Pelajar nakal sumbat kucing dalam balang


Gara-gara tindakannya menyumbat kucing di dalam sebuah balang sebagai hukuman kerana nakal, seorang pelajar di Taiwan bakal berdepan hukuman penjara setahun dan denda jika didapati bersalah melanggar undang-undang perlindungan haiwan.

Kiki Lin pelajar Universiti Providence Taichung didakwa melakukan penganiayaan ke atas haiwan selepas dia memuat naik gambar tersebut di Facebook.

Tindakan kejamnya itu mengundang kemarahan pencinta haiwan dalam kalangan pengguna laman sosial itu dan mereka turut menggelarnya sebagai pendera haiwan, dipetik dari laporan DailyMail.

Sumber: Sinar Harian

Janda jual tubuh langsai hutang along

EMPAT wanita ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Taman Pelangi, semalam.

Johor Bahru: Sekumpulan janda dari Indonesia memberi alasan terpaksa menjual ‘tubuh’ kerana mahu mendapatkan wang bagi melangsaikan hutang ‘along’ ketika ditahan pegawai dan anggota Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen Johor dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Maju, Taman Pelangi di sini, semalam.

Serbuan pada jam 11 malam itu dilakukan hasil risikan seminggu oleh pegawai imigresen selepas mendapati premis berkenaan beroperasi sebagai pusat persundalan dan berjaya menahan enam wanita Indonesia berusia antara 34 hingga 50 tahun.

Turut ditahan dalam serbuan sama seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun disyaki bapa ayam dan mengatur perjalanan wanita terbabit.

Ketua Penyelaras Operasi bersepadu 6P Jabatan Imigresen Johor Masri Adul berkata, ada wanita terbabit mendakwa kematian suami dan berpisah dengan pasangan masing-masing menyebabkan mereka terpaksa bekerja sendiri untuk menyara keluarga.

“Ada yang mengaku berhutang dengan peminjam wang haram sehingga mencecah RM10,000 dan disebabkan tidak mampu membayar hutang, wanita berkenaan mendakwa datang ke negara ini dan sanggup melakukan apa saja untuk melunaskan hutang.

“Tidak kurang juga ada yang memberi alasan terpaksa mencari wang untuk menyara anak di kampung.

“Apa jua alasan diberikan, kami terpaksa bertindak dan menahan mereka kerana melanggar peraturan negara ini,” katanya.

Masri berkata, kebiasaannya wanita berkenaan akan berkeliaran di kaki lima deretan rumah kedai di kawasan sekitar termasuk duduk di restoran berhampiran untuk menggoda pelanggan yang lalu.

Menurutnya, mereka bukan saja memakai pakaian menghairahkan, malah ada antara wanita berkenaan menggoda pelanggan dengan ‘mengenyit’ mata untuk menarik perhatian lelaki hidung belang yang mudah cair dengan pujukan sedemikian.

Katanya, sekiranya mahu mendapatkan perkhidmatan seks wanita terbabit, bapa ayam akan menghantar pelanggan ke bilik khas lengkap dengan katil dan bilik air bagi memudahkan mereka melakukan hubungan seks selama 45 minit.

“Kadar bayaran yang dikenakan sekitar RM70 dan RM100 bergantung kepada umur, susuk tubuh dan kejelitaan wanita berkenaan.

“Dalam serbuan ini, beberapa pegawai dan anggota kami turut menyamar sebagai pelanggan dan hasilnya, kami berjaya menahan semua pelacur terbabit termasuk bapa ayam yang menguruskan mereka,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Curi data, pengguna mesin ATM diingat lebih waspada

 
Kuala Lumpur: Pengguna mesin pengeluaran wang automatik (ATM) perlu berhati-hati kerana polis khuatir lebih banyak kemudahan itu dijadikan sasaran mencuri data selain daripada dua yang dikesan di Berjaya Times Square dan KLCC.

