Isteri Curang ‘Melekat’ Ketika Seks Bersama Kekasih

ORANG ramai berkerumun di luar apartmen berkenaan.
 
JOHANNESBURG – Polis terpaksa menyembur serbuk lada untuk menyuraikan orang ramai yang berkumpul untuk melihat seorang wanita curang ‘melekat’ pada kekasihnya selepas mengadakan seks.

Orang ramai berkumpul selepas khabar angin tersebar mendakwa suami wanita itu meminta seorang dukun ‘mengunci’ kemaluan isterinya ketika dia keluar.

Walaupun pakar berkata kejadian memalukan itu berlaku kerana fenomena perubatan yang menyebabkan otot kemaluan wanita mengecut terlampau, ia tidak dihiraukan oleh orang ramai yang berkumpul di tempat kejadian.

Media tempatan mendakwa, Sasha Ngema, 34, melakukan seks dengan kekasihnya, Sol Qoboza, 22, di sebuah apartmen di Johannesburg, Afrika Selatan, ketika suaminya tidak ada di rumah.

Pasangan itu terus melekat dengan masing-masing tidak boleh melepaskan diri. – Agensi

Kim Kardashian Kongsi Gambar Menggoda Rai 27 Juta Pengikut Di Instagram


Demi meraikan jumlah pengikut Instagramnya yang kini sudah pun mencecah sebanyak 27 juta, Kim Kardashian West berkongsikan gambar seksi dan menggodanya yang hanya mengenakan pakaian dalam berwarna merah, menyerlahkan lagi ‘asetnya’. Foto tersebut sudah tentu mendapat pujian ramai lelaki.

Sudut lain kisahnya, Kim dan ahli keluarganya yang membintangi siri realiti Keeping Up With The Kardashians dilaporkan sudah menandatangani kontrak terbaharu siri tersebut yang memberikan pulangan sebanyak RM361 juta buat mereka sekeluarga.

Program tersebut turut dibintangi ibu Kim, Kris Jenner, dan adik-beradik Kim iaitu Kourtney, Khloe, Kendall Jenner dan Kylie Jenner sehingga kini masih lagi menjadi program nombor satu di Saluran E! yang membawa keuntungan buat stesen televisyen tersebut.  - Siakapkeli.com.my

Blogger Hina Islam Maut Ditetak

 Dr Avijit maut ditempat kejadian manakala isterinya parah dalam kejadian tetak di Dhaka, Bangladesh.

SEORANG blogger terkenal warga Bangladesh-Amerika Syarikat (AS) ditetak sehingga mati di tepi jalan oleh kumpulan militan selepas dia lantang mengutuk Islam.

Dr Avijit Roy dari Atlanta, Georgia maut dalam serangan oleh sekumpulan lelaki menggunakan parang pada Jumaat malam di Dhaka manakala isterinya Rafida Ahmed parah.


Setakat ini kumpulan militan yang dikenali sebagai Ansar Bangla 7 mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu sambil menyifatkan ia sebagai pembalasan kerana jenayah menentang Islam.

Kumpulan berkenaan juga memberitahu, serangan itu juga dilakukan kerana mangsa merupakan warga AS - negara yang bertanggungjawab menyerang Syria.

Polis Bangladesh memberitahu, pihaknya percaya dua suspek yang mempunyai kaitan dengan Universiti Dhaka terlibat dalam kejadian itu.

 Dr Avijit dan isterinya.

Hal ini kerana, kejadian berlaku di hadapan universiti itu selain mangsa pernah mendapat ugutan bunuh daripada mahasiswa pusat pengajian tinggi berkenaan beberapa tahun sebelum ini.

Dalam ugutan berkenaan, mahasiswa terbabit dilaporkan berkata Dr Avijit akan dibunuh sebaik sahaja pulang ke negara itu.


Jelasnya, terdapat tiga kesan tetakan kuat di kepala mangsa serta kesan luka pada isterinya, Rafida yang turut cedera.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di kawasan yang dikawal ketat oleh polis.



