Wanita Dakwa Berjaya Ambil Gambar Pari-pari


Northampton, United Kingdom: Seorang wanita di sini mendakwa telah berjaya mengambil gambar pari-pari yang selama ini dianggap sebagai cerita dongeng kanak-kanak.

Wanita tersebut, Lisa Wildgoose, 42, yang merupakan seorang jurugambar dan pemilik kedai fotografi memuatnaik gambar tersebut yang didakwa merupakan pari-pari yang terbang berhampiran dengan pohon bunga.

Di dalam gamabr tersebut menunjukkan sejenis mahkluk sedang terbang dengan mempunyai kaki, tangan dan juga sepasang sayang sedang terbang sama seperti dengan yang digambarkan dalam cerita  dongeng kanak-kanak terkenal, Perterpan.


Beliau menyedari perkara tersebut selepas memuatnaik gamabr tersebut ke dalam komputer peribadinya dan semasa meneliti gamabr tersebut sesuatu kejutan berlaku.

Dia yang menyedari gambar itu terus memanggil kedua anak kembarnya, Mia dan Madison, 5 tahun dan mereka terus menyebut "Itu Tinkerbell!" iaitu watak pari-pari dalam cerita Peterpan. - Siakapkeli.my

No comments:

Post a Comment