6 benda aneh dan mengerikan yang ditemui di bawah katil

Berikut adalah enam benda aneh yang pernah ditemukan di bawah katil, seperti dilapor oddee.com
 
 1. Buaya

Pada 2013 lalu, Guy Whittall menginap di Humani Ranch di Zimbabwe. Bekas pemain kriket itu tidur selama 8 jam tanpa menyedari bahawa ada seekor buaya di bawah katilnya. Dia juga sempat meletak kakinya ke sisi katil dan benar-benar tidak menyedari dia begitu hampir untuk menjadi makanan buaya.

Ketika sedang sarapan di dapur, pembantunya tiba-tiba menjerit kerana ternampak buaya seberat 149.6 kg berada di bawah tempat tidur Guy. Guy memanggil beberapa rakan untuk membantu mengusir buaya itu dari kamarnya dan melepaskan kembali pemangsa itu ke empangan di sekitar penginapan.

 2. Penis Napoleon

Pada 1821, selepas Napoleon Bonaparte meninggal, Dr. Francesco Antommarchi melakukan bedah siasat terhadap mayatnya. Dr. Francesco mengambil hati dan perutnya, dan meletakkannya di dalam balang. Doktor juga mengambil zakar Napoleon dan memberikannya kepada seorang pastor di Corsica.

Pada tahun 1916, zakar itu dilelong dan dibeli oleh seorang pengumpul dari Inggeris. Kemudian pada 1924, seorang pengumpul Amerika membelinya dengan harga 400 pound sterling. Zakar itu kemudian dipamerkan di Muzium of French Art di New York.

Pada tahun 1977, seorang urologi yang tinggal di New Jersey membeli "barang antik" itu dengan harga US $ 3,000 dan menyimpannya di bawah katil sehingga dia meninggal 30 tahun kemudian.

 3. Mayat busuk

Stesen berita KMBC-TV melaporkan bahawa seorang cleaning service di Capri Motel di Kansas City, Missouri, menemui mayat di bawah katil hotel pada bulan Julai 2003.

Penemuan itu terjadi setelah seorang tetamu tidak tahan dengan bau busuk di bawah katilnya. Kakitangan hotel kemudian mengangkat katil di bilik itu dan mendapati ada mayat. Polis mengesyaki bahawa panel kayu di sisi tempat tidur menghalang seseorang untuk menemui mayat itu sebelumnya.

 4. Wang tunai 6.3 juta

Pada Oktober 2013, Ma Huangdi sedang membersihkan salah satu bilik di apartment di Dongguan, Guangdong Province, China dan menemui sesuatu yang sangat mengejutkan di bawah katil. Di bawah salah satu tempat tidur di apartmen, Huangdi menemui wang tunai bernilai 6.3 juta yang tertinggal dalam empat kotak.

Seseorang telah menyewa apartment Ma selama beberapa tahun, dan kemudian menghilang tanpa membayar wang sewa. Ma tidak mahu mengambil wang itu lalu memutuskan untuk melaporkannya kepada polis. Pihak berwajib kemudian menyiasat identiti bekas penyewa pangsapuri Ma.

 5. Penagih dadah

Pada suatu malam di bulan Julai 2014 ketika Brian O'Neill dan isterinya Bridgett kembali ke kondominium mereka di Seattle dan mengalami satu kejadian aneh . Mereka mendapati pakaian mereka bertaburan dan barang-barang mereka disusun di atas tempat tidur mereka.

Mereka juga menemui sebuah dompet mengandungi kad pengenalan seorang wanita berusia 27 tahun di atas tempat tidur mereka. Pasangan itu kemudian menelefon polis. Selepas melakukan pemeriksaan, pihak berwajib tidak menemui apa-apa, bahkan tidak ada cap jari orang asing yang ditemui di bilik mereka.

Selepas polis beredar, pasangan suami-isteri itu kembali memanggil mereka. Kali ini, mereka mengaku mendengar suara-suara aneh yang datang dari bawah tempat tidur mereka.

Apabila polis kembali menyiasat mereka tidak menemui "hantu", tetapi seorang penagih dadah di bawah tempat tidur Brian O'Neill dan isterinya Bridgett. Wanita itu bersembunyi selama berjam-jam di bawah katil mereka dengan membawa pisau dapur. Mereka juga menemui jarum di tempat tidur.

6. Lubang yang dalam

Seorang wanita asal Guatemala City, Inocenta Hernandez, terbangun kerana bunyi letupan kuat pada suatu pagi di bulan Julai 2011. Hernandez awalnya berfikir bunyi itu disebabkan oleh letupan tangki petrol atau kemalangan kereta di luar rumahnya.

Selepas keluar untuk melihat asal bunyi itu, jirannya berkata bahawa bunyi kuat itu datang dari dalam rumahnya. Ketika mengintip ke bawah katilnya, dia mendapati ada lubang sedalam 12 meter di sana. Lubang itu terbentuk kerana hakisan tanah.




Sumber: Merdeka.com

1 comment: