[Gambar] Air Terjun Niagara Membeku

CUACA sejuk melampau di pantai timur Amerika telah menyebabkan beberapa kawasan yang mempunyai pemandangan istimewa bertukar wajah termasuk air terjun Niagara.

Air terjun itu yang merupakan antara lokasi tercantik di dunia kini beku apabila cuaca turun ke 13 darjah celcius.

Berikutan itu pelbagai aktiviti yang disediakan untuk pelancong terpaksa dihentikan sejak Selasa lalu.

Bagaimanapun masih terdapat pelancong yang datang ke lokasi itu untuk melihat air terjun Niagara membeku meskipun keindahanya tidak seperti sebelum ini.

Tidak kurang juga yang dapat merakam gambar-gambar pelangi dan keadaan cuaca sejuk melampau di kawasan berkenaan. - mstar.com.my
 




Pencuri terperangkap dalam kereta dicurinya


JINGILI - AUSTRALIA . Nasib malang seorang lelaki apabila tindakannya ingin mencuri sebuah kereta gagal apabila dia terkunci dalam kereta tersebut.

Menurut, Superintendan Polis Del Jones, lelaki tersebut memecah masuk kereta tersebut yang tanpa disedarinya kereta tersebut telah diaktifkan kunci keselamatan kanak-kanak pada pintunya.

"Kejadian tersebut bagaimanapun telah disedari oleh pemilik kereta berkenaan dan kemudiaanya mengambil keputusan untuk membuka pintu berkenaan dan cuba berbincang dengan pencuri tersebut, namun pencuri tersebut cuba melarikan diri.

"Namun tindakannya gagal dan dia berjaya ditangkap oleh dua orang polis yang kebetulan berada di tempat kejadian," katanya dipetik Mirror.uk

Pencuri tersebut turut mencuri wang tunai yang berada di dalam kereta berkenaan.

Dia kini menghadapi tuduhan mencuri dan menceroboh.


Sumber: Sinar Harian

Kucing liar dijumpai dengan pisau terbenam di kepala


CRIMEA - RUSIA. Pantang maut sebelum ajal untuk Zelonyy, seekor kucing liar yang dijumpai dengan sebuah pisau terbenam di kepalanya, Jumaat lepas.

Kucing liar berkenaan dijumpai oleh Lyudmilla Alexeeva, yang sering memberi makan untuk kucing-kucing liar di kawasan rumahnya.

"Saya menjumpainya di sebuah semak dan terkejut kerana terdapat sebuah pisau terbenam di kepalanya," kata Alexeeva lapor stesen TV Rusia.

Menurut Metro UK, Alexeeva kemudian segera membawa kucing berkenaan ke klinik veterinar berdekatan dan doktor kemudian berjaya mengeluarkan pisau tersebut.

Menurut doktor, pisau tersebut terbenam lebih dua inci ke dalam kepala kucing malang tersebut.

Buat masa ini, Zelonny diletakkan di bawah jagaan pusat jagaan binatang liar tempatan sehingga lukanya sembuh.



Sumber: SiakapKeli

Suami 'Tetak' Isteri Di Khalayak Awam


PERTUNJUKAN jalanan yang dilakukan pasangan suami isteri di Chirala Mandal, India mampu menghentikan jantung penonton apabila seorang lelaki menetak leher isterinya.

Menggunakan sebilah pedang, Balashankar Budati pada mulanya akan mempamerkan tarian bersama senjata tajam itu.

Seorang wanita yang merupakan isterinya, Bhramharamba pula bertindak tidur di atas jalan sambil meletakkan sebiji buah kelapa di leher


 Diakhir tarian itu, Balashankar akan menetak buah kelapa di leher isterinya sekuat mungkin.

Bagaimanapun dalam aksi itu, hanya buah kelapa yang terbelah dua manakala wanita itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Aksi itu kemudian turut ditayangkan dalam siri 'World's Most Talented' ke seluruh dunia.

Setiap penonton yang menyaksikan video tersebut dinasihatkan supaya tidak meniru aksi sama kerana berisiko mengalamai kecederaan.


Sumber: mstar.com.my

Pembuat coklat Ferrero Rocher meninggal dunia


MONTECARLO - ITALI. Lelaki paling kaya di Itali, Michele Ferrero, yang juga merupakan pemilik perusahaan coklat 'Nutella' telah meninggal dunia di usia 89 tahun semalam.

Memetik laporan The Guardian, Presiden Itali menyampaikan salam takziah sambil memuji Ferrero sebagai tokoh penting dalam industri makanan di Itali.

"Ia selalu selangkah lebih maju, hasil daripada produk-produknya yang inovatif dan kerja kerasnya, ujar presiden tersebut.

Michele meninggal dunia atas faktor sakit tua, beliau meninggal di rumahnya di Montecarlo.

