospital Universiti Birmingham, Yousafzai berkata, Malala mahu memberitahu kepada semua bagaimana dirinya sangat bertuah kerana seluruh dunia mendoakan penyembuhannya.

India

Pelajar perubatan mati dirogol kumpulan lelaki

Seorang pelajar perubatan sebuah kolej di India, yang cedera parah selepas diperkosa beramai-ramai di New Delhi dan diterbangkan ke Singapura untuk rawatan, meninggal dunia pada Sabtu lalu.

Wanita berusia 23 tahun itu, yang mana serangannya dalam sebuah bas menimbulkan bantahan di seluruh India, meninggal dunia 4.45 pagi (waktu tempatan) di Hospital Mount Elizabeth di mana beliau dimasukkan untuk rawatan pada Khamis lalu.

Pelajar itu dipindahkan dari Hospital Safdarjung di tengah Delhi ke Hospital Medanta di Gurgaon, berdekatan dengan lapangan terbang bandar itu, sebelum diterbangkan ke Singapura.

Menurut sumber, sewaktu kejadian mangsa bersama teman lelaki yang pulang dari menonton wayang dengan menaiki bas, diserang enam lelaki. Suspek memukul mangsa dan teman lelakinya dengan batang besi dan merogolnya secara bergilir-gilir.

Laporan perubatan mendedahkan, mangsa mengalami kecederaan teruk pada bahagian dalaman badan dan suspek dipercayai menggunakan batang besi sebagai alat memperkosa mangsa.

Selepas merogol mangsa selama sejam, dia dan teman lelakinya dicampak keluar.


Tahukah anda?

Sesetengah ahli sejarah percaya asal usul keganasan terhadap wanita berkait rapat dengan tanggapan bahawa golongan itu sebagai aset dan jantinanya yang memaksa mereka tunduk kepada kaum lelaki dan wanita atasan lain.

Dalam Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap Penyingkiran Keganasan terhadap Wanita (1993), menyatakan bahawa keganasan terhadap wanita adalah satu manifestasi perhubungan kuasa yang dari segi sejarah tiada persamaan antara lelaki dan wanita di mana membawa kepada dominasi serta diskriminasi oleh golongan lelaki yang menyekat kemajuan wanita.

Keganasan terhadap wanita adalah satu daripada mekanisme sosial utama yang memaksa mereka berada pada kedudukan bawah golongan lelaki.

Pada tahun 1980, sebuah mahkamah di Amerika Syarikat telah mengharamkan hak si suami melaksanakan hukuman fizikal terhadap isterinya.

Sementara itu, adat menghukum isteri yang diamalkan masyarakat Britain dengan penderaan sederhana agar si isteri rajin melakukan kerja telah disekat pada tahun 1891.

sinar harian


Planet kembar Bumi ditemui 2013?

Lebih 800 exoplanet sesuai didiami makhluk Bumi dikenal pasti berada di luar Sistem Suria. Foto: ESA/Hubble, NASA

SAN JUAN - Planet asing yang sesuai didiami makhluk Bumi akan dikenal pasti pada tahun depan, menurut laporan terbaru saintis baru-baru ini.

Saintis di Universiti Puerto Rico di Arecibo, Abel Mendez berkata, mereka yakin akan menemui planet 'kembar' Bumi yang pertama dalam masa terdekat memandangkan ahli astronomi telah menemui beberapa exoplanet (planet di luar Sistem Suria) sejak beberapa tahun lalu.

Difahamkan, pertama kali exoplanet ditemui pada tahun 1995 dan sejak itu lebih 800 dikenal pasti berada di luar Sistem Suria. Teleskop angkasa Kepler milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) juga telah mengesan lebih 2,300 planet asing berpotensi untuk didiami sejak Mac 2009. - SPACE.com

sinar harian


perogol berdepan hukuman mati

ORANG RAMAI memegang sepanduk bagi mendesak perogol wanita itu dihukum mati dalam satu tunjuk perasaan di New Delhi, India semalam.
NEW DELHI - Seorang pelajar perubatan yang dirogol beramai-ramai tanpa perikemanusiaan di sini meninggal dunia di sebuah hospital di Singapura semalam dengan para pemimpin India merayu orang ramai agar bertenang dan tidak melakukan bantahan jalanan yang ganas.

Polis mengadakan kawalan ketat di pusat bandar raya ini selepas berita kematian pelajar berusia 23 tahun itu tersebar.

Mangsa dilaporkan meninggal dunia pada pukul 4.45 pagi semalam setelah menjalani rawatan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura sejak dua hari lalu.

Dia dibawa ke hospital berkenaan yang memiliki kepakaran dalam melakukan pembedahan pemindahan organ itu pada Khamis lalu selepas dirawat selama 10 hari di sebuah hospital di ibu kota India di sini.

Mengetuai penghormatan kepada pelajar itu yang tidak didedahkan identitinya, Perdana Menteri Manmohan Singh berkata, beliau memahami gelombang tunjuk perasaan yang tercetus susulan kejadian pada 16 Disember lalu.

"Kita telah lihat emosi dan kemarahan rakyat susulan insiden ini," kata Manmohan dalam satu kenyataan.

"Kita faham reaksi sebegini daripada golongan muda di India dan warga India yang benar-benar mahu perubahan dilakukan," tambahnya.

Pelajar perempuan itu diserang semasa dia bersama seorang rakan lelakinya menaiki sebuah bas sekolah yang dicuri enam lelaki mabuk pada 16 Disember lalu.

Bukan sahaja dirogol beramai-ramai, malah mangsa turut diserang menggunakan sebatang besi sebelum dicampak keluar dari bas yang sedang bergerak bersama kawan lelakinya.

Polis dan pihak pendakwa raya memberitahu, pada hari kejadian, kedua-duanya baru keluar dari sebuah panggung wayang. Rakan lelakinya turut diserang dalam insiden tersebut.

Menurut pihak berkuasa, bas bercermin gelap itu berjaya melepasi beberapa pos pemeriksaan polis sebelum kedua-dua mangsa dicampak keluar dari kenderaan berkenaan.

Mayat pelajar itu dijangka diterbangkan ke India lewat semalam dengan diiringi oleh ibu bapanya yang berada di sisi mangsa semasa dia menghembuskan nafas terakhir di hospital berkenaan.

"Dia mengalami kegagalan organ ekoran kecederaan serius pada badan dan otak," kata ketua eksekutif hospital berkenaan, Dr. Kelvin Loh.

"Mangsa cekal dan terus berjuang untuk hidup tetapi trauma pada badannya terlalu teruk untuk diatasi." tambahnya.

Kejadian rogol beramai-ramai berlaku setiap hari di India dengan ramai mangsa enggan membuat laporan polis kerana kurang percayakan sistem perundangan negara di samping bimbangkan reaksi negatif daripada pegawai polis lelaki.

