Bahana ubah jantina

BERITA yang diterima pagi itu mengejutkan Azlan. Dia tak sangka kawan baiknya pergi menghadap Ilahi seawal usianya 30 tahun. Tiada maklumat terperinci yang diterima. Yang dia tahu, Hisham terjatuh di dalam bilik air ketika mahu mandi pagi tadi. Kepalanya terhentak ke dinding bilik air lalu dia rebah tidak sedarkan diri. Kawan serumahnya, Radzi bergegas membawanya ke hospital.

Innalillahiwainnailaihi rojiuun. Hanya itu yang terucap oleh Radzi apabila doktor yang bertugas di Unit Kecemasan memberitahu, Hisham telah tiada. Azlan bergegas ke hospital. Mahu memastikan apakah berita yang mengejutkan itu benar atau sebaliknya.

Setibanya di situ, keluarga Hisham telah berkumpul. Semuanya kelihatan sugul, hiba, sedih, tak keruan, bersatu dalam emosi yang berkecamuk. Berita kematian Hisham benar-benar mengejutkan banyak pihak.

Terdiam dan kelu lidah tatkala doktor yang bertugas memanggil waris si mati. Apa tidaknya, nama di pengenalan tertera nama Mohd. Hisham bin Kamaruddin. Tapi…kenapa jantinanya tertulis yang sebaliknya?

“Ya Allah, apa yang kau dah buat Hisham," rintihan hiba akhirnya terkeluar daripada mulut si ibu yang sama sekali tidak menyangka, anaknya seberani itu nekad mengubah status diri. Azlan terpaku. Dia tak tahu pula, keputusan nekad yang diambil oleh Hisham dibuat tanpa pengetahuan keluarganya.

Azlan sememangnya tahu, kawannya itu memang berhasrat membuat pembedahan jantina tersebut. Malah pernah mengajaknya melakukan perkara yang sama. Namun Azlan menolak kerana belum bersedia. Tetapi untuk tidak mengecewakan hasrat kawannya itu, dia bersetuju untuk menemani Hisham.

Nun di sebuah negara jiran, pembedahan selamat dijalani. Azlan menemani kawan baiknya sehingga Hisham sedar dan dibenarkan keluar dari hospital.

“Ya Allah, kenapa begitu cepat Hisham pergi? Tak sampai sebulan pun pembedahan tersebut dibuat, Hisham sudah mati. Ya Allah, kenapa aku tidak melarangnya ketika itu? Kenapa dengan aku?," satu demi satu persoalan terus mengasak minda Azlan.

Azlan seakan insaf seketika. Namun dalam masa yang sama bersyukur kerana tidak mengikuti pelawaan Hisham. “Kalau aku pun buat pembedahan itu, apakah aku juga akan ikut jejak langkah Hisham. Menghadap Tuhan dalam keadaan sedemikian? Ya Allah, aku terlalu jauh daripada agama-Mu," sesal Azlan bertalu-talu datang menghimpit perasaan resahnya.

Dari kejauhan Azlan memerhati betapa ibu Hisham tidak dapat menerima kenyataan anaknya berubah jantina. Sekejap pengsan dan kemudian sedar semula. Begitulah keadaan ibu Hisham. Tersentuh hati Azlan melihat situasi tersebut. “Kalau aku melakukan perkara yang sama, apakah ibuku juga akan jadi sedemikian rupa?," tiba-tiba Azlan teringat ibunya di kampung. Betapa dia tidak mahu apa yang berlaku kepada ibu Hisham, juga berlaku kepada ibunya.

Azlan nekad. Dia mahu tinggalkan dunia ‘nyah’ yang selama ini menghanyutkannya. Tetapi bagaimana? Apakah Tuhan boleh memaafkannya? Apatah lagi bersubahat dengan Hisham dengan tidak melarangnya ketika itu. Bahkan menggalakkannya pula.

Satu demi satu segala kegiatannya bersama-sama Hisham terbayang-bayang di mata. Andailah Tuhan mengambilku waktu dan saat ini… Azlan terpempan. Tidak tahu bagaimana mahu dia berjumpa Tuhan dalam keadaan sedemikian. Fikirannya celaru. Bagaimana harus dia mulakan. Kematian Hisham membuatkan Azlan diselubungi rasa takut. Selama ini dia lupa tentang kematian!

