Loji nuklear Fukushima Daiichi

request dri seseorang utk buat entri pasal nuklear di Jepun nih. so, Tiqah kalau tak membantu pon...baca jela entri nih k....

Jepun berhadapan dengan krisis nuklear terburuk negara itu sejak Perang Dunia Kedua apabila gempa sekuat 9.0 pada skala Richter melanda utara negara itu, 11 Mac lalu mengakibatkan letupan di loji nuklearnya.


Fukushima Daiichi sebelum letupan

Sejak itu, sekurang-kurangnya empat letupan dan dua kebakaran berlaku di loji nuklear Fukushima Daiichi selain lebih 9,000 penduduk dilaporkan terkorban dalam bencana itu

Daripada enam reaktor aktif yang ada, Jepun menaikkan skala lima, lagi dua peringkat untuk menyamai tragedi Chernobyl di Ukraine pada 1986.




Reactor 3 yang musnah

Ia berpunca daripada kebimbangan atas faktor reaktor di bangunan 1, 2 dan 3 Fukushima Daiichi selepas kegagalan menyejukkannya.

Tahap radiasi lebih tinggi daripada normal juga dicatat di beberapa tempat sejauh 30 kilometer dari lokasi loji berkenaan manakala di ibu negara Tokyo keadaan masih normal.

Pihak berkuasa memberi amaran kepada orang ramai yang terdedah kepada radiasi supaya mengambil potasium iodin bagi melindungi diri daripada kanser.

Radiasi nuklear menjadi isu sensitif bagi Jepun selepas kejadian paling teruk pernah melanda negara itu ketika pengeboman bom atom di Nagasaki dan Hiroshima pada 1945.

Fukushima Daiichi yang dibina pada 1971 adalah satu daripada 15 stesen nuklear terbesar di dunia yang menyalurkan tenaga elektrik kira-kira 29,891 GWh kepada penduduk Jepun.


[Readmore]

Kesan Radiasi Malapetaka Nuklear Jepun Telah Sampai Ke California, AS


Radiasi yang berpunca dari malapetaka nuklear Jepun telah dikesan di California, Amerika Syarikat, pada pagi 19 Mac 2011. Demikian menurut laporan dalam "Good Morning America" yang disiarkan oleh ABC News.

pergerakan arah angin membawa radioaktif dari reaktor nuklear jepun yg lumpuh akan semakin berkurangan ketika merentasi Lautan Pasifik dan tidak dijangka memberi msalah kesihatan serius di Amerika Syarikat.

Meskipun amaun radiasi yang sampai ke pantai barat AS itu amat kecil, ia memberi petunjuk bahawa kesan radiasi itu boleh merebak jauh dari tempat kejadian malapetaka nuklear. Jarak antara Sendai, Jepun (tempat kejadian) dengan pantai California ialah lebihkurang 8600 kilometer. Bagaimana pula dengan kita di Malaysia yang berada lebih dekat? Jarak antara Sendai dengan Kota Kinabalu cuma lebihkurang 4400 kilometer.

Menurut laporan BERNAMA yang dipetik oleh Berita Halian Online berhubung dengan perkara ini, rakyat Malaysia tidak perlu bimbang mengenai pencemaran radiaktif di negara ini berikutan letupan loji tenaga nuklear di Fukushima itu kerana kerajaan melakukan pemantauan dengan ketat.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Maximus Ongkili berkata pemantauan itu dilakukan membabitkan alam sekitar, kemasukan pelancong dari luar negara dan kemasukan barang makanan dari luar negara dan kemasukan barangan makanan dari lapangan terbang dan pelabuhan terutama dari Jepun.

"Tiada keraguan perlu ditimbulkan kerana tiada sebarang pencemaran radioaktif dikesan di negara kita sehingga hari ini dan jangan percaya kepada khabar-khabar angin yang tidak berasas," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penanaman Tukun Tiruan Mesra Alam di sini (Sandakan) hari ini (20 Mac 2011).

Beliau berkata Sistem Pemonitoran Radiologi Alam Sekitar (ERMS) di enam lokasi seluruh negara masih menunjukkan paras normal dan saringan yang dilakukan di pelabuhan membabitkan makanan dan kontena belum ada pencemaran bahan radioaktif dikesan.

Kementerian Kesihatan sudah mengambil sampel-sampel makanan yang diimport dan keputusan sampel itu semuanya negatif.

"Rakyat diminta merujuk dan mengambil perhatian mengenai perkembangan pencemaran radioaktif di negara ini oleh kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan saya adalah jurucakap mereka," katanya.

Menurutnya Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB), Agensi Nuklear Malaysia, Jabatan Meteorologi Malaysia dan Kementerian Kesihatan akan memantau secara aktif keadaan insiden nuklear di Jepun dan impaknya di negara ini.


Kesan Radiasi Bahan Radioaktif Nuklear Terhadap Kesihatan Tubuh Badan

Penyebaran tablet potassium iodide di utara Jepun menunjukkan betapa takutnya kesan radiasi nuklear hasil letupan reaktor loji nuklear di Fukushima Daiichi yang mana boleh memberikan implikasi kepada kesihatan tubuh badan manusia dan ketakutan itu bukan sahaja dirasai di Jepun sahaja malah negara-negara jiran juga turut merasa impak yang sama.

Pada awal krisis tersebut, hasil sinaran radiasi disebabkan reaktor tersebut dikatakan rendah dan tidak memberikan kesan pada kesihatan. Tetapi, darjah radiasi boleh meningkat dengan mendadak sekiranya mana-mana satu minyak nuklear tersebut melepasi bekas besi yang tebal. Kemungkinan tersebut sendiri merisaukan pihak atasan Jepun pada pagi Isnin tersebut apabila letupan melibatkan reaktor 2.

Dan kesan radioaktif ini memberikan impak 1000 kali ganda lebih besar daripada pengeboman Hiroshima. Perkara ini disahkan oleh Ira Helfand MD merupakan pakar dalam pendedahan radiasi di Leeds, Massachusettes.


Kesan Jangka Panjang

Potassium Iodide yang diberi bertindak sebagai pelindungan terhadap iodin-131, merupakan radioisotop yang berpotensi menyebabkan kanser tiroid dalam jangka masa panjang. Biasanya iodin akan terkumpul di kelenjar tiroid dan dengan pemberian tablet tersebut menghindarkan kelenjar tiroid menggunakan iodin-131 sebagai proses fisiologi badan.

Bukan itu sahaja ya, ada juga bahan-bahan lain hasil letupan reaktor nuklear yang boleh memberikan masalah dan setiap satu bahan tersebut memberikan kesan yang berbeza. Dr Helfand memberitahu, Strontium-90 diserap oleh tulang yang berpotensi menyebabkan kanser tulang dan juga leukemia.

Cesium-137 diserap keseluruh badan terutamanya pada bahagian otot. Plutonium sememangnya adalah bahan toksik dan sekiranya kita menghidunya boleh menyebabkan kanser paru-paru.


Kesan Jangka Pendek

Bukan sahaja melibatkan jangka panjang. Tapi kalau kesan dedahan terlalu tinggi di dalam masa yang singkat, mereka juga boleh mengalami Sindrom Radiasi Akut.

Simptom tipikal yang biasa mereka alami adalah seperti loya, muntah-muntah dan cirit birit. Biasanya simptom tersebut dialami serta merta dan kemudian berkurang dan kembali semula dengan simptom yang lebih kuat seperti hilang selera makan, lemah, demam dan berkemungkinan lebih teruk serangan sawan dan juga koma.

Kebanyakannya apabila tidak sembuh, mereka akan menemui ajal dalam masa beberapa bulan sahaja. Begitu hebat penangan radiasi nuklear ini. Berdasarkan Pengawalan Penyakit dan Pencegahan di US, mereka mengatakan kematian adalah disebabkan rosaknya tulang sum-sum yang menyebabkan terdedahnya pada jangkitan kuman dan juga pendarahan dalaman.

Kesan Pada Kulit

Radiasi ini juga boleh melibatkan kesan pada kulit. Mereka akan mengalami kegatalan, kemerah-merahan, bengkak dan ia boleh berlaku dalam masa yang singkat, berjam, berhari mahupun berminggu selepas terkena kesan radiasi tersebut.

Dan sebagai pencegahan, pihak Jepun telah memindahkan lebih 180 000 rakyat mereka yang tinggal berdekatan dengan kawasan letupan tersebut ke tempat yang lebih selamat. Dengan bantuan angin yang bertiup ke arah lautan pasifik, bahan radioaktif tersebut dapat dikurangkan.


