Kereta buruk dan berkarat ini dijual dengan harga US$153 ribu


Siapa sangka sebuah kereta Porsche Speedster buruk dan berkarat keluaran tahun 1955 ini dijual dengan harga US $ 153 ribu melalui laman online, ebay.

Dilapor Dailymail, Rabu 9 Disember 2015, si pemilik yang tidak disebutkan namanya memang sengaja menjualnya kerana dia mengaku tak mungkin melakukan pemulihan yang pastinya perlu mengeluarkan kos puluhan ribu dolar.

Si pemilik juga menceritakan bahawa kereta itu mempunyai nombor plat asal iaitu URY304. Kereta yang dibeli di Berkeley, California, pada 1968 itu hanya dipakai hingga 1974 sebelum disimpan selama 40 tahun.

Menurut seorang rakan si pemilik, untuk memperbaiki Porsche Speedster sekurang-kurangnya diperlukan kos hingga US $ 20 ribu.



 

No comments:

Post a Comment