Showing posts with label slider. Show all posts
Showing posts with label slider. Show all posts

Video wanita tak pakai baju bonceng motosikal jadi sensasi


SEKALI lagi seorang wanita di Rusia telah menjadi sensasi internet selepas bertindak nekad berani membonceng sebuah motosikal dalam keadaan tidak berbaju atau bogel sepenuhnya.

Walau bagaimanapun, wanita terbabit dikatakan masih mementingkan keselamatan dirinya serta patuh kepada undang-undang jalan raya apabila dia dilihat masih memakai helmet untuk melindungi kepalanya.

Rakaman video yang dibuat oleh penunggang motosikal lain telah tersebar menerusi laman sosial dan menjadi viral dan insiden tersebut dilaporkan berlaku di bandar Oryol, wilayah Rusia Barat.

Wanita berkenaan yang hanya memakai topi keledar berwarna biru serta sepasang kasut berwarna merah jambu itu menunggang motosikal tersebut bersama seorang lelaki yang memakai sut kulit yang lengkap.

Motif utama wanita itu bertindak sedemikian masih lagi tidak diketahui dan jika dilihat semula, wanita bogel yang membonceng motosikal di sekitar bandar di Rusia kini memang menjadi satu trend.

Sebelum ini, kes sedemikian juga pernah berlaku di negara itu dan ia telah mencetuskan pelbagai tanggapan negatif di kalangan netizen. – MYNEWSHUB.CC 

Fan BingBing, Pelakon Wanita Asia Termahal Di Dunia

 Fan Bingbing

 PELAKON yang berasal dari China, Fan Bingbing telah menjadi satu-satunya wakil pelakon wanita dari benua Asia yang dimasukkan dalam senarai rasmi aktres paling mahal di dunia.

Menurut senarai yang diterbitkan majalah Forbes bagi tahun 2015, Fan Bingbing, 33; telah menduduki tangga keempat dengan jumlah bayaran AS$21 juta (RM87 juta) setahun.

Pencapaian pelakon yang terkenal menerusi filem X-Men: Days Of Future Past itu ternyata membanggakan kerana beliau adalah satu-satunya pelakon wanita yang bukan rakyat Amerika Syarikat.

Bukan sahaja berwajah cantik serta menawan, Fan berjaya membuktikan taraf serta kualiti pelakon dari Asia juga setanding dengan mereka yang berada di Hollywood.

 Jennifer Lawrence

Dalam pada itu, Forbes menyenaraikan pelakon wanita yang berada di tangga pertama serta berjaya mengungguli carta tersebut adalah Jennifer Lawrence.

Pelakon muda yang baru berusia 25 tahun ini telah merangkul status sebagai pelakon wanita termahal di dunia dengan hasil kutipan AS$52 juta (RM216 juta) setahun.

Ternyata kehadiran Jennifer menerusi filem The Hunger Games serta X-Men: Days Of Future Past memberi impak besar bahkan membantunya meraih populariti serta bayaran yang mahal.

Tidak ketinggalan ialah pelakon versatile Hollywood, Scarlette Johansson juga berada di tangga kedua di dalam senarai tersebut.

Popular dengan aksi lakonan dan wataknya dalam filem The Avengers sebagai Black Widow, Scarlette meraih AS$35.5 juta (RM148 juta).

Diikuti dengan pelakon komedi Hollywood, Melissa McCarthy di tangga ketiga dengan jumlah kutipan AS$23 juta (RM96 juta) setahun.

Kemunculannya dalam filem Spy ternyata memberi kesan besar kepada industri perfileman di sana.

Muncul di tangga kelima pelakon wanita termahal di dunia, pengantin baru, Jennifer Aniston tersenarai dengan hasil jumlah kutipan sebanyak AS$16.5 juta (RM68 juta) setahun.

Antara selebriti lain yang tersenarai antaranya termasuklah Julia Roberts, Emma Stone, Angelina Jolie dan Anne Hathaway.

Forbes menganggarkan jumlah pendapatan mereka melalui pelbagai sumber seperti Nielson, Box Office Mojo dan IMDB serta beberapa lagi sumber lain.