Kebaikan penggunaan nuclear

kebaikan, terdapat beberapa kelebihan penggunaan tenaga nuklear untuk menghasilkan elektrik. Antaranya, tenaga nuklear dikatakan dapat menjana tenaga dalam jumlah yang banyak dan pada satu jangka masa yang panjang berbanding penjanaan tenaga elektrik menggunakan bahan api fosil seperti petroleum dan arang batu. Ini kerana penggunaan bahan uranium (bahan utama logi tenaga nuklear) akan menghasilkan lebih banyak tenaga untuk jangkasama yang panjang. Dikatakan, satu tan uranium boleh menghasilkan lebih banyak tenaga berbanding penggunaan beberapa million tan arang batu atau beberapa million barrel minyak. Keadaan ini pastinya merupakan satu berita baik kerana bahan api fosil semakin berkurangan.

Tenaga nuklear juga dikatakan sangat mesra alam. Penghasilan tenaga elektrik dengan menggunakan tenaga nuklear tidak akan mencemarkan udara. Ini kerana logi tenaga nuklear tidak akan membebaskan gas-gas rumah hijau seperti karbon, methane, ozon dan CFC semasa beroperasi dan dengan itu tidak mencemarkan udara. Dalam hal ini, ia akan membantu mengurangkan kesan rumah hijau. Selain itu, pembinaan logi nuklear juga tidak memerlukan kawasan yang besar dan dalam jangka masa panjang, tenaga nuklear akan menghasilkan tenaga elektrik yang lebih murah kerana kos operasinya yang rendah. Ini pastinya satu berita baik kepada pengguna.


Keburukan nuclear

Terdapat juga beberapa keburukan penggunaan tenaga nuklear. Antara keburukan tersebut ialah, tenaga nuklear boleh memberi kesan tidak baik kepada kesihatan manusia. Ini kerana, tenaga nuklear menghasilkan radiasi. Radiasi ini sangat berbahaya kepada tubuh badan manusia kerana radiasi itu boleh merosakkan sel badan. Selain itu, bahan radioaktif yang terhasil daripada aktiviti penjanaan tenaga elektrik menggunakan tenaga nuklear juga amat berbahaya dan kos menguruskannya juga amat tinggi.

Bahan radioaktif ini, jika dilepaskan ke alam sekitar, akan bertahan untuk satu jangka masa yang lama sebelum ia mencecah tahap selamat kepada manusia. Tenaga nuklear bergantung kepada bahan uranium. Uranium dikategorikan sebagai bahan api tidak boleh diganti (non renewable energy) sama seperti petroleum dan arang batu. Walaupun buat masa ini, sumber uranium masih banyak tetapi ia juga akan berkurangan jika terus digunakan. Oleh itu, ia juga akan habis pada satu masa nanti.

Kekurangan lain yang juga sering dikaitkan dengan penggunaan tenaga nuklear ialah risiko kemalangan di loji tenaga nuklear. Jika kemalangan ini berlaku, masalahnya sangat besar dan kesannya akan mengambil masa yang panjang untuk hilang. Sebagai contoh, kemalangan reaktor nuklear di Chernobyl pada April 1986. Dikatakan bahawa, tragedi letupan reaktor nuklear ini merupakan yang terburuk dalam sejarah dunia. Letupan ini telah membebaskan 300 kali lebih bahan radioaktif berbanding peristiwa pengeboman Bandar Hiroshima.

Radioaktif itu tersebar luas hingga ke bahagian Barat Kesatuan Soviet, Timur dan Barat Eropah, daerah-daerah Scandinavia, British Isles dan Timur Amerika Utara. Di samping itu, kontaminasi teruk berlaku di kawasan-kawasan Ukraine, Belarus, dan Rusia hingga memaksa lebih daripada 336,000 orang penduduk dipindahkan dari rumah-rumah mereka. Satu laporan yang disediakan oleh International Atomic Energy Agency (IAEA) and World Health Organization (WHO), menunjukkan bahawa berlaku 56 kematian serta-merta. Manakala, dianggarkan dalam 6.6 juta orang yang telah terdedah kepada radiasi letupan itu, 9000 daripadanya dijangkakan akan mati akibat pelbagai jenis penyakit kanser.

Akhir sekali, isu keselamatan. Logi nuklear berpotensi untuk disalahgunakan bagi tujuan keganasan. Sama ada keganasan berbentuk manipulasi bahan itu untuk tujuan tidak baik ataupun kemungkinan logi diserang atau diambil alih oleh pengganas. Dalam keadaan ini, kawalan keselamatan yang sangat ketat amat diperlukan.




