Biri-biri berwajah lelaki tua lahir di Rusia


Blasius Lavrentiev, 45, seorang penternak kambing biri-biri di kampung Chirka, Dagestan, Rusia terkejut apabila seekor biri-biri miliknya melahirkan seekor anak berwajah mirip lelaki tua.

Biri-biri yang diberi nama Getoffmylawnkins Lil 'ini sedia untuk dijual kepada sesiapa yang berminat kerana Blasius sangat memerlukan wang.

"Aku memang bukan ahli genetik, tapi nampaknya kes ini adalah cacat lahir dari kromosomnya," ujar Blasius seperti dilapor Rocketnews24, Jumaat (3/4/2015).

Tulang pipi dan rahang biri-biri itu sangat mirip manusia, Blasius yakin ini adalah masalah genetik. Namun, dia tak boleh membayangkan bagaimana kebanyakan orang akan memandang biri-biri berwajah manusia ini.

Baginya, anomali seperti ini asing dan jarang berlaku. Dia tak percaya kelahiran biri-biri ini akan membantu kehidupan sosial si biri-biri atau si pemiliknya. (Rocketnews24)




Sumber: metrotvnews.com

No comments:

Post a Comment