Namun, serangan amat kejam itu menyebabkan kemarahan orang ramai menggelegak dan mendorong pemerintah menjanjikan keselamatan lebih baik kepada wanita serta hukuman lebih berat untuk jenayah seks.

Pihak polis pula dikritik hebat kerana menggunakan kekerasan dalam usaha menyuraikan protes berkaitan serangan berkenaan termasuk kerap menggunakan gas pemedih mata dan meriam air.

Dalam perkembangan berkaitan, enam lelaki yang ditangkap berhubung serangan itu didakwa kerana membunuh semalam dengan mereka berdepan hukuman mati jika didapati bersalah.

Sementara itu Pesuruhjaya Tinggi India ke Singapura, TCA Raghavan berkata, keluarga mangsa amat bersedih dengan kematian anak perempuan mereka.

"Namun, mereka berharap kematiannya akan menjadi titik-tolak kepada masa depan yang lebih baik untuk wanita di sini dan India keseluruhannya," kata Raghavan.

kosmo


Orang gelandangan dibakar semasa tidur


LOS ANGELES - Pihak berkuasa Los Angeles menahan seorang lelaki, kelmarin, kerana disyaki membakar seorang wanita berumur 67 tahun semasa mangsa sedang tidur di perhentian bas.

Menurut polis, suspek berumur lingkungan 20-an dilihat menuang sesuatu ke atas tubuh warga emas gelandangan itu sebelum membakarnya.

Mangsa kini dirawat di hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal. - AP

sinar harian


Usin jumpa UFO


Seorang pemuda bernama Usin yang aktif dengan persatuan kampung dan mempunyai sebuah resort percutian diusahakan bersama ibu, Mak Cik Tipah dan adik perempuannya, Husna.

Segalanya bermula apabila Usin diculik makhluk asing untuk dijadikan bahan kajian mereka di UFO. Setelah dilepaskan Usin mula berubah dan memiliki perangai aneh sehingga menyebabkan kekecohan dan menimbulkan tanda tanya orang kampung. Apakah kesudahan nasib Usin? Nantikan tayangan Usin UFO kelak

Pengarah: Zul Yahya
Pelakon: Shuib Sepahtu, Aisyah Illyas, Puteri Sarah


Rumah pelacuran legenda

BANGUNAN One Two Two di Paris
PADA zaman silam, papan tanda di bangunan No. 12, Rue Chabanais tertera tulisan: Welcome to the Chabanais: The House of All Nations. Itulah kata-kata aluan yang boleh dibaca pengunjung apabila bertandang ke tempat pelacuran berprestij dan popular di Paris, Perancis itu.

Setelah operasi rumah pelacuran tersebut ditutup 60 tahun lalu, kini bangunan lapan tingkat yang terletak di sebatang lorong sempit berdekatan kawasan Lourves menempatkan agensi pekerjaan dan flat-flat kediaman.

Tetapi, bertentangan dengan bangunan tersebut yang bernombor 11, sebuah galeri menyimpan segala memori masa silam rumah pelacuran tersebut.

Nicole Canet, pengurus galeri itu, memaparkan hasil seni foto erotik dan alat permainan seksual yang mengimbas kembali detik 'kegemilangan' rumah pelacuran legenda di Perancis itu. Ketika itu, ia merupakan rumah pelacuran yang dibenarkan undang-undang.

"Saya suka mengembara kembali ke zaman silam persis seorang detektif," ujar Canet, bekas penari berumur lingkungan 50-an.

Populariti Bertie

Dengan seleksi alat permainan seksual seperti tali cemeti yang mempunyai tanduk badak sumbu, pameran tersebut cuba menghidupkan semula realiti kehidupan rumah pelacuran di Paris pada tahun 1860 hingga era penutupan secara paksa pada tahun 1946. Pameran penuh nostalgia itu mempamerkan lebih daripada 400 kepingan foto, arca, aksesori serta buku.

The Chabanais suatu ketika dahulu merupakan tempat 'istirehat' popular yang 'wajib' dikunjungi oleh para pengunjung dari luar negara yang berdarjat dan berpangkat tinggi.

Mereka selalunya menyelinap masuk secara rahsia dengan bantuan segelintir pegawai kerajaan Perancis kerana habuan wang yang banyak. Salah seorang pengunjung tetap yang popular ialah seorang rakyat British yang popular disapa sebagai Bertie yang kemudian menjadi Prince of Wales dan King Edward VII.

Bertie mempunyai biliknya sendiri yang dilengkapi dengan kolam mandi tembaga yang besar berceracakan separuh patung angsa dan separuh ukiran wanita.

Beliau suka mengisi minuman arak Champagne ke dalam kolam tersebut sebelum terjun ke dalamnya. Bilik beliau juga mempunyai sebuah kerusi yang dinamakan Love Seat, sebuah alat pelik yang didakwa digunakan untuk kegiatan seks lebih daripada dua orang.

Pada zaman dahulu, rumah pelacuran untuk golongan atasan ditafsirkan sebagai sebuah pusat sehenti bertaraf istana yang cukup mewah. Pembuatan dan corak dekorasinya menyempurnakan kehendak dan obsesi seseorang pelanggan.

Foto-foto lama menunjukkan Le Chabanais mempunyai pintu gerbang masuk yang seakan-akan sebuah gua primitif. Tapi, untuk dekorasi dalamannya, setiap biliknya diperhalusi dengan pelbagai fabrik mewah yang melambangkan era-era tertentu.

Le Chabanais sebenarnya boleh dikatakan sebagai sebuah monumen kebangsaan Perancis kerana ia dinamakan sebagai tempat yang harus dikunjungi oleh agensi-agensi pelancongan.

Rumah-rumah pelacuran pada ketika itu ialah gabungan keseronokan peribadi dan restoran. Tempat itu menjadi tumpuan ramai artis terkenal pada zaman itu termasuk Humphrey Bogart, Cary Grant, Mae West dan Marlene Dietrich.

Mereka amat menggemari rumah pelacuran, misalnya One Two Two yang dinamakan sempena alamat rumah berkenaan di 122 Rue De Provence.

Jurukamera terkenal, Robert Doisneau telah merakam beberapa keping gambar pada ketika itu, merangkumi kepelbagaian dekorasi bilik yang elegan dan beberapa katil yang mempunyai tiang di setiap penjuru di One Two Two.

