Kerana seorang pondan

Seorang pemuda cedera akibat disimbah asid dalam satu kejadian di Perlis sabtu lalu.

Menurut polis, motif serangan oleh suspek berusia 19 tahun itu disebabkan cemburu ekoran mangsa melarangnya mendekati Natasha seorang pondan.

hadoiiiiii...pening kepala aku. tak faham la. dah tak ada orang perempuan ke di Perlis sana sampai pondan pun menjadi rebutan. huh

memangla kalau ditengok pada wajah cantik juga pondan tu tapi hakikatnya dia jantan.

ingatlah sikit kau tu ada agama. tak kemana pun hubungan songsang camtu


nak baca lebih lanjut klik kosmo online

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0906&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm

Madu...ibu segala makanan


Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit.

Sabda Nabi s.a.w.,

"Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya."

Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan.

Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).

moh sama2 kita mengamalkan sunnah ini..Wallahualam

Siti Nurhaliza - jerat percintaan

comel je Siti masa muda remaja dulu hehehe
moh layan lagu jerat percintaan...best lagu nih

layannnnn...




Aidilfitri peluang baiki silaturrahim

AIDILFITRI adalah hari raya khusus untuk orang yang bertakwa selepas sebulan berpuasa. Hal ini menunjukkan hubungan dengan Allah semakin dekat dan kesan puasa seperti kesucian dan kematangan jiwa, kekuatan mental, ketinggian moral dan akhlak dapat dikembangkan dalam kehidupan masyarakat.

Aidilfitri juga hari perayaan iman. Bagi setiap orang yang benar-benar memahami serta menghayati Islam akan menginsafi dan merasai bahawa betapa gembiranya mereka pada hari ini.

Allah menetapkan Aidilfitri sebagai hari kegembiraan dan kemenangan bagi orang beriman. Kita perlu merasakan hakikat nikmat Allah yang lengkap dan sempurna ketika menyambut hari lebaran ini.

Betapa agungnya Aidilfitri jelas dilihat apabila Rasulullah saw melarang umatnya (haram) daripada berpuasa pada hari itu.

Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri, katanya:

“Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda yang bermaksud: Tidak boleh berpuasa pada dua hari tertentu iaitu Hari Raya Korban (Aidiladha) dan hari berbuka daripada Ramadan (Aidilfitri).” (Hadis riwayat Muslim).

Kenikmatan berhari raya hanya dapat dirasakan oleh orang yang berpuasa Ramadan dalam erti kata sebenar saja. Maksudnya, orang yang melaksanakan ibadat puasa semata-mata kerana tunduk dan patuh kepada perintah Allah.

Bukan mulut mereka saja berpuasa, malah anggota badan lain seperti telinga, mulut, hidung dan mata dipelihara daripada melakukan perkara keji dan kotor.

Orang yang hanya sekadar ’puasa-puasaan’ dan tidak berpuasa dengan sengaja tanpa sebab dibenarkan syarak, bagi mereka hari raya tidak mempunyai sebarang erti dan nilai.

Sesungguhnya, kegembiraan berhari raya itu bukan diukur dan bergantung kepada kehebatan pakaian atau hiasan serta banyaknya makanan pada hari raya. Ia terletak kepada sejauh mana bertambahnya ketakwaan dan keimanan seseorang itu.

Kedatangan Aidilfitri hendaklah disambut dengan ucapan takbir dan tahmid. Takbir dan tahmid yang kita ucapkan pada malam dan pagi hari raya mengandungi dua makna. Pertama, menyambut kedatangan Syawal yang mulia dan kedua, menunjukkan kesedihan di atas pemergian Ramadan al-Mubarak.

Dalam merayakan Aidilfitri ini, kita hendaklah membersihkan hati dan memperbaiki hubungan sesama Muslim. Segala perasaan dendam, kebencian, iri hati dan dengki hendaklah dikikis. Semua ini kita gantikan dengan perasaan kasih-mengasihi sesama Muslim. Hulurkan tangan bermaaf-maafan dan binalah hubungan persaudaraan yang kukuh berlandaskan persaudaraan Islam.

Diriwayatkan Anas bin Malik bahawa Rasulullah bersabda bermaksud:

"Janganlah kamu saling marah, dengki dan tidak menegur antara satu sama lain. Tetapi jadilah kamu semua bersaudara." (Hadis riwayat Muslim)

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda bermaksud:

"Seseorang yang pemaaf, Allah menambahkan kemuliaan baginya." (Hadis riwayat Muslim).

Dalam kemeriahan menyambut hari raya, janganlah sekali-kali dilupai orang yang tidak berkemampuan. Sebagai tanda mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan kepada kita, berilah bantuan kepada mereka dan binalah persaudaraan Islam sejati.

Kedatangan 1 Syawal tidak seharusnya dicemari dengan dentuman meriam dan hiburan yang melampaui batas. Sebaliknya, perayaan Islam dimulakan dengan takbir dan tasbih memuji dan menyucikan Allah.

Rasulullah menyarankan agar umat Islam menyambut hari raya ini dengan banyak memuji kebesaran Allah. Nabi Muhammad bersabda bermaksud:

“Hiasilah hari raya (Aildilfitri dan Aldiladha) kamu dengan takbir, tahlil, tahmid dan taqdis (mengingati dan mengagungkan Allah)." (Hadis riwayat al-Thabrani).

Laungan takbir yang berkumandang di seluruh pelusuk tanah air, pasti menyejukkan jiwa. Ia akan kembali menenangkan fikiran, melapangkan hati untuk bermaafan, menjalin dan mengukuhkan ikatan persaudaraan yang lama terjalin sesama umat Islam.

Oleh Mohd Shukri Hanapi




http://halaqah.net/v10/index.php?topic=8049.0

Jamal Abdillah derma beras satu TRELER

IPOH – Penyanyi terkenal, Jamal Abdillah menyumbang satu treler beras kepada golongan fakir miskin, anak yatim dan ibu tunggal seluruh Perak semalam.

Jamal atau nama sebenarnya, Jamal Ubaidillah Ali, 52, berkata, sumbangan 1,520 kampit beras bernilai RM20,000 itu bertujuan untuk membantu golongan terbabit menyambut Aidilfitri yang bakal tiba beberapa hari lagi.

“Saya bersyukur menerima rahmat dan hidayah oleh Allah untuk menghadapi kehidupan yang penuh pancaroba ini dan diberi anugerah (menyanyi) untuk memperoleh rezeki.

“Saya pulangkan semula sebahagian daripada rezeki itu kepada golongan memerlukan. Saya niat untuk sedekah pahalanya kepada roh arwah ayah dan ibu saya,” katanya.



pehhh wa salute lu lah Jamal...diharapkan derma itu niatnya kerana Allah, bukannya nak menunjuk ke apa ok.

Terdapat beberapa ketegori peluk bantal dan perwatakan

1) Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwaseni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera.Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melaluim impi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping.Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan bolehmenerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi.Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

6) Takde bantal
Kasihan betul... pergi kedai belilah satu!!!


‘Orang Minyak’ mengganas

jCOLOMBO: Beberapa siri serangan ‘orang minyak’ di kawasan luar bandar di Sri Lanka membuatkan penduduk tempatan ketakutan.

Kira-kira tiga orang dilaporkan terbunuh akibat serangan ‘orang minyak’, minggu ini.

Menurut polis dan media tempatan, serangan itu menyebabkan wanita mengurung diri di dalam rumah dan kaum lelaki menyimpan senjata.

Mengikut sejarah, ‘orang minyak’ adalah pencuri yang hanya memakai seluar dalam dan melumur minyak hitam di badan mereka supaya tubuh licin dan tidak mudah ditangkap.

Tetapi, kebelakangan ini, ‘orang minyak’ berkeliaran di waktu malam, menakutkan dan menyerang kaum wanita.

“Kami mendengar cerita dia menggigit leher dan buah dada perempuan. Walaupun sudah beberapa kali membuat laporan, polis masih belum menjalankan siasatan, malah di dua kawasan, polis telah melepaskan penjahat itu,” kata seorang agen tiket kapal terbang, berusia 36 tahun, dari Kawasan Bukit, Daerah Matale yang tidak mahu namanya didedahkan.

Dua orang lelaki yang dipercayai ‘orang minyak’ telah dibunuh oleh sekumpulan orang kampung di kawasan penanaman teh di tengah Sri Lanka, Rabu lalu.

Seorang lelaki berusia 22 tahun yang memburu’orang minyak’ mati apabila terpijak jerat elektrik untuk babi hutan, kata sebuah akhbar Tamil, Sudar Ali, semalam.

Kira-kira 30 kejadian telah dilaporkan di tujuh daerah di Sri Langka timur, merentas kawasan penanaman teh di Kawasan Bukit. Polis telah menahan 47 orang sejak bulan lepas.

“’Orang minyak’ tidak wujud. Mereka hanyalah orang biasa yang mempunyai niat jahat untuk mencuri dan melakukan kerja haram,” kata jurucakap polis Prashantha Jayakody. - Reuters