malam pertama di alam kubur


malam semalam sempat gak aku baca buku nih...kedahsyatan malam pertama di alam kubur tak tau nak kata apa, memang seram sejuk, meremang bulu roma bila mengingatkan hal kematian. sesuatu yg pasti cuma tak tahu bila.

antaranya, buku ini menceritakan mengenai...

pada malam pertama seseorang itu masih berada di rumah bersama keluarga dalam keadaan gembira. hidup dalam kesenangan dan kesihatan terjamin lalu tiba2 pd malam kedua ia dijemput oleh maut dan kemudian dikubur dalam liang lahat. malam kedua itu adalah malam pertama ia berada di alam kubur...tak dapat nak bayangkan bagaimana nak menghadapi malam pertama tu. mahu tak mahu kita semua terpaksa menghadapinya juga

"begitulah kematian
tak memilih tua atau muda
kaya atau miskin
tak pernah peduli
raja atau rakyat
kematian
melenyapkan kemegahan
ia datang
untuk mengeluarkan
manusia dari roda kehidupan
yang selama ini dijalani
mengeluarkan seseorang
dari rumahnya
untuk kemudiannya
membenamknnya dalam
sempitnya liang lahat
semua itu
dilakukan tanpa meminta
izin terlebih dahulu"


satu peringatan untuk aku & korang semua...kalau nak bergembira tu berpadalah ya...kena ingat jugak hal2 kematian nih

6 comments:

  1. hidup kat dunia adelah pinjaman saje..
    bagus de buku2 cmni supaya ingtkan kite tentang kematian..

    ReplyDelete
  2. mati tu pasti..
    cume xtaw bile waktu dan ketika nya..
    perlu sentiasa bersedia~

    doakan yg baek2 utk kite sume~
    amin~

    ReplyDelete
  3. Gua baca mengenai buku itu pun dah rasa gerun..

    Astaghfirullah.. Astaghfirullah..

    ReplyDelete
  4. miz acha:

    yelah..xkan nk bca majalha hiburan je kan

    ReplyDelete
  5. sang harima:

    insyaAllah bleh memberi keinsafan

    ReplyDelete
  6. dyna:

    sentiasa berdoa agar mati dlm iman

    aminn

    ReplyDelete