Sumber

Di Maria bawa Argentina ke suku akhir Piala Dunia


SAO PAULO: “Saya bukan wira pasukan,” kata penyerang Argentina, Angel Di Maria. “Wira adalah 23 pemain dan pegawai pasukan. Kami semua bermain mati-matian untuk layak ke suku akhir.”

Bintang Real Madrid itu meledakkan gol kemenangan pasukan ketika permainan masa tambahan berbaki dua minit untuk ditamatkan sebelum menewaskan Switzerland 1-0 dalam perlawanan pusingan kedua Piala Dunia di Arena Corinthians, di sini, awal pagi tadi.
Di Maria yang mendapat umpanan tepat daripada kapten pasukan, Lionel Messi sebelum menyempurnakan jaringan penting itu turut menghadiahkan kemenangan Argentina itu kepada isteri dan anak perempuannya.

“Kami berhak ke atas kemenangan ini. Kami harus menyambung lagi rentak kemenangan ini,” tambahnya.

Argentina boleh anggap kejayaan mereka turut dibantu elemen tuah kerana satu ketika Switzerland turut menguasai permainan dan nyaris menyamakan kedudukan pada minit-minit terakhir permainan masa tambahan untuk mengheret ke penentuan sepakan penalti.

Pemain Switzerland, Blerim Dzemaili satu ketika tampak seperti akan menyelamatkan pasukan dengan tandukan padu ke bawah tapi bola terkena tiang kanan dengan penjaga gol, Sergio Romero. Tambah perit, bola lantunan itu terkena lututnya dan sedikit tersasar.

Argentina bernasib baik pada detik itu untuk mengesahkan kemenangan penting manakala pemain Switzerland rebah ke lantai tanda kecewa dengan ada yang menangis, begitu juga sebahagian penyokong mereka.
Sementara itu, pengurus pasukan Switzerland, Ottmar Hitzfeld yang berwajah pilu selepas mendengar perkhabaran kematian abangnya, akur Messi boleh menjadi pemusnah dalam sekelip mata dan igauan itu jelas berlaku hari ini.

“Kami tahu Messi boleh menentukan keputusan perlawanan dalam satu saat dan dia memiliki segala kualiti untuk mencipta sesuatu,” katanya.

“Tapi umpanan kepadanya Di Maria dan tindakan penyudah baik oleh Di Maria cukup menakjubkan.”

Sumber

Misteri Nameless Thing of Berkeley Square


 Beratus tahun yang lalu, sesuatu yang mengerikan terjadi di Berkeley Square.

Nameless Thing of Berkeley Square adalah sebuah gelaran yang diberikan kepada entiti misteri yang kelihatan pada abad ke 18 dan 19 di sebuah bangunan era Victorian bernama 50 Berkeley Square di England.

Walaupun kebanyakan penyelidik lebih condong memasukkan peristiwa ini ke dalam kategori supernatural, sebahagian lainnya beranggapan entiti ini boleh dimasukkan ke dalam kategori cryptid atau Predator.

Bangunan yang angker

Kisah misteri ini berpusat pada sebuah kompleks perumahan yang disebut Berkeley Square.


Kompleks Berkeley Square dibina pada tahun 1740 oleh seorang arkitek bernama William Kent. Kompleks ini pernah menjadi tempat kediaman tokoh-tokoh penting, diantaranya adalah Winston Churchill yang tinggal di bangunan no.48. Lalu, George Canning, Perdana Menteri Britain tahun 1827. Beliau tinggal di bangunan no.50. Dan di bangunan inilah, misteri ini bermula.

Tidak ada yang tahu pasti bila dan bagaimana bangunan ini mendapatkan reputasi angkernya. Namun, peristiwa aneh yang menyertai bangunan ini sebenarnya sudah bermula sejak akhir tahun 1700an. Konon menurut legenda, seorang anak perempuan yang tinggal di bangunan itu dibunuh dengan sadis oleh penjaga mereka. Sejak saat itu, roh gadis kecil itu sering kelihatan sedang menangis di tingkat atas.

Namun pada tahun 1840, bangunan ini berjaya membina reputasinya menjadi salah satu bangunan yang paling ditakuti di United Kingdom.

Seram di tingkat dua

Pada tahun itu, Sir Robert Warboys yang baru berusia 20 tahun mendengar khabar angin mengenai bangunan berhantu itu. Dibesarkan sebagai seorang terpelajar, Warboys menganggap khabar angin itu hanya sebagai sebuah urban legend. Rakan Warboys yang tidak bersetuju dengan pandangan itu akan mencabar beliau untuk bermalam di tingkat dua bangunan itu.

Dengan angkuh, dia menerima cabaran itu.

Setelah berjaya meyakinkan penjaga bangunan, Warboys diberikan sebuah bilik di tingkat dua, persis di atas bilik si penjaga.

Lalu Warboys naik ke bilik tidur itu berbekal sebuah pistol dan sebatang lilin.

Empat puluh lima minit kemudian, si penjaga terbangun dari tidurnya. Dia mendengar bunyi kecoh di bilik atas, bilik yang didiami Warboys. Beberapa saat kemudian, bunyi tembakan terdengar. Dengan tergesa-gesa, dia segera beranjak dan berlari menuju ke atas. Sesampai di pintu bilik, dia menolaknya dengan paksa.

Apa yang dilihatnya tidak akan pernah dilupakannya seumur hidup.

Keadaan di dalam bilik itu hampir tidak berubah. Namun, di sudut bilik yang agak gelap, Sir Robert Warboys terbujur kaku sambil memegang erat senapang yang masih mengeluarkan asap. Dia sudah tidak bernyawa lagi!

Apa yang lebih mengerikan adalah ekspresi wajah Warboys.

Giginya terkatup dengan rapat, dan kedua matanya seakan-akan hendak tercabut keluar dari tengkorak. Seperti dia telah melihat sesuatu yang mengerikan yang telah membunuhnya seketika.

Tidak ada petunjuk mengenai apa yang telah menyebabkan Warboys mati dengan tragis. Sang penjaga hanya menemui sebuah lubang di dinding akibat peluru yang ditembakkan dari senapang beliau.

Apa yang telah ditembaknya?

Yang pasti "sesuatu" yang mengerikan.

Beberapa puluh tahun kemudian, "sesuatu" itu muncul kembali. Kali ini, ia kelihatan oleh saksi yang hidup!


Pengalaman dua pelaut

Pada tahun 1887, dua pelaut dari kapal HMS Penelope di Portsmouth bernama Robert Martin dan Edward Blunden yang baru saja menghabiskan wang untuk mabuk-mabukan masuk ke kompleks Berkeley Square dan memutuskan untuk masuk ke salah satu bangunan yang ada disitu untuk mencari tempat berehat. Kebetulan mereka memilih bangunan no.50.


Saat itu, 50 Berkeley Street sudah tidak berpenghuni dan dalam keadaan kosong.

Kemudian mereka berjaya mencari jalan masuk ke bawah tanah dan memecah masuk ke dalamnya. Kerana keadaan lantai yang lembab, keduanya naik ke atas, lalu tidur di bilik yang sama dengan bilik yang diduduki Warboys.

Ketika memasuki bilik itu, Blunden yang kurang mabuk dibanding Martin segera menyedari suasana di bilik itu membuatnya gelisah. Dia berasa kehadiran "sesuatu". Namun Martin segera menenangkannya dengan membuka tingkap bilik untuk membiarkan angin malam bertiup masuk.

Sekitar satu jam kemudian, kira-kira tengah malam, Blunden terbangun kerana mendengar bunyi pintu bilik berderik. Sambil menggosokkan matanya, dia melihat pintu bilik telah terbuka.

Blunden yang hairan kemudian memeriksa sekelilingnya.

Tiba-tiba dia melihat sesuatu!

Dalam keadaan yang samar-samar, Blunden melihat sesosok aneh berwarna kelabu merayap dengan perlahan di lantai kayu. Seiring dengan pergerakan makhluk itu, Blunden boleh mendengar bunyi gesekan dengan lantai bilik.

Dengan dicengkam oleh ketakutan yang amat sangat, Blunden membangunkan Martin.

Martin yang terbangun segera sedar apa yang sedang berlaku di bilik itu. Keduanya lalu melompat dari tempat tidur.

Makhluk itu kelihatan berdiri dengan aneh di hadapan mereka. Di belakangnya terdapat pintu bilik yang menjadi satu-satunya harapan mereka untuk melarikan diri.