Sumber: mstar.com.my

Wanita China buka pakaian lalu bergaduh dengan polis


Seorang wanita bertindak membuka pakaiannya sebelum bergaduh dengan polis di  bandar Wenzhou, wilayah Zhejiang, China.

Menurut laporan media tempatan, peristiwa itu bermula ketika Xiao Chen Li (30) dan suaminya, Sying Hseuh (28), tengah mengantarkan kawan-kawan mereka yang mabuk selepas menghadiri sebuah pesta.


Akibat memandu dalam keadaan mabuk, mereka kemudian ditahan oleh anggota polis trafik. Huru-hara bermula apabila Sying menumbuk polis yang hendak menahannya.

Kemudiannya kawan-kawan Sying keluar dari kereta dan membantu lelaki itu melawan anggota polis, sementara para pejalan kaki hanya terpana menyaksikan adegan tersebut.


Apabila beberapa anggota polis tiba bagi membantu mengawal keadaan,isteri Sying, Xiao Chen Li membuka seluarnya sebelum terlibat dalam pergaduhan itu.

"Suasananya sangat ramai, aneh, dan sekaligus sangat mengganggu. Semuanya tak terkawal," kata Liang Yao, seorang penduduk yang kebetulan melalui lokasi kejadian.

"Para pemabuk itu berjatuhan, dan polis seolah-olah kebingungan. Di saat itulah, si perempuan menjerit-jerit sambil melucutkan pakaiannya," tambah Yao.

Polis akhirnya menangkap enam orang yang terlibat dalam pergaduhan itu. Mereka dituduh menyebabkan kekacauan, mengganggu ketenteraman awam, memandu sambil mabuk, dan khusus untuk Xiao Chen Li, dia akan didakwa atas tuduhan berbogel di tempat awam.



Sumber: Kompas.com

Fenomena Ombak Beku Melanda Pantai Timur Amerika

Ombak pun turut beku di pantai timur Amerika Syarikat Rabu lalu. Menurut nelayan tempatan inilah pertama kalinya mereka melihat fenomena sedemikian rupa.

NANTUCKET (AS): Ini bukan alunan ombak rindu tetapi ombak beku.

Fenomena yang jarang-jarang dilihat ini telah dirakamkan oleh seorang peluncur, Jonathan Nimerfroh di pantai Nantucket, Massachusetts, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Februari telah mencatatkan suhu paling sejuk melanda pantai timur Amerika Syarikat sejak beberapa tahun ini.

Bagaimanapun, di daerah ini, suhu menjadi tersangat sejuk sehingga ombak pun telah mula membeku.

Ia adalah fenomena yang jarang-jarang berlaku tetapi ombak beku yang digelar 'slurpee waves' ini telah berjaya dirakamkan oleh Nimerfroh.

Nimerfroh yang ke pantai untuk bermain luncur ombak sebaliknya dia melihat di ufuk pantai fenomena pelik iaitu ombak yang membeku.

Nimerfroh kemudiannya memuatnaik gambar yang diambilnya itu dalam laman Instagramnya pada Rabu.

Pada keesokan harinya, dia sekali lagi ke pantai yang sama dan mendapati ombak yang membeku itu masih berada di situ.

Dia kemudiannya bertanya kepada para nelayan tempatan dan mereka berkata, inilah pertama kalinya mereka melihat fenomena ombak beku.



Sumber: mstar.com.my

Buah zakar presenter TV dicuri sindiket perdagangan organ

 
Seorang presenter televisyen dari Moscow, Rusia, Dmitry Nikolaev mengalami kejadian menyakitkan apabila buah zakarnya dicuri baru-baru ini selepas berpoya-poya dengan seorang wanita misteri.

Lelaki berusia 30 tahun tersebut awalnya sedang menikmati minuman di sebuah bar sehingga pandangannya tertarik dengan seorang wanita. Keduanya berbual dan akhirnya mereka berdating di sebuah sauna terdekat. Mereka minum bersama, kemudian Dmitry mengaku tak ingat lagi apa yang berlaku.