Rumah pelacuran itu menawarkan beberapa bilik eksotik yang digelar musketeers room, African room, Pirate's room, Chamber of Mirrors dan sudah semestinya sebuah bilik yang wajib ada pada setiap rumah pelacuran, Torture Chamber atau bilik seksaan seksual.

kosmo


6 wanita cantik popular tahun 2012 bagi telegraph.com

 Wanita terseksi pada 2012, Miranda Kerr adalah seorang model Victoria Secret berasal Australia yang lahir pada 20 April 1983. honeystorm.org

 Aktres Kristen Stewart yang terkenal dalam filem Twilight Saga dan Snow White and the Huntsman ini pada tahun 2012 menjadi bahan berita bagi sejumlah media kerana kisah percintaannya dengan Robert Pattinson. menzmag.com

 Duchess of Cambridge atau Kate Middleton adalah isteri Putera William yang menjadi perhatian para media dan masyarakat kerana selera fashionnya dan terpilih menjadi Wanita Berpakaian Terbaik. telegraph.co.uk

 Kim Kardashian adalah seorang model dan aktres terkenal di kalangan pemberita di sejumlah media pada tahun 2012 terutamanya cerita bersama kekasihnya dan masalah berat badannya. grafida.net

 Rihanna menjadi ikonik pada tahun 2012 bagi telegraph.com kerana gaya dan penampilannya ketika menyanyi, percintaannya dengan Chris Brown dan juga pada sejumlah filem yang dibintanginya. onua.com.ua

Model Victoria Secret berasal dari Brazil, Alessandra Ambrosio terkenal sebagai model cantik dan seksi pada tahun 2012. fanpop.com


Mati selepas telan 28 telur mentah


TUNIS - Gara-gara nekad menyahut cabaran rakannya, seorang lelaki di Tunisia dilaporkan menemui ajal, menurut stesen radio Shems FM, kelmarin.

Dhaou Fatnassi, 20, dari bandar Kairouan sanggup menelan 28 telur mentah kerana mahu mendapatkan wang taruhan seperti yang dijanjikan oleh temannya.

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, Fatnassi mengadu sakit perut dan segera dihantar ke hospital tetapi meninggal dunia sebelum sempat menerima rawatan. - AFP

sinar harian


Sekali lafaz Apek sah bergelar suami


Dengan hanya sekali lafaz, Khairul Fahmi Che Mat a.k.a Apek sah menjadi suami kepada Leuniey atau nama sebenarnya Nur Eilunie Natasha Nazri pada upacara akad nikah yang berlangsung sebentar tadi. Tahniah!



Diana Amir sebak jumpa Tuan Guru Nik Aziz

 
“Bab politik saya tak nak campur, itu hak masing-masing, tetapi bagi saya Tuan Guru seorang ulama, banyak ilmu yang boleh kita pelajari,” ujar Diana


KOTA BHARU: Artis Diana Amir atau nama sebenarnya Nur Diyana Amir Hashim, tidak dapat menahan sebak apabila bersua dan mula berbicara dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pertemuan 25 minit itu berlangsung di Pejabat Menteri Besar kira-kira jam 11.35 pagi.

Diana terpaksa berdiam diri seketika mengumpul ketenangan agar sebak berlalu pergi sebaik sahaja dijemput duduk di hadapan Tuan Guru dan mendengar bicara.

Diana yang akhirnya tenang semula akhirnya sebak kembali apabila Tuan Guru bertanya  apa kisah di sebalik sehingga Diana berhasrat untuk berhijrah.

“Saya teringat pesanan Rasulullah s.a.w. sebelum baginda wafat, pesanan terakhir baginda ummati…ummati…di saat kematian baginda, masih lagi mengingati umatnya, betapa sayangnya baginda pada umatnya, tetapi kita…” ujarnya dengan nada yang tersekat-sekat.

Tuan Guru tidak menafikan perkara itu, malah baginda sebenarnya adalah rujukan yang sebenar untuk manusia di dunia ini.

“Baginda tidak berpesan pada saudara mara terdekatnya, tetapi pada umat baginda termasuk kita semua,” ujarnya.

Beliau juga berkata tidak kira artis atau sesiapa sahaja rujukan atau model sebenarnya yang patut dijadikan contoh adalah baginda Rasulullah.

Diana ketika ditemui selepas itu, mengakui tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja melihat wajah Tuan Guru Nik Aziz.

“Hati saya lagi tersentuh sebaik sahaja mendengar suaranya seorang ulama yang lemah lembut,” ujarnya.

Menurutnya, beliau sudah lama berhasrat untuk bertemu dengan Tuan Guru sekiranya berpeluang untuk berbuat demikian.Jelasnya, pertemuannya dengan Tuan Guru kerana menghormatinya sebagai seorang ulama yang dihormati semua kaum dan bukan atas kepentingan politik.

“Bab politik saya tak nak campur, itu hak masing-masing, tetapi bagi saya Tuan Guru seorang ulama, banyak ilmu yang boleh kita pelajari,” ujarnya ketika ditemui.

Diana Amir pernah melakonkan drama bersiri Sunsilk Impian, filem 3,2,1 Cinta, Senario The Movie Ops Pocot.

Diana nampak ayu dengan jubah hitam, mengenakan mekap yang agak pudar, jauh jika dibandingkan dengan watak-watak yang dilakonkan sewaktu belum berhijrah terutama dengan watak-watak ‘kasar’.

Beliau kini masih aktif berlakon, bagaimanapun terpaksa memilih watak-watak yang sesuai dengan ‘penghijrahan’ kini.

harakahdaily


Memandu sambil dua kaki terjulur keluar tingkap

pemandu ini dicari polis
Polis Australia sedang mencari seorang pemandu muda yang tampaknya memandu keretanya di sepanjang jalan raya Melbourne dengan dua kakinya terjulur keluar tingkap. Polis meminta orang itu menyerah diri setelah foto tentang perilaku berbahayanya itu tersebar di internet.

Foto itu menunjukkan si pemandu melintas di Easter Freeway dengan kakinya terjulur di tingkap ketika kenderaan itu bergerak laju. Sejumlah media Australia melaporkan berita itu pada hari ini (27/12/2012), tetapi tidak menyebutkan bila peristiwa itu terjadi.

The Australian melaporkan, foto tersebut diambil seorang pemandu kenderaan lain. "Saya tidak percaya apa yang saya lihat," kata pemandu yang mengambil foto itu, yang hanya mahu dikenali sebagai Stewart. 

"Saya fikir, kalau kaki kanannya ke luar tingkap, bagaimana dia memandu kenderaan? Kemudian saya lihat kedua kaki keluar dari tingkap dan saya fikir 'Ini gila'."

kata Stewart lagi, ketika itu ada orang lain di dalam kereta itu. "Dia tampak sangat muda,".

 "Orang itu telah membuat keselamatan saya terancam. Saya tidak ingin berada di jalanan bersama orang seperti itu."

Namun, foto tersebut kini terjadi perdebatan tentang apakah foto itu benar-benar kaki si pemandu. Ada orang yang  telah melakukan ujian  dengan masuk ke keretanya sendiri dan mencuba untuk meniru posisi pemandu itu.

Kesimpulannya: mustahil

Sebaliknya Orang ramai pula di media online menyalahkan pemandu yang mengambil foto itu sebagai melanggar undang-undang. Pertama, kata mereka, dia pasti telah melajukan kenderaannya untuk mendekati kereta yang pemandunya kelihatan kedua kakinya itu. Kedua, ia seharusnya tidak menggunakan telefon untuk mengambil foto ketika memandu.