PRESS RELEASE

Y.B. MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
MENGENAI KEMALANGAN NUKLEAR AKIBAT KEJADIAN
GEMPABUMI DAN TSUNAMI DI JEPUN

24 Mac 2011, 3.00 petang

KEADAAN DI JEPUN


1. Berdasarkan maklumat terkini, bekalan tenaga elektrik telah berjaya disalurkan ke loji kuasa nuklear unit 1, 2 dan 4 di Stesen Kuasa Nuklear Fukushima Daiichi, membolehkan sebahagian instrumentasi unit-unit ini berfungsi dan membekalkan data yang berguna untuk operasi selanjutnya.

2. Pemonitoran alam sekitar bagi kawasan sekitar 20 hingga 30 kilometer dari Fukushima Daiichi menunjukkan bacaan dalam julat 0.1 hingga 6.9 mSv/jam dan kadar ini juga menunjukkan trend yang semakin menurun. Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengesahkan sinaran alfa tidak dikesan yang menunjukkan tiada kehadiran uranium dan plutonium. Ini bermakna tidak berlaku sebarang kebocoran bahan api nuklear.

3. Dalam masa yang sama, perairan sekitar Fukushima juga dipantau di mana pasukan IAEA yang berkepakaran khusus dalam pemonitoran marin juga akan tiba ke Jepun bagi bersama-sama melakukan pemonitoran.

4. Bacaan radioaktif dikesan di dalam susu, sayuran dan air di Fukushima dan arahan sekatan penjualan produk-produk ini telah dikuatkuasakan. Iodin-131 dikesan di dalam air paip pada paras yang melebihi tahap yang dibenarkan untuk bayi, menurut sumber dari IAEA yang dikeluarkan pada 23 Mac, 20 UTC (bersamaan waktu Malaysia jam 4 pagi 24 Mac 2011); tetapi masih pada tahap yang selamat untuk orang dewasa di kawasan tersebut.

5. Semasa taklimat IAEA kepada Perwakilan-perwakilan Negara anggotanya termasuk kepada Kedutaan Besar Malaysia di Austria dan Perutusan Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Vienna (Malawakil Vienna), corak penyebaran atmosferik berdasarkan model Regional Specialised Meteorological Centre (RMSC) juga dipamerkan. Memandangkan lebih banyak data telah diperolehi, model yang lebih tepat dapat dihasilkan. Kebanyakan kepulan radioaktif tersebar ke arah timur dan tenggara iaitu ke Lautan Pasifik tetapi pada nilai yang amat rendah dan tidak membimbangkan.

6. Berdasarkan ramalan oleh pusat-pusat tindak balas kecemasan persekitaran di bawah Pertubuhan Meteorologi Sedunia, bagi tempoh sehingga 26 Mac 2011, pergerakan sebarang bahan cemar radioaktif iodin yang terlepas dari loji nuklear Fukushima untuk tempoh 72 jam dari tarikh 23 Mac 2011 adalah ke arah selatan dan timur laut/timur dan juga tenggara menghala ke Lautan Pasifik. Untuk tempoh tersebut sebarang pencemaran radioaktif iodin jika ada adalah di sekitar negara Jepun dan lautan berdekatannya dan tidak akan sampai ke Malaysia.


TINDAKAN OLEH MOSTI DENGAN KERJASAMA KEMENTERIAN-KEMENTERIAN BERKENAAN:

1. MOSTI mempergiatkan lagi usaha memantau secara aktif keadaan kemalangan nuklear di Jepun dan impak kepada negara kita melalui Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), Agensi Nuklear Malaysia, Jabatan Meteorologi Malaysia dan Malawakil Vienna, Wisma Putra.

2. Pemantauan melalui Sistem Pemonitoran Radiologi Alam Sekitar (ERMS) di 6 lokasi seluruh Malaysia (Chuping, Ipoh, Sri Aman, Kuantan, Kudat dan Senai) diteruskan dan masih menunjukkan paras normal di mana data pada 10.00 pagi, 24 Mac 2011 adalah 0.029 hingga 0.172 mikro Sievert per jam. Paras ini masih merupakan bacaan normal untuk Malaysia.

3. Berdasarkan maklumat terkini yang diperolehi daripada badan antarabangsa iaitu International Civil Aviation Organisation (ICAO) dan International Air Transport Association (IATA), situasi di Jepun pada ketika ini tidak memberikan kesan kesihatan kepada individu. Walau bagaimanapun, sebagai mengambil langkah berjaga-jaga dan meningkatkan keyakinan orang awam, Malaysia telah melakukan saringan ke atas penumpang-penumpang penerbangan dari Jepun di lapangan terbang antarabangsa utama. Saringan kedua (pemonitoran individu), hanya akan dilakukan jika terdapat bacaan yang melebihi kadar yang dibenarkan (0.5 mikro Sievert per jam).

4. Pada masa yang sama, sistem Pemonitoran Portal (Radiation Portal Monitors – RPMs) yang sememangnya telahpun dipasang di KLIA sejak 2009, juga menunjukkan paras normal dan tiada sebarang pencemaran dikesan.

5. Namun demikian, mana-mana penumpang yang ingin mendapatkan khidmat pemonitoran cemaran radioaktif lebih lanjut bolehlah memohon kepada pegawai AELB yang sedang bertugas di KLIA dan LCCT.

6. Sehingga kini pemantauan telah dilakukan terhadap 40 penerbangan dari Jepun ke Malaysia ke atas penumpang-penumpang dan anak kapal. Tiada kadar dedahan melebihi paras normal dikesan sehingga hari ini.

7. Buat masa ini, AELB berpendapat orang awam tidak perlu melakukan pengesanan sinaran untuk mengesan pencemaran kerana situasi di Malaysia masih berada di tahap normal dan terkawal. Walau bagaimanapun, sekiranya orang awam ingin melakukan pemonitoran individu, ia boleh dilakukan secara percuma di Ibu Pejabat AELB, Batu 24, Jalan Dengkil, Selangor Darul Ehsan bermula 20 Mac 2011. Khidmat yang sama boleh juga diperolehi dari Agensi Nuklear Malaysia. Kemudahan perkhidmatan pengesanan sinaran ke atas individu ini bermula dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari.

8. Sehingga kini seramai 23 individu telah datang ke AELB dan Agensi Nuklear Malaysia untuk mendapatkan khidmat pemonitoran cemaran. Tiada kadar dedahan melebihi paras normal dikesan sehingga hari ini.

9. Dari segi keselamatan makanan, sebagai langkah berjaga-jaga, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenakan Pemeriksaan Tahap 5 iaitu Tahan, Uji dan Lepas di bawah Food Safety Information System of Malaysia (FoSIM) terhadap produk makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, ikan dan hasilan ikan serta hasilan daging dan sebagainya yang diimport dari Jepun. Sampel makanan diambil di pintu masuk untuk analisis kandungan bahan radioaktif di Agensi Nuklear Malaysia. Sehingga kini, sebanyak 27 sampel telah dianalisis dan didapati kesemuanya mematuhi tahap kandungan bahan radioaktif yang dibenarkan.

10. Pengguna tidak perlu khuatir dengan makanan yang dijual di pasaran dan yang diimport. KKM akan sentiasa memantau keselamatan produk makanan dari masa ke semasa termasuk produk makanan yang diimport dari negara Jepun.

11. MOSTI menasihatkan sekali lagi kepada semua rakyat Malaysia supaya tidak bimbang dan tidak mempercayai khabar-khabar angin dari sumber yang tidak berasas.

12. Bagi sebarang pertanyaan, bolehlah dirujuk kepada Pusat Maklumat Radiologi AELB melalui talian Hotline AELB 1 800 88 7999 atau di 03-8922 5848 atau melalui emel di MNR-Customer@aelb.gov.my

http://www.nuclearmalaysia.gov.my/

9 comments:

  1. help a lot bah!hehe..nti sa tulis c2 reference blog redza ar..hehe..
    arigatou gozaimashita ;)

    ReplyDelete
  2. wahh...wahh...dah macam lecturer yang gelabah pulak..ok la tue if si dia tue nak tolong pomote blog ko nie..hehehe

    ReplyDelete
  3. yeayyy read more yang menyenangkan!!! suke..suke..suke..

    ReplyDelete
  4. HUSZ:

    banyaklah ko...

    aku godek2 blog ko mlm td..tgk tutorial wat read more tu hehe

    ReplyDelete
  5. redza stay up jugak mlm td wat "assignmt" ne eaaaa..;)Muchas Gracias

    ReplyDelete
  6. ATT:

    hehe xdelah...mlm td dok buat spoiler tu..kejap je godek2 html code tu

    ReplyDelete
  7. CEROI:

    pensyarah xde tauliah

    ReplyDelete