Gempar! 2 Tuhan 1 Saiton Di Indonesia


 JAKARTA – Berita kemunculan dua orang sebagai ‘Tuhan’ dan seorang lagi menjadi ‘Saiton’ menarik perhatian media di Indonesia sehingga dijadikan topik-topik perbincangan dalam siaran radio dan televisyen tempatan.

Kes pertama ialah seorang lelaki di Banyuwangi, daerah Sukabumi di Jawa Barat yang bernama ‘Tuhan. Berusia 42 tahun, Tuhan hanyalah seorang tukang kayu di kampung sebelum secara tiba-tiba menjadi popular.

Ia gara-gara apabila terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang dikatakan sengaja menyebarkan salinan kad pengenalan dan gambar muka dirinya dalam laman-laman media sosial.

Bapa kepada dua orang anak itu menyifatkan nama beliau sebagai unik dan mendakwa nama tersebut diberikan oleh orang tuanya ketika dia lahir atas nasihat daripada seorang yang alim.

Isteri Tuhan, Husnul Khatimah, berkata dia tidak pernah bertanya kenapa nama suaminya begitu dan semasa menikah tiada sesiapapun mempertikaikan nama suaminya itu yang lebih mesra dipanggil Han.


Setelah nama Tuhan menjadi isu, Majlis Ulama Indonesia (MUI) tampil memberi nasihat agar Tuhan menukarkan namanya atau sekurang-kurangnya menambahkan nama ‘Hamba’ supaya namanya menjadi ‘Hamba Tuhan’.

Ketua MUI Banyuwangi, Achmad Yamin berkata, adalah lebih baik nama itu diganti ataupun menambah namanya kerana manusia tidak boleh dipanggil Tuhan sekali gus boleh menimbulkan kontroversi.

Katanya MUI juga berharap jabatan kerajaan yang berkaitan dengan pendaftaran nama seharusnya turut menasihati masyarakat mengenai pemberian nama kepada anak-anak mereka.

Tuhan bagaimanapun enggan menukarkan namanya walaupun dinasihati oleh pihak MUI kerana menganggap nama tersebut sebagai sesuatu yang amat istimewa.

“Saya tidak akan ganti nama saya, itukan pemberian orang tua. Selain itu, jika ganti nama, maka semua dokumen juga harus ganti seperti KTP (kad pengenalan), surat nikah, ijazah, dan surat-surat lainnya,” kata Tuhan.


Kes kedua juga berlaku di Sukabumi. Seorang lelaki yang mengaku dirinya sebagai Tuhan dan memperkenalkan satu ajaran sesat dengan mendera para pengikutnya secara fizikal dan mental.

Di Kampung Gunungkarang, Sukabumi, seorang penganggur yang dikenali sebagai Indra Okta Permana, 35 tahun, atau digelar Raden berjaya mempengaruhi penduduk kampung itu untuk menyembah matahari.

Mereka diajar untuk mengiktiraf dirinya sebagai Tuhan. Dia juga mengarahkan pengikutnya membakar Al-Quran, jangan bersolat serta menganjurkan majlis taubat dengan memukul dan memijak kepala mereka.

Bagaimanapun apabila tindakannya itu didapati melampau, penduduk akhirnya menangkap Raden dan menyerahkannya sendiri kepada pihak berkuasa Indonesia.

Ketua Siasatan Jenayah Polis Sukabumi Kota, Sulaeman Salim dipetik oleh media sebagai berkata, setelah disoal siasat Raden mengaku dirinya sebagai Tuhan dengan meminta penganutnya itu untuk menyembah matahari.

Mereka malah tidak menjalankan ibadah solat. Raden berasal dari Tangerang sebelum itu dikatakan berkunjung ke rumah seorang penduduk dikenali sebagai Agus Wahyudin dan didakwa memberi mereka meminum sejenis air.

Selepas minum air itu, lima anggota keluarga berkenaan termasuk dua wanita terus mengikut sahaja arahan Raden sehingga menyertai upacara ritual iaitu membakar Al-Quran dan membiarkan diri dibelasah oleh lelaki terbabit.

Raden mendakwa kononnya Tuhan sudah berada dalam jiwa manusia dan kehidupan ini tidak memerlukan sebarang kitab suci kerana ia boleh menyesatkan manusia.


Kes ketiga pula ialah kisah dialami oleh seorang lelaki di Palembang, Sumatera Selatan yang kini hidup dalam dilema kerana namanya ialah Saiton, yang jika disebut dalam pelat Indonesia macam bunyi syaitan!

Saiton, 39 tahun, adalah seorang guru dan tinggal di kawasan Perumahan Taman Mekarsari, Palembang dan dia mengharungi hidup seperti biasa walaupun tahu namanya tidak sedap dipanggil.

Katanya, menurut cerita ibu bapanya ketika dia diberikan nama Saiton, kedua-dua orang tuanya tidak menyedari ia membawa maksud ‘syaitan’ namun setelah menyedarinya mereka cuba menukarkan nama itu.

Ia berlaku setelah dia berusia tiga tahun, namun setelah nama itu ditukar dia mengalami sakit yang teruk dan berdasarkan kepercayaan orang dahulu, nama baharunya mungkin tidak sesuai.

Disebabkan itu namanya dikekalkan sehingga kini sebagai Saiton. Bayangkanlah bagaimanakah keadaannya Saiton jika kebetulan bertemu pula dengan Tuhan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

4 juta penguin huni Pulau Macquarie

 Pulau Macquarie menjadi tumpuan pelancong yang mahu melihat dengan lebih dekat habitat semula jadi penguin.

PULAU Macquarie di selatan Australia menjadi tumpuan berjuta-juta ekor penguin yang menjadikan pulau kecil itu sebagai habitat dan tempat membiak.

Difahamkan, terdapat empat juta ekor penguin menghuni pulau yang berkeluasan 5,189 hektar itu lapor Daily Mail.

Selain itu, Pulau Macquarie turut menjadi habitat kepada kira-kira 100,000 anjing laut dan kawasan berkenaan sering menjadi tumpuan pelancong dan pencinta haiwan.

Difahamkan, pulau tersebut diwartakan sebagai tapak warisan dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unesco) pada 1997.

Kini, Pulau Macquarie menjadi tempat perlindungan penguin sekali gus menyelamatkan haiwan mamalia itu daripada ancaman pemburu haram.



Sumber: Sinar Harian

Miley Cyrus mengaku dirinya panseksual


BIAR pun merupakan seorang bintang sensasi Hollywood, Miley Cyrus sekali lagi telah mendedahkan identiti sebenar dirinya dengan mengklasifikasikan seksualiti dalam kategori panseksual.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu The Climb satu ketika dahulu memberitahu perkara tersebut menerusi majalah fesyen ELLE yang meletakkan bintang kontroversi itu dipilih sebagai muka hadapan keluaran itu.

Walaupun dia sering dikaitkan dengan model seksi Victoria’s Secret, Stella Maxwell sejak kebelakangan ini, Miley tampil membuat kenyataan dia masih belum ada apa-apa hubungan intim serius.

“Saya sangat bersifat terbuka, saya seorang panseksual… tapi saya belum menjalinkan apa-apa hubungan,” katanya dalam wawancara majalah tersebut.

“Saya baharu berusia 22 tahun, saya akan berpacaran namun saya akan berubah setiap 2 minggu… biar saya bersendirian,” tambahnya.

