Seorang lelaki terbaring koma dijenguk 30 orang kekasihnya sekaligus

 Senarai nama kekasih Yuan.  Foto: hk.on.cc

thatsmags.com melaporkan, seorang wanita,  Xiao Lu (bukan nama sebenar) berusia 21 tahun mendapat panggilan telefon untuk datang ke hospital kerana kekasihnya mengalami kemalangan kereta dan berada dalam keadaan koma. Namun betapa terkejutnya Xio ketika sampai di hospital kerana terdapat ramai wanita lain yang berdiri mengelilingi katil kekasihnya yang bernama Yuan.

Tiga hari kemudian, ada 20-30 wanita lagi yang menjenguk Yuan. Rupa-rupanya semua wanita tersebut mengaku sebagai satu-satunya kekasih Yuan. Bahkan ada beberapa orang yang mengaku hamil anak Yuan.

Xiao Lu pun mengambil inisiatif dengan membuat grup WeChat yang berisi 17 wanita yang mengaku kekasih Yuan. Semua wanita itu mengaku Yuan meminjam wang dari mereka dan tak pernah dikembalikan. Salah seorang kekasih Yuan sanggup menyisihkan sebagian gajinya setiap bulan untuk diberikan si lelaki hidung belang tersebut.

Pihak keluarga Yuan enggan campur tangan urusan asmara Yuan. Mereka akan mendapat keterangan lebih jelas selepas Yuan bangun dari komanya nanti.

1 comment: