Penyamun tertinggal selipar

Anggota polis membuat siasatan di kebun berhampiran menggunakan khidmat unit K-9.

JEMPOL - Lapan sekeluarga terpaksa menempuh saat mencemaskan hampir dua jam apabila rumah mereka di Bandar Seri Jempol, dekat sini, dimasuki penyamun awal pagi semalam.

Bagaimanapun, kesemua mereka terselamat apabila penjenayah terbabit dikatakan ternampak kelibat dua anggota polis yang sedang membuat rondaan di kawasan berkenaan menyebabkan mereka melarikan diri sehingga salah seorang daripada mereka tertinggal selipar.

Difahamkan,  dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi itu, salah seorang suspek juga sempat memohon maaf kepada suami mangsa kerana menyamun, sebelum mengheret isteri mangsa ke belakang rumah selepas selesai melakukan kerja menyamun.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias, pihaknya percaya kejadian dilakukan oleh empat penjenayah bertopeng dipercayai warga asing.

Menurutnya, suspek bertindak mengumpil pintu jeriji di bahagian belakang rumah mangsa, sebelum bertindak mengacukan parang ke leher mangsa yang ketika itu berada di dalam rumah berkenaan bersama tujuh lagi ahli keluarga yang lain.

"Suspek membawa lima mangsa ke ruang tamu dan mengikat mereka menggunakan kain, sementara suami mangsa berusia 39 tahun bersama salah seorang anak perempuan berusia 10 tahun diikat pada bilik belakang sebelum menutup seluruh badan mangsa dengan kain.

“Malah suspek turut bertindak mengacukan parang ke leher isteri mangsa berusia 31 tahun sebelum mengarahkannya menunjukkan barang berharga. Tidak cukup dengan itu, suspek turut mengugut untuk merogol isteri mangsa,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Hamzah berkata, salah seorang daripada penjenayah berkenaan tercicir selipar yang dipakainya di rumah mangsa, sekali gus memudahkan pihak polis menjejaki suspek menggunakan khidmat unit anjing pengesan (K-9) hasil bantuan Polis Bantuan Felda.

“Kita percaya suspek masih berada di kawasan berhampiran,” katanya.

Sementara itu, isteri mangsa ketika ditemui wartawan berkata, selepas dia diheret kira-kira 50 meter, suspek masih mengugut untuk merogol dan menyembelih dirinya.

“Namun, tindakan suspek terhenti apabila ternampak dua anggota polis sedang membuat rondaan di lokasi berhampiran.

“Suspek meninggalkan saya dengan keadaan tangan terikat, tetapi saya berjaya menyelamatkan diri sekitar jam 4.40 pagi.

Suami kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol, kira-kira 10 pagi pada hari yang sama,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Avril Lavigne cantik tanpa eyeliner


Avril Lavigne selama ini sering mengenakan eyeliner hitam dan penampilan ala punknya . Namun pada pemotretan majalah Allure edisi Januari 2014 , dia bersedia dimake over dan tampil berbeza .

" Aku memakai eyeliner hitam hampir setiap hari . Aku melakukannya apabila berada di rumah , " ungkap isteri Chad Kroeger ini . " Jadi ( sekarang ) aku tidak memakai banyak make up . Aku juga memakai pakaian moden dan berponi . "

" Aku suka cuba sesuatu yang baru , atau bermain - main , " katanya . " Selama kau boleh kembali ke hal - hal yang lebih selesa . "

Penampilan baru Avril ini rupanya mendapat tanggapan positif dari para netter . Mereka memujinya jadi kelihatan segar dan jauh lebih muda .

" Dia kelihatan jauh lebih cantik tanpa make up . Sebenarnya , sebahagian besar lelaki lebih memilih wanita yang kelihatan semula jadi , " komen seorang netter .

Avril selama ini kelihatan selesa memakai eyeliner hitam . Pelantun " Let Me Go " ini bahkan memakainya semasa berkahwin dengan Chad Julai lalu .


Sumber: wowkeren.com

Misteri kehilangan buaya tembaga sebesar van di lombong Kampung Pengkalan Durian

Gambar bangkai buaya yang ditemui mati berhampiran Sungai Linggi pada 2010.

LINGGI – Misteri kehilangan seekor buaya tembaga yang mempunyai saiz sebesar sebuah van, di sini menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan penduduk tempatan terutamanya kaki pancing.

Sebelum ini, haiwan pemangsa itu didakwa menghuni di dalam lombong Kampung Pengkalan Durian, namun sejak kebelakangan ini buaya tembaga itu dikatakan menghilangkan diri.

Malah, ada mengatakan buaya berkenaan ditembak oleh sindiket menjual kulit buaya, tetapi itu hanyalah sekadar cakap-cakap kosong sahaja.

Menurut Adun Linggi, Abd Rahman Mohd Redza, disebabkan warna kulitnya berwarna hitam, buaya tembaga itu digelar 'Black' oleh penduduk tempatan.

"Walaupun saiznya besar, namun Black tidak pernah bersikap agresif terutamanya kepada kaki pancing yang memancing ikan di lombong tersebut.

"Sejak beberapa minggu lalu, Black tidak kelihatan di permukaan lombong tersebut sehingga ada yang menganggap buaya tembaga itu ditembak oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Tetapi kehilangannya itu mungkin disebabkan haiwan itu berpindah habitat memandangkan lombong inimempunyai aliran untuk ke Sungai Linggi,” katanya.

Abd Rahman berkata, bagaimanapun dia berasa kesal jika benar ada kejadian menembak buaya di kawasan itu.

Dalam pada itu, jurucakap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan berkata, sehingga kini, pihaknya masih belum menerima sebarang aduan daripada mana-mana pihak berkaitan kes tembak buaya di Linggi.

"Bagaimanapun, kita akan menjalankan siasatan sekiranya ada aduan mengenainya (tembak buaya) sampai kepada pihak kami.

"Kes tembak haiwan liar adalah perkara serius dan menyalahi undang-undang dan mana-mana individu yang terlibat dengan kejadian ini boleh didakwa mengikut Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972,” katanya.

Untuk rekod, pada 2 Ogos 2010, seekor buaya tembaga betina ditemui mati di tepi pantai di kawasan sebuah resort di Tanjung Agas, berhampiran Sungai Linggi, dipercayai ditembak.

Menurut sumber Jabatan Perhilitan Negeri Sembilan, sekurang-kurangnya terdapat 3,000 buaya hidup di Sungai Linggi.

Sumber: Sinar Harian

Harimau Malaya mati dibaham pasangan di Zoo San Diego


San Diego: Seekor harimau betina dibaham hingga mati oleh pasangannya ketika percubaan untuk membiakkan spesies jarang ditemui itu di Zoo San Diego.

Harimau Malaya berusia empat tahun benama Tiga Tahun itu mati akibat kecederaan di leher dan kesukaran bernafas selepas kejadian Sabtu lalu.

Ia usaha pembiakan pertama membabitkan kedua-dua haiwan itu dan Tiga Tahun ialah satu-satunya harimau Malaya betina yang terdapat di situ.

“Interaksi pertama kedua-dua haiwan itu begitu positif.


“Kedua-duanya berlaga hidung ketika dipisahkan oleh kawat penghadang.


“Interaksi itu menyebabkan penjaga zoo percaya masanya sudah tiba untuk mereka mengawan.

“Malangnya, keadaan berubah serta-merta apabila kedua-duanya diletakkan dalam satu kandang.

“Penjaga zoo tidak dapat menyelamatkan Tiga Tahun apabila dibaham oleh harimau jantan itu,” menurut kenyataan zoo itu.

Sumber: Harian Metro

Video artis wanita tukar baju tersebar


Tersebar sebuah video berdurasi 1 minit, 24 saat di YouTube yang memperlihat sosok Shinta Bachir tengah berganti baju hingga menampakkan payudaranya.

Awalnya, video tersebut memperlihatkan Shinta mengenakan seluar dalam saja. Dia pun menutupinya dengan memakai hot pants.

