Mata pencuri lembu dibutakan dengan suntikan asid

 Gambar hiasan. Image: Google

NEW DELHI - Warga sebuah kampung terpencil di negari bahagian Bihar tak kuasa menahan amarah saat mereka menangkap seorang pencuri lembu .

Penduduk kampung kemudian menghukum pencuri lembu itu dengan menyuntik cecair asid ke mata si pencuri yang mengakibatkan kebutaan .

Suspek pencuri itu kini buta total kerana matanya yang satu lagi buta akibat kemalangan yang menimpanya sekitar lima tahun lalu.

Menurut beberapa laporan , Mohammad Shahid (46 ) penduduk kampung Balchanda - Haripur terlibat memecah kandang lembu milik penduduk kampung lainnyta , Gosai Mandal .

Saat Shahid melepas ikatan lembu itu dan berusaha melarikan diri , pemilik lembu terbangun dan berteriak- teriak meminta bantuan.

Mendengar teriakan Gosai Mandal itu , penduduk kampung terbangun dan mengejar Shahid . Warga desa lalu mencari Shahid bersama lembu milik Gosai Mandal .

Melihat itu , penduduk kampung tanpa banyak bertanya langsung menghakimi Shahid dan kemuncaknya warga menyuntik cecair asid ke bola mata kanan Shahid .

Setelah dihakimi, penduduk menyerahkan Shahid kepada polis yang kemudian membawa lelaki itu ke sebuah hospital untuk mendapatkan rawatan .

Namun , doktor di hospital kerajaan di Bihar itu mengatakan peluang Shahid untuk boleh melihat lagi sangat kecil.

Ktua polis setempat Vivekanand Singh berkata , kini polis sedang menyiasat penduduk kampung yang disyaki melakukan tindakan kejam terhadap suspek pencuri lembu itu .

"Di masa lalu suspek pernah dihukum kerana kejahatan yang sama. Namun , penjara tak membuatnya serik melakukan pencurian ," kata Singh.

Kes ini mengingatkan kejadian sama pada 1980 -an di Bhagalpur . Ketika polis membutakan mata sebanyak 31 tahanan yang sudah menerima vonis atau sedang menjalani sidang dengan cara menitiskan cecair asid ke mata mereka.

Kes itu kemudian menjadi sebahagian daripada sejarah India , sebab untuk pertama kalinya Mahkamah Agung India memerintahkan negara memberi ganti rugi kepada para terpidana yang dibutakan itu .

Sumber: kompas.com

No comments:

Post a Comment