Nama Ferrero dikenali selepas memperkenalkan coklat sebutan ramai "Ferrero Rocher" selain coklat lain keluaran Nutella.

Perniagaan coklat keluarga Ferrero diasaskan oleh ayahnya yang bernama Pietro, yang mula membuat coklat daripada kacang nutella semasa Perang Dunia Kedua.



Sumber: Sinar Harian

Takziah Dari 3 Tanah Suci


Semalam, pada saat ini, Syeikh Ismail Haniyeh, bekas perdana menteri Gaza, Palestin menghubungi saya daripada bumi Gaza untuk menyampaikan salam takziah daripadanya mewakili umat Islam Gaza di atas kembalinya ke rahmatillah ayahanda tuan guru 3 hari lepas.

Beliau berpesan agar keluarga saya tabah menghadapi ketentuan Allah dan berdoa semoga ayahanda diampuni dan dirahmati Allah dan ditempatkan bersama para solihin.

Saya begitu gembira menerima panggilan daripada syeikh Ismail Haniyeh. Begitu terasa kehangatan persaudaraan di antara kita di Malaysia dan rakyat Gaza di serambi Baitul Maqdis. Semoga ayahanda juga ditulis oleh Allah sebagai antara para pejuangNya yang berjuang untuk membebaskan bumi Palestin daripada penjarahan Yahudi.

Saya juga mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih kepada seseorang yang telah bersusah payah menyampaikan berita kematian ayahanda kepada seorang syeikh yang sedang mengajar di Masjid Nabawi di kota Madinah, lalu diumumkan dan didoakan oleh syeikh bersama ahli jamaah Masjid Nabawi yang lain.

Ia suatu penghargaan yang sukar diungkapkan. Semoga ayahanda termasuk daripada kalangan para pencinta Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan diberi segala kelebihan pahala sebagaimana yang dijanjikan olehNya ke atas para pencinta al Rasul. Sepanjang hidupnya ayahanda banyak menghabiskan usianya berjuang menegakkan al Quran dan Sunnah baginda.

Saya juga yakin seluruh rakyat Malaysia di kota Makkah yang sedang menunaikan ibadah umrah turut mendoakan untuk ayahanda di hadapan kaabah agar diampuni dan rahmati Allah.

Salam takziah dari tiga bumi suci!

Oh Tuhan, ampunilah dan rahmatilah ayahanda kami dengan syafaat kecintaan seluruh makhlukMu kepadanya.


Petang tadi, dalam kunjungan takziah rombongan pegawai kerajaan ke rumah kami, seorang daripada mereka telah menceritakan kepada saya bagaimana beberapa hari lepas, beliau telah bermimpi beliau dikhabarkan oleh kawannya (dalam mimpi) bahawa RasuluLllah صلى الله عليه وسلم sedang datang bertandang ke bumi Kelantan. Beliau terjaga dengan rasa gembira walaupun kurang mengerti maksud mimpi tersebut sehinggalah mendengar berita kematian ayahanda beberapa hari kemudian.

Saya terharu dan begitu sukacita mendengarnya. Semoga ia adalah basyarah (berita gembira) buat perjalanan ayahanda menuju Allah dan bertemu al Rasul kecintaannya.

Oh Tuhan, adakah ayahandaku telah menemui kekasihnya itu? Gembirakan aku dan dia sebagai pencinta kekasihMu itu...

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
AJK Pas Pusat
Ahli Parlimen Pasir Mas

Salji berwarna biru hebohkan Russia


Baru-baru ini berlaku fenomena alam yang menggemparkan di Chelyabinsk, Rusia. Setelah dihentam meteorit pada 2013, wilayah yang terletak di Pergunungan Ural tersebut kini diselubungi oleh salji berwarna biru bukan putih seperti pada umumnya.

Menariknya, salji unik itu menutupi jalan-jalan di wilayah Chelyabinsk. Bumbung-bumbung rumah penduduk pun kelihatan penuh dengan timbunan salji berwarna biru tersebut. Menurut Dmitry, warga Chelyabinsk, salji dengan warna luar biasa ini berbau seperti besi.


"Apabila matahari terbit hari ini, semua orang melihat bumbung biru, tempat letak kereta biru. Kami mula panik," kata Dmitry. Dia menambah bahawa penduduk bimbang jika salji tersebut berbahaya terhadap kesihatan. Selain itu ada penduduk yang mengadu sakit selepas terkena dengan salji unik itu.

Namun, media tempatan akhirnya berjaya menyelesaikan misteri salji berwarna biru ini. Rupanya warna biru itu disebabkan oleh tumpahan bahan perwarna dari syarikat Viteks. Pihak syarikat memberi jaminan bahan pewarna yang bocor ini tidak berbahaya kepada manusia.



Sumber: WowKeren