Blunden yang gementar melirik ke arah senapangnya yang terletak berhampiran tingkap. Ketika dia cuba meraihnya, tiba-tiba makhluk itu melompat dan mendarat di leher Blunden. Blunden panik, dia mula berteriak dan bergomol dengan makhluk itu.

Melihat kesempatan itu, Martin dengan cepat berlari keluar bilik, menuruni tangga, keluar dari bangunan dan segera berteriak mencari pertolongan. Tidak berapa lama kemudian, dia berjumpa dengan seorang polis yang sedang membuat rondaan.

Ketika mereka kembali ke bangunan itu, mereka mendapati bilik dalam keadaan kosong. Blunden tidak ada disitu!

Lalu, mereka mula mencari ke seluruh bangunan. Ketika sampai di bawah tanah, mereka menemui Blunden. Namun, dia sudah tidak bernyawa dengan keadaan tubuh terpotong-potong!

Sama seperti ekspresi kematian Sir Robert Warboys, wajah Blunden menunjukkan ekspresi ketakutan yang amat sangat.

Dalam versi lain, diceritakan Blunden tidak mati di bawah tanah, melainkan mati kerana jatuh dari tingkap akibat ketakutan. Walaupun ada versi-versi yang berbeza, yang pasti semua sepakat ada sesuatu yang mengerikan mendiami bangunan 50 Berkeley Square.

Pengalaman Thomas Lyttelton 
Kisah yang dialami oleh Martin mungkin akan dianggap sebagai cerita bohong pelaut yang sedang mabuk. Namun penampakan makhluk ini ternyata juga dialami oleh tokoh masyarakat yang sepertinya tidak punya alasan untuk berbohong. Salah satunya adalah ahli parlimen bernama Thomas Lyttelton yang pernah tinggal di bangunan yang sama untuk beberapa waktu.

Pada suatu malam, ketika hendak tidur, Lyttelton melihat sesuatu seperti makhluk hidup di kamarnya. Dia mengambil senapangnya dan menembak. Dia yakin makhluk itu tertembak kerana dia melihatnya jatuh. Namun dia tidak menemui jejak atau bangkainya.

Makhluk apakah itu?

Menurut para saksi yang mengaku pernah melihatnya, makhluk itu hampir tidak berbentuk dan kelihatan seperti cecair melekat. Ketika ia bergerak, ia akan menghasilkan buni-bunyi yang aneh. Keterangan yang diberikan cukup berbeza-beza, salah satu saksi mengaku menyaksikan makhluk itu mempunyai tentakel seperti sotong.

Kerana adanya keterangan inilah, beberapa penyelidik menyimpulkan makhluk itu kemungkinan adalah jenis sotong atau makhluk air lain yang telah bermutasi dan berjaya berhijrah dari sungai Thames ke saluran bawah tanah bandar London yang akhirnya membuat ia sampai ke bangunan Berkeley Square melalui paip paip.

Makhluk ini mungkin sedang mengintai kumpulan tikus yang tinggal di bangunan itu ketika tanpa sengaja menemui para pelaut-pelaut mabuk itu.

Namun, tidak ada penjelasan yang memuaskan mengenai rentang waktu pemerhatian yang cukup panjang. Jika makhluk itu memang seekor makhluk air yang bermutasi, sepertinya cukup mustahil kerana penampakannya mencapai hingga dua ratus tahun.

Kerana itu, ramai yang percaya makhluk itu adalah makhluk ghaib, bukan cryptid atau pemangsa.


Harry Price, salah seorang yang meneliti misteri ini secara intensif pada tahun 1920an mendapati beberapa fakta menarik. Misalnya, sebelum tahun 1790, 50 Berkeley Square ternyata pernah dijadikan markas para pemalsu dokumen. Price membuat spekulasi kisah angker bangunan itu mungkin telah direka oleh para pemalsu tersebut untuk menutup aktiviti haram mereka. Namun, setelah Price meneliti lebih dalam, dia menemui banyak kesaksian dan dokumentasi yang menceritakan kisah perjumpaan dengan Nameless Thing.

