Terjun bangunan selepas kalah ‘betting’ Piala Dunia

 
GUANGDONG - CHINA. Seorang pelajar kolej dilaporkan melompat dari aras tujuh bangunan kampusnya selepas kerugian hampir $3,000 dalam pertaruhan Liga Piala Dunia Fifa 2014, lapor media pada hari ini.

Pelajar tahun kedua kolej tersebut yang hanya dikenali dengan Lin mengambil keputusan untuk terjun dari bangunan selepas menerima satu panggilan telefon yang memaksanya untuk menyerahkan wang taruhan secepat mungkin.

“Saya mendengar dia berkata ‘jangan paksa saya’, dan ‘ berikan saya masa dua hari lagi dan saya akan pulangkan semula duit itu’ menerusi telefon.

“Dia berbual menerusi panggilan tersebut dalam 10 minit, saya nampak dia mematikan panggilan dan berdiri, kemudian dia hilang begitu sahaja,” kata saksi tersebut kepada pemberita.

Lin kemudiannya dikejarkan ke sebuah hospital di Panyu, Guangdong namun doktor gagal menyelamatkannya.

Menurut seorang rakan sekelasnya, mangsa telah kehilangan kira-kira 20,000 yuan ($3,200) dalam beberapa pertaruhan Liga Piala Dunia 2014.

“Dia meminjam duit yang banyak dan faedah yang dikenakan terhadap pinjamannya semakin meningkat,” katanya.

Bagaimanapun, pihak media gagal mendapatkan nama pasukan Piala Dunia yang disokong mangsa.

Sumber: Sinar Harian

Pemain tenis wanita kecilkan dada demi juara dunia tenis

 Simona Halep, sebelum melakukan pengecilan payudara

Ramai bintang sukan berkata, mereka akan melakukan apa pun yang diperlukan demi kejayaan.

Dalam konteks itu, pemain tenis wanita Simona Halep telah melakukan pelbagai langkah drastik demi meraih gelaran Wimbledon, iaitu dengan mengecilkan saiz payudaranya agar dapat meningkatkan prestasinya.

Menurut laporan Daily Mail, Ahad (22/6/2014), sejak payudaranya diperkecil dari saiz 34DD ke 34C pada usia 17 tahun, pencapaian Halep telah melonjak dan sekarang berada di urutan nombor tiga untuk meraih Wimbledon, di depan bekas juara Maria Sharapova.

Daily Mail melaporkan, "Dia (Halep) lebih percaya diri, lebih mobile dan pukulannya sekarang lebih bebas kerana pelbagai halangan telah berkurang."

 Halep selepas pembedahan payudara

Pemain Romania berusia 22 tahun itu mencapai separuh akhir Terbuka AS tahun lalu dan suku akhir di Terbuka Australia pada Januari tahun ini, sebelum mencapai final Terbuka Perancis beberapa minggu lalu.

Jurulatih yang baru dilantik, Wim Fissette, berkata, pengecilan teteknya telah menjadi bahagian penting dari kariernya. Dia menambah, "Saya kira itu merupakan keputusan yang tepat. Saya tidak melihat dia dulu. Saya sudah melihat sejumlah foto, tetapi dia membuat keputusan itu dan itu merupakan keputusan yang baik. Saya memahami hal tersebut."

"Itu sebabnya dia terkenal. Mari kita berharap dia akan memenangi Grand Slam dan kemudian orang akan mula bercakap tentang Grand Slam dan bukan sesuatu yang lain."

Ketika dibedah, Halep mengatakan tentang payudaranya, "Saya tidak suka dalam kehidupan sehari-hari saya. Saya tetap melakukan operasi walaupun saya bukan ahli sukan."

Minggu lalu dia berkata, "Beberapa tahun yang lalu saya mencari di internet dan saya melihat bahawa saya berada di laman keempat. Saya katakan, mimpi saya adalah berada di halaman pertama. Sekarang saya berada di sana. Saya ingin menikmati saat-saat ini, tetapi saya ingin lebih meningkatkan permainan saya dan siapa tahu boleh berada di urutan kedua atau pertama. "

Sumber: kompas.com

Pendaki kecurian kasut di ketinggian 4000 m terpaksa dijemput dengan helikopter

Mont Blanc, gunung tertinggi di daratan Eropa

GRENOBLE - Seorang pendaki gunung kecurian kasut di perhentian lorong pendakian Mont Blanc, gunung tertinggi di Eropah. Pendaki itu pun perlu dijemput dengan helikopter untuk boleh bergerak dari lokasi hentian tersebut, Isnin (23/6/2014).

Badan penyelamat gunung dari Chamonix di Mont Blanc menyelamatkan lelaki itu dari tempat perhentian goûter, yang ketinggiannya hampir mencapai 4,000 meter di atas permukaan laut.

"Jika terjadi hal-hal seperti ini, kami memberi pertolongan dengan helikopter. Kami tidak akan membiarkannya dalam keadaan terpuruk. Ini sangat berbahaya," ujar petugas penyelamat gunung, Jean-Baptise Estachy.

Pos pelarian goûter adalah laluan yang paling banyak dipakai oleh pendaki Mont Blanc. Untuk turun kembali, diperlukan perjalanan menembus salji selama beberapa jam melintasi lembah.

Sumber: kompas.com

'Misteri' di sebalik gaya rambut Ronaldo

 
GAYA baru potongan rambut ‘zig-zag’ bintang terkenal Portugal, Christiano Ronaldo nyata menarik perhatian dunia, selain mendapat pujian dari peminatnya, Ronaldo turut dikritik hebat.

Namun ramai yang tidak menyangka bahawa gaya ‘zig-zag’  bukan hanya menjadi fesyen terbaru penggayaan rambut pemain bola sepak tersebut tetapi ianya sebenarnya melambangkan tanda penghormatan kepada seorang kanak-kanak di Sepanyol yang terpaksa menjalani pembedahan otak akibat menghidap kanser.

Dikhabarkan,  bekas pemain bola sepak tersebut telah membiayai keseluruhan kos pembedahan kanak-kanak berkenaan, dikenali Erik Ortiz Cruz.

Pada Februari lalu, Ronaldo menyumbang sebanyak 83,000 pound sterling (RM454,844) kepada Erik bagi tujuan itu.

Terdahulu, dia juga pernah membiayai rawatan kanser yang dialami seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun pada 2012.

Dalam perkembangan perlawanan bola sepak pada saingan Kumpulan G semalam, Portugal sekadar meraih mata seri 2-2 ketika perlawanan menentang AS dan kini menyandang kedudukan tercorot kumpulan dengan pungutan satu mata.

Pasukan itu harus meraih kemenangan mengatasi Ghana dalam saingan terakhir kumpulan pada Khamis ini bagi menempah peluang mara ke peringkat seterusnya, namun segalanya masih bergantung kepada keputusan perlawanan pasukan Jerman dan AS di Arema Pernambuco.

Sumber: Sinar Harian

Minuman berkarbonat, beralkohol punca gout

WASHINGTON - Satu kajian mendapati, pengambilan minuman berkarbonat dan beralkohol berlebihan mungkin boleh menyebabkan seseorang itu menghidap penyakit gout.

Portal berita Mail Online melaporkan, kajian berhubung punca dan penyebaran penyakit gout menunjukkan seorang dalam 35 orang kini menghidapi penyakit tersebut.

Gout dikaitkan dengan peningkatan asid urik dalam darah yang boleh menyebabkan kesakitan sendi jika jumlahnya dalam darah terlalu tinggi kerana akan membentuk ketulan kristal di dalam atau sekitar sendi.

Punca seseorang menghidap gout masih belum jelas, namun genetik dilapor memainkan peranan tinggi.

Sebelum ini dilaporkan, penyakit gout berlaku akibat cara pemakanan seseorang.

Penyelidik dari Universiti Washington, Dr. Peter Simkin berkata, kes peningkatan penyakit itu sejajar dengan pertambahan pengambilan fruktosa dan obesiti.