Sebelum ini Miley yang juga berbakat dalam bidang lakonan pernah mencetuskan kontroversi hangat dengan gambar bogelnya menerusi majalah Paper baru-baru ini.

Tampil dengan isu seksualiti diri, Miley membuka cerita kecelaruan identiti serta minatnya terhadap wanita kepada ibunya sejak dia berusia 14 tahun lagi.

Dia juga memberitahu dirinya sangat terbuka kepada sesiapa yang berkenaan dan tidak kisah sama ada pasangannya adalah lelaki mahu pun perempuan.

Kelihatan terma panseksual itu sangat jarang didengar berbanding istilah biseksual yang sering digunakan orang ramai. Apakah yang membezakan dua perkataan itu sebenarnya?

“Secara umum, panseksual ini lebih luas perspektif berbanding biseksual. Panseksual lebih bersifat terbuka seperti jatuh cinta atau ada tarikan seksualiti kepada semua jenis jantina,” kata pakar pengkaji seks, Debby Herbenick.

Menurut Debby, ia berbeza dengan biseksual yang hanya fokus pada dua jantina iaitu lelaki dan perempuan sahaja.

Panseksual ini merupakan skop yang lebih luas dan ia berpotensi untuk tertarik kepada individu berjantina aneh atau transgender termasuk lelaki dan perempuan.

Ia mungkin satu terma yang baharu kerana jarang digunakan untuk melabelkan seksualiti seseorang.Agensi/MYNEWSHUB.CC

Mak Malas Basuh Baju Sekolah Sebab Itu Baju Saya Kotor


Tabiat malas adalah salah satu 'penyakit' yang susah untuk diubati, itulah perkataan selalu kita dengar kerana dikatakan memang susah untuk buat kerja bila malas.

Tersiar dilaman sosial hari ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Najihah Rahman yang dipercayai seorang guru di mana dia menceritakan kisah anak muridnya yang sentiasa pergi ke sekolah dengan baju yang lusuh dan kotor.

Beliau telah bertanya kepada anak muridnya itu kenapa dia suka pakai baju terlalu kotor ke sekolah, adakah ibu tidak membasuh baju anaknya itu.

Berikut adalah cerita berkenaan.

Something for us especially parents to ponder.

I have a boy in my class who usually wears a dirty uniform since early morning. Even if its on Monday (first day of the week). I felt sorry for him and did question him yesterday about the uniform.

"Mak saya malas basuh."

I did not make any judgement of his mother, probably she is sick. "Mak awak sakit ke?"

"Tak. sihat je".

We chatted about how to dress properly in school.

"Tak boleh la macam ni. Cakap dengan mak elok elok. Suruh mak basuh jugak baju. Kotor sangat ni. Awak nak belajar pun tak selesa. Pesan dekat mak ye?"

And today I see him wearing quite a nice and clean shirt. I keep praising him that he looks better in that kind of shirt. He smiled.

"Baju dah bersih tapi berkedut tak gosok ni"

"Saya tak pandai gosok baju. Ini pun semalam balik saya basuh sendiri baju. "

I tried not to believe. Probably he is making another story.

"Ye ke? Cakap dengan mak tak apa yang teacher pesan? Kalau awak basuh baju sendiri, macamana awak cuci?"

"Dah bagitau mak tak nak basuh. Ambik sabun, letak kat baju. Kat rumah pakai sabun debu. Gosok gosok gosok. Basuh dengan air. Jemur. Ni tak gosok terus pakai".

That sincere look he gave, I do not have guts to say anything further. Anything that can break his heart. Or anything that allow him to judge his mother. I keep avoiding words such mak awak ni pemalas betul, ade anak tak nak jaga. I won't hurt his pure heart.

I pat him on his shoulder.

"Job well done. Bagus, pandai basuh sendiri. Janji awak datang sekolah".

Even my heart cried. He is just eight.

Please parents, fullfil their rights. Rights of not being insulted by others for dressing improperly. Rights of not being offended by others because they smell so wrong. Please.



Kredit- Siakapkeli.my
 

Kereta Api Nazi Penuh Dengan Ketulan Emas Ditemui

Sebahagian daripada terowong yang dibina oleh tentera Nazi Jerman yang ditemui di Poland.
 
WALBRZYCH (Poland): Pihak berkuasa Poland pada Jumaat membuat satu pengumuman yang mereka percaya serta yakin telah menemui kereta api misteri milik tentera Nazi Jerman yang membawa bertan-tan ketulan emas, tersembunyi di dalam sebuah terowong rahsia di pinggir bandar ini.

Timbalan Menteri Kebudayaan, Piotr Zuchowski berkata, keyakinan mereka itu bersandarkan imbasan radar yang dilakukan ke atas terowong berkenaan.

"Kami yakin 99 peratus ia adalah kereta api Nazi yang membawa ketulan emas itu," ujarnya kepada para pemberita.

Kereta api tersebut disembunyikan di dalam terowong rahsia itu pada penghujung Perang Dunia Kedua di ambang kejatuhan Kerajaan Nazi Hitler.

Menurut Zuchowski lagi, imej yang diperolehi daripada imbasan radar itu menunjukkan sebuah kereta api yang dilengkapi dengan serombong senjata berat.

Legenda tempatan sejak sekian lama mengesyaki kereta api Nazi itu dipenuhi dengan ketulan emas, batu permata dan senjata telah disembunyikan di dalam sebuah terowong rahsia pada 1945.

Zuchowski menyifatkan penemuan itu sebagai sesuatu yang di luar kebiasaan.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan kedudukan tepat di mana terowong rahsia itu terletak.

Kata Zuchowski, maklumat mengenai terowong rahsia itu diperolehi daripada pengakuan seorang yang turut terlibat di dalam misi menyembunyi dan menutup pintu terowong berkenaan.

Awal bulan ini, seorang lelaki Poland dan Jerman memberitahu pihak berkuasa tempatan di sini yang mereka mengetahui di mana terletaknya lokasi kereta api yang disembunyikan itu.

Menerusi peguam, mereka berkata sanggup memberitahu lokasi berkenaan dengan syarat diberikan 10 peratus daripada apa yang ditemui nanti.

Dalam pada itu BBC melaporkan rekod menunjukkan antara 1943 hingga 1945, pihak Nazi telah mengerah tahanan perang untuk menggali terowong sepanjang 9km di sini.

Sebahagian daripada terowong yang ditemui itu telah menjadi pusat tarikan pelancong.

Timbalan Datuk Bandar Walbrzych, Zygmunt Nowaczyk memberitahu para pemberita Rabu lalu, bahawa lokasi terletaknya kereta api misteri itu dan identiti dua warga tua yang mendedahkannya masih dirahsiakan daripada pengetahuan umum.

"Lokasinya adalah di bawah kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan Walbrzych," kata Nowaczyk.

Menurut legenda, emas-emas itu diperolehi dari daerah Wroclaw, Poland dan disembunyikan untuk mengelak ia jatuh ke tangan tentera merah Soviet yang sedang mara ke bandar ini pada tahun 1945.

Kerajaan Poland sebelum ini memberi amaran kepada warganya supaya tidak mencari harta karun itu kerana dikhuatiri ia dipenuhi dengan jerangkap samar yang dipasang oleh tentera Nazi sebelum menutup pintu terowong berkenaan sepenuhnya.


Sumber: mstar.com.my

Papan tanda 'Dilarang Makan Karpet' jadi viral di media sosial

Foto: facebook.com/Justin Ross Lee
 
Sebuah gambar papan tanda bertulis 'Eating Carpet Strictly Prohibited' di Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai, India tersebar di media sosial.

Gambar papan tanda tersebut mengundang ribuan komen lucu dari netizen seluruh dunia.


Siapa sebenarnya gadis cantik meminta sedekah di KL yang viral di media sosial ini


 Beberapa hari lepas, satu gambar yang memaparkan seorang gadis cantik meminta sedekah di satu kawasan di Kuala Lumpur menjadi viral di media sosial sejak semalam.

Gambar gadis tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook dengan kapsyen :

Gadis cantik ini rela meminta-minta dari pada menjual harga diri nya (pelacur)untuk mendptkan uang..demi pengobatan ibu nya....
Ya Allah kami mohon lindungilah dan beri rejeki yg melimpah untuk anak gadis ini AAMIIN:)


Gambar tersebut telah mendapat 209,000 likes, 39,000 komen dan 2,500 perkongsian.

Namun setelah diselidiki gambar tersebut, ternyata gadis di dalam gambar itu adalah seorang pelakon iaitu Anzalna Nasir, bukannya seorang peminta sedekah seperti yang dimaksudkan oleh pemuat naik gambar tersebut.

Difahamkan juga, di saat gambar itu diambil, Anzalna sedang 'shooting' satu drama yang bertajuk "Memori Cinta Suraya"




Kredit: Siakapkeli.my

Gagal dapat pekerjaan, gadis jual diploma

Foto yang dimuatnaik Stephanie Ritter (gambar kecil)
 
AKIBAT gagal mencari pekerjaan dalam bidang yang dipelajari dan masih mempunyai hutang pengajian sebanyak AS$40,000 (RM167,488), Stephanie Ritter bertindak menjual diplomanya di laman jualan atas talian eBay.

Menurut Dailymail, gadis berumur 26 tahun dari Southern California berkenaan 'sangat kecewa' kerana gagal mencari pekerjaan yang menggunakan diploma berkenaan.

"Saya fikirkan sekeping kertas ini (diploma) sangat berharga kepada ramai orang, tetapi untuk bidang teater, ia tiada nilai," kata Ritter kepada BuzzFeed.

Ritter menamatkan pengajian pada 2011 di universiti Florida State (FSU) dalam bidang teater dan hanya bekerja sebagai pembantu tadbir sehingga kini.

"Saya asyik melakukan perkara yang sama (sebagai pembantu tadbir) dan jumlah gaji saya kemungkinan besar dengan jumlah gaji mereka yang gagal dalam pengajian.

"Bezanya, saya mempunyai hutang pengajian sebanyak AS$40,000 dan mereka (yang gagal dalam pengajian) tidak mempunyai hutang," jelas Ritter.

Perasaan kecewa berkenaan memaksa Ritter menjual diplomanya, bersama-sama dengan 'pengalaman belajar di FSU'.

Ritter meletakkan harga AS$50,000 (RM209,360) iaitu jumlah kos yang dikeluarkannya untuk menamatkan pengajian tersebut.

Selain diploma tersebut, Ritter juga menawarkan untuk membawa 'pembeli berpotensi' untuk berjalan-jalan di FSU.

"Kenapa membazirkan masa selama empat tahun untuk mendapatkan sekeping kertas? Anda boleh beli kertas (diploma) kepunyaan saya!" tulis Ritter di Ebay.

"Berhati-hati dengan hutang pengajian," nasihat terakhir Ritter.

Tindakan Ritter bagaimanapun mengundang sinis pelayar laman sosial.

"Anda tidak selidik tentang prospek pekerjaan teater sebelum memulakan pengajian, padan muka," kata Paul Davis.



Sumber: Sinar Harian

Kisah 3 Pagi, Saya Rasa Dah Lama Sangat Telekung Awak Tidak Bergerak


Solat adalah tiang agama, jadi kita sebagai umat Islam wajib menunaikan kewajipan ini tanpa sebarang alasan jika tidak uzur.

Pentingnya solat boleh dilihat didalam dialog antara Jibril A.S dan Nabi Musa dimana Jibril bertanya, “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?” Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?” Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. “Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?”

“Ada!” jawab Jibril dengan tegas. “Dosa apakah itu?” tanya Musa a.s. “Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina.”

Itu salah satu contoh betapa pentingnya solat di dalam Islam, kisah tentang solat yang boleh dijadikan pengajaran telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Cik Atenn Azlan di mana dia menceritakan kisahnya dan suami yang amat mempunyai pengajaran.

“Period dah habis?…” – Suami Tanya

Al-kisahnya pukul 3 pagi, Aku sedang tidur dan dia kejutkan aku lalu berkata,

“Period dah habis? Saya rasa dah macam lama sangat ni telekung awak tu tak bergerak”
Aku terdiam. “Hari ini dah hari keenam,” kata aku dalam hati.

“Hari ini, hari last kot. Baru tadi, saya check darah dah kering (pukul 1 pagi). Esok pagi saya mandi wajib. Nak mandi tengah malam sejuklah awak,”

“Bangun mandi wajib sekarang! Kenapa nak tunggu pagi esok? Habis awak nak tinggal Isyak padahal awak dah boleh sembahyang?”

Aku diam lagi.

“Awak ini buat mudah saja dengan sembahyang. Saya perasan orang perempuan ini suka tangguh mandi wajib. Padahal mandi wajib tak sampai 10 minit pun,”

“Sejuklah awak,” jawab aku.

“Okay kejap”

Dia keluar bilik dan ke ruang tamu dan dia masuk dengan membawa lighter.

“Awak tak tahan sejuk? Okay. Tapi kalau api awak sanggup tahan, awak tak payah mandi wajib. Kalau awak boleh tahan api maknanya awak boleh tahan api neraka sekali,” katanya sambil cuba menyalakan api dan acah nak membakar lengan aku.

Aku mengelak. Tapi aku diam lagi.

“Aten, awak tahu tak yang saya tanggung dosa awak? Saya tak mahu bila kaki saya dah selangkah boleh masuk syurga, tiba-tiba Allah panggil saya dan berkata.

“Wooii Ameq, ang nak pi mana? Ni bini ang lagu mana pulak? Ang ada tegur dia suh sembahyang bila masuk waktu, suh baca quran, jaga aurat. Meh sini meh sini! Ang kena bertanggungjawab atas dosa bini ang pulak”

“Saya tak nak disebabkan awak, saya masuk neraka sekali Aten. Kasihanlah pada saya Aten. Jangan buat saya macam ini. Kalau awak sayang saya, awak pergi mandi wajib dan sembahyang Isyak,”

“Lagi satu, awak kan tahu saya ini sibuk berkerja siang malam, kadang-kadang tak sempat nak membaca Quran. Apa salahnya kalau awak wakilkan saya baca Quran? Nabi kata, seorang sahaja dalam rumah itu ada orang yang membaca Quran, inshaAllah seluruh keluarga itu akan terhindar dari fitnah dajjal,”

Hmm aku diam lagi. Aku tak sentiasa istiqamah baca Quran. Selalu on off baca Quran. Sepatutnya tiap-tiap hari kan?

Dia datang dan belai lembut rambut aku.

“Awak selalu kata ‘kenapa kita tak dapat anak lagi’. Awak selalu nak mempertikaikan perancangan Allah. Aten, Allah nak kita bersabar. Allah nak kita sembah dan merayu pada dia.

Cubalah sembahyang awal dan jangan lambat, sembahyang biar kusyuk, lepas sembahyang berdoa pada Allah dan baca Quran. Saya tengok awak lepas sembahyang kadang-kadang tak sempat baca doa dah terus bangun. Macam mana Allah nak bagi anak?”

Aku mula bertanya.

“Bukan saya nak mempertikaikan. Tetapi ini satu persoalan. Kenapa ada orang yang tak sembahyang, tak berpuasa, tak baca Quran, tak menutup aurat boleh mengandung dan senang dapat anak?”

“Ini jawapan saya. Dia mungkin diberi anak yang cepat, tapi dia tetap akan ada dugaannya. Bila besar, anak-anak dia tak nak dengar cakap, degil dan bermasalah. Orang kata ada anak ini best, tetapi anaklah dugaan paling terbesar dan sebab anak jugak kita boleh masuk neraka kalau kita tak pandai membimbing dan kalau kita tak berubah jadi ibu bapa yang baik dari segi agama.

“Walaupun dia memang dah cukup baik Allah tetap bagi dugaan. Cuba tengok ada yang dapat anak dari kecil lagi menghidap penyakit perlukan duit puluhan ratusan ribu, ada yang dapat anak tak cukup sifat. Itu semua dugaan dan ujian dari Allah.

“Orang yang tak ada anak ada dugaannya, orang yang ada anak dugaannya juga. Allah akan menduga semua orang. Sebab itu saya selalu kata baca doa baca Quran. Bila Allah rasa kita dah cukup baik, Allah akan bagi anak pada kita sebab Allah tahu kita dah cukup layak untuk jadi ibu bapa yang baik untuk anak anak kita nanti. Saya tak suka awak mempertikai perancangan Allah. Awak tahu tak perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan buat manusia?” katanya

Aku menangis, aku bersyukur kerana ada suami yang selalu memberikan sokongan dan menasihatkan aku. Dia tidak pernah nak menyalahkan aku dan dia selalu berkata bahawa ‘Ini semua ujian dari Allah,”.

‘Dah, bangun. Pergi mandi wajib’.



Kredit: Siakapkeli.my

Anda stres? Mari bermain dalam kolam bola putih

Kolam bola putih yang dipenuhi 81,000 bola putih plastik.
 
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Anda tertekan? Bagi sesiapa yang ingin menghilangkan tekanan, bolehlah mencuba sebuah permainan baharu yang dicipta khas bagi membantu menangani tekanan.

Jump In adalah 'permainan' untuk orang dewasa dicipta oleh sebuah agensi kreatif Pearlfisher yang mula diperkenalkan di London awal tahun ini.

Pengunjung boleh menghilangkan tekanan dengan bermain di kolam yang dipenuhi dengan 81,000 bola putih plastik yang kebiasaannya boleh memuatkan 30 orang dalam satu-satu masa.

Apa yang menariknya, tiada caj dikenakan!



Sumber: Sinar Harian

Tikus makan mata, jari bayi di hospital

Chavali Lakshmi bersama bayinya di wad hospital, semalam. - Foto thehindu.com

ANDHRA PRADESH - INDIA . Seorang bayi maut selepas seekor tikus memakan mata dan jari seorang bayi yang baru berumur 10 hari di sebuah hospital, semalam.

Menurut Dailymail, tiga kakitangan hospital tersebut digantung kerja berikutan kejadian itu.

Bayi tersebut ditempatkan di Hospital Kerajaan Guntur berkenaan kerana mengalami masalah saluran kencing.

Kejadian tersebut disedari oleh ibu bayi tersebut, Chavali Lakshmi selepas mendapati jari bayinya mempunyai kecederaan seperti digigit.

Mata kiri bayi berkenaan juga rosak akibat digigit.

Ketua Menteri Andhra Pradesh, N Chandrababu Naidu memerintahkan kejadian tersebut disiasat.



Sumber: Sinar Harian

Laman Facebook Pekerja Taska Gelar Kanak-Kanak Sebagai Monyet Diserang Netizens


 Hari ini kecoh di laman sosial seorang gadis yang didakwa pekerja taska telah mencetuskan kontroversi apabila memuatnaik sekeping gambar kanak-kanak ke laman Wechatnya dan menggelar kanak-kanak berkenaan sebagai monyet,

Selain itu dia juga menggelarkan ibu kanak-kanak berkenaan sebagai acah bagus dan menyamakan dengan babi.


 "Anak monyet tak reti duduk diam. Mak kau acah bagus, suruh pantau anak yang macam monyet ini. Pergi taska sudahlah tak mandi. Lepas itu minum nak kena bersuap. Seluar pun ikat dengan getah. B*bi tak mampu ke mak kau? Eh s***lah," katanya.

Kerana status berkenaan laman Facebook gadis berkenaan telah menerima 'serangan' teruk daripada netizens di mana kebanyakkannya mengeji sikap gadis berkenaan.

Dia bagaimanapun tampil melalui sebuah status yang mengatakan manusia suka membesarkan perkara kecil sedangkan mengatakan perkara itu adalah biasa baginya kerana dia memang mulut laser.


 Bagaimanapun jawapan daripada gadis pekerja taska berkenaan tidak dihiraukan oleh netizens di mana mereka mengkritik dan mengecam tindakan gadis berkenaan menggelar kanak-kanak yang di jaganya di taska sebagai monyet selain menggelar ibu budak berkenaan dengan perkataan babi.

 

Itulah kalau nak berkata-kata itu lihatlah kiri dan kanan, jangan bercakap ikut suka hati tambah-tambah hal ini melibatkan hal sensitif seperti ini.


Kredit: Siakapkeli.my

Hakim terkejut bintang porno tayang payudara dalam mahkamah


Seorang pelakon porno amatur bernama Susan Surrete, 54 tahun, nekad menayangkan payudaranya di depan hakim ketika perbicaraan di Mahkamah Broward County, Florida, Amerika Syarikat. Wanita tersebut mungkin dalam keadaan mabuk ketika menjalani perbicaraan.

Susan Surrete juga dikenali sebagai Kayla Kupcakes itu ditangkap polis Rabu lalu kerana mabuk di tempat awam.

Ketika ditanya hakim, Surrete mengatakan dia bekerja sebagai pendandan rambut.

"Selain itu saya juga seorang escort," katanya, seperti dilapor Mirror, Jumaat (21/8).

Di laman web peribadi, wanita itu mengaku sebagai bintang porno, escort dan penari persendirian.

Semasa perbicaraan, wanita itu memberitahu dia dikasari dan dipukul oleh polis dan mendakwa dia mempunyai bukti bagi menyokong kenyataannya itu.

"Saya dipukul oleh polis, termasuk ini juga," kata Surrette seraya menyelak baju memperlihatkan payudaranya kepada hakim.

"Ya Tuhan," kata Hakim John Hurley sambil menutup mulutnya dan menggeleng-gelengkan kepala.

Selepas mempamerkan payudaranya, Surrete mengatakan dia perlu menjalani rawatan perubatan.