Setelah adegan itu, Shinta mulai membuka bajunya. Dengan  membelakangkan kamera, bintang 'Kawin Kontrak 3' itu membuka bajunya dan mulai mengenakan bra.

Tapi dalam adegan itu tubuh Shinta sedikit menyamping sehingga bahagian payudaranya terlihat jelas.

 Menurut Shinta, video itu diambil ketika dirinya ganti baju semasa penggambaran filem Pulau Hantu 3.

"Saya ingat itu syuting film Pulau Hantu 3," katanya.

Menurutnya semasa penggambaran itu hanya ada tiga orang. Ketiganya tidak berada dalam ruang ganti pakaian ketika itu.

"Itu cuma ada jurukamera, sutradara dan asisten sutradara. Itu bukan adegan filem, waktu itu mereka ada di ruang sebelah. Kok bisa dapat gambar pas ganti ya?" katanya kebingungan.

 Shinta mengaku sedih kerana  menurutnya hal tersebut dugaan saat dirinya telah  memutuskan untuk berhijab.

"Kenapa ketika saya sudah tak mahu lagi shooting filem-fielm seksi dan di saat saya berhijab?" sesalnya.

Shinta tampak belum boleh memberikan komen banyak. Dia mengaku sangat terkejut dengan beredarnya video yang memperlihatkan bahagian sisi payudaranya itu.

"Mungkin ini dugaan," ulangnya.

Sumber: hot.detik.com

Makan kotak untuk teruskan hidup


PERGOLAKAN yang melanda Syria memaksa penduduknya melakukan apa sahaja untuk menyambung nyawa.

Kanak-kanak dan remaja jelas menjadi mangsa akibat kerakusan manusia berebut kuasa sehingga ekonomi negara itu lumpuh dan bekalan makanan amat sukar diperolehi.

Dalam sebuah paparan video di YouTube, seorang remaja  ini dijumpai sedang duduk di tepi jalan sambil memegang kertas kotak.

Bila diselidiki rupanya remaja tersebut kebuluran akibat tiada makanan dan terpaksa makan kotak serta kertas untuk meneruskan hidup.

Kes sebegini semakin banyak telah dilaporkan di Syria dan keperluan bantuan kecemasan sangat diperlukan.

Pembaca boleh menyelami sendiri kesedihan remaja ini menerusi paparan YouTube yang berjudul RescueSyria-Makan kotak untuk hidup.

Video yang berdurasi selama 49 saat ini turut dikongsi oleh Sham Kamikaze di laman Facebooknya sebagai tanda prihatin terhadap mangsa perang di Syria.

Sumber: Sinar Harian

Berlian ditemui di Antartika

Batu kimberlit (gambar kecil) yang kebiasaannya mengandungi berlian ditemui pertama kali di Antartika.

CANBERRA - Saintis diketuai penyelidik Universiti Kebangsaan Australia mendakwa bahawa mereka telah menemui batu kimberlit dipercayai mengandungi berlian di kawasan Gunung Meredith di Antartika Timur.

Bagaimanapun, ketua penyelidik, Greg Yaxley memberitahu mereka belum menemui batu berharga tersebut yang dipercayai mungkin kelihatan seperti berlian kristal di Afrika Selatan.

"Penemuan batu kimberlit itu diharap tidak akan menyebabkan kawasan itu menjadi tumpuan ramai untuk menjalankan aktiviti perlombongan.

"Aktiviti melombong di kawasan Antartika adalah dilarang dan ia turut dilindungi di bawah perjanjian kajian saintifik untuk hidupan liar seperti penguin dan singa laut," katanya dipetik DailyMail

Difahamkan, kandungan Perjanjian Alam Sekitar 1991 melarang kegiatan perlombongan di benua tersebut bagi tempoh sekurang-kurangnya 50 tahun.

Selain batu berharga itu, kumpulan penyelidik sebelum ini pernah menemui emas, platinum, besi dan arang batu di Antartika.

Kegiatan melombong berlian di kawasan beriklim sejuk seperti utara Kanada dan Siberia juga telah dilakukan sejak beberapa tahun lalu.

Sumber: Sinar Harian