Pelajar Selamba Buat Roti Bakar Dalam Kuliah

Macam-macam boleh dilakukan sekiranya kita berada dalam keadaan lapar dan dahaga.

Seperti seorang pelajar di Universiti West Scotland, United Kingdom yang tanpa segan silunya mengeluarkan pembakar roti untuk menghilangkan rasa laparnya ketika sedang mendengar syarahan daripada pensyarahnya.

Gambar yang dimuat naik pelajar yang duduk berdekatan dengannya mula menjadi viral di laman sosial sejak semalam malah menerima pelbagai respons daripada pelayar Internet.

Memang gigihlah dia mengangkut pembakar roti, sos tomato dan roti ke mana-mana sahaja dia pergi kan.

Memang terbaiklah!
 



Sumber: mynewshub.my

No comments:

Post a Comment