"Dia memang perlukan bantuan," kata peguam Surrette.

Hakim akhirnya menjatuhkan hukuman denda sebanyak US$ 100 dan mengarahkannya mendapatkan rawatan.



Sumber: Merdeka.com

Doktor Bergambar Ketika Rawat Pesakit Terkangkang Dikritik


Johor Bharu - Perbuatan seorang doktor mengambil gambar ketika merawat pesakit dikritik hebat oleh netizen.

Perbuatan itu mendapat kritikan kerana tiada perasaan sensitif oleh si pengambil gambar yang turut mengambil keadaan pesakit yang ketika itu sedang terkangkang.

Difahamkan gambar diambil di sebuah hospital di Johor Bharu.

Di dalam gambar itu, turut kelihatan seorang doktor yang sedang membuat peace.

Gambar itu dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Kak Long Di Sini.

    Utk menjaga privasi pesakit, posting sblm ni kak long dah delete. Now repost yg baru. Part yg x sepatutnye dah diblurkan.

    Apa pun harap MOH ambik tindakan pd doctor ni!!!! Mmg kurang ajar!!!!

    >>Dear Sir,
    I am appalled by the level of stupidity and arrogance of your junior doctor in one of the government hospital in Johor Bahru. This picture was shown to me by one of my friend, apparently this mother is having some sort of obstetrics emergency, and instead of taking the matter seriously, they opted to take photo.
    This kind of behaviour and inconsiderate action has deeply offended me and the people that I have shown the picture to. The most ridiculous part is, the whole private area is involved in the picture. I honestly don't see any sense of victorious contrary to her hand sign.
    Please take this thing seriously and render the necessary punishments towards them, and salvage the already failing level of quality in the Malaysian doctors. I am sincerely considering of forwarding this picture to the main social media / major newspaper channels. I am quite sure they will be very much interested in investigating into the whole issue.
    regards,
    Worried and concerned Malaysians


Di dalam status tersebut, Kak Long Di Sini meminta agar pihak bertanggungjawab menghukum mereka yang terlibat mengambil gambar tersebut.

"Shamed on u Dr. U go home and just throw away ur qualification.", tulis Salina Nor di ruangan komen.

"Blajar tinggi tp takde sivik minded. Mcm ni ka???", tulis Suzy Ann Ana

Setakat ini, status itu telah dikongsikan sebanyak 400 kali dan menerima sebanyak 160 komen yang rata-rata mengkritik gambar itu.


Kredit: Siakapkeli.my

Kanak-kanak tiga kemaluan dibedah

 Kanak-kanak penghidap Diphallia tersebut bersama ibunya. - Foto DNA India

MUMBAI - INDIA. Seorang kanak-kanak penghidap Diphallia yang mempunyai tiga kemaluan dan ketiadaan lubang punggung berjaya dibedah bulan lepas.

Laporan DNA India mengatakan kanak-kanak dua tahun berkenaan berasal dari Jaunpur dan dibawa ke Mumbai oleh ibunya untuk dirawat di hospital Sion.

Menurut doktor, walaupun kanak-kanak tersebut mempunyai tiga kemaluan, hanya satu yang berfungsi sebagai saluran urin (kencing).

"Dua dari kemaluan tersebut juga mempunyai tisu erectile yang berfungsi untuk seksual dan satu lagi hanya mempunyai fungsi asas," kata doktor Paras Kothari.

"Ada ketulan tulang lembut dan tisu di kawasan kemalauan tersebut bersambung, dan anus (lubang punggung) juga tiada.

"Dua tahun lepas, doktor di Uttar Pradesh melakukan pemotongan (incision) di sebelah kiri bawah perutnya, dikenali sebagai Colostomy Procedure untuk membenarkan najis keluar dari sebuah tiub," kata doktor bedah paedatrik berkenaan.

Anomali Diphallia sangat jarang berlaku dan cuma seratus kes berkenaan direkodkan sejak 1609.

Dalam pembedahan enam jam bulan lepas, tulang lembut di kemaluan kanak-kanak berkenaan dikeluarkan, bersama-sama kemaluan yang hanya mempunyai fungsi asas.

Dua lagi kemaluan yang berfungsi sepenuhnya pula digabungkan dengan membalut selaput kulit di sekeliling organ tersebut.

"Satu laluan untuk anus juga dicipta melalui rektum kanak-kanak tersebut untuk pembuangan najis," kata doktor Vishesh Dixit.

Dixit juga memberitahu, kanak-kanak tersebut akan menjalani satu lagi pembedahan akhir bulan ini untuk menutup potongan di perutnya yang dibuat dua tahun lepas.

"Fungsi seksual dan kesuburan kanak-kanak tersebut tidak akan terganggu," kata doktor.


Sumber: Sinar Harian

Video wanita tak pakai baju bonceng motosikal jadi sensasi


SEKALI lagi seorang wanita di Rusia telah menjadi sensasi internet selepas bertindak nekad berani membonceng sebuah motosikal dalam keadaan tidak berbaju atau bogel sepenuhnya.

Walau bagaimanapun, wanita terbabit dikatakan masih mementingkan keselamatan dirinya serta patuh kepada undang-undang jalan raya apabila dia dilihat masih memakai helmet untuk melindungi kepalanya.

Rakaman video yang dibuat oleh penunggang motosikal lain telah tersebar menerusi laman sosial dan menjadi viral dan insiden tersebut dilaporkan berlaku di bandar Oryol, wilayah Rusia Barat.

Wanita berkenaan yang hanya memakai topi keledar berwarna biru serta sepasang kasut berwarna merah jambu itu menunggang motosikal tersebut bersama seorang lelaki yang memakai sut kulit yang lengkap.

Motif utama wanita itu bertindak sedemikian masih lagi tidak diketahui dan jika dilihat semula, wanita bogel yang membonceng motosikal di sekitar bandar di Rusia kini memang menjadi satu trend.

Sebelum ini, kes sedemikian juga pernah berlaku di negara itu dan ia telah mencetuskan pelbagai tanggapan negatif di kalangan netizen. – MYNEWSHUB.CC 

Fan BingBing, Pelakon Wanita Asia Termahal Di Dunia

 Fan Bingbing

 PELAKON yang berasal dari China, Fan Bingbing telah menjadi satu-satunya wakil pelakon wanita dari benua Asia yang dimasukkan dalam senarai rasmi aktres paling mahal di dunia.

Menurut senarai yang diterbitkan majalah Forbes bagi tahun 2015, Fan Bingbing, 33; telah menduduki tangga keempat dengan jumlah bayaran AS$21 juta (RM87 juta) setahun.

Pencapaian pelakon yang terkenal menerusi filem X-Men: Days Of Future Past itu ternyata membanggakan kerana beliau adalah satu-satunya pelakon wanita yang bukan rakyat Amerika Syarikat.

Bukan sahaja berwajah cantik serta menawan, Fan berjaya membuktikan taraf serta kualiti pelakon dari Asia juga setanding dengan mereka yang berada di Hollywood.

 Jennifer Lawrence

Dalam pada itu, Forbes menyenaraikan pelakon wanita yang berada di tangga pertama serta berjaya mengungguli carta tersebut adalah Jennifer Lawrence.

Pelakon muda yang baru berusia 25 tahun ini telah merangkul status sebagai pelakon wanita termahal di dunia dengan hasil kutipan AS$52 juta (RM216 juta) setahun.

Ternyata kehadiran Jennifer menerusi filem The Hunger Games serta X-Men: Days Of Future Past memberi impak besar bahkan membantunya meraih populariti serta bayaran yang mahal.

Tidak ketinggalan ialah pelakon versatile Hollywood, Scarlette Johansson juga berada di tangga kedua di dalam senarai tersebut.

Popular dengan aksi lakonan dan wataknya dalam filem The Avengers sebagai Black Widow, Scarlette meraih AS$35.5 juta (RM148 juta).

Diikuti dengan pelakon komedi Hollywood, Melissa McCarthy di tangga ketiga dengan jumlah kutipan AS$23 juta (RM96 juta) setahun.

Kemunculannya dalam filem Spy ternyata memberi kesan besar kepada industri perfileman di sana.

Muncul di tangga kelima pelakon wanita termahal di dunia, pengantin baru, Jennifer Aniston tersenarai dengan hasil jumlah kutipan sebanyak AS$16.5 juta (RM68 juta) setahun.

Antara selebriti lain yang tersenarai antaranya termasuklah Julia Roberts, Emma Stone, Angelina Jolie dan Anne Hathaway.

Forbes menganggarkan jumlah pendapatan mereka melalui pelbagai sumber seperti Nielson, Box Office Mojo dan IMDB serta beberapa lagi sumber lain.

Lihat senarai penuh aktres termahal di dunia berdasarkan data Forbes di bawah. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

1. Jennifer Lawrence – AS$52 juta

2. Scarlett Johansson – AS$35.5 juta

3. Melissa McCarthy – AS$23 juta

4. Bingbing Fan – AS$21 juta

5. Jennifer Aniston – AS$16.5 juta

6. Julia Roberts – AS$16 juta

7. Angelina Jolie-Pitt – AS$15 juta

8. Reese Witherspoon – AS$15 juta

9. Anne Hathaway – AS$12 juta

10. Kristen Stewart – AS$12 juta

11. Cameron Diaz – AS$11 juta

12. Gwyneth Paltrow – AS$9 juta

13. Meryl Streep – AS$8 juta

14. Amanda Seyfried – AS$8 juta

15. Sandra Bullock – AS$8 juta

16. Emma Stone – AS$6.5 juta

17. Mila Kunis – AS$6.5 juta

18. Natalie Portman – AS$6 juta

Sikap Terpuji Pelajar Malaysia Dapat Perhatian Media Dan Netizens Di Jordan


 Pada minggu lalu iaitu hari jumaat, menjadi viral di laman sosial di negara Jordan kelibat pelajar-pelajar Malaysia sedang berada di jalan-jalan utama di sekitar bandar utara Irbid.

Mereka berkumpul beramai-ramai bagi menjalankan aktiviti gotong royong membersihkan bandar berkenaan dan program berkenaan dikatakan selalu diadakan.

Kerana tersebarknya gambar berkenaan yang diambil oleh penduduk tempatan, netizens di sana memuji inisiatif pelajar-pelajar Malaysia berkenaan dan pada masa yang sama mereka menggesa penduduk-penduduk tempatan di kawasan berkenaan agar menjaga kebersihan dan bersama-sama menyertai program pembersihan berkenaan.

 Program gotong-royong yang disertai oleh pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Yarmouk ini juga mendapat perhatian media negara berkenaan apabila The Jordan Times melaporkan aktiviti berkenaan.

Gambar-gambar yang dikongsi di laman sosial itu telah menarik beratus-ratus komen di mana ada yang memuji pelajar-pelajar berkenaan dan ada yang mengutuk tindakan penduduk di kawasan berkenaan yang tidak pandai menjaga kebersihan di mana jalan raya di sekitar bandar Irbid dipenuhi sampah sarap.


Moeen Mustafa menulis pada ruangan komen bahawa para penduduk membuang sampah di jalan raya sementara warga asing tolong membuang sampah untuk mereka.

“Semua respect kepada mereka, kesetiaan mereka bukan hanya pada negara mereka, bahkan juga di mana mereka tinggal”, komen Abla Wishah.

Yahya Bani Amer berkata, setiap enam bulan pelajar akan menjalankan kempen pembersihan di sekitar kawasan kampus universiti.

Dalam nada sarkastik Reem Mubarak berkata, pelajar-pelajar seolah-oleh hilang harapan kepada penduduk, maka mereka membuat keputusan membersihkan bandar itu sendiri.

“Tetamu membersih sementara penduduk hanya melihat” tulis Manar Khamayseh.

“Saya berharap pelajar Jordan (akan) mengambil inisiatif yang sama dengan membersihkan tempat-tempat di mana mereka tinggal”, komen Ebtisam Daoud.


Qais Mahmoud Irshaidat, orang pertama yang post gambar di akaun facebooknya berkata bahawa pelajar layak diberi kerakyatan Jordan kerana mereka mengetahui erti sebenar menjadi seorang warganegara.

“Pelajar Malaysia membersihkan sampah penduduk Irbid,” tulis Irshaidat.

Menurut para pengguna media sosial, ini bukan kali pertama rakyat Malaysia melaksanakan inisiatif itu, kerana mereka juga telah mengumpul sampah dari jalan-jalan Irbid tahun lepas.


Kredit: Siakapkeli.my

[Video] Petir Menyambar pesawat Delta Airlines


Sebuah video menunjukkan pesawat Delta  (Boeing 737-900ER) disambar petir dimuat naik oleh Jack Perkins di You Tube .

Insiden ngeri yang menimpa pesawat Delta Air Lines penerbangan 67 itu berlaku pada Selasa,  di Lapangan Terbang Hartsfield, Atlanta, Las Vegas, Amerika Syarikat.

Seorang jurucakap syarikat penerbangan Delta Airlines Morgan Durrant berkata, sekurang-kurangnya terdapat 111 penumpang dan enam anak kapal berada di dalam pesawat semasa petir ganas itu menyambar tetapi tidak ada yang cedera dalam insiden itu.


Wanita Di Brazil Menyerupai Megan Fox Jadi Sensasi Di Internet

Megan Fox (kiri) dan Claudia Alende (kanan) memiliki iras wajah yang sama.
 
 SEORANG wanita yang berasal dari Brazil ini telah menjadi sensasi internet kerana rupa parasnya yang serupa dengan pelakon popular Hollywood, Megan Fox.

Claudia Alende, 20, tinggal di Parana pernah menyertai pertandingan Miss Bum Bum di sana pada tahun lepas, namun tidak pula menjuarai pertandingan tersebut.

Walau bagaimanapun, populariti Claudia kini bukan kerana penyertaannya dalam pertandingan itu tetapi ia adalah kerana iras wajahnya yang sama dengan heroin filem Teenage Mutant Ninja Turtles itu.

 Claudia Alende

Claudia meraih jumlah pengikut yang tinggi di laman sosial miliknya seperti Facebook dan Instagram, malah telah menjadi sensasi Internet sejak kebelakangan ini.

Gambar peribadi peserta Miss Bum Bum 2014 yang dimuat naik di laman sosial itu saling tak tumpah seperti pelakon seksi di Hollywood itu sehingga ada yang keliru dengan mereka berdua.

Pertandingan Miss Bum Bum merupakan acara tahunan yang dipertandingkan di Brazil bagi menobatkan serta mengiktiraf wanita yang memiliki punggung yang menarik dan menawan. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

Harta Karun Sepanyol Abad Ke-18 Ditemui Di Florida Amerika Syarikat

Inilah rupa syiling emas Sepanyol abad ke-18 yang ditemui oleh pencari harta karun di perairan Florida, Amerika Syarikat hujung Julai lalu. Nilai semasa harta karun berkenaan melebih AS$4 juta.


MIAMI: Pencari harta karun telah menemui kepingan syiling emas Sepanyol era abad ke-18 yang kini dianggarkan bernilai AS$4.5 juta di pasaran semasa.

Menurut laporan BBC, sejumlah 350 kepingan syiling emas telah ditemui dan dikutip berhampiran pantai Florida.

Emas berkenaan tidak terusik selama lebih 300 tahun sehinggalah ia ditemui hujung bulan lalu.

Syiling emas berkenaan merupakan sebahagian daripada kargo milik 11 kapal Sepanyol yang tenggelam ketika ribut petir ketika dalam perjalanan pulang dari Cuba ke Sepanyol semula.

Ini adalah penemuan terbesar kedua tahun ini. Jun lalu, para pencari harta karun telah menemui 50 keping wang syiling emas yang dianggarkan bernilai AS$1 juta.

Menurut laporan BBC itu lagi, 350 kepingan wang syiling emas yang baru ditemui itu adalah di kawasan air cetek tidak jauh dari pantai dan ditembusi pasir.

Di bawah undang-undang negeri Florida, kerajaan negeri mempunyai hak sehingga 20% ke atas sebarang keuntungan daripada hasil jualan harta karun yang ditemui di perairannya.

Pencari harta karun yang menemui syiling emas itu, William Bartlett dipetik oleh akhbar-akhbar tempatan sebagai berkata, dia hanyalah seorang pencari harta karun yang sentiasa bermimpi akan satu hari menemui harta sebegini rupa. Dia enggan mendedahkan berapakah jumlah yang akan diperolehinya hasil daripada penemuan tersebut.

Sementara itu, Brent Brisben, yang diberi hak perlesenan untuk mencari harta karun dari kapal Sepanyol itu pula berkata, antara artifek lain yang ditemui oleh pasukannya ialah sembilan keping syiling emas Sepanyol yang jarang-jarang ditemui dan memiliki nilai yang tinggi di pasaran semasa.

Setakat ini hanya terdapat 20 keping syiling emas dari siri berkenaan yang masih wujud di dunia sehingga yang terbaru ditemui Julai lalu.

"Kepingan syiling emas ini adalah edisi terhad yang dibuat atas arahan Raja Sepanyol," kata Brisben.



Sumber: mstar.com.my

(Gambar) Kafe Pertama Berkonsepkan Watak Superhero Batman Dibuka di Malaysia


 Berita gembira buat peminat setia watak Batman di Malaysia! Kini peminat-peminat setia Batman di Malaysia boleh menikmati makanan kegemaran di kafe Batman yang kini dibuka di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur.

Kafe yang dimiliki oleh DC Comics Super Heroes itu membawakan beberapa menu menarik yang berkonsepkan beberapa hero dari DC Comics seperti Batman, Superman dan Wonder Woman.

Apa yang menarik, kesemua alatan dan makanan disini diubah supaya berkonsepkan superhero dari DC Comics termasuklah menunya.









Sekarang, kafe ini menawarkan promosi dimana jika anda membeli barangan DC Comics dengan harga tertentu, anda boleh mendapatkan salah satu makanan di kafe Batman ini secara percuma.

Cepat sebelum terlambat!!



Kredit: Siakapkeli.my

Burung kakak tua ditahan polis kerana keluar kata-kata kesat

 Burung berkenaan kini diletakkan di bawah jagaan Jabatan Perhutanan.

NEW DELHI - INDIA. Polis India menahan seekor burung kakak tua atas kesalahan mengeluarkan kata-kata kesat kepada seorang warga emas.

Janabai Sakharkar, 85, membuat laporan kepada pihak berkuasa selepas tidak tahan dengan perilaku burung kakak tua bernama Hariyal yang sering mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya.

Janabai mendakwa, anak tirinya, Suresh melatih burung kakak tuanya itu untuk mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya.

Memetik laporan The Indendent, polis telah memanggil kedua-dua individu berkenaan termasuk menahan burung kakak tua itu.

"Walau bagaimanapun, semasa sesi soal siasat, burung berkenaan hanya diam dan tidak mengeluarkan sebarang kata-kata seperti yang didakwa wanita berkenaan," katanya.

Menurut polis, hubungan kedua-dua individu terbabit tegang berikutan mempunyai masalah berkaitan harta.

Burung berkenaan kini diletakkan di bawah jagaan Jabatan Perhutanan.


Sumber: Sinar Harian

Lelaki Ditahan Selepas Cuba 'Cuci Dosa' Seorang Pelacur


Taipei: Seorang lelaki Kristian fundamentalis dikatakan telah berjumpa dengan seorang pelacur dan memujuk wanita berkenaan ke bilik hotel untuk menyucikan dosa wanita berkenaan.

Dia dikatakan telah memaksa pelacur berkenaan berbogel, merompak dan menyerang wanita berkenaan dengan pisau yang belinya untuk cuci dosa.

Memetik laporan Akhbar Liberty Times, penganggur berusia 42 tahun itu memberitahu polis yang dia mendapat petunjuk daripada tuhan tiga bulan lalu selepas berdoa di mana 'tuhan'nya itu telah memerintahkan dia ‘membersihkan dosa seorang pelacur menggunakan darah.’

Selepas mendapat 'perintah' berkenaan dia terus pergi ke pasaraya membeli pisau dengan harga 200 NTD (RM25) tetapi tidak melaksanakan ‘perintah’ itu sehingga baru-baru ini.

Suspek yang dikenali dengan nama Shi berkenaan telah cuba melarikan diri selepas perbuatannya itu menyebabkan pelacur berkenaan menjerit menyebabkan kakitangan hotel bergegas ke bilik mereka.

Beliau cuba melepaskan diri dengan memberi alasan bahawa dia adalah utusan tuhan tetapi mempunyai masalah mental.

Bagaimanapun hasil soalsiasat pula dia sendiri menukar pengakuan yang dia tidak mempunyai masalah mental dan kerana pengakuan itu menyebabkan pihak berkuasa telah mendakwanya atas tuduhan merompak sebelum mencadangkan pendakwa menghantarnya untuk pemeriksaan kesihatan. - Siakapkeli.my

Nicol David kekal nombor 1 selama 109 bulan


KEJAYAAN ratu skuasy dunia, Datuk Nicol David mengecap pelbagai koleksi kejuaraan di peringat antarabangsa menaikkan namanya setanding dengan pemain lain khususnya dalam bidang sukan.

Kemenangan demi kemenangan diraih di gelanggang pertarungan membolehkan anak jati kelahiran Pulau Pinang itu berjaya mengekalkan ranking nombor satu dunia yang dipegangnya sejak beberapa tahun lalu.

Uniknya, Nicol membanggakan Malaysia dan mencipta rekod dunia yang baharu apabila menjadi pemain paling lama berada di anak tangga nombor satu mempertahankan kedudukannya selama 109 bulan.