Ia kerana pemasangan peranti asing untuk mencuri data kad ATM di premis terbabit disedari pengadu yang mempunyai kemahiran dalam teknologi maklumat (IT) sedangkan tidak semua pengguna ada kebolehan itu.
Teliti mesin ATM


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abd Ghani, berkata pengguna perlu meneliti setiap mesin ATM yang mahu digunakan dan segera melaporkan kepada pihak berkenaan jika melihat peranti tertentu dipasang.

“Kegiatan itu berjaya dibongkar selepas pengadu yang mempunyai latar belakang IT menyedari kewujudan alatan yang pelik pada mesin ATM terbabit sebelum melaporkannya kepada polis.

“Namun bagi orang biasa yang tiada kepakaran dalam bidang IT atau tahu kewujudan kes penipuan dengan cara canggih itu, mereka adalah mangsa mudah,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Akhbar semalam melaporkan mengenai penahanan seorang warga Poland pada 18 Disember lalu ketika dia mengeluarkan peranti yang dipasang di slot kad ATM di ibu negara bagi mencuri data dan nombor pengenalan peribadi (PIN) pengguna untuk menghasilkan kad ATM klon.
Izany berkata, polis sedang mendapatkan kerjasama dari bank bagi membolehkan siasatan dilakukan dengan lebih mendalam seterusnya membanteras kegiatan itu dari terus berleluasa.

Bank jarang laporkan

“Apa yang menjadi masalah ialah untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai kes-kes yang pernah berlaku kerana pihak bank jarang melaporkan kejadian seumpama itu kepada polis atas sebab-sebab tertentu.

“Ini kerana kebiasaannya, pelanggan yang menjadi mangsa penipuan akan merujuk perkara berkenaan kepada pihak bank dan tidak melaporkannya pada polis,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Gesa mangsa lapor polis

Justeru itu, katanya polis meminta orang ramai yang pernah menjadi mangsa agar tampil membuat laporan polis agar siasatan dapat dijalankan.

“Buat masa ini kita belum menerima sebarang laporan polis mengenai kehilangan wang dari akaun menggunakan modus operandi ini,” katanya.

Siasatan mendapati suspek yang kini direman hingga 6 Januari depan pernah masuk ke negara ini beberapa kali dengan kali terakhir pada 9 Disember lalu dan rekod perjalanan sebelum itu menunjukkan suspek berada di Indonesia.

Sumber; BH

‘Punggung saya pun jadi isu’- Feeya Iskandar

 
Kuala Lumpur: “Saya tak faham kenapa orang perlu pertikai sampai macam itu sekali. Saya tak rasa diri saya seksi,” kata penyampai radio Sinar FM, Feeya Iskandar menjawab cemuhan mengenai penampilan dirinya yang seksi.

Feeya atau nama sebenar Nor Shafiza Iskandar Azizan, 24, dikecam teruk peminat di laman forum sosial, baru-baru ini kerana penampilannya yang dianggap seksi dan keterlaluan ketika mengacarakan program mingguan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2013.

Feeya yang dihubungi berkata, cemuhan itu sesuatu yang menyedihkan berikutan sikap segelintir peminat yang mudah menjatuhkan hukum terhadap apa yang mereka lihat.

“Saya akui cemuhan itu satu tamparan dan cabaran untuk saya secara peribadi.

Tapi, saya terima kritikan orang dengan hati terbuka.

“Pada awalnya, saya ingatkan benda itu tak ada apa-apa.

Kesilapan itu menjadi satu pengajaran buat saya agar lebih berhati-hati dan sensitif pada masa akan datang,” katanya.

Feeya berkata, dia berasa terkilan apabila soal imej dan penampilan itu menarik perhatian umum walaupun ia tidak keterlaluan seperti dicanangkan.

“Saya akui memakai seluar agak ketat selalunya ketika mengacarakan MLM ataupun di luar waktu kerja sebab saya selesa begitu dan itu adalah diri saya.

“Saya pun pelik, banyak lagi benda lain, bahagian seluar dan punggung saya menjadi isu.

“Saya hanya menjadi diri sendiri dan tidak menyangka pakaian dan penampilan saya menimbulkan perasaan kurang senang kepada segelintir pihak,” katanya.

Menurut Feeya, tuduhan dirinya bersikap gatal dan gedik keterlaluan kerana dia berbuat demikian sebagai memenuhi konsep MLM yang ceria dan bertenaga.

“Takkanlah saya nak mengendalikan program itu secara sopan santun dan tertib sedangkan MLM perlu tenaga dan gila-gila.

“Saya seronok mengendalikan program itu dengan cara saya yang ceria.



Tak tahu pula benda itu menjadi satu masalah.


Jujurnya, saya malas nak ambil pusing,” katanya.

Sumber: Harian Metro

5 bangunan tinggi paling nipis di dunia

Berikut 5 bangunan tinggi yang nipis di dunia :  

 1 . Flatiron Building , USA

Fuller Building atau ketika ini lebih dikenali dengan Flatiron Building , merupakan bangunan nipis di Amerika Syarikat terletak di kawasan 175 fifth Avenue , Manhattan .

Bangunan yang selesai dibina pada 1902 , merupakan bangunan tertinggi di kawasan Manhattan . Keunikan bangunan  Flatiron adalah hampir yang tepat berada dipertigaan antara East 22nd Street , 23rd Street dan Broadway.

 2 . Icon Building , USA

Bukan hanya Flatiron saja yang menjadi bangunan nipis di Manhattan , New York , kerana terdapat bangunan sama iaitu Icon Building . Bangunan yang mempunyai 43 tingkat , mempunyai keunikan di setiap tingkatnya .

Setiap bilik berada di sudut bangunan , sehingga mempunyai pandangan penuh . Bangunan pangsapuri ini hanya mampu diduduki oleh tiga penghuni di setiap tingkat.

 3 . The Gateway , Singapura

Bangunan yang dikenali dengan the Gateway ini mempunyai 37 tingkat dengan tinggi bangunan 150 meter . Dua bangunan pencakar langit yang terletak di Beach Road , pusat bandar , Singapura , selesai dibina pada 1990 .

Bangunan di sebelah barat dikenali dengan The Gateway West , sementara sebelah timur The Gateway East . Bangunan tinggi dan nipis ini direka oleh IM Pei , dibantu oleh syarikat Ka Seng and Partners Chartered Architech ( CKSP ) .

 4 . Skinny Haussmann Building , Perancis

Bandar Paris merupakan salah satu bandar di Eropah yang popular dengan seni bina bangunan yang indah . Meski demikian setiap seni bina bangunan tentunya mempunyai perbezaan satu sama lain , seperti bangunan " Skinny Haussman Building " .

Sesuai namanya , Haussman building merupakan bangunan paling nipis di antara bangunan lain di Paris.

5 . John Hancock Tower , USA

Bangunan tinggi nipis lain adalah John Hancock Tower yang mempunyai 60 tingkat dengan tinggi 790 meter . Bangunan pencakar langit ini terletak di kawasan Boston , direka oleh Henry N. Cobb .

Pembangunan John Hancock Tower selesai pada tahun 1976 , kemudian pada 1977 memperoleh penghargaan dari American Institute of Architect sebagai Bangunan Terbaik di Amerika Syarikat . John Hancocl Tower mempunyai kemudahan dek pemerhatian yang berada di puncak bangunan , dari sini para pengunjung boleh menikmati keindahan Landskap Bandar Boston .

Pantai Kaupoa di Hawaii tidak dikunjungi kerana berhantu?

 pantai Kaupoa. Foto: Huffington Post

Kaupoa - Hawaii biasanya terkenal dengan pantainya yang selalu mempesona mata . Tapi siapa sangka , kepulauan di AS juga punya pantai sepi , tak berpenghuni , dan ... berhantu .

