NASA temui aliran air di Planet Marikh


WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) menemui aliran air di Planet Marikh dan menyatakan kemungkinan terdapat hidupan di sana.

Menurut Pengarah Sains Planet NASA, Jim Green, planet Marikh tidak gersang dan kering seperti yang diketahui sebelum ini.

"Dibawah keadaan tertentu, aliran air ditemui di Marikh," katanya

Sebelum ini, ahli sains telah membuat spekulasi bahawa mungkin ada sesuatu yang hidup di planet yang dikenali sebagai Planet Merah ini.

"Kehadiran aliran air membolehkan kehidupan wujud di sana," kata Nasa.

Memetik AFP, kehadiran air juga akan  memudahkan penghantaran misi manusia ke Marikh yang dijangkakan akan dilakukan oleh NASA pada tahun 2030.

Para saintis telah lama percaya bahawa air pernah mengalir di seluruh planet itu dan membentuk lembah-lembah dan ngarai, tetapi perubahan iklim utama kira-kira tiga bilion tahun dahulu berubah keadaan itu.

"Hari ini kita semula merevolusikan pemahaman kita tentang planet ini," kata Jim

Sebelum ini, Rover Penjelajah Marikh mengesan banyak kelembapan di udara Marikh

"Tanah di planet itu adalah lebih lembap daripada yang dijangkakan," ujarnya.

Sejak empat tahun lalu, Nasa memantau jalur-jalur gelap di lereng permukaan planet Marikh, bagaimanapun, selepas kajian dan analisis mendalam dilakukan, mereka merumuskan jalur-jalur itu adalah air.



Sumber: Sinar Harian

Muslimah Berhijab Ini Merupakan Gitaris Band Heavy Metal


Gisele Marie, 42, wanita Muslim dari Sao Paulo, Brazil merupakan seorang pemain gitar dalam sebuah band beraliran heavy metal.

Uniknya, Marie mengenakan burqa yang menutupi sekujur tubuhnya.


Kumpulan muzik yang disertai Marie bernama Spectrus. Band tersebut berdiri sejak 2012 dan sedang menyiapkan sebuah album yang dijangka berada dipasaran pada 2016.

 "Ramai orang yang terkejut dengan penampilan saya," kata Marie seperti dipetik dari Now News.

Marie menjadi mualaf pada tahun 2009 selepas ayahnya meninggal dunia. Menurut Marie, ramai orang memandang positif tindakannya tersebut, namun ada juga yang menjauhkan diri  sejak dia memutuskan menjadi muallaf dan memakai burqa.



Pramugari buat projek dengan penumpang dalam tandas pesawat

 Tandas pesawat. - Gambar hiasan

Riyadh: Seorang pramugari dipecat selepas ditemui mengadakan seks bersama penumpang di dalam tandas sebuah pesawat milik syarikat dari Timur Tengah ketika penerbangan.

Wanita itu mengaku menggoda penumpang lain ketika penerbangan dalam usaha membuat wang sampingan, malah dilaporkan meraih keuntungan lebih AS$1 juta (RM4.4 juta) dengan cara itu sejak dua tahun lalu.

Media memetik sumber penerbangan berkata, penumpang terbabit mengaku digoda pramugari berkenaan untuk mengadakan seks dengan bayaran AS$2,000 (RM8,800).

Jumlah itu juga dilaporkan bayaran dikenakan bagi setiap pelanggan.

Laporan itu tidak menamakan syarikat penerbangan terbabit, tetapi mendakwa pramugari berkenaan dipecat sebelum dihantar pulang ke negara asalnya. - Agensi

Suami kejam bunuh isteri dengan masukkan tangan dalam kemaluan

Gambar hiasan
 
UTTAR PRADESH – Seorang lelaki sanggup membunuh isteri yang dikahwininya selama 15 tahun semata-mata kerana wanita itu enggan melakukan seks, kemudian hanya duduk di sebelah mayat sambil meminum arak selama lebih enam jam sehingga polis tiba di tempat kejadian dan menangkapnya.

Rajiv Sharma bertindak sedemikian kerana berang keinginannya ditolak oleh isterinya, Meenu Sharma.

Pasangan itu mempunyai seorang anak lelaki berusia 10 tahun. Insiden itu dilaporkan kakak Meenu yang juga tinggal di kawasan sama di kampung Nariyawal, daerah Bareilly.

“Sebaik tiba di tempat kejadian kami menemui mayat wanita itu berlumuran darah, manakala suaminya duduk di sebelah. Bagaimanapun, tiada kecederaan luaran pada badan, hanya darah yang banyak,” kata pegawai polis Santosh Kumar.