Lihat senarai penuh aktres termahal di dunia berdasarkan data Forbes di bawah. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

1. Jennifer Lawrence – AS$52 juta

2. Scarlett Johansson – AS$35.5 juta

3. Melissa McCarthy – AS$23 juta

4. Bingbing Fan – AS$21 juta

5. Jennifer Aniston – AS$16.5 juta

6. Julia Roberts – AS$16 juta

7. Angelina Jolie-Pitt – AS$15 juta

8. Reese Witherspoon – AS$15 juta

9. Anne Hathaway – AS$12 juta

10. Kristen Stewart – AS$12 juta

11. Cameron Diaz – AS$11 juta

12. Gwyneth Paltrow – AS$9 juta

13. Meryl Streep – AS$8 juta

14. Amanda Seyfried – AS$8 juta

15. Sandra Bullock – AS$8 juta

16. Emma Stone – AS$6.5 juta

17. Mila Kunis – AS$6.5 juta

18. Natalie Portman – AS$6 juta

Sikap Terpuji Pelajar Malaysia Dapat Perhatian Media Dan Netizens Di Jordan


 Pada minggu lalu iaitu hari jumaat, menjadi viral di laman sosial di negara Jordan kelibat pelajar-pelajar Malaysia sedang berada di jalan-jalan utama di sekitar bandar utara Irbid.

Mereka berkumpul beramai-ramai bagi menjalankan aktiviti gotong royong membersihkan bandar berkenaan dan program berkenaan dikatakan selalu diadakan.

Kerana tersebarknya gambar berkenaan yang diambil oleh penduduk tempatan, netizens di sana memuji inisiatif pelajar-pelajar Malaysia berkenaan dan pada masa yang sama mereka menggesa penduduk-penduduk tempatan di kawasan berkenaan agar menjaga kebersihan dan bersama-sama menyertai program pembersihan berkenaan.

 Program gotong-royong yang disertai oleh pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Yarmouk ini juga mendapat perhatian media negara berkenaan apabila The Jordan Times melaporkan aktiviti berkenaan.

Gambar-gambar yang dikongsi di laman sosial itu telah menarik beratus-ratus komen di mana ada yang memuji pelajar-pelajar berkenaan dan ada yang mengutuk tindakan penduduk di kawasan berkenaan yang tidak pandai menjaga kebersihan di mana jalan raya di sekitar bandar Irbid dipenuhi sampah sarap.


Moeen Mustafa menulis pada ruangan komen bahawa para penduduk membuang sampah di jalan raya sementara warga asing tolong membuang sampah untuk mereka.

“Semua respect kepada mereka, kesetiaan mereka bukan hanya pada negara mereka, bahkan juga di mana mereka tinggal”, komen Abla Wishah.

Yahya Bani Amer berkata, setiap enam bulan pelajar akan menjalankan kempen pembersihan di sekitar kawasan kampus universiti.

Dalam nada sarkastik Reem Mubarak berkata, pelajar-pelajar seolah-oleh hilang harapan kepada penduduk, maka mereka membuat keputusan membersihkan bandar itu sendiri.

“Tetamu membersih sementara penduduk hanya melihat” tulis Manar Khamayseh.

“Saya berharap pelajar Jordan (akan) mengambil inisiatif yang sama dengan membersihkan tempat-tempat di mana mereka tinggal”, komen Ebtisam Daoud.


Qais Mahmoud Irshaidat, orang pertama yang post gambar di akaun facebooknya berkata bahawa pelajar layak diberi kerakyatan Jordan kerana mereka mengetahui erti sebenar menjadi seorang warganegara.

“Pelajar Malaysia membersihkan sampah penduduk Irbid,” tulis Irshaidat.

Menurut para pengguna media sosial, ini bukan kali pertama rakyat Malaysia melaksanakan inisiatif itu, kerana mereka juga telah mengumpul sampah dari jalan-jalan Irbid tahun lepas.


Kredit: Siakapkeli.my