Obor-obor gergasi Nomura serang perairan Jepun


OBOR-obor gergasi Nomura adalah obor-obor Jepun dan dianggap terbesar di dunia. Ia hidup di perairan antara China dan Jepun, terutamanya di tengah Laut Kuning dan Laut China Timur.

Kehadiran obor-obor ini telah mencetuskan masalah kepada kerajaan Jepun kerana populasinya semakin bertambah saban tahun.

Kerajaan China juga berdepan masalah sama akibat kehadiran obor-obor ini di perairan mereka.

Difahamkan, Nomura telah 'menyerang' perairan Jepun sejak 2005 sehingga ke hari ini.

Perkara tersebut sekali gus mengancam industri perikanan di beberapa wilayah di negara matahari tersebut, selain mengganggu keseimbangan ekosistem serta rantai makanan di laut. 

Selain itu, ia turut membawa musibah kepada golongan nelayan kerana obor-obor yang terperangkap merosakkan peralatan memancing serta jala.

Saintis percaya, penurunan jumlah pemangsa termasuk penyu serta beberapa spesies ikan tertentu menyebabkan populasi obor-obor Nomura di perairan Jepun bertambah. - telegraph


Info:

- Obor-obor Nomura boleh membesar dan mencecah sehingga lebih 200 kilogram.
- Ketinggiannya melebihi lelaki dewasa iaitu sehingga 6 kaki 7 inci.
- Ia sangat mudah membiak dan mampu menghasilkan berbilion telur.



Sumber: Sinar Harian

No comments:

Post a Comment