Jangan laju bro, kampung tak lari ke mana


PETALING JAYA - Dalam usaha membantu kerajaan menangani kadar kemalangan jalan raya menjelang Tahun Baharu Cina ini, syarikat-syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) akan mengedar poster dan pelekat kereta dengan tema “Jangan Laju bro. Kampung tak lari ke mana”.

Poster serta pelekat kereta yang mempunyai tema itu akan diedar kepada pengguna di rumah tol semua lebuh raya seluruh negara sepanjang kempen itu yang diadakan dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Yang Dipertua PSKLM, Datuk Noorizah Abdul Hamid berkata, tema yang menggunakan bahasa mudah dan ringkas itu dipilih kerana ia lebih dekat di hati dan senang diingat oleh pemandu di negara ini.

"Ia lebih ‘catchy’ (menarik) tapi dalam masa sama berkemampuan menyampaikan mesej yang besar,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen itu di kawasan Rehat & Rawat (R&R) Awan Besar, di sini hari ini. Turut hadir Ketua Pengarah LLM Datuk Ismail Md. Salleh.

Noorizah berkata, beberapa selebriti seperti Amber Chia, Nash Lefthanded, Usop Wilcha dan pelakon Zul Ariffin akan menyertai kempen itu dengan menyampaikan nasihat dan panduan pemanduan berhemah kepada pengguna jalan raya. - BERNAMA



1 comment:

  1. macam2 kampen telah di buat..harap2 kampen ni dapat terkesan dihati masyarakat malaysia..

    ReplyDelete