Inspektor Polis Bernie Rankin dari Major Collision Investigation Unit mengatakan, jika itu benar kaki orang yang memandu kereta tersebut, perlakuannya membahayakan nyawa. ia sangat serius," katanya


9 dibunuh dalam pertempuran geng dadah di Mexico

 
CULIACAN: Sekumpulan lelaki bersenjata menyerbu pekan di pergunungan barat wilayah Sinaloa menjelang Hari Krismas dan menembak mati sembilan lelaki.

Mereka kemudiannya membuang mayat terbabit di atas padang pada ketika pertempuran tercetus di antara dua geng dadah paling berkuasa di negara berkenaan.

Pendakwaraya wilayah Sinaloa, Marco Antonio Higuera Gomez berkata, bandar El Platanar de Los Ontiveros menjadi sebahagian daripada perebutan di antara geng Sinaloa yang dikuasai Joaquin “El Chapo” Guzman, penjenayah paling dikehendaki di Mexico dan saki baki geng Beltran-Leyva yang kini bersekongkol dengan Zetas iaitu kumpulan jenayah terancang ditubuhkan bekas anggota pasukan khas negara itu. - AP

BH


Banjir: ular tedung, lintah masuk rumah

Maznah bersama anaknya, Mohd Harith Asraf di pusat pemindahan

ROMPIN - “Ingatkan ikan haruan, rupa-rupanya ular tedung.”

Itulah pengalaman ngeri seorang wanita yang nyaris dipatuk reptilia berbisa itu sewaktu berada di dalam rumahnya di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Perpat yang ditenggelami air berikutan kejadian fenomena air pasang, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, Maznah Awang, 47, sedang sibuk mengemas barang untuk berpindah ke Pusat Pemindahan Banjir Balai Lintang Kampung Perpat sebelum dikejutkan dengan kehadiran ular berkenaan.

Maznah berkata, pada mulanya dia menyangka rumahnya dimasuki ikan haruan berwarna hitam yang dibawa arus banjir, namun telahannya jauh meleset.

“Belum sempat memegangnya dengan tangan, tiba-tiba saya terkejut apabila melihat seekor ular tedung sudah mengembangkan kepalanya ke arah saya,” katanya.

Panik dengan keadaan itu, Maznah berkata, dia cuba menjauhkan diri dan memanggil seorang anak lelakinya yang sedang nyenyak tidur di dalam sebuah bilik.

“Kehadiran reptilia itu sungguh menakutkan. Jantung saya gemuruh dan perasaan cemas mula menyelubungi diri setelah melihat haiwan itu. Apatah lagi dalam keadaan rumah kami dimasuki air,” katanya.

Bagaimanapun, Maznah berkata, ular itu tidak dapat ditangkap dan dipercayai kemungkinan ular itu dihanyutkan arus banjir ke bahagian belakang rumahnya.

“Kami tidak sempat menangkap ular itu kerana sebaik saja anak saya terjaga daripada tidur, reptilia itu tidak lagi kelihatan. Sebaliknya, kami pula bergegas bersiap untuk berpindah ke pusat pemindahan banjir,” katanya.

Lintah masuk rumah

Seorang penduduk, Zainuddin Mahdun, 44, berkata, kejadian fenomena air pasang itu menyebabkan berpuluh-puluh lintah sesat masuk ke dalam rumahnya.

Menurutnya, beberapa kanak-kanak dan orang dewasa bukan saja terpaksa mengharungi banjir, malah mereka yang menangkap lintah terpaksa memasukkan haiwan itu ke dalam botol sebelum membuangnya ke dalam sungai berhampiran.

“Musim hujan dan air pasang menyebabkan lintah ini berada di mana-mana saja. Malah, berpuluh-puluh lintah ditangkap di rumah saya sewaktu banjir melanda,” katanya.

Katanya, setiap tahun, penduduk di kampung itu akan berdepan fenomena air pasang, namun keadaan bertambah buruk apabila fenomena tersebut bertembung pula dengan hujan berterusan.

“Sekiranya air pasang saja berlaku, mungkin beberapa rumah penduduk tidak mungkin mengalami banjir. Namun fenomena itu bertembung pula dengan hujan tanpa henti menyebabkan air naik dengan cepat,” katanya.

Menurutnya, meskipun banjir mulai surut, mereka bimbang untuk pulang semula ke kediaman masing-masing kerana bimbang rumah dinaiki air berikutan ramalan kemungkinan air pasang besar dijangka melanda awal pagi ini.

“Kami hanya melawat rumah setelah air kembali surut, kami masih belum mengemas barang kerana bimbang kemungkinan banjir sekali lagi memandangkan keadaan hujan masih berterusan,” katanya.

Sementara itu, bagi kanak-kanak pula, musim hujan dan banjir digunakan sepenuhnya untuk berseronok serta sebahagian mereka pula menjadikan aktiviti menangkap lintah bagi memenuhi waktu terluang.

sinar harian


Husin hilang, jin kacau Kampung Pisang


Kisah bermula dengan karakter utamanya, Husin lakonan Awie yang diisytiharkan muflis akibat ditipu satu kumpulan skim cepat kaya di Singapura, sebelum mengambil keputusan untuk pulang ke Kampung Pisang.

Apabila pulang ke rumahnya, Husin berjumpa semula dengan geng lamanya dan juga Mon lakonan Ezylnn yang juga kekasih lamanya ketika Kampung Pisang mereka dilanda serangan zombie suatu ketika dulu.


 Selepas beberapa hari Usin pulang ke kampung, Kampung Pisang dilanda pula pelbagai peristiwa aneh. Difahamkan peristiwa aneh berkenaan mempunyai kaitan dengan sejarah misteri di kampung itu sejak 45 tahun lalu.

Kejadian kehilangan lelaki teruna di kampung itu kembali menghantui. Dalam kekecohan itu, Kak Limah yang dulunya dianggap ‘hantu’, sudah pulih sepenuhnya.
Dia kemudian sibuk merancang rombongan ke Singapura bersama penduduk Kampung Pisang malah mempelawa Husin menjadi pembantunya.

Namun masalah timbul apabila Husin didapati hilang dari rumahnya tanpa diketahui sesiapa. Rakan-rakan sekampungnya, Ucop, Wan Kaswi dan Nazari SMK, gagal mengesan di manakah Husin berada. Sebaliknya mereka mendapati hanya mi segera buatan Singapura yang ditinggalkan Husin.


Dalam kekecohan itu, muncul pula Jin Pakai Toncit yang menghantui penduduk kampung dan dikatakan menculik teruna Kampung Pisang. Namun kehadiran Dr Samsudin pula mendakwa dia mampu mengesan di mana misteri hilangnya Husin.

Apakah sebenarnya yang berlaku? Siapakah yang menculik Husin? Siapa yang berjaya menghurai misteri kehilangan Husin itu?