Dmitry hanya tersedar keesokan paginya di sebuah tempat menunggu bas dalam keadaan kesakitan dan seluar dipenuhi darah.


Menurut doktor, Dmitry telah diberi dadah dan penjenayah yang mengambil buah zakarnya merupakan seorang yang pakar.

Ketika dikejarkan ke hospital, presenter tersebut mengalami pendarahan teruk sehingga perlu menjalani pembedahan dan rawatan intensif. Pakar bedah percaya pelakunya sangat arif tentang perubatan kerana potongan yang dilakukan sangat bersih.

Sementara itu, polis Rusia percaya bahawa Dmitry telah menjadi mangsa kumpulan penjenayah yang menjual organ manusia di pasaran gelap. Saat menjalani rawatan, Dmitry mengaku berbohong pada isteri dengan mengatakan dirinya mengalami penyakit serius dan perlu dibedah.



Sumber: WowKeren

Pakar Bedah Itali Dakwa Boleh Lakukan Pembedahan Pindah Kepala Lagi 2 Tahun


> Pakar bedah Itali, Sergio Canavero percaya dia boleh melakukannya

> Kos pembedahan dianggarkan sekitar £7.5 juta

> Pesakit lumpuh seperti mendiang Christopher Reeve (Superman) boleh mendapat faedah daripada prosedur ini

> Mendakwa dia memiliki teknik dan pengetahuan untuk melakukannya

> Dr Canavero berkata apa yang diperlukan ialah penderma dan persetujuan pesakit

> Teknik perekat akan turut digunakan


LONDON: Ia kedengaran seperti plot cerita seram atau Frankenstein tetapi kini seorang pakar bedah dari Itali percaya yang beliau mampu melakukan pembedahan perpindahan kepala dalam tempoh dua tahun lagi.

Dr Sergio Canavero berkata jika prosedur itu dapat dilakukan ia bakal mencatat sejarah sebagai yang pertama seumpamanya di dunia.

Menurutnya, prosedur itu akan membolehkan seseorang yang menghidapi penyakit yang tidak dapat disembuhkan, memindahkan kepalanya ke badan seorang penderma organ (iaitu badannya).

Ia memerlukan persetujuan daripada penderma dan juga penerima.

Doktor itu mendakwa, dia akan dapat melakukan prosedur itu dalam tempoh dua tahun lagi.

Dr Canavero berkata, bagaimanapun, kos pembedahan itu akan memakan belanja sehingga £7.5 juta.

"Prosedur ini akan membolehkan seseorang yang mempunyai otak yang sihat tetapi lumpuh dari badan ke bawah mendapat faedah daripadanya begitu juga dengan mereka yang menderita sakit kanser," ujarnya sepertimana yang terkandung dalam laporan Jurnal New Scientist yang diterbitkan minggu ini.

Laporan itu kemudiannya dipetik dan disiarkan oleh akhbar British, The Daily Mail.

Mereka yang menderita sakit saraf tunjang, sepertimana yang pernah dideritai oleh pelakon popular, mendiang Christopher Reeve dikatakan akan turut mendapat faedah daripadanya.

Begitu juga dengan pesakit otot dan 'motor neurone' sepertimana pakar fizik terkemuka, Dr Stephen Hawking juga dikatakan boleh mendapat faedah daripada prosedur baru ini.

Prosedur ini kini dinamakan ‘pembedahan kosmetik yang terulung’.

Bagaimanapun pengkritik menyifatkan prosedur ini sebagai fantasi semata-mata.

Namun Dr Canavero yang berkhidmat dengan Turin Advanced Neuromodulation Group percaya yang beliau memiliki segala teknik yang diperlukan untuk pembedahan seumpama ini dan hanya perlu memahirkan dirinya selama dua tahun lagi sebelum melakukan prosedur yang pertama.

Malah Dr Canavero mendakwa yang beliau telahpun mempunyai senarai klien yang sanggup dan bersedia menjalani pembedahan ini.

