Gambar "ketam" aneh di Marikh


 Labah-labah, makhluk asing, John Carter, ketam angkasa - itu antara cadangan yang diberikan oleh pengguna media sosial apabila melihat satu gambar dari planet Marikh terbaru dikeluarkan oleh NASA.

Gambar yang diambil oleh NASA Curiosity pada bulan Julai lalu mendapat sambutan hangat di kumpulan Facebook "Journey to the Surface of the Mars".

"Now this one is AWESOME!!!" tulis group terbabit di kapsyen gambar berkenaan.


 Ini bukan pertama kali NASA Curiosity berjaya mengambil gambar yang mencetus perdebatang antara orang ramai dan juga ssaintis.

Awal Julai lalu, Curiosity berjaya mengambil gambar batu yang dipanggil "bed rock" yang tidak pernah dijumpai sebelum ini yang mungkin mengandungi material organic.


Menurut NASA,  batu terbabit mengandungi kandungan Silica dan juga Oksigen yang tinggi sama seperti quartz.



Kredit: Siakapkeli.my

Ronaldo hadiahkan pulau kepada kawan

Salah sebuah pulau yang terletak di Greece.

BINTANG sensasi bola sepak, Christiano Ronaldo bertindak membeli dan menghadiahkan sebuah pulau sebagai hadiah perkahwinan kepada kawan karib dan orang kepercayaannya, Jorge Mendes.

Menurut laporan Yahoo Sports, Mendes, 49, yang juga agen kepada Ronaldo telah melangsungkan perkahwinannya Ahad lepas di Portugal.

Ronaldo menjadi pengapit dalam majlis tersebut.

Kedudukan sebenar dan harga belian pulau yang terletak di Greece tersebut bagaimanapun tidak didedahkan.

Greece sebelum ini membuat keputusan untuk menjual beberapa pulaunya dalam usaha untuk menyelesaikan masalah kewangan yang melanda negara tersebut.



Sumber: Sinar Harian

Cat gunung elak bala


CHONGQING - CHINA. Gara-gara terlalu obses dengan kepercayaan tertentu, seorang lelaki di daerah ini mengecat tebing sebuah gunung dengan cat bagi mengelakkan bala.

Yang Zhigang mengecat sebahagian dinding gunung dengan warna hijau kerana percaya warna asal gunung tersebut memberi pengaruh negatif dan membawa bala kepada rumahnya.

Zhigang mengupah enam pekerja untuk mengecat dinding gunung yang bekeluasan 2000 meter persegi dan berketinggian 900 meter dan mengambil masa seminggu untuk menyudahkannya.

Hanya sebahagian daripada gunung itu yang dicat, selebihnya tidak dicat.

Pihak berkuasa tempatan sedang menyiasat untuk mengenalpasti tahap kerosakan yang diakibatkan tindakan lelaki berkenaan.

Walaubagaimanapun, Zhigang menganggap tindakannya mengecat gunung berkenaan sebagai sesuatu yang tidak menyalahi undang-undang.

"Saya rasa tebing gunung tersebut kelihatan lebih baik dan tiada yang salah mengenainya," katanya dipetik CRI.



Sumber: Sinar Harian

Maksud sebenar basuh kaki sebelum tidur

Baru aku tahu....basuh kaki sebelum tidur maksudnya berwuduk.....
 

Sumber: Facebook

[Gambar] Penduduk Conteng Dan Cat Jalanraya Rosak Sekitar Shah Alam Sebagai Tanda Protes


 Kerana sudah tidak tahan dengan keadaan jalanraya yang rosak di sekitar Shah Alam telah membuatkan sekumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka "Brotherhood Shah Alam" juga merupakan penduduk sekitar telah tampil menconteng dan mengecat jalanraya yang rosak.

Menurut mereka pelbagai aduan sudah dilakukan tetapi tidak ada sebarang tindakan dilakukan oleh pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Dikatakan mereka melalukan tindakan berkenaan kerana untuk mengelakkan sesuatu yang buruk terjadi yang mungkin boleh mengakibatkan kehilangan nyawa. Mereka semalam telah menjalankan aktiviti ini sekitar SHELL UNISEL, Seksyen 21 dan sekitar seksyen 14 dekat dengan Kompleks PKNS dengan mencari jalan bosan dan berlubang.



Bagi mereka, tidak kisah untuk penduduk sekitar atau orang ramai marah dengan tindakan menconteng jalanraya ini kerana tindakan yang mereka lakukan adalah salah satu usaha untuk membuka mata pihak MBSA supaya cepat memperbaiki jalan berkenaan.

