Gambar rakun menunggang buaya jadi sensasi di internet


SEJAK kebelakangan ini banyak gambar haiwan yang ‘menunggang’ haiwan lain telah menjadi sensasi internet dan mendapat perhatian netizen.

Kini yang terbaru, gambar seekor rakun yang dirakam sedang menunggang seekor buaya di sebuah tasik telah menjadi viral.


Menurut media tempatan, seorang lelaki dari Florida sedang menerokai Ocala National Forest bersama keluarganya untuk melihat buaya di sungai Oaklawaha apabila sesuatu yang tidak disangkakan telah berlaku.

Richard Jones sempat menangkap gambar seekor rakun yang berdiri di atas buaya di dalam sungai itu sebelum kedua-duanya melarikan diri ke tempat asal.

Richard memberitahu sumber dia kongsikan gambar tersebut kerana berasakan orang lain akan kagum dengan kejadian seperti itu.

Jika diimbas kembali pada awal Mac lalu gambar seekor cerpelai ‘menunggang’ belatuk telah menjadi sensasi internet diikuti gambar gagak ‘menumpang’ burung helang pada awal Julai lalu. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

No comments:

Post a Comment