2 maut helikopter terhempas atas menara kediaman

LONDON - Sebuah helikopter terbakar dan meragut dua nyawa selepas merempuh kren di atas bumbungan menara kediaman tertinggi Eropah di tengah London, hari ini.

Pegawai polis, Bernard Hogan Howe berkata, pihak masih belum menemukan punca sebenar rempuhan yang turut mencetuskan kebakaran dan asap tebal itu.

Katanya, kira-kira 11 orang cedera dan telah diberi rawatan kecemasan sebelum dihantar ke hospital terdekat.

Menurut Hogan, helikopter berkenaan dipercayai melakukan pertukaran arah ke landasan dalam Battersea yang berdekatan dengan lokasi nahas.

"Semasa kejadian, saya terdengar bunyi dentuman sangat kuat. Kemudian saya ternampak sebuah kren telah jatuh daripada bumbung menara berkenaan dengan kepulan asap tebal," kata petugas pejabat bangunan berdekatan insiden, Julie Marsden dipetik Reuters








dailymail.co.uk


1 comment:

  1. wah redza, blog berwajah baru..heheh..lama x datang sini...tingat kejadian helikopter terhempas kat negara kita juga..dulu tahun 80 ke 90 an ntah, masa nak pasang apa ntah kat bangunan..yg terbunuh tu wanita ngandung dgn anak dia ..dan org yg dalam heli

    ReplyDelete