Kucing ini memiliki peta Australia di hidung


Kucing bernama Oz ini menarik perhatian ramai pengunjung di Royal Easter Show yang diadakan di Sydney, Australia kerana memiliki corak hitam di hidungnya yang menyerupai peta Australia.

Menurut pemiliknya, Deborah Nugent, kucingnya itu sudah mempunyai corak hitam tersebut sejak lahir lagi.

Gambar pejabat Facebook yang baru di Menlo Park, California

Inilah pejabat terbaru Facebook di Menlo Park, California.  Pejabat ini luasnya 430,000 kaki persegi dengan taman di atasnya. Facebook secara rasminya berpindah ke pejabat baru ini pada 31 mac 2015.

Pejabat pusat jejaring sosial ini dirancang khusus oleh arkitek ternama Frank Gehry. Di atas  bumbungnya terdapat taman seluas 9 acre dan trek jogging serta ruang outdoor untuk bersantai atau bekerja.  










dailymail.co.uk

Artis cantik ini gemar makan serangga


PELAKON Shailene Woodley mengakui dia merupakan seorang yang pelik kerana gemar memakan serangga.

Shailene berkata serangga yang dimakan mempunyai rasa berbeza dan sukar untuk digambarkan melainkan seseorang itu perlu mencuba terlebih dahulu untuk mengetahui rasanya.

"Saya pernah memakan serangga seperti semut serta kumbang dan ia mempunyai cita rasa yang unik.

"Makanan tersebut sangat sedap dan ia baik untuk perut saya," katanya kepada  E-Online.

Bintang kelahiran Amerika Syarikat itu juga meramalkan serangga akan menjadi makanan asas kepada dunia pada masa hadapan.


Sumber: mstar.com.my

The Capuchin Catacombs of Palermo, muzium paling seram di Itali

The Capuchin Catacombs of Palermo yang terletak di negara Itali ini merupakan sebuah muzium yang menyimpan ribuan mayat di dalamnya. Ribuan mayat yang telah diawet ini diletakkan di koridor hingga ditidurkan dalam peti sepanjang lorong muzium ini.
 













Foto: palermo.for91days.com/abl

Wayne Rooney Abdi Tatu Liverpool Di Bahu


STARSPORT Online mendedahkan bahawa Ketua Pasukan Manchester United, Wayne Rooney mempunyai tatu burung skuad Liverpool pada bahu kananya.

Perkara berkenaan didedahkan selepas 10 hari penyerang setia United itu membantu skuadnya menewaskan Liverpool 2-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Ketua pasukan England itu juga hampir menjaringkan gol untuk United namun sepakan penalti yang diambil gagal menerjah ke gawang gol Liverpool.

Pada tatu itu juga tercatat perkataan YNWA (You'll Never Walk Alone) yang merupakan laungan keramat penyokong Liverpool.

Selain Rooney, bekas pemain Liverpool Daniel Agger dilapor turut mempunyai tatu sama.

Sebagai rekod Liverpool tidak memenangi gelaran juara Liga Perdana Inggeris sejak 25 tahun lalu.



Sumber: mstar.com.my

Penumpang tumbuk pramugari kerana lambat hidang sandwich


SEBUAH pesawat EasyJet membuat pendaratan cemas selepas seorang penumpang bertindak menumbuk pramugari kerana berang menunggu lama bagi mendapatkan hidangan sandwichnya.

Portal berita DailyMail melaporkan bahawa seorang saksi berkata, penumpang berkenaan menjerit: "Saya telah menunggu berjam-jam, sebelum menyerang kabin kru itu.

Insiden tersebut berlaku dalam penerbangan EasyJet dari Geneva ke Pristina di Kosovo pada petang Selasa (waktu Malaysia).

Seorang saksi yang duduk berhampiran lelaki berang itu, berkata: "Dia menjerit kepada pramugari, kemudiannya berdiri dan menumbuk pramugari itu.

"Pramugari itu kemudiannya terjatuh ke lantai dan lelaki itu terus memukulnya."

Beberapa penumpang bertindak menahan lelaki amuk itu, manakala juruterbang terpaksa melencongkan penerbangannya ke lapangan terbang Fumincino di Rom, Itali atas sebab keselamatan.

Pramugari itu kemudiannya memberitahu akhbar Switzerland, 20 Minutes: "Saya benar-benar terkejut. Saya tidak faham bagaimana seseorang itu boleh bertindak seganas itu hanya kerana hidangan sandwich.

Syarikat penerbangan EasyJet mengesahkan insiden serangan itu dan berkata, kru kabinnya mengalami kecederaan dan cermin matanya turut pecah.

EasyJet berkata, seramai 180 penumpang itu kemudiannya dibawa ke Pristina menggunakan pesawat yang lain pada sebelah petang (malam waktu Malaysia). - DailyMail



Sumber: mstar.com.my

Gambar kanak-kanak kena ‘tembak’ jadi viral

 Gambar yang diambil jurufoto Osman Sagirli. - Foto Osman Sağırlı

GAMBAR seorang kanak-kanak yang mengangkat tangan menyerah kerana menyangka dirinya akan ditembak mengundang simpati pengguna media sosial baru-baru ini. Apa cerita di sebalik gambar kanak-kanak ini?

Memetik laporan BBC, gambar yang di ambil pada tahun 2014 tersebut, menjadi perhatian pengguna-pengguna laman sosial selepas dikongsi dilaman mikro Twitter oleh Nadia Abu Shaban, jurufoto yang berpangkalan di Gaza.

Gambar tersebut diambil oleh seorang jurufoto Turki, Osman Sagırlı yang kini bekerja di Tanzania.

Menurut Osman, kanak-kanak tersebut menyangka kameranya adalah senjata yang mahu menembaknya.

"Saya tahu, dia takut selepas saya mengambil gambarnya dan jika dilihat gambar tersebut dia mengetap bibirnya sambil mengangkat tangannya jelas menunjukkan dia ketakutan.

"Kebiasaannya kanak-kanak akan lari, menyembunyikan muka mereka atau senyum apabila mereka melihat kamera," katanya.

Kanak-kanak itu bukanlah seorang budak lelaki, tetapi seorang kanak-kanak perempuan yang berusia empat tahun, Hudea.

Hudea mengembara ke kem-kem pelarian kira-kira 10km dari sempadan Turki dengan ibunya dan dua adik-beradik iaitu kira-kira 150 km dari rumah mereka di Hama.

Gambar tersebut diambil di kem pelarian Atmeh di Syria, pada Disember tahun lepas.

Tambah Osman lagi, gambar tersebut menunjukkan ketakutan dan penderitaan yang dialami oleh kanak-kanak pelarian.

"Ia mencerminkan kesengsaraan yang dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak bersalah," katanya.

Gambar mula-mula diterbitkan dalam akhbar Türkiye pada Januari lalu, di mana Osman telah bekerja selama 25 tahun sebagai  jurufoto yang melaporkan mengenai peperangan dan bencana alam di luar negara.

Ia kini mula  menjadi viral di seluruh dunia terutamanya di negara-negara Barat sejak minggu lepas.



Sumber: Sinar Harian