Misalnya, dia menemui sebuah artikel di majalah "Notes and Queries" yang ditulis oleh WE Howlett yang terbit tahun 1870. Disitu tertulis:

     "Peristiwa Berkeley Square masih misteri. Kisah bangunan berhantu di Mayfair itu boleh disimpulkan dengan beberapa kata: Bangunan itu mempunyai paling tidak satu bilik dengan atmosfera ghaib yang memilik kesan buruk terhadap tubuh dan fikiran. Seorang gadis pernah melihat dan mendengar seram itu dan menjadi gila kerananya. Dia tidak pernah sembuh untuk boleh menceritakan apa yang telah dilihatnya. "

Melihat dokumentasi yang cukup banyak, Price hanya boleh mengambil kesimpulan memang aktiviti Poltergeist yang jahat aktif di bangunan no.50 pada tahun 1800an. Namun dia percaya aktiviti itu telah lenyap sekarang.


Berkeley Square - Sekarang

Sejak tahun 1938 hingga kini, lantai dasar bangunan Berkeley Square telah digunakan sebagai kedai buku yang bernama Maggs Brothers.

Ed Maggs - pemilik kedai buku Maggs Brothers
Walaupun makhluk tersebut tidak lagi kelihatan dalam beberapa puluh tahun kebelakangan ini, perlu diingat para pekerja kedai buku itu tidak dibenarkan untuk naik ke tingkat atas. Menurut mereka, sejak tahun 1950an, polis telah meletakkan sebuah tanda peringatan pada dinding di dalam bangunan.

Peringatan itu menyebut tingkat atas bangunan itu tidak boleh digunakan, bahkan untuk gudang sekalipun.

Tidak ada satu orang pun yang mengetahui sebab pastinya ... tetapi, paling tidak mereka boleh menduga.


Sumber

Seorang lelaki tak sedar ada wanita aneh menumpang di rumahnya


Apa yang anda fikirkan ketika mendapati makanan di rumah cepat habis dibanding biasanya? Beberapa makanan ringan hilang dan terasa seperti ada yang mengawasi di dalam rumah. Hal mengerikan ini terjadi pada seorang lelaki bernama Joe Cummings. Kisah ini ditulis dalam channel Youtube milik Joe, jstn827 's channel.

Joe tinggal di sebuah pangsapuri bandar New York. Dia sering merasa bahawa makanan di rumahnya habis lebih cepat dan merasa ada yang aneh. Ingin tahu apa yang terjadi, Joe meletakkan sebuah kamera tersembunyi di sekitar dapurnya.

Saat video itu dimainkan, Joe sangat terkejut bila mendapati seorang wanita aneh turun dari lubang pengudaraan bahagian atas apartment. Seolah sudah terbiasa, wanita itu turun perlahan-lahan, mengambil kerusi dan turun ke lantai.


Wanita aneh itu tampak mengambil beberapa makanan, bahkan buang air kecil di sinki dapur. Dia kelihatan mundar-mandir. Ketika Joe masuk ke dapur, wanita itu panik dan bersembunyi. Namun setelah Joe keluar dari dapur dia kembali mencari makanan. Seolah sudah biasa, wanita aneh itu naik kembali ke pengudaraan.

Keesokan harinya, Joe memainkan semula video rakaman. Dia sangat terkejut dan langsung meninggalkan apartment untuk melapor pada polis. Apabila polis menangkap wanita aneh tersebut, Joe tidak tahu dia siapa. Polis mengatakan mungkin wanita itu telah diam-diam tinggal di pangsapuri Joe selama beberapa minggu, mungkin lebih.

Joe sendiri tidak tahu bagaimana wanita itu boleh ada di ventilasinya, kerana pengudaraan itu tidak disambung ke bahagian lain apartmen. Kemungkinan besar, wanita itu naik dari tingkap melalui tangga kecemasan dan ikut tinggal dengannya tanpa diketahui Joe.

Seram juga kan kalau ada orang asing yang diam-diam tinggal bersama anda di satu bumbung. Maka perhatikan benar keadaan rumah anda.




Sumber: vemale.com

Lelaki tua guna tiket final Piala Dunia 1950 untuk tonton Piala Dunia 2014


 Joedir Belmont, lelaki asal Brazil, menukarkan tiket final Piala Dunia 1950 untuk menonton Piala Dunia 2014 kepada penganjur. "Beberapa bulan yang lalu, kami menerima surat daripada seorang lelaki di Brazil yang mengatakan mungkin dia satu-satunya orang yang masih menyimpan tiket dari tahun 1950," terang Setiausaha Agung FIFA, Jerome Valcke.


