Pesta liar di PD gagal


PORT DICKSON – Polis berjaya mengagalkan penganjuran satu pesta yang bakal disertai lebih 100 remaja, dipercayai dari ibu negara di sini, malam tadi.

Pesta yang dikenali sebagai Moon Soon Beach Party itu diadakan di tepi pantai, lengkap dengan pentas serta sistem pembesar suara, dengan hidangan minuman keras dan dihadiri puluhan pasangan kekasih.

Bagi menarik orang ramai, penganjur dikatakan menggunakan nama sebuah hotel terkemuka di bandar berkenaan dan Tourism Malaysia yang dicetak pada tiket yang dijual dengan harga RM165 seorang.

Penganjur juga meletakkan syarat, peserta yang hadir hanya dibenarkan memakai bikini bagi wanita dan berseluar pendek bagi lelaki.

Ketua Polis Daerah, Superitendan Abd Wahab Harun berkata, polis melakukan gerakan menyiasat motif penganjuran pesta berkenaan hasil maklumat orang awam selepas mendapati aktiviti mencurigakan di kawasan pesta tersebut.

sinar harian


3 comments:

  1. bila org luar buat hal kat PD, org PD yg dpt tempias...sbb sy org PD..huhuhu...skit ati btul ngan org2 mcm nih...

    ReplyDelete
  2. loqlaq sungguh depa ni...orang Palestine sibuk berperang demi agama, depa sini sibuk buat maksiat...

    ReplyDelete
  3. ya Allah, dah rasa Malaysia bukan negara Islam je.. Siapa sebenarnya yg boleh kawal semua ni kalau tahun baru pun disambut dgn konsert yg merosakkan..

    ReplyDelete