Derma sperma dapat iPhone 6s

 Gambar hiasan

SHANGHAI - CHINA.  Bank sperma di China cuba menarik perhatian penderma sperma dengan menawarkan wang tunai untuk membeli keluaran terbaru iPhone 6s.

Hospital Renji di Shanghai antara hospital yang menawarkan tawaran mendapatkan Iphone 6s dalam kempen mengalakkan pendermaan sperma, lapor Changjiang Times.

"Tidak perlu jual buah pinggang anda, dengan mudah anda akan mendapat iPhone 6s," itu adalah iklan online oleh hospital terbabit merujuk tindakan sesetangah individu yang menjual organ hanya untuk mendapatkan keluaran terbaru produk itu.

Jurucakap hospital berkata, lelaki yang melepasi pemeriksaan kesihatan dan kemudian kerap menderma sperma, akan diberikan ganjaran 6,000 yuan iaitu kos mencukupi untuk membeli sebuah telefon.

Sementara itu, memetik laporan China Daily, seorang lelaki di Yangzhou yang pada mulanya ingin menjual buah pinggangnya hanya untuk mendapatkan keluaran terbaru iPhone 6s mengubah keputusannya selepas menerima tawaran menjual sperma oleh sebuah hospital.

Dia yang sebelum itu, membuat tawaran menjual buah pinggangnya untuk membeli iPhone 6s di sebuah laman web penjualan organ haram.

Namun ketika melakukan pemeriksaan kesihatan, dia ditawarkan untuk menjual sperma dan akan menerima ganjaran 6,000 yuan jika berkelayakan.

Ganjaran iPhone 6s untuk menarik minat penderma sperma menarik perhatian netizen dan mengaggap tindakan hospital ini sebagai sesuatu yang kreatif.



Sumber: Sinar Harian

No comments:

Post a Comment