Semua ini bakal terjawab untuk anda dalam filem ini yang bakal menemui penonton mulai 7 Februari depan. Mampukah Husin, Mon & Jin Pakai Toncit menyambung fenomena HKLBR yang berjaya mencatat kutipan pecah panggung menghampiri RM8 juta?

metro


Derita mangsa rogol askar Serb

Wanita yang menjadi kekejaman askar Serb mengalami trauma
 Fika, 15, dan kakaknya berumur 17 sewaktu ditangkap dan dirogol bergilir-gilir oleh sepasukan askar Serb yang menawan wilayah timur Bosnia di awal tahun 1990-an lalu.

"Selepas saya di rogol, mereka (askar Serb) merogol kakak. Mereka turut memaksa saya menonton perbuatan kejam terhadap kakak.

"Mereka juga memaksa kami mengaku sebagai pengintip, jadi kami dipukul dan dicabut gigi.

"Kakak meninggal dunia selepas beberapa hari diseksa," kata Fika yang kini berumur 34 tahun dan telah berumah tangga.

Walaupun peristiwa hitam itu berlalu lebih 20 tahun, Fika dan ribuan wanita Islam Bosnia yang pernah menjadi mangsa kerakusan rejim Serb, terus menagih pengiktirafan dan sokongan daripada kerajaan yang sehingga ke hari ini takut untuk menuntut pampasan berkenaan.

Keadaan itu menyebabkan kumpulan hak asasi kemanusiaan mula kehilangan sabar, sekali gus mengeluarkan amaran bahawa jumlah penghidap masalah psikologi akibat kekejaman itu terus meningkat dan menjadi semakin buruk dari sehari ke sehari.

"Sebenarnya mangsa-mangsa rogol rejim Serb ini tertekan dalam diam dan mereka sudah tidak boleh mengawal perasaan lagi," menurut laporan Majlis Pengampunan Antarabangsa.

Setakat ini, kurang daripada 40 kes rogol mendapat pengadilan dalam 17 tahun lalu sejak perang Bosnia-Herzegovina ditamatkan.
Ribuan bayi hasil tindakan kejam askar Seba yang dilahir tahun 90an
 Pihak perundangan peringkat negeri pula bertindak melambatkan hak pampasan dan pemulihan mangsa-mangsa rogol perang yang sehingga ke hari ini belum terjawab sekali gus menjadi mainan politik.

Bosnia-Herzegovina didiami tiga utama iaitu kaum Bosnia, kaum Serbia dan kaum Croatia. Kira-kira 100,000 penduduknya terbunuh dan majoritinya adalah Islam.

'Hati saya hancur'

Sesudah perang, Republik Persekutuan Yugoslavia juga sebuah negara yang dibubarkan dan terbahagi kepada dua iaitu Republik Serb dan Persekutuan Bosnia-Herzegovina didiami masyarakat Islam dan Croatia.

Sementara itu, beberapa sumber melaporkan jumlah wanita dirogol rejim Serb meningkat kepada 35,000 orang dan kebanyakannya adalah wanita Islam.

Fika enggan mendedahkan nama sebenarnya kerana bimbang dengan stigma masyarakat sekeliling yang masih memandang rendah kepada mangsa rogol perang Bosnia.

Beliau dan kakaknya ditangkap askar Serb sewaktu operasi penghapusan etnik Islam di timur Bosnia.

"Kami dibawa ke kem tahanan pelarian Serb dalam bandar Vlasenica," katanya dengan menambah sudah tidak dapat mengira berapa kali dirogol oleh askar rejim.

Beberapa bulan kemudian, Fika dibebaskan dan beliau menuju ke utara bandar Tuzla yang kini menjadi sebahagian daripada wilayah Persekutuan.

"Selepas itu, saya terpaksa berhenti sekolah dan membantu ibu dan adik selepas ayah terbunuh dalam peperangan," katanya.

Kini, Fika yang juga seorang ibu belum berani untuk menceritakan kisah silamnya kepada anak-anaknya dan masih percaya lelaki yang merogolnya masih hidup.

"Mereka telah menghancurkan diri dan hati saya. Sehingga ke hari ini peristiwa itu tidak padam dan sentiasa ada dalam ingatan saya," katanya.

Lebih tragis lagi, perkahwinannya hancur sebaik sahaja menceritakan detik dirogol kepada suaminya.

Kumpulan hak asasi menggesa kerajaan beri keadilan kepada mangsa
Tiga tahun lalu, Fika diberi kekuatan untuk membuat laporan mengenai kisah silamnya kepada pihak berkuasa selepas mendapati dua daripada suspek yang merogolnya masih menduduki bandar Vlasenica.

Namun sehingga ke hari ini, polis masih belum membuat sebarang tangkapan.

Fika turut disahkan mengalami tekanan post-trauma dan diberikan 250 euro (RM101) setiap bulan daripada Pertubuhan Islam-Croatia disebabkan penyakitnya itu.

Menurut Fika, ramai lagi wanita senasibnya yang tinggal di Republik Serb tidak diberikan pengadilan.

"Mengikut undang-undang, mangsa wajib membuktikan kerosakan sekurang-kurangnya 60 peratus pada badan mereka dan tidak membabitkan trauma psikologi," kata Fika.

Sekurang-kurangnya tiga tuntutan berasingan telah dibuat dalam tahun kebelakangan ini yang menggesa memasukkan hak-hak mangsa rogol perang dalam akta negeri namun tidak berhasil kerana ia masih disekat pihak Republik Serb.

Britain ambil langkah

Nasib malang yang menimpa ribuan wanita Islam Bosnia memberi ilham kepada Britain untuk mengetengahkan isu meningkatkan tahap kesedaran terhadap keganasan seksual peperangan dalam perhimpunan G8  melibatkan negara-negara perindustrian pada tahun depan.

Di bawah Inisiatif Mengelak Keganasan Seksual, kerajaan Britain merancang untuk menghantar pegawai-pegawai polis, peguam, ahli-ahli psikologi dan pakar forensik ke Bosnia serta negara-negara konflik lain untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan mengenai isu terbabit.

"Setakat ini, kita hanya akan mengutamakan Bosnia Herzegovina. Kami yakin akan diberi peluang yang besar dalam menangani isu itu dan proses keamanan tidak akan berjaya jika tiada resolusi," kata jurucakap program berkenaan, Ann Hannah.

Beliau berkata, pasukannya perlu tiba di Bosnia seawal yang mungkin pada 2013 depan. - Reuters

sinar harian


Kuantan tenggelam

Banjir melanda Kuantan, Pahang hari ini 24 disember 2012
semua gambar diambil dari facebook


 BIMB Mahkota Square

 Parking ECM

 Restoran taj megamall

 Hadapan Terminal Makmur

 Depan kamdar

Depan Megamall


semoga tidak ada kemalangan jiwa


Penyeludup dadah yang paling seksi

 PEMENANG pertandingan Ratu Kopi Colombia, Angie Sanclemente, mengimpikan kemasyhuran dunia peragaan. Namun, kerjaya model berusia 31 tahun itu berkecai di sebuah mahkamah di Argentina dia dihukum penjara selama enam tahun lapan bulan kerana peranannya dalam kegiatan penyeludupan dadah.