Belmont sebenarnya mahu menonton final Piala Dunia 1950 yang kala itu mempertemukan Uruguay dan Brazil. Sayangnya, kerana harus menjenguk ibunya yang sakit, dia gagal pergi ke Stadium Maracana, tempat final diadakan.

64 tahun kemudian, Belmont berkesempatan lagi menyokong Brazil kerana acara kali ini dianjurkan oleh negaranya. Namun, kali ini dia juga harus gigit jari kerana tiket perlawanan untuk Brazil sudah habis dijual.

Lelaki 85 tahun itu tak kekurangan akal. Tiket final Piala Dunia 1950 yang disimpannya kemudian dihantar ke FIFA untuk disumbangkan ke muzium FIFA, asalkan dia boleh mendapat tiket menonton final Piala Dunia kali ini.

"Dia tahu bahawa kami akan membuka sebuah muzium bola sepak dan kami mengatakan bahawa kami akan gembira untuk memilikinya," sambung Valcke. "Sebagai balasan, kami telah memberinya tiket untuk final Piala Dunia kali ini."

Ular gergasi dibunuh penduduk kampung

Penduduk kampung mempertahankan tindakan mereka membunuh seekor ular sepanjang 7.62 meter di Kampung Benito, Juarez, negeri Tabasco, Mexico, baru-baru ini. - AGENSI

MEXICO CITY  - Penduduk sebuah kampung di Mexico membunuh seekor ular gergasi berukuran 7.62 meter yang dikhuatiri mampu menelan seorang budak walaupun tindakan tersebut dikritik oleh kumpulan pencinta alam sekitar.

Mail Online dalam laporannya menyebut, kejadian itu berlaku di Kampung Benito Juarez dekat negeri Tabasco, tenggara Mexico apabila ular tersebut dikesan menyusur di laluan kereta api.

Penumpang sebuah kereta api yang kebetulan lalu di kawasan tersebut memberi amaran kepada penduduk kampung yang kemudiannya bertindak memukul ular besar itu menggunakan kayu sehingga mati.

Malah, mereka turut memotong kepala ular berkenaan yang tidak sempat melarikan diri ke kawasan semak.

Kumpulan pencinta alam sekitar yang mengutuk tindakan penduduk kampung itu berkata, mereka yang terlibat dalam pembunuhan haiwan itu mungkin berdepan dakwaan.

Bagaimanapun penduduk tempatan, Nicandro Aguilar berkata, mereka mempunyai hak untuk melindungi haiwan ternakan dan nyawa mereka daripada ancaman ular gergasi berkenaan.

"Saya tidak pernah melihat ular sebesar itu yang jelas mengundang bahaya kepada banyak pihak terutamanya golongan kanak-kanak.

"Ular itu dipercayai tinggal di sebuah gua berhampiran dan menjadi punca kehilangan banyak haiwan ternakan di kampung ini," katanya.

Sumber: Utusan

Van polis tergantung celah bangunan

KEADAAN van polis selepas kejadian di bandar Weihai.

Weihai (China): Seorang pegawai polis terselamat daripada dikenakan tindakan disiplin selepas gagal mengawal van yang dipandunya, mengakibatkan ia tergantung di sebuah bangunan tiga tingkat.

Park He, 35, dalam perjalanan pulang ke balai polis di bandar Weihai, wilayah Shandong, di timur China selepas menyertai operasi ketika kemalangan berlaku.
Penyelia Park berkata, dia membelok ke kiri selepas melihat sebuah kenderaan lain berada di laluannya.


“Dia mempunyai pilihan untuk membelok ke kiri atau kanan. Dia mengambil keputusan yang salah apabila bertindak membelok ke kiri kerana ia bumbung sebuah bangunan kediaman tiga tingkat yang berada di atas jalan raya.


”Jika dia membelok ke kanan, sudah tentu cerita ini tidak berakhir sebegini hebat. Bagaimanapun, dia tidak akan dikenakan tindakan disiplin kerana dia bertindak demikian untuk menyelamatkan nyawa orang lain dengan meletakkan dirinya sendiri dalam bahaya,” kata jurucakap polis.

Semua orang melakukan kesilapan. Namun, dia pelu menjalani kursus memandu selanjutnya sebelum kami membenarkan dia memandu van lain.

Van itu terpaksa diangkat dengan mengguna kren bagi mengelak ia terhempas ke bawah. - Agensi

Sumber: myMetro