Senarai ranking dunia yang dikeluarkan Persatuan Skuasy Wanita (WSA) baru-baru ini, menyaksikan pemain berusia 31 tahun itu berjaya mengekalkan kedudukan tersebut sejak Januari 2006.


Jurang makin dekat

Menurut portal Squashsite, Nicol mengumpul 3,241 mata dan semakin dikejar pemain Mesir, Raneem El Weleily yang hanya dibezakan 43 mata.

Tempat ketiga kekal milik Camille Serme dari Perancis yang mengutip 1,668.

Rata-rata peminat di laman sosial Facebook memuji aksi Nicol yang terus mengekalkan kedudukan di puncak dunia dan berbangga dengan pencapaian dilakar pemain berkenaan.

Noor Lela Md Taib menulis: Wow! Dua pemain Malaysia berada dalam kelompok 10 terbaik dunia. Kamu membanggakan kami.

Manakala CaptNimo Ikhwan berkata: Tahniah. Teruskan usaha walaupun berdepan cabaran. Ayuh, teruskan dan bermain sehabis baik. Kami berbangga dengan kamu.



Sumber: Sinar Harian

Jimmy Shanley perkenal selipar jenama 'CuriDose' selepas hilang kasut berharga RM2000

 
PENGALAMAN kehilangan kasut berjenama ketika berhenti solat di sebuah masjid mendorong pengacara, Jimmy Shanley memperkenalkan selipar jenama ‘CuriDose’.

Menurut Jimmy, peristiwa kasut jenama yang berharga RM2,000 hilang ketika menunaikan solat di sebuah masjid yang terletak di Subang Jaya beberapa tahun lalu memberi inspirasi untuknya memperkenalkan selipar dengan jenama itu.

"Nama CuriDose itu sendiri menjadi peringatan kepada sesiapa yang selalu 'terambil' selipar yang bukan kepunyaan mereka," katanya.

Tambahnya lagi, sambutan yang diterima amat positif dan selain bercadang untuk memperluaskan jenama itu dengan mengeluarkan barangan lain.

Sementara itu, tinjauan di laman Instagram milik pengacara itu serta Instagram CuriDose mendapati ia mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelanggan.

Selipar CuriDose didatangkan dengan warna-warna yang menarik dan Jimmy turut dilihat mengembangkan jenama CuriDose dengan mengeluarkan T-shirt.



Sumber: Sinar Harian

Kucing 'pontianak' popular di media sosial


DIGELAR vampire, seekor kucing yang diberi nama Loki menjadi perhatian selepas mempunyai gigi bertaring seperti pontianak.

Keunikan giginya itu menjadikan Loki popular di media sosial malah dia turut mempunyai 21,000 pengikut di laman Instagramnya.

Walaupun rupanya garang, namun Loki disukai peminatnya kerana karakternya yang manja.

Menurut pemiliknya, Kaet, dia tidak mengetahui mengenai rupa kucingnya itu sebelum itu, namun ketika mengambil Loki dari pusat perlindungan haiwan, ternyata ia berbeza dari kucing-kucing lain.

"Keunikan giginya itu menjadikan Loki mempunyai ramai peminat di laman sosial," katanya dipetik Mirror.uk



Sumber: Sinar Harian

Kylie Jenner Ditawar RM40 Juta Bintangi Filem Lucah


BINTANG realiti Kylie Jenner ditawarkan USD10 Juta (RM40 juta) oleh Vivid Entertainment untuk membintangi filem lucah bersama teman lelakinya, penyanyi rap Tyga.

TMZ melaporkan, pengarah urusan syarikat berkenaan, Steve Hirsh dalam satu kenyataan memberitahu ia bakal memberi keuntungan kepada Kylie sekaligus menaikkan namanya sebagai bintang terkenal seperti kakaknya, Kim Kardashian.

"Lihat rakaman seks Kim dan Ray J, ia meletup dan terus meletakkan dia di antara selebriti terkenal dan ia akan memberi manfaat sama kepada Kylie," katanya.

Dalam pada itu, terdapat beberapa lagi syarikat filem lucah membuat tawaran sama kepada Kylie malah ada yang ingin mengambilnya sebagai duta produk mereka.

"Dia baharu sahaja berusia 18 tahun dan kami memberi peluang ini kepadanya," ujarnya.

Kylie bagaimanapun tidak memberi sebarang respon terhadap tawaran diberikan kepadanya.



Sumber: mstar.com.my

Penjelasan Nora Danish mengenai gambar berbikini

 Gambar yang dituduh milik Nora Danish.

PETALING JAYA: Pelakon Nora Danish pada Rabu tampil membuat penjelasan menerusi Instagram selepas dituduh berbikini ketika bercuti di sebuah pulau baru-baru ini.

Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 33, berkata, wanita dalam foto berkenaan bukan dirinya tetapi adalah individu yang mempunyai wajah seiras dengannya.

"Saya mencari wanita ini, siapa yang kenal tolong tag dia ok, saya sangat mahu berjumpa dengannya," ujarnya pada kapsyen gambar tersebut.

Tambah Nora, menerusi kapsyen gambar berkenaan, dia turut memohon agar tidak terus mengaitkan namanya dengan mana-mana foto wanita berbikini.

"Lepas ini setiap perempuan pakai bikini semua saya?, muka sama semua saya, God please give me a break. Ada berjuta penduduk kot penat nak deny semua.

"Tolonglah beri saya rehat," tulisnya bagi membalas komen-komen pengikut.


Selain itu, tambah Nora, sejak akhir-akhir ini dia menyedari ramai wanita yang mempunyai wajah seiras dengannya terutamanya menerusi gambar-gambar di laman sosial.

Dalam pada itu, membalas beberapa komen pengikut yang meminta dia memadam gambar seksi tersebut, Nora berkata, foto itu tidak akan menjadi masalah kerana dia sudah mengaburkan gambar tersebut.

"Perlukan saya padam gambar ini? Saya rasa saya sudah kaburkan. Jangan risau tentang wanita ini, jika dia boleh papar seperti ini di Instagram, saya rasa ia tidak jadi masalah jika saya muat naik semula. Lagi pula saya sedang mencarinya," ujarnya.

Dalam pada itu, Nora turut memuat naik sekeping lagi gambar wanita berbikini bagi menjelaskan bahawa individu berkenaan adalah kawan wanita yang dikenali.

"Wanita ini adalah kawan saya dan dia berbangsa cina dan seorang yang sangat baik. Tolong jangan guna gambar dia dengan memfitnah saya sana sini dengan mengatakan ianya adalah saya," tulisnya pada kapsyen gambar tersebut.


Sumber: mstar.com.my

[Video] Wanita bakar kemaluan teman lelaki curang


Dalam video berdurasi 30 saat itu, si lelaki kelihatan sedang tidur memakai selimut berwarna putih. Dia hanya mengenakan seluar dalam dan stoking kaki putih. Kemudian ada tangan seorang perempuan menyelak selimut itu lalu mencurah cecair pembersih kuku ke kawasan alat sulit lelaki itu.

Selepas itu si perempuan menyalakan api menyebabkan si lelaki terbangun lalu  memadamkan api sambil berguling-guling dan mengaduh kesakitan.

Dalam video tersebut terdengar si perempuan marah sambil memaki lelaki itu kerana mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.

Berikut video saat perempuan itu membakar alat sulit kekasihnya...