Kejatuhan Sanclemente bermula pada Disember 2009 selepas seorang lagi model, Maria Noel Lopez Iglesias, ditangkap ketika cuba menaiki pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ezeiza di Buenos Aires, Argentina.
Wanita berusia 21 tahun itu ingin pergi ke kawasan resort Cancun di Mexico semasa ditahan bersama sebuah beg pakaian berisi dadah kokain seberat 55 kilogram bernilai AS$3.3 juta (RM10 juta).

Model itu langsung tidak cuba menyembunyikan kokain itu kerana dia telah diberitahu tiada siapa akan menahannya di lapangan terbang. Maklumat daripada Iglesias telah menyebabkan Sanclemente diburu.

Pihak berkuasa percaya Sanclemente masih berada di Argentina selepas dia meninggalkan hotel tempat dia menginap bersama seekor anjing Pomeranian yang comel.

Polis berjaya mengesan alamat anjing itu didaftarkan tetapi mendapati ia cuma sebuah gudang lama yang tidak digunakan lagi. Dia akhirnya ditangkap di sebuah hotel murah di Palermo, Buenos Aires.
Polis mendakwa Sanclemente bertanggungjawab merekrut wanita-wanita muda untuk dijadikan penyeludup dadah. Dia dikatakan hanya mengupah model-model glamor untuk membawa dadah dari negara Amerika Selatan itu ke Eropah.

 Sanclemente menggambarkan model-model yang bekerja dengannya sebagai 'bidadari jelita yang tidak dicurigai'. Mereka diberitahu supaya bersikap 'mesra' tetapi bukan menjolok mata.
Model-model itu dibayar AS$5,000 (RM15,000) bagi setiap perjalanan dan sekurang-kurangnya seorang daripada mereka akan menaiki pesawat setiap 24 jam dengan membawa berpeket-peket kokain.
Dari Argentina, mereka terbang ke kawasan resort di Cancun, Mexico. Dari situ mereka bergerak ke Eropah dan Amerika Syarikat.

Sanclemente dinobatkan sebagai Ratu Kopi Colombia pada usia 21 tahun. Malangnya gelaran itu ditarik balik dua hari kemudian selepas pihak penganjur mendapati dia melanggar syarat pertandingan kerana sudah berkahwin. Sanclemente berkahwin dengan seorang ahli perniagaan pada tahun 1998. Lelaki itu menanggung kos pengajian Sanclemente dalam bidang kewartawanan di Universiti Barranquilla, Colombia.

Selepas bercerai, Sanclemente tinggal di Mexico selama lapan tahun. Di negara itu, Sanclemente mengambil tugasan peragaan dan menjadi pelakon televisyen. Wanita kelahiran Colombia itu juga dipercayai menjalin hubungan cinta dengan seorang tauke dadah Mexico dikenali sebagai The Monster tetapi mereka berpisah pada penghujung tahun 2009 kerana Sanclemente mahu membentuk kumpulan penyeludupnya sendiri. Selepas itu, dia berhijrah ke Buenos Aires bersama teman lelaki baharunya, Nicolas Gualco, seorang warga Argentina.

Gualco dan bapa saudaranya, Daniel Monroy turut dihukum penjara selama enam tahun lapan bulan atas kesalahan yang sama. Sanclemente menjadikan seorang model terkenal Colombia, Natalia Paris sebagai idola. Dia bahkan mewarnakan rambutnya dengan warna perang supaya nampak serupa dengan Paris.

Paris berkahwin dengan Julio Correa, seorang penyeludup dadah yang kemudian menjadi pemberi maklumat kepada pihak berkuasa. Lelaki itu dibunuh oleh teman penyeludupnya sendiri menggunakan mesin pengisar daging.
Ibu Sanclemente, Yaneth Valencia, tinggal menyewa sebuah apartmen pada kadar AS$75 (RM225) sebulan di pinggir bandar pelabuhan Barranquilla, yang juga bandar kelahiran penyanyi pop terkenal, Shakira.
Walaupun anaknya hidup mewah, menurut seorang jirannya, rumah Valencia tidak mempunyai katil. Dia hanya tidur di atas tilam yang diletakkan di atas lantai. Selepas waran ditangkap dikeluarkan ke atas anaknya, Valencia berpindah ke tempat lain.
Pembabitannya dalam pertandingan ratu cantik dan aktiviti peragaan telah menarik perhatian media Argentina dan Colombia. Mereka memanggilnya narcomodelo atau model dadah.
Media juga menimbulkan tanda tanya sama ada Sanclemente benar-benar seorang ratu dadah atau sekadar mangsa cinta yang terjerumus ke dalam jenayah itu akibat pujukan Gualco.

Sebuah klip video yang dimuat naik ke Youtube menggambarkan Sanclemente sebagai La narco mas sexy atau 'penyeludup dadah paling seksi' dengan memaparkan gambar separuh bogel Sanclemente.

Semasa perbicaraan, Saclemente berulang kali menafikan dia merekrut penyeludup dadah sambil mendakwa satu-satunya kesalahan yang dilakukannya ialah jatuh cinta dengan lelaki yang salah.

"Perkara ini berlaku kerana saya orang Colombia," kata Sanclemente sebaik sahaja dijatuhi hukuman.
Dalam satu interviu dengan akhbar Colombia, El Pais semasa ditahan di penjara Argentina, Sanclemente berkata dia cuma orang biasa yang mencari peluang untuk berlakon, iaitu perkara yang gemar dilakukannya.

Bercakap dengan sebuah akhbar Colombia yang lain dia berkata: "Saya sedih, berhutang dan keseorangan. Tuhan telah memberi saya kekuatan untuk mengharungi semua ini.

"Sesuatu yang baik pasti akan datang. Saya tidak mahu menggambarkan diri saya sebagai mangsa tetapi saya telah dimalukan dan tidak dilayan seperti sepatutnya."

Peguam Sanclemente, Guillermo Tiscornia berkata anak guamnya itu takut untuk masuk ke penjara Argentina. "Dia seorang wanita cantik, dia takut dia akan dirogol di dalam penjara. Dia sudah pun menderita dari segi fizikal dan mental," ujarnya.

kosmo


Robin Van Persie bernasib baik masih hidup

Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson, mengecam pemain Swansea City, Ashley Williams, yang dinilainya melakukan tindakan tidak terpuji kepada Robin van Persie ketika kedua pasukan bertemu dalam Liga Perdana, Sabtu (23/11/2012).

Insiden itu bermula ketika RvP berebut bola dengan pemain Swansea. Setelah itu, ia kemudian terjatuh dan bola terpelanting di belakang kepalanya. Wiliams yang berusaha menyelamatkan gawangnya kemudian menendang bola tersebut yang kemudian mengenai kepala RvP yang sedang tersungkur di atas padang

"Robin van Persie bernasib baik masih hidup. Itu adalah perbuatan tercela dari mereka dan dia (Wiliams) seharusnya dihukum oleh FA. Leher Robin boleh patah," kata Ferguson seperti dilapor BBC.