Selain itu, cat kuning yang digunakan mereka juga sudah pasti senang dinampak oleh pengguna jalanraya yang melalui jalan berkenaan, jika nampak cat kuning berkenaan bolehlah dielak kerana disitu terdapat lubang ataupun jalan rosak.

Aktiviti ini diketuai oleh Saudara Lando Zawawi bersama penduduk sekitar. Lando sebelum ini diketahui sering tampil megeluarkan kenyataan tentang masalah jalan rosak disekitar Kuala Lumpur dan Lembah Kelang.







Tindakan yang mereka lakukan ini telah mendapat banyak sokongan daripada penduduk sekitar yang menyifatkan apa yang dilakukan mereka adalah sesuatu yang baik kerana ia sudah pasti akan membuka mata pihak berwajib.


Kredit: Siakapkeli.my

MH370: Serpihan Dipercayai Pintu Pesawat Ditemui Di Pulau Reunion

Pemandangan dari udara di Saint-Andre, Pulau Reunion, Perancis, menunjukkan pantai di mana serpihan pesawat dan bagasi koyak ditemui pada 29 Julai lalu. AFP

SERPIHAN bangkai dipercayai bahagian pintu pesawat dijumpai terdampar di pulau sama di mana serpihan flateron Boeing 777 ditemui.

Polis di Pulau Reunion, sebuah pulau kecil di Perancis telah mendedahkan bahawa satu lagi serpihan telah ditemui di sekitar pulau itu awal pagi ini, lapor mirror.co.uk.

Ia telah ditemui pada jarak lebih jauh ke arah lapangan terbang pulau itu - jauh dari lokasi di mana bahagian sayap ditemui terdampar minggu lepas.

Tidak ada lagi sebarang pengesahan sama ada ia milik penerbangan MH370 atau sebaliknya, tetapi polis telah mendedahkan mereka percaya ia adalah pintu pesawat.

Ia kini sedang diperiksa oleh pegawai-pegawai di pulau kecil itu, tetapi dijangka akan dihantar ke Perancis untuk dikaji oleh pakar-pakar.

Turut tidak dapat dipastikan sama ada ia berasal daripada penerbangan MH370 atau dari Boeing 777.

Berita mengenai penemuan ini muncul sebaik sahaja bangkai yang dipercayai milik pesawat hilang MAS penerbangan MH370 tiba di Perancis untuk diperiksa penyiasat, Sabtu.

Bahagian sayap ditemui di pulau kecil La Reunion awal minggu ini dan telah dibawa ke Perancis untuk dianalisis pakar.

Bahagian sayap itu telah disahkan milik pesawat Boeing 777 model yang sama dengan pesawat MH370 yang hilang tahun lepas dengan 239 orang di atas kapal.

Penerbangan Air France yang membawa serpihan itu mendarat di lapangan terbang Orly di Paris.

Ia dihantar ke makmal unit tentera berhampiran bandar barat daya Toulouse untuk kajian selanjutnya dilakukan.


Sumber: mstar.com.my

[Video] Prank Tidak Menjadi, Lelaki Dilanggar Kereta Semasa Jadi Hantu Atas Jalan


Gara-gara mahu mengenakan orang, seorang lelaki yang terlibat dalam satu rancangan prank menerima padah apabila dilanggar oleh pemandu kereta yang cuba ditakutkannya.

Memang rancangan ini adalah satu rancangan hiburan dan apa yang mereka lakukan itu sekadar bergurau tapi faham-fahamlah bila dah takut macam-macam orang akan lakukan.

Di dalam video berkenaan memaparkan dua orang lelaki cuba menakutkan seorang pemandu kereta di mana mereka menyekatnya dengan berpakaiaan seba putih seperti hantu di depan dan belakang kereta di atas jalan pada waktu malam.

Dia menyergah di hadapan kereta bekenaan sebelum kereta itu "reverse" dan ada seorang lagi lelaki di belakang menyekat menyebabkan kereta itu ke hadapan kembali. Mungkin kerana tidak tahu hendak buat apa-apa pemandu itu terus melanggar lelaki berpakaian hantu berkenaan.


Kan dah mendapat, sapa tak takut kalau tengah-tengah malam macamtu ada lembaga putih tengah jalan, Kalau SK pun "comfirm" langgar jugak.


Kredit: Siakapkeli.my