Demi kehormatan, wanita ini bunuh suami yang memintanya jadi pelacur


Memetik laporan emirates247.com, seorang wanita Turki berusia 28 tahun, Cilem Karabulut, ditahan setelah dia menyerah diri kepada polis dan mengaku telah membunuh suaminya.

Menurut cerita Cilem, suaminya Hasan Karabulut, 33, sering kali menyiksanya dan ingin menjualnya sebagai pelacur. Tidak ingin kehormatannya hancur, dia memberanikan diri membunuh si suami dengan psitol milik suami di rumahnya. Setelah melakukan pembunuhan, Cilem telah menelefon polis dan menyerah diri.

Cilem dan Hasan telah berkahwin sejak beberapa tahun lalu dan dikurniakan seorang anak berusia dua setengah tahun.

Saintis temui fosil sperma berusia 50 juta tahun di Antartika

 Foto: Department of Palaeobiology, Swedish Museum of Natural History/The Guardian

Saintis menemui sperma melekat di kulit kepompong ulat berukuran 0.8 milimeter, yang ditemui di Pulau Seymour, Semenanjung Antartika.

"Penemuan ini berlaku secara tidak sengaja ketika kami sedang menganalisis serpihan struktur kepompong dan memperbesar gambarnya, kemudian kami melihat ada sesuatu yang kelihatan seperti sperma," kata seorang ahli paleobotani Swedish Museum of Natural History, Benjamin Bomfleur.


Sperma tersebut berkemungkinan milik cacing tanah atau lintah bernama Clitellata annelids, yang hidup pada 50 juta tahun yang lalu.


Penemuan ini membuatkan saintis berharap untuk menemui lebih banyak lagi fosil-fosil aneh berkaitan sel sperma dan mikroorganisma lainnnya bagi mengetahui sejarah evolusi.




Sumber: Tribunnews.com

Ikan hitam bertaring ditemui di gunung berapi dasar laut


Saintis dari Commonwealth Scientific and Industrial Research Organisastion (CSIRO) baru-baru ini menjumpai ikan berwarna hitam dan bertaring di sebuah gunung berapi d luar pantai Australia.

Bentuknya seperti belut dari jenis idiacanthidae dan chauliodontidae. Walaupun ukurannya cukup kecil, namun giginya besar dan mengerikan.

Kisah Persahabatan Antara Pembeli Dan Penjual Telefon Jadi Viral


PETALING JAYA: Ketika insiden kekecohan di Plaza Low Yat hangat diperkatakan, pengakuan hubungan baik seorang pengguna Facebook dengan penjual telefon bimbit di sebuah pusat beli-belah menjadi viral.

"Nama mamat (lelaki) ni Desmond. Nama manja Mok. Tempat aku beli henpon (handphone) sejak zaman berzaman. Sentiasa jual barangan berkualiti," kata pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Fais Al-Hajari.

Cerita Fais lagi, walaupun adakalanya dia memberi telefon bimbit daripada peniaga lain, Desmond tetap tersenyum dan mereka masih berkawan baik.

"Hubungan baik ini kekal walaupun selepas lapan tahun. Penjual telefon bimbit lain di Plaza Idaman ni (majoriti Cina) Pun baik dengan aku.

"Rahsianya? Depa (mereka) tak tipu aku. Aku tak curi barang depa. Masing-masing hormat hak masing-masing dan supportive. Aman dunia," tulisnyanya lagi.

Sehingga berita ini ditulis, posting tersebut menerima lebih 1,200 likes dan dan 152 komen serta dikongsi lebih 90 pengguna Facebook lain.

Polis menahan 19 individu yang dipercayai ada kaitan dengan kejadian kekecohan yang berlaku di Plaza Low Yat.

Insiden pergaduhan itu didakwa berpunca daripada perasaan tidak puas hati seorang remaja yang dituduh mencuri sebuah telefon bimbit pada Sabtu lepas.


Sumber: mstar.com.my

Tikus Gergasi 'Kecohkan' London

Gambar tikus gergasi yang menimbulkan perdebatan di kalangan warga London.

LONDON: Penemuan seekor tikus di kawasan pelabuhan mencetuskan perdebatan di kalangan penduduk bandaraya ini yang tidak percayai adanya haiwan bersaiz gergasi itu.