Adalah Kaupoa di Pulau Molokai , nama pantai cantik namun berhantu di Hawaii . Tidak seperti pantai lain di Hawaii , pantai ini sepi pengunjung . Hanya ombak , pasir dan semilir angin yang mengisi Kaupoa .


 Dari Huffington Post , Jumaat ( 27/12/2013 ) bukan tanpa alasan tempat ini begitu sepi pengunjung . Cerita mistik berada di balik itu semua .

Pada awalnya , Pantai Kaupoa sangat ramai pengunjung, ramai pelancong yang menghabiskan masa bercuti dengan berjemur di bawah sinar matahari .


Namun keceriaan di pantai ini berakhir apabila seorang pengunjung berteriak . Sebuah ayunan yang tak dinaiki bergoyang sendiri . Tak sekali , buaian tua ini bergoyang berkali - kali dan kencang seperti buaian yang diduduki orang .

Ternyata penduduk tempatan percaya ayunan tersebut digerakkan oleh hantu orang yang terdahulu menduduki pantai .


Mereka adalah sekumpulan orang yang disebut pemberontak yang dianggap melawan hukum adat di Hawaii . Dulunya , antara tahun 1300 dan 1500 ada 100 orang menduduki pantai ini .

Mereka mencari hidup di kampung ini melalui memancing ikan . Terdapat kuil dan bekas ladang di sana . Hingga pada akhirnya , kumpulan ini meninggal dan dikebumikan di situ.


Pada tahun 1800 , Pantai Kaupoa pun kosong sehinggalah pada tahun 1990an rumah penginapan dibina di sini untuk menarik pengunjung . Namun , dengan alasan yang sama , yakni berhantu , tak ada pengunjung yang betah berlama - lama di sana .

Suasana pantai juga cukup mencengkam . Banyak bangunan lama mengisi pantai . Deretan batang pokok kelapa tanpa daun di bahagian atas menambah kesan seram pantai .


Sumber: travel.detik.com

Air mata Mike Tyson di Taman Raudhah

Tyson ketika mengerjakan umrah di Makkah.

"ANGKAT kotak tu!" jerkah sekumpulan remaja lelaki.

Kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun akur mengikut arahan. Setiap anak tangga dipijak dengan berat hati. Tiba di atas bumbung bangunan kosong itu, baru dia sedar terdapat burung merpati di dalam kotak itu. Timbul rasa kagum terhadap haiwan berbulu putih dan terus menyukainya.

Tapi seorang daripada mereka mengambil merpati itu dan mematahkan lehernya sehingga ia terkulai mati. Bukan itu sahaja, dia juga menerima tumbukan bersama merpati itu pada mukanya.

Bagaikan harimau yang sedang tidur dikejutkan, kanak-kanak itu Mike Tyson atau nama sebenarnya Michael Gerard sudah tidak tahan dibuli anak jiran yang nakal itu, lalu memukul pembulinya berkali-kali. Sejak itu, sikap Tyson yang pendiam dan pemalu, berubah menjadi berani dan liar untuk sesuaikan diri kehidupan sosial di Brooklyn, kawasan yang baru dia sekeluarga berpindah.

Kenakalan Mike Tyson ketika zaman kanak-kanaknya yang juga dipengaruhi faktor keluarga kurang stabil menyebabkan dia keluar masuk penjara juvana. Pelatih tinju terkenal, Cus D'Amato tertarik dengan bakat Mike Tyson untuk dilatih menjadi peninju profesional. Pada 6 Mac 1985, beliau bertanding secara profesional di Albany, New York dan menang pada setiap pusingan pertama bagi 16 perlawanan.

Tanggal 22 November 1986, Tyson berusia 20 tahun meraih gelaran juara kelas berat apabila dapat menjatuhkan pihak lawannya, Trevor Berbick. Ini menjadikan beliau sebagai juara dunia berat termuda di dunia.

Kerjaya Tyson terjejas apabila dibabitkan dengan kes jenayah seksual terhadap peserta Miss Black America 1991, Desiree Washington pada 10 Februari. Beliau dijatuhkan hukuman dipenjarakan selama tiga tahun.