Beliau akan mengumumkan rancangannya pada satu persidangan perubatan pada musim panas akan datang dalam usaha untuk memperolehi sokongan daripada rakan-rakan perubatan yang lain bagi membolehkan prosedur yang pertama dilaksanakan pada 2017 sebagaimana yang dirancang.

Menjelaskan lanjut tentang langkah-langkah yang diperlukan bagi prosedur pembedahan kepala itu dilakukan, badan yang diperlukan akan datang daripada penderma normal yang mengalami 'kematian otak'.

Kedua-dua penderma dan penerima kemudian akan dibedah serentak di bilik pembedahan yang sama menggunakan pisau yang ultra-tajam bagi memastikan kesan luka tidak terjejas.

Kepala pesakit yang sanggup menjalani pembedahan ini selepas itu akan dipindahkan ke badan penderma dan dicantum menggunakan teknik perekat atau 'polyethylene glycol'.

Selepas itu, otot dan pembuluh darah dari leher dan kepala akan dijahit dan dicantumkan sebelum pesakit diletakkan dalam keadaan koma untuk sekurang-kurangnya empat minggu.

Tujuannya adalah untuk mengelakkan pesakit menggerakkan badan dan kepala sementara menunggu dua organ baru itu 'berinteraksi' dan 'menyesuaikan' dengan keadaan baru.

Jika prosedur itu tidak cukup pelik, dalam tempoh empat minggu dalam koma itu, pesakit akan diberikan 'kejutan elektrik' yang kecil untuk meransang tunjang belakang badan yang baru diterima dengan kepala pesakit yang dipindahkan ke badan baru berkenaan.

Kemudian, selepas pesakit disedarkan dari koma, dia sepatutnya sudah boleh mula menggerakkan badan, merasai muka dengan menggunakan tangan baru malah sepatutnya boleh bercakap dengan suara yang sama.

Sejenis dadah yang kuat dinamakan 'immunosuppressant drugs' akan membantu badan baru itu menerima kepala baru dan pesakit selepas itu akan melalui proses terapi saikologikal untuk membantunya menyesuaikan diri dengan 'persekitaran' baru.

Dr Canavero berkata, dia percaya apa yang bakal diperkenalkannya itu adalah sesuatu yang beretika dalam dunia perubatan moden kerana objektif seluruh prosedur baru ini hanyalah bertujuan untuk menyelamatkan nyawa seseorang.

Bagaimanapun, akhbar The Daily Mail bertanya, sejauh manakah etika itu mampu bertahan kerana pembedahan perpindahan kepala ke badan yang baru juga bermakna, jika pesakit berkenaan selamat dan kemudian mendirikan rumah tangga dan memperolehi zuriat, zuriat itu adalah anak siapa? Badan yang diderma atau milik pesakit yang memindahkan kepalanya ke badan baru.

Dr Canavero bagaimanapun berkata, jika suatu masa nanti dunia sains mampu menghasilkan klon manusia dengan mudah, seorang pesakit yang berusia 60 tahun berupaya untuk menghasilkan klon menggunakan DNAnya sendiri dan kemudian melakukan prosedur perpindahan kepala ke badan yang baru tanpa perlu risau tentang soal personaliti berbeza dan sebagainya.

Pengerusi Akedemi Neurologikal dan Pembedahan Orthopedik Amerika Syarikat, William Matthews berkata, beliau boleh menerima konsep pergabungan spinal sepertimana yang dikemukakan oleh Dr Canavero itu tetapi pembedahan perpindahan kepala adalah sesuatu untuk difikirkan pada masa depan bukan sekarang.

Seorang lagi pakar bedah, Dr Harry Goldsmith, dari California Amerika Syarikat yang beberapa kali berjaya melakukan pembedahan tunjang belakang sehingga membolehkan pesakit yang lumpuh berjalan semula berkata: "Saya tidak fikir prosedur Dr Canavero boleh dilaksanakan."



Sumber: mstar.com.my