Penemuan tikus besar itu tersebar apabila gambar seorang lelaki memakai pakaian keselamatan memegang seekor tikus besar di bahagian leher dan menunjukkannya ke kamera di muatnaik ke Facebook.

“Selamat tengah hari semua, jumpa ini di pelabuhan Grimsby,” itulah keterangan gambar tersebut yang kemudiannya dikongsi ribuan kali.

Walaupun ramai yang terkejut dengan saiz haiwan itu, ada yang  mendakwa gambar itu palsu dan diubah suai menerusi perisian Photoshop.

Gambar itu dikongsi sehari selepas sebuah badan amal mendedahkan usaha melatih tikus-tikus besar bagi mengesan periuk api di sebahagian besar negara Afrika.


Sumber: mstar.com.my

Gadis Dihina Dan Dipermainkan Kerana Kekurangannya Dapat Perhatian Dan Simpati Netizens


Setiap manusia tidak kira rupa paras, kecik, besar,kurus atau gemuk sudah pasti mempunyai perasaan. Terbaru menjadi viral di laman sosial kisah seorang gadis istimewa yang mungkin mempunyai sedikit kekurangan di mata orang ramai.

Dia yang mewujudkan akaun Instagramnya menggunakan nama akaun NIASZATIE telah memuatnaik gambar sama seperti kebanyakkan gadis-gadis diluar sana.

Tetapi hanya kerana sedikit kekurangan yang dimiliknya telah tampil sekelompok manusia yang tidak mempunyai hati dan perasaan telah menghina ciptaan tuhan itu.

Bayangkan apa perasaan kita apabila apabila berada di tempat beliau, kita dihina kekuarangan kita, diherdik, apa kita rasa?

Berikut adalah satu 'Screen Shot"  yang menunjukkan gadis ini telah dihina oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.


Namun tabahnya insan ini hanya menjawab dengan jujur "ni bukan topeng ni muka saya"

Sayu SK rasa dengan jawapan itu, kenapa wujud manusia seperti ini dengan menghina paras fizikal orang lain?

Engkau rasa engkau ni dah cukup "perfect" sangat ke yang menghina orang lain?

Setiap makhluk diciptakan dengan kelebih dan kekurangan masing-masing. Yang pasti apa yang diciptakan olehNya mempunyai kesempurnaan tersendiri.

Kerana penyebaran gambar beliau dihina, ramai Netizens menzahirkan rasa simpati terhadap Zatie di mana mereka memberi kata-kata semangat kepada Zatie.


"Followers" Zatie dari 118 orang kini sudah meningkat kepada 5567 orang dan apa yang paling special ia turut di "follow" oleh penyanyi terkenal, Shila Amzah.

Apapun SK harap Zatie kuat yer dik, abaikan mulut-mulut busuk orang mengata. disebalik setiap kejadian ada hikmah yang kita mungkin tidak tahu.


Kredit: siakapkeli.my

Puluhan maut akibat rebut baju percuma

Ahli keluarga mangsa mengelilingi mayat mangsa yang terkorban dalam rempuhan di Mymensingh. - Foto AFP

DHAKA - BANGLADESH. Sekurang-kurangnya 23 orang maut dalam rempuhan ketika pengagihan baju percuma di bandar Mymensingh dekat utara Bangladesh, semalam, menurut polis.

Ketua polis tempatan, Moinul Haqu berkata, insiden berlaku apabila ratusan orang cuba membolosi sebuah pintu kecil untuk masuk ke dalam kawasan kilang selepas mereka berkumpul di luar bangunan sejak Subuh.

"Setakat ini 23 mayat telah dipindahkan. Kebanyakan mangsa adalah orang miskin dan wanita. Selain itu, lebih 50 yang lain turut cedera dalam insiden itu," menurutnya.

Difahamkan melalui laporan AFP, angka kematian dijangka meningkat kerana terdapat beberapa orang yang terlebih dahulu membawa pulang mayat saudara mara mereka sebelum polis tiba di tempat kejadian.

Susulan insiden tersebut, pemilik kilang dan enam yang lain telah ditahan bagi membantu siasatan.

Menurut polis, lebih 1,500 orang berkumpul di luar kilang tembakau sekitar pukul 4.45 pagi (waktu tempatan) selepas pemilik mengumumkan bahawa mereka akan mengedarkan pakaian percuma kepada orang miskin sempena bulan Ramadan.


Sumber: Sinar Harian