MH370: Komunikasi akhir jam 8.11 pagi Sabtu


SEPANG - Misi mencari dan menyelamat MH370 yang memasuki hari ke lapan hari ini membuat kesimpulan, pesawat yang hilang dari radar sejak Sabtu lalu telah memutuskan transponder dan komunikasi jam 8.11 pagi.

Perdana Menteri dalam sidang media tergempar hari ini mengumumkan kemungkinan seseorang dalam pesawat itu sengaja mengubah haluan penerbangan.

"Pihak kami masih siasat semua kemungkinan. Berkenaan ia dirampas, kami masih belum mahu mengesahkan apa-apa," katanya pada sidang media di Hotel Sama-Sama, di sini, hari ini.

Pelbagai teori sebelum ini bertebaran tentang kehilangan pesawat MH370 yang akhirnya terungkai dengan penemuan terbaru ini.

Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi Sabtu lepas.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Sumber: Sinar Harian

No comments:

Post a Comment