Ratah bangkai gajah

GAMBAR ini mungkin memilukan — seekor gajah jantan mati kerana usia tua. Namun bagi kebanyakan rakyat Zimbabwe yang kebuluran, ia adalah rahmat.


Dengan menggunakan parang, kapak dan pisau yang diperbuat daripada tin, mereka melapah bangkai seberat enam tan itu, yang ditemui di kawasan pedalaman taman berkenaan.



Pergaduhan meletus apabila penduduk berebut-rebut untuk memotong bangkai itu dan membawa pulang bagi dijadikan makanan untuk keluarga masing-masing.



Hanya sejam 47 minit diambil untuk melapah hingga ke tulang. Semua bahagian dijadikan makanan, termasuk belalai dan telinga haiwan itu.




Tulang gajah berusia 70 tahun itu diambil untuk dibuat sup dan dalam tempoh 24 jam, tidak ada apa yang tinggal kecuali tompokan darah pada tanah tempat bangkai gajah itu ditemui.



Gambar yang dirakam memang mengejutkan. Namun ia menggambarkan keadaan sebenar rakyat Zimbabwe.


Baru-baru ini, Persatuan Palang Merah memberi amaran, keadaan di bekas tanah jajahan itu sangat kritikal dengan 2.17 juta penduduknya memerlukan bantuan makanan segera.


Jurucakap Persatuan Palang Merah Zimbabwe, Emma Kundishora, berkata: “Di beberapa bahagian di negara ini, keadaan dijangka bertambah buruk tahun ini berikutan kemusnahan dasar pertanian yang disebabkan oleh rampasan tanah yang dilakukan kerajaan terhadap ladang petani kulit putih sejak 2000.” Di samping itu, keadaan cuaca merosakkan tanaman jagung. Penuaian tahun ini dijangka hanya menghasilkan 500,000 tan bahan itu, kurang sepertiga daripada yang diperlukan oleh penduduk Zimbabwe.


Jurugambar, David Chancellor, yang mendakwa berada di Taman Negara itu secara kebetulan, berkata: “Dalam tempoh 15 minit, beratus-ratus penduduk tiba dari semua arah. Wanita membentuk bulatan mengelilingi bangkai gajah itu sementara lelaki yang berada dalam bulatan melapah. Pergaduhan berlaku.


“Ada yang bertikam sesama sendiri kerana berebut bangkai itu. Daging dibawa pulang. Ada yang memakannya serta merta kerana terlalu kebulur. Bagaimanapun, sebahagian besar dibawa pulang, dibasuh dan dikeringkan untuk dimakan kemudian.


“Selama dua malam penduduk kampung sekitar taman itu bersuka-ria, seolah-olah mengadakan pesta.”

sumber: harian metro online & www.dailymail.co.uk


p/s: bersyukur kpd Allah SWT..kita lahir di Malaysia

6 comments:

  1. alhamdulillah syukur nikmat..kpd tuhan yg memberi rahmat

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..

    aku kat malaysia skang.

    ReplyDelete
  3. Ini baru betul..Hati kuman sama dicecah..daging Gajah sama diratah..

    ReplyDelete
  4. nini:

    syukur alhamdulillah


    relevan:

    heheh sedap ke daging gajah nih

    ReplyDelete
  5. hahahhaha pakcik releven!!!


    >>___<<


    sadis tool!!!!

    ReplyDelete