Siapa curi pakaian dalam wanita di Tmn Harmonium Indah Seremban?

Hairan pakaian dalam di ampaian lesap

SEREMBAN – Seorang kakitangan kerajaan resah apabila pakaian dalam yang disidai bersama pakaian lain di rumahnya di Taman Harmonium Indah, di sini, hilang.

Mangsa, Noor Hashigin Ujud, 33, berkata, kejadian yang berlaku minggu lalu itu hanya disedarinya kira-kira jam 10.30 pagi setelah mendapati ampaian baju yang yang diletakkan di garaj rumahnya beralih.

“Pada hari kejadian saya tidak bekerja dan kebiasaan pada jam 9 pagi saya akan jemur pakaian.

“Sebaik sahaja siap mengemas dapur, saya melihat ke luar rumah dan mula mengesyaki sesuatu apabila ampaian beralih,” katanya.

Menurutnya, dia kemudian keluar rumah untuk membetulkan ampaian terbabit dan terkejut mendapati tiga pakaian dalam yang disidai di sebalik pakaian lain hilang.

"Saya mula rasa tidak sedap hati melihat keadaan sekeliling namun tidak nampak sesiapa yang mencurigakan.

“Saya menghubungi jiran sebelah rumah yang dihuni tiga wanita dan menasihatkan mereka tidak menjemur pakaian dalam di luar," katanya..

Sejak kejadian itu Noor Hashigin tidak lagi menjemur pakaian dalam di ampaian luar.

"Tapi tidak sangka keesokannya jiran sebelah rumah memberitahu enam pakaian dalamnya hilang,” katanya yang berpindah ke situ sejak dua tahun lalu.

Menurutnya, dia bimbang pakaian dalamnya yang dicuri digunakan untuk sesuatu yang tidak baik menyebabkannya tidak dapat tidur lena.

“Namun begitu, saya tidak mengesyaki sesiapa. Tapi, saya nasihatkan wanita di kawasan ini tidak lagi menjemur pakaian dalam di luar rumah kerana ia dikhuatiri menjadi sasaran lelaki gila seks,” katanya.

Justeru dia berharap pihak polis mengadakan rondaan lebih kerap di kawasan itu.

[sinar harian]


3 comments:

  1. eiii..takutnya..x pernah sidai di luar...sidai dalam umah je..

    ReplyDelete
  2. Tertarik nk komen entri ni sbb relate ngn apa yg sy blaja :)
    Mungkin yg mcuri tu ada sexual disorder. Mungkin la. Xkn la nk jual plak..

    ReplyDelete
  3. Pakaian dalam jangan di sidai di tempat terbuka.

    ReplyDelete