Belajar Islam di penjara

Berita Tyson dimasukkan penjara di Indiana menjadi tumpuan umum. Tatkala itu terdetik di hati sukarelawan, Muhammed Sadiq berkata, 'mungkin ALLAH dah rancang untuk Tyson belajar dengannya tentang Islam'.

Muhammed pernah memberi nasihat yang berbekas di hati Tyson: "Walaupun anda di dalam penjara, tetapi dunia di luar sana adalah penjara yang sebenar. Ia adalah mudah mengamalkan Islam di dalam penjara berbanding di dunia yang penuh dugaan dan godaan, mampu membelenggu kita yakni perlu mencari perlindungan melalui Islam."

Bagi Tyson, masuk penjara tidaklah seburuk disangka. Malah beliau dapat mengenali Islam, belajar al-Quran. berpuasa ketika Ramadan, mempelajari agama itu lebih mendalam serta mengamalkannya di sana.

Selepas keluar penjara pada 1995, Tyson mengumumkan keislamannya yang dipelajari selama di penjara dan nama barunya, Malik Abdul Aziz. Selepas menjadi Muslim, Tayson dilihat lebih lebih tenang, bersederhana dan menghormati.

Pada November 1996, beliau kembali beraksi di gelanggang tetapi dikalahkan Evander Holyfield. Insiden Tyson menggigit telinga Holyfield pada pertarungan Jun 1997 menyebabkan beliau didenda sebanyak RM9.9 juta. Kehidupan Tyson diuji lagi apabila mengalami bankrap dan kariernya semakin malap sehingga memaksanya untuk bersara pada 2005.

Pada 2 Julai 2010, menjadi detik bersejarah buat Tyson apabila pertama kali menjejakkan kaki ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah yang diatur CDA, dengan ditemani presidennya, Shazad Mohammad. Pada masa sama kehadiran beliau turut menjadi tarikan pengunjung di sana. Beliau berharap peminat membiarkannya bersendirian untuk menjalani ibadah dengan penuh penghayatan.

Doa setiap hari

Bertubuh gagah, berwajah serius dan tangkas di gelanggang, tetapi bila Tyson dengan hanya berpakaian ihram di berada di Taman Raudah, Masjid Nabawi Madinah, hatinya mula meruntun. Selepas 10 tahun memeluk Islam, barulah beliau menjadi tetamu ALLAH.

"Saya tidak dapat menahan air mata apabila mendapat tahu saya berada di dalam satu daripada taman syurga.

"Insya-ALLAH, ALLAH akan merahmati saya untuk berada di jalan yang benar," katanya yang berada di Taman Raudhah beberapa jam untuk bersolat, mengaji al-Quran dan berzikir.

Beliau akui sangat takutkan ALLAH kerana banyak kesalahan dalam hidup dan mengenangkan neraka kerana dosanya. Oleh itu beliau berdoa memohon ampunan ALLAH setiap hari.

Menurut Shahzad, Tyson menangis lebih setengah jam ketika berdiri di depan makam Rasullah SAW untuk mengucapkan salam sambil mengangkat tangan.

Di Tanah Suci, Tyson turut terpesona dengan kawanan merpati dan sempat memberi makan kepada haiwan kesukaannya itu. Ini mengimbas kenangan ketika usianya 10 tahun, sanggup mencuri wang untuk membeli merpati menjadi peliharaannya.

Tyson mempunyai lapan anak melalui tiga perkahwinan. Anak perempuannya, Exodus, 4, meninggal dunia pada 2009. Kini Tyson menjalani kehidupan berkeluarga bersama isterinya, Lakiha Spicer, dan anak-anaknya di Las Vegas.

"Saya kini gembira bersama keluarga. Tidak perlu keluar ke mana-mana lagi. Setiap hari saya menunggu anak pulang dari sekolah," katanya.

Sumber: Sinar Harian