Fruktosa secara semula jadi ditemukan dalam buah-buahan dengan jumlahnya yang kecil, namun kini banyak digunakan sebagai bahan pemanis untuk makanan segera dan makanan dalam tin.

"Nasihat kami ialah hadkan makan daging dan jauhi minuman beralkohol, selain kurangkan pengambilan fruktosa dan lebihkan minum kopi serta produk tenusu,'' katanya.

Selain itu, pengambilan aspirin dan ubat untuk merawat tekanan darah tinggi juga dikaitkan dengan peningkatan risiko menghidap gout.

Sumber

Lelaki China bawa 5 tan duit syiling untuk beli kereta

 
Chinatopix Isnin 19 Mei 2014 melaporkan, seorang lelaki China membawa duit syiling sekitar US $ 16,000 bagi membeli sebuah kereta. Kerana tak ingin mensia-siakan pelanggannya, peniaga itu kemudian menerima jenis transaksi luar biasa itu dengan tangan terbuka.

Kemudiannya, sejumlah pekerja dipanggil untuk membantu mengira wang syiling yang jumlahnya berkarung-karung. Syiling demi duit syiling yang beratnya bersamaan 5 tan kemudian dikira.

Sambil menunggu pengiraan syiling selesai, lelaki China itu pun kemudian memilih tidur siang ditemani sebuah filem yang sengaja ditayang kepadanya di salah satu bilik.

Namun beberapa jam kemudian, tidur siang lelaki China terganggu setelah dibangunkan pekerja peniaga. Salah seorang pekerja berkata, pengiraan syiling terpaksa dihentikan lantaran para pekerja peniaga merasa letih dan bosan mengira syiling-syiling tersebut.

Pekerja kemudian meminta lelaki tersebut untuk membayar selebihnya dalam bentuk lain. Merasa telah menyusahkan banyak orang, lelaki China itu lalu membayar bakinya dengan kad kredit.

Kereta yang dibeli lelaki unik itu merupakan kereta China jenis Soueast yang merupakan rakan kongsi dari Mitsubishi. Syarikat ini juga telah bekerjasama dengan Chrysler untuk menjual Dodge Caliber dan Caravan di China.

Sumber: forum.detik.com

AirAsia jawab isu wanita 'dihalang' naik pesawat

Video serta gambar pasangan Nasran dan Nadiah yang tersebar di alam maya. - Sumber Facebook

SHAH ALAM - Susulan penyebaran gambar dan video berkenaan dakwaan pasangan suami isteri dihalang menaiki pesawat AirAsia ke Kuala Terengganu ekoran wanita tersebut hamil dan tidak memiliki sebarang surat pengesahan daripada doktor, syarikat penerbangan tambang murah itu tampil memberi kenyataan.

Menurut jurucakap AirAsia Berhad, penumpang hamil perlu mematuhi garis panduan ketat yang telah ditetapkan demi keselamatan mereka.

"Penumpang yang sepatutnya menaiki penerbangan AK6220 dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu pada 21 Jun itu hamil 28 minggu dan tidak memiliki sebarang surat pengesahan dari doktor yang menyatakan beliau sihat untuk menaiki penerbangan tersebut seperti yang ditetapkan oleh syarat dan terma penerbangan.

"Sehubungan itu, pihak penerbangan tidak dapat membenarkan beliau menaiki pesawat atas sebab keselamatan," katanya dalam satu kenyataan.

Namun begitu, AirAsia menegaskan bahawa pihaknya telah menyediakan penginapan dan mengganti penerbangan keesokannya selepas penumpang tersebut memperoleh surat pengesahan doktor.

"AirAsia sediakan penginapan percuma dan menggantikan penerbangan mereka kepada keesokan harinya tanpa sebarang caj tambahan dan penumpang boleh menaiki penerbang selepas mendapat surat pengesahan doktor," katanya.

Sejak kelmarin, video dan gambar tentang pasangan suami isteri yang mendakwa dilarang menaiki penerbangan Air Asia ke Kuala Terengganu menjadi viral di media sosial.

