Juruterbang Selamat Walaupun Mendaratkan Pesawat Secara Terbalik

Keadaan sebuah pesawat yang terbabit nahas dengan mendaratkannya dalam keadaan terbalik.


SEORANG juruterbang yang terbabit nahas pada Ahad terselamat tanpa sebarang kecederaan selepas mendaratkan sebuah pesawat dalam keadaan terbalik.

Pasukan kecemasan dihubungi untuk digerakkan ke Lapangan Terbang Wolverhampton Halfpenny Green di Stourbridge, United Kingdom pada kira-kira pukul 10.25 pagi Ahad (5.25 petang waktu Malaysia).

Sebuah ambulans, pasukan paramedik dan agensi Ambulans Udara Midlands bergegas di tempat kejadian.

Memetik laporan Birmigham Mail, bagaimanapun juruterbang yang terbabit nahas terselamat.

Seorang jurucakap bagi Perkhidmatan Ambulans West Mindlands berkata: "Juruterbang itu, seorang lelaki dalam lingkungan 30-an keluar dari pesawat.

"Dia telah diperiksa oleh doktor Ambulans Udara Midlands dan didapati tiada kesan cedera yang dialami, kecuali hanya rasa sakit sedikit.

"Dia dibenarkan "keluar dari rawatan' di tempat kejadian." - Mirror/mStar

No comments:

Post a Comment