Soalan lawak yang pernah ditanya kepada Ust Azhar Idrus

Soalan : Saya masih muda, mana patut saya pilih dulu, haji atau kahwin?
Ustaz : Kalo kamu tengok tiang lampu nampak macam awek, wajib kahwen dulu.

Soalan : Selepas dengar ceramah ustaz malam ini apa patut dibuat?
Ustaz : Balik rumah makan nasi la, tanya aku plak, mana aku tau.

Soalan : Ular dan kala jengking sunat dibunuh, boleh ustaz terangkan tentang haiwan ini?
Ustaz : Buka channel Astro "Animal Planet". Aku bukan pakar hewan.

Soalan : Apa hukum besarkan payudara?
Ustaz : Adoi macam-macam, guna bahan kekal seperti silikon haram, tapi dgn cara bersenam, nak besar mana pon boleh..

Soalan : Bolehkah bergambar bersama dengan makwe?
Ustaz : Boleh jika bertiga, dan bapak makwe tu duduk ditengah-tengah.

Soalan : Apa hukum asyik teringat kekasih lama?
Ustaz : Ini soal hati, x berdosa, sedangkan selipar jepun yang hilang pon kita teringat-ingat..

Soalan : Ketika berwudhu' saya selalu terasa nak terkentut, tolong saya ustaz...
Ustaz : Nak kentut pun mintak tolong aku... kentut kena tahan sendirilah.

Soalan : Betul ke ustaz kata pakai tudung tu tak wajib?
Ustaz : Betul, boleh tutup rambut pakai baldi asalkan tak nampak... tapi tebuk sikit lubang untuk mata...

Soalan : Di mana ustaz beli kopiah?
Ustaz : Mentang-mentang boleh tanya soalan, itupun tanya, nasib baik tak tanya kat mana aku beli underware..

kekeke

[Sumber dari Facebook]

4 comments:

  1. hahaha lawak2. part tutup rambut pakai baldi memang tak bleh blah

    ReplyDelete
  2. hahahah ada betul jwpn ustaz tu hahahahahah skt perut ku

    ReplyDelete
  3. Redz... pepagi buat kakak gelak sendiri. Betul ke nie tau rekaan aje.

    Yg kakak tak menahan nak besarkan payudara dan pakai tudung tu. Kelakar je bunyinya.

    ReplyDelete
  4. dah pernah baca... memang lawak.... hahahaha...

    ReplyDelete