Pasangan suami isteri yang dikenali sebagai Nasran dan Nadiah bersama anak mereka itu tiba di Kuala Lumpur dengan penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dari Incheon, Korea Selatan, 4.30 petang, hari yang sama.

Mereka dikatakan bergegas pulang ke Malaysia selepas dikhabarkan bapa Nadiah meninggal dunia di Terengganu.

“Dari Incheon kami dapat ke KLIA selepas melalui pemeriksaan yang ketat. Namun tiada penerbangan MAS  terus ke Kuala Terengganu dan penerbangan lain pula, Firefly tapi kena pergi ke Subang, ia agak jauh.

“Memandangkan isteri saya hamil dan sangat letih malah secara emosi tidak stabil kerana bapanya meninggal dunia. Sebab itu kami cuba yang terbaik untuk mengejar penerbangan terakhir Air Asia. Kami ‘check in’ tiket yang dibeli secara online dan ke kaunter untuk dapatkan ‘boarding pass’. Saya tunjuk isteri (yang sedang hamil) dan anak saya,” katanya yang dipetik dari sebuah video yang tersebar di laman sosial.

Nasran menegaskan sanggup mengambil sebarang risiko jika berlaku sesuatu ke atas isterinya asalkan diberi kebenaran menaiki pesawat AirAsia tersebut.

“Di pintu terakhir, kami tidak dibenarkan masuk. Mereka kata kami kena dapatkan surat pengesahan kesihatan. (Tapi) di Korea, isteri saya tidak memerlukan apa-apa surat. Ini situasi kecemasan.  Hari Jumaat jam 5.30 petang, bagaimana saya nak ke hospital untuk mendapatkan semuanya?

“Prosedur hanya atas kertas. Kita ini manusia. Beri saja kebenaran dan sebagai suami segala risiko saya akan tanggung. Mendarat di Malaysia pun saya sudah sangat beruntung sebab saya berjaya membawa isteri saya ke sini walaupun dia tidak dapat bertemu dengan arwah ayahnya,” katanya yang kelihatan begitu sedih.

Menurut Nasran juga, syarikat penerbangan tambang murah itu telah menawarkan hotel untuk mereka sekeluarga namun beliau menolak.

“Mereka tawarkan hotel tapi kelihatan tak begitu ikhlas. Mereka mahu membawa kami untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan malam ini (semalam) supaya mereka boleh teruskan untuk penerbangan esok (hari ini).

“Tapi kenapa penerbangan tadi (Jumaat lalu) isteri saya tak dibenarkan naik pesawat tapi esok (kelmarin) boleh?,” katanya.

Kemudian seorang wanita yang bersimpati dengan keadaan keluarga itu bertanya soal tawaran hotel tersebut, Nasran menjawab, “Ini bukan sebab duit. Kalau saya mampu bawa isteri saya balik ke Malaysia, maksudnya saya mampu beli benda lain.”

Sementara di laman sosial, rata-rata orang ramai mempersoalkan tentang larangan menaiki penerbangan yang hanya memakan masa 40 minit itu sedangkan penerbangan selama lima jam dari Korea ke Malaysia dibenarkan.

Tertakluk peraturan

Namun tegas syarikat penerbangan berkenaan, pihaknya tertakluk kepada peraturan ketat membabitkan wanita hamil demi keselamatan mereka.

Kenyataan AirAsia menyebut, bagi wanita yang hamil sehingga 27 minggu, penumpang perlu memberitahu syarikat penerbangan dan menandatangani Penyata AirAsia / AirAsia X Liabiliti Terhad.

Manakala bagi kehamilan antara 28 hingga 34 minggu, penumpang perlu menyediakan sijil perubatan doktor yang mengesahkan bilangan minggu kehamilan penumpang berkenaan.

"Penumpang juga akan menandatangani Penyata Liabiliti Terhad selain daripada surat doktor.

"Sebarang kehamilan yang 35 minggu dan ke atas tidak akan dibenarkan menaiki pesawat demi keselamatan dan kesejahteraan tetamu serta penumpang lain," katanya.

AirAsia merakamkan simpati ke atas kehilangan bapa penumpang tersebut.

Sumber: Sinar Harian