Sebelum itu, pihak polis berhadapan masalah memujuk Rajiv membuka pintu pagar rumahnya.

Menurut polis, Rajiv mengaku bertanggungjawab melakukan jenayah itu dan memberitahu, dia memasukkan lengan kanannya ke dalam kemaluan isterinya sehingga menyebabkan kematian.

“Walaupun dia mengaku menyebabkan kematian isterinya, kami masih menunggu laporan bedah siasat bagi menentukan punca sebenar kematian,” kata pegawai penyiasat.

Menurut sumber, Rajiv dikatakan mengalami masalah paranoia dan mendakwa isterinya pergi berjumpa seseorang di bandar.

Selepas ditahan semalaman di Balai Polis Bithri, Rajiv dibawa ke mahkamah rendah kelmarin. Mahkamah mengarahkan dia direman 14 hari.

Sementara itu, penyewa yang tinggal di rumah yang sama dengan pasangan itu berkata: “Saya sedang tidur ketika kejadian berlaku. Mereka kerap bergaduh. Selain daripada itu saya tidak tahu apa-apa.” – Agensi/myMetro Online

10 negara yang menarik untuk didiami

 Malta adalah sebuah negara yang menarik untuk dilawati dan diduduki. – Foto: Valery Bareta / Shutterstock
 
SEPULUH negara telah dinamakan oleh InterNations.org sebagai negara yang menarik untuk dihuni.

Melalui sebuah penyelidikan, pendapat dari 14,000 peserta dari 195 negara telah diambil kira melalui beberapa siri soalan mengenai pengalaman mereka di luar negara.

Keputusan berdasarkan faktor peluang pekerjaan, tawaran gaji, hidup yang berkualiti dan keselamatan.

Excuador, Mexico dan Malta telah dinamakan sebagai tiga negara terbaik untuk diduduki.

Ecuador mendapat tempat pertama kerana kos hidup di negara berkenaan yang rendah dan menyesuaikan diri di Mexico adalah sangat mudah menyebabkan ia mendapat tempat kedua.

Malta pula memberikan pengalaman pekerjaan yang memuaskan hati dan kehidupan yang seimbang dengan pekerjaan.

10 negara terbaik tersebut adalah:

1. Ecuador
2. Mexico
3. Malta
4. Singapura
5. Luxemborg
6. New Zealand
7. Thailand
8. Panama
9. Canada
10. Australia



Sumber: Sinar Harian

[Gambar] Keunikan Perkampungan Giethoorn Sehingga Digelar "The Venice of Holland"


 Jika anda pergi ke ke Eropah dan mungkin melawat negara Belanda, jangan melepaskan peluang melawat kawasan yang sungguh menarik ini di mana dengan melihat gambar sahaja sudah tahu suasananya cukup tenang, inikan pula berada di sana.

Amat sesuai bagi mereka yang cuba lari daripada hiruk pikuk kota untuk datang ke perkampungan Giethoorn ini di mana tiada sebarang kenderaan berinjin yang dibenarkan di sini kecuali sampan dan basikal.

Rumah-rumah tradisional Belanda dibina menggunakan kayu, jambatan melintasi sungai buatannya dan hiasa bunga-bunga bewarna warni menghiasi tebing sungai yang sungguh mempersonakan.




 Perkampungan Giethoorn ini didiami kira-kira 2,600 orang penduduk telah menjadi tarikan utama pelancong ke Belanda.

Kira-kira 180 buah jambatan menghubungkan kebanyakn rumah di sini selain sampan dijadikan pengangkutan utama mereka.

Di kampung ini anda boleh melihat aktiviti-aktiviti penduudk di sini yang menjalankan aktiviti membuat tembikar selain basikal-basikal lama yang digunakan yang menjadikannya sebuah kampung yang unik.




Pada musim sejuk air sungai ini akan membeku dan dikatakan menjadi lokasi utama penduduk dan pengunjung untuk meluncur ais 'mengelilingi' kampung berkenaan.




Keindahan kampung ini boleh dinikmati oleh pelancong menggunakan waktu lawatan yang teratur pada setiap masa selain mereka boleh menyewa bot atau mendayung sendiri menggunakan sampan.

Selain pengangkutan air, pelancong boleh datang ke perkampungan ini mdengan berjalan kaki atau menyewa basikal yang telah di sediakan di jalan menuju ke kampung Giethoorn.