Pada perlawanan itu, MU dipaksa seri 1-1. Dengan hasil ini, MU memang tetap berada di puncak liga sementara dengan 43 mata, namun hanya lebih empat mata dari Manchester City di tempat kedua. Sementara, Swansea masih berada di posisi ke-11 dengan 24 mata.

"Seharusnya kami boleh menjarakkan diri dengan enam angka hari ini dan ini sangat mengecewakan. Kami kurang bernasib baik dalam pertandingan ini," kata Ferguson.

 RVP merasai kekuatan sepakan Ashley Williams

 Sir Alex menunjukkan kemarahannya kepada pegawai keempat Lee Probert selepas kejadian itu

 Van Persie bingkas bangun untuk melepaskan kemarahannya kepada Williams selepas kejadian itu

 Hampir-hampir bergaduh

Rakan sepasukan terpaksa mententeramkan kedua-dua pemain itu

nasib baik kalau tak..RIP RVP hehe

dailymail.co.uk, kompas


Boeing guna kentang uji wifi

Chicago: Syarikat Boeing menggunakan ubi kentang untuk menguji sistem wifi dalam pesawatnya, kaedah yang dianggap luar biasa.

Kerusi penumpang dalam pesawat khas diletak guni ubi kentang untuk beberapa hari untuk menguji kekuatan isyarat. Penyelidik syarikat berkata ubi kentang ‘berinteraksi’ dengan isyarat elektronik.

Jurutera Boeing menjalankan beberapa ujian bagi memastikan penumpang akan mendapat isyarat kuat wifi ketika di udara.

Pada masa sama, ia juga menguji sama ada standard keselamatan yang melindungi gangguan dengan sistem elektrik pesawat, dipenuhi.

Isyarat tanpa wayar berubah-ubah secara rawak dalam ruang tertutup kabin pesawat ketika penumpang bergerak. Ia bermaksud agihan isyarat tidak sekata di seluruh kabin, dengan jaringan lemah dan kuat di tempat duduk berbeza.

“Anda mahu komputer riba anda berfungsi di mana saja anda duduk, namun kemungkinan ada perubahan isyarat ketara mengikut lokasi tempat duduk,” kata jurutera Boeing Dennis Lewis.

Untuk menguji isyarat, syarikat itu menggunakan 9,000 kilogram kentang dalam guni.

Menurut Boeing, interaksi ubi kentang dengan isyarat elektronik menyamai tubuh manusia menjadikannya sesuai menjalankan ujian beberapa hari bagi mengumpul data.

Majlis Ubi Kentang United Kingdom berkata ramai orang memandang rendah penggunaan alternatif tumbuhan itu.

“Contohnya ialah dalam pengeluaran kertas dan dakwat, kanji ubi kentang digunakan dalam pakaian untuk mengukuhkan serat supaya ia tidak pecah ketika ditenun dan untuk pemanis - glukosa dapat di ekstrak daripada kanji ubi kentang,” kata jurucakap majlis.

BH


Pesta liar di PD gagal


PORT DICKSON – Polis berjaya mengagalkan penganjuran satu pesta yang bakal disertai lebih 100 remaja, dipercayai dari ibu negara di sini, malam tadi.

Pesta yang dikenali sebagai Moon Soon Beach Party itu diadakan di tepi pantai, lengkap dengan pentas serta sistem pembesar suara, dengan hidangan minuman keras dan dihadiri puluhan pasangan kekasih.

Bagi menarik orang ramai, penganjur dikatakan menggunakan nama sebuah hotel terkemuka di bandar berkenaan dan Tourism Malaysia yang dicetak pada tiket yang dijual dengan harga RM165 seorang.

Penganjur juga meletakkan syarat, peserta yang hadir hanya dibenarkan memakai bikini bagi wanita dan berseluar pendek bagi lelaki.

Ketua Polis Daerah, Superitendan Abd Wahab Harun berkata, polis melakukan gerakan menyiasat motif penganjuran pesta berkenaan hasil maklumat orang awam selepas mendapati aktiviti mencurigakan di kawasan pesta tersebut.

sinar harian


Lionel Messi menjaringkan gol ke 91 dirinya bagi tahun 2012

Messi membuktikan beliau adalah pemain terbaik dunia ketika ini apabila berjaya menjaringkan gol ke 91 bagi dirinya sepanjang tahun 2012 ini.

Gol tersebut muncul ketika Barcelona menewaskan Real Valladolid 3-1. Messi sebelum ini telah berjaya memecah record 85 gol setahun milik Gerd Muller yang dilakarnya 40 tahun yang silam.

Adakah 91 gol messi ini akan bertahan untuk 40 tahun juga?





Pekerja seksi boleh dipecat

Iowa: Mahkamah Iowa kelmarin membenarkan majikan di negeri itu memecat pekerja yang didapati terlalu mendedahkan anggota tubuh.

Dalam keputusan sebulat suara, hakim menyokong tindakan seorang doktor gigi memecat pembantunya selepas isterinya menganggap wanita itu menggugat perkahwinan mereka.

Pembantu pergigian berkenaan, Melissa Nelson, bekerja untuk James Knight selama lebih 10 tahun dan tidak pernah berfoya-foya dengannya menyebabkan Nelson memfailkan saman.


Ketika perbicaraan, Knight mendedahkan, dia ada memberitahu Nelson beberapa kali bahawa pakaiannya terlalu ketat, terlalu mendedahkan dan mengganggunya.

Kemudian, pada 2009, mereka mula bertukar-tukar mesej, kebanyakannya berkaitan kerja dan tidak mencurigakan tetapi ada mesej yang agak keterlaluan termasuk pertanyaan Knight berapa kerap Nelson mencapai klimaks. Nelson tidak menjawabnya.

Lewat 2009, isteri Knight mendapat tahu mengenai pertukaran mesej itu dan menuntut suaminya memecat Nelson. Knight memecat Nelson awal 2010.
REUTERS


BH


Nicol Ann David juara Skuasy Wanita Terbuka Dunia kali ke 7


.......................UPDATE

(Final)

PEMAIN nombor satu dunia Datuk Nicol Ann David merangkul kejuaraan kali ketujuh Kejohanan Skuasy Wanita Terbuka Dunia dengan menundukkan pemain England, Laura Massaro pada perlawanan akhir yang berlangsung di Kepulauan Cayman.

Nicol, 29, mengambil masa 44 minit untuk mengatasi Laura 11-6, 11-8 dan 11-6 di gelanggang kaca yang didirikan khas di Camana Bay.

"Sukar untuk dipercayai, Laura bermain dengan sangat baik, beliau juga berjaya memberi saingan hebat kepada saya.

"Saya sangat berpuas hati dan gembira dengan corak permainan tadi.

