Teh mampu kurang tekanan darah tinggi


Berita baik kepada penggemar teh, bahawa kajian dari Universiti Australia Barat dan Unilever mendapati dengan mengamalkan pengambilan tiga cawan teh sehari mampu mengurangkan tekanan darah tinggi.

Bagaimanapun, berdasarkan penemuan itu, ketua penyelidik, Profesor Jonathan Hodgson masih tidak dapat memastikan keberkesanannya jika individu memilih untuk meminum teh hitam atau menambah susu dalam minuman tersebut.

Teh merupakan minuman kedua pilihan masyarakat dunia selepas air kosong kerana ia kaya dengan zat kimia polifenol, antioksida yang mampu menghentikan pertumbuhan sel kanser.

Kajian dari Universiti Harvard mendapati minuman itu juga mampu meningkatkan sistem imun seseorang .

“Pada masa yang sama, kita juga perlu mengurangkan pengambilan garam dan memakan lebih banyak buah dan sayur-sayuran bagi mengekalkan kesihatan fizikal di samping berkesan untuk menurunkan tekanan darah,” jelas Hodgson.

http://www.sinarharian.com.my/global/teh-mampu-kurang-tekanan-darah-tinggi-1.20723


janganlah pulak harga teh akan naik selepas ni....

selamat menyambut hari wilayah, selamat bercuti

jom ngeteh hehe

3 comments:

  1. Sebab itulah kalau ke sea-food restoran biasanya akan dihidang dgn chinese tea yg tak bergula. Tapi aromanya keluarga kakak suka...

    ReplyDelete