"Saya cuma mahukan kemenangan ini dan sekali gus merangkul kejuaraan ketujuh di Cayman," kata Nicol dipetik dalam laman sesawang rasmi pertandingan www.worldopen.squash.com.

Berdasarkan rekod, Nicol telah merangkul enam gelaran Juara Terbuka Dunia, bermula di Hong Kong pada tahun 2005, Ireland Utara (2006), England (2008), Mesir (2010) dan Belanda (2009 and 2011).

Beliau menjuarai Terbuka Kepulauan Cayman untuk tiga tahun berturut-turut 2009 hingga 2011

Tahniah!!

.................................................

(Semi Final)

Pemain skuasy nombor satu dunia Datuk Nicol Ann David meneruskan misi pemburuan gelaran ketujuh Kejohanan Skuasy Wanita Terbuka Dunia selepas mengalahkan pemain England Jenny Duncalf untuk mara ke pelawanan akhir.

Nicol, 29, pemenang enam gelaran Terbuka Dunia, hanya mengambil masa 37 minit untuk menundukkan Jenny dalam straight set 11-7, 11-4 dan 11-2 di gelanggang kaca yang didirikan khas di Camana Bay di Kepulauan Cayman pada Khamis.

Ratu skuasy negara akan bertemu pemain nombor tiga dunia, Laura Massaro dari England dalam perlawanan akhir.

Kali terakhir mereka berentap dalam perlawanan akhir ialah di Terbuka Australian pada 19 Ogos, menyaksikan  Nicol memenangi gelaran itu buat kali kedua.

Sementara itu, Laura menempah tiket ke perlawanan akhir selepas menumpaskan pemain pilihan kedua Raneem El Weleily dari Mesir dalam lima set permainan penuh mendebarkan yang berlangsung selama satu jam sembilan minit sebelum memenanginya dengan catatan 5-11, 11-9, 12-14, 11-4 dan 13-11.


KEPUTUSAN:
    ----------
    [3] Laura Massaro (ENG) mn [2] Raneem El Weleily  (EGY) 5-11, 11-9, 12-14,
11-4, 13-11 (69 minit);
    [1] Nicol David (MAS) mn [6] Jenny Duncalf (ENG)  11-7, 11-4, 11-2 (37



Sewa baju RM61 tapi masih mampu bergelar Miss Universe


Penuntut universiti dinobat Miss Universe menewaskan peserta dari enam benua, membawa pulang mahkota ke Amerika Syarikat selepas kemarau lebih daripada satu dekad.

Olivia Culpo, 20, memenangi gelaran itu malam tadi Hollywood menggantikan juara lalu, Leila Lopes dari Angola.

Pertabalan ke atas penuntut tahun dua di Universiti Boston mengakhiri 'sumpahan' ke atas Amerika dalam pertandingan anjuran bersama Donald Trump dan NBC.

Kali terakhir Amerika memenangi gelaran itu adalah pada 1997 melalui Brook Lee.

Culpo menewaskan 88 pesaing.

Tiada siapa yang lebih terkejut daripada keluarga Culpo apabila diberitahu dia menyertai  pencarian Ratu Rhode Island, tahun lalu.

Ayahnya, Peter memberitahu, "kami sekeluarga tidak mengetahui tentang pertandingan ratu cantik itu."

Culpo memenangi pertandingan itu dengan baju yang disewa RM61.

Saat-saat sebelum Culpo dinobatkan sebagai juara, dia ditanya sama ada dia pernah menyesal akan sesuatu.

"Saya mahu memulakan dengan mengatakan bahawa setiap pengalaman tidak kira baik atau buruk, kita akan belajar sesuatu daripadanya. Inilah hidup," katanya.

Dia menambah, "tetapi mungkin saya menyesal kerana memilih dalam pembesaran adik-beradik saya, kerana kita akan sangat menghargai mereka selepas kita dewasa."

Salah seorang adiknya, Gus datang menyokong ketika gelaran Miss Universe disampaikan kepada kakaknya.

Ratu Filipina Janine Tugonon mendapat tempat kedua dan Ratu Venezuela, Irene Sofia Esser Quintero di tempat ketiga.

Pertandingan ini diadili penyanyi, Cee Lo Green, Masaharu Morimoto dan Pablo Sandoval

sinar harian


Penjaja Myanmar kutip sayur dalam tong sampah untuk dijual di KL



Seorang wanita warga Myanmar berulang alik beberapa kali ke pasar mengangkut sayur yang dibuang pemborong

KUALA LUMPUR - Penjaja warga Myanmar umpama mendapat untung atas angin apabila tidak perlu mengeluarkan modal untuk berniaga selepas mereka bertindak mengutip sayur yang dibuang pemborong untuk dijual.

Tinjauan Sinar Harian selama dua jam bermula jam 8 pagi sehingga 10 pagi baru-baru ini mendapati sekumpulan warga Myanmar di antara lima hingga enam orang sedang khusyuk mengutip dan memilih sayur yang dibuang pemborong pada tong sampah besar terletak di luar Pasar Borong Kuala Lumpur.

Tinjauan juga mendapati seorang wanita berulang alik sebanyak tiga hingga empat kali mengangkut beberapa bakul sayur tersebut ke luar kawasan pasar.

Sayur-sayur tersebut dipercayai dijual kepada orang awam di luar pasar borong bermula jam 6 petang.

Meskipun masalah tersebut telah banyak kali dibangkitkan namun penyelesaian masih menemui jalan buntu apabila penjaja Myanmar dilihat masih berniaga seperti biasa.

Pengunjung pasar, Latifah Ayob, 46, berkata, perkara itu menjadi rutin masyarakat Myanmar yang tinggal di pasar borong untuk menyara kehidupan.

“Mereka akan memilih sayur dibuang pemborong, kemudian akan dijual kepada orang awam yang rata-ratanya peniaga kedai makanan kerana harganya murah.

“Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) beberapa kali membuat operasi penjaja namun permasalahan itu berlarutan dan kini dilihat semakin kritikal,” katanya.

Seorang lagi orang awam yang ditemui, Mohd Fauzi Ishak, 32, meminta badan pemantau dilantik menyelesaikan masalah lambakan warga asing.

“Warga asing kini mengatasi warga tempatan, penjaja warganegara dikenakan tindakan kompaun tetapi penjaja asing dibiarkan berleluasa sehingga menjadikan pasar borong umpama perkampungan Myanmar.

“Kita bimbang sekiranya perkara ini berlarutan dan tidak terkawal akan memudaratkan generasi akan datang kerana anggaran jumlahnya yang semakin meningkat dari tahun ke tahun,” katanya.

Fauzi mengakui bimbang akan keselamatan diri dan sentiasa berhati-hati setiap kali bersama keluarga ke pasar borong untuk membeli barang keperluan niaganya.

Dia berharap, permasalahan itu dapat ditangani secara bijak dan dalam masa sama tidak menjejaskan periuk nasi warga tempatan.

sinar harian