Lokasi menarik ini terletak di tangah-tengah negara Belanda iaitu 90 kilometer daripada ibu negara Amsterdam ia terletak kira-kira 90 kilometer dan 110 kilometer dari Rotterdam dan The Hague. -









Kredit - Siakapkeli.my

[Video] Tikus Curi Pizza Di New York Jadi Viral

SEBUAH rakaman video amatur yang menunjukkan seekor tikus gergasi yang mencuri sekeping pizza di New York, Amerika Syarikat telah mendapat perhatian masyarakat tempatan.

Pemerhati yang terkejut dan tergelak dalam masa yang sama telah merakam aksi tikus besar berkenaan membawa sekeping pizza dengan keju di tangga stesen kereta api First Avenue L.

Video tersebut dilaporkan telah ditonton lebih 4 juta kali sejak ia dimuat naik menerusi YouTube pada Ahad lalu. Rata-rata netizen berasakan video tersebut adalah satu jenaka.

Ada juga yang menyatakan tikus itu adalah ‘Splinter’, iaitu watak dalam filem Teenage Mutants Ninja Turtles, yang mahu memberikan pizza berkenaan kepada anak buahnya, iaitu ‘Donatello, Raphael, Michelangelo dan Leonardo’.



Kredit – MYNEWSHUB.CC

[Video] Lelaki dirasuk bersilat dan menjerit dalam masjid


SINGAPURA: Seorang lelaki dipercayai dirasuk oleh sesuatu telah mengganggu jemaah di dalam Masjid Al Khair yang terletak di1 Teck Whye Crescent, Singapura.

Berdasarkan rakaman video yang dimuatniak ke laman sosial, lelaki berkenaan diliaht bersilat dan menjerit-jerit di dalam dewan utama masjid berkenaan ketika jemaah mahu mengerjakan solat Zohor.

Memetik laporan BERITAMediaCorp, mereka telah menghubungi Pengerusi Masjid Al Khair, Encik Rashid Ramli di mana beliau telah mengesahkan kejadian 'rasuk' itu.

Menurutnya, semasa kejadian, bilangan jemaah di dalam dewan solat masjid itu masih tidak ramai dan video kejadian tersebut sempat dirakamkan jemaah yang berada ditingkat atas masjid.

Semasa kejadian, Imam Eksekutif Masjid Al Khair, Ustaz Fakhrudin Zaki, kelihatan melaungkan azan bagi menenangkan pemuda yang tidak dikenali itu di mana lelaki yang dirasuk tersebut turut mengeluarkan kata-kata kesat.

Pada suatu ketika, lelkai itu dilihat turut bersilat dan membuat akrobatik dengan kakinya hampir menendang dan mengena imam masjid.

Encik Rashid menambah, lelaki itu kelihatan 'dirasuk' atau mengalami histeria. Dia kemudian ditangkap dan direbahkan ke lantai oleh sekitar 10 orang jemaah dan kakitangan masjid untuk ditenangkan.

Setelah tenang semula, pemuda berkenaan telah dibawa kelaur oleh beberapa orang jemaah lain.

Menurut Rashid lagi ini bukanlah kejadian pertama kali berlaku melibatkan jemaah histeri atau dirasuk di Masjid Al Khair.

Sebelum ini berlaku kejadian di mana seorang penuntut ITE perempuan, juga mengalami kejadian rasuk, dedah beliau.




Kredit - Siakapkeli.my

Terkejut Labah-Labah Jatuh Atas Bahu, Seorang Wanita Nekad Terjun Dari Kereta Yang Dipandunya


Fobia terhadap sesuatu perkara kadangkala boleh menyumbang kepada bahaya.

Itulah yang terjadi terhadap Angela Kipp yang bertindak spontan terjun keluar dari kereta yang dipandunya gara-gara seekor labah-labah terjatuh di bahunya.

Akibat kejadian itu, keretanya merempuh sebuah bas sekolah. Angela sebelum itu sedang memandu kereta dengan anak lelakinya berada di tempat duduk di bahagian belakang.

Selepas ibu berusia 35 tahun itu melompat keluar, anaknya segera ke tempat duduk pemandu untuk menarik brek.

Malangnya dia telah tertekan pedal minyak hingga berlanggar dengan bas sekolah berkenaan.

Angela bagaimanapun tidak akan didakwa susulan kejadian itu, manakala anaknya hanya mengalami cedera ringan.



Kredit -Siakapkeli.my

Rahsia Sayur, Ikan, Udang Tahan Lama Jadi Viral Di Media Sosial

PARA ibu pastinya pernah berhadapan dengan situasi terpaksa membuang sayur dan bahan-bahan basahan seperti ikan kerana sudah tidak elok atau berbau busuk setelah baru beberapa hari membelinya.

Sedangkan, sayur dan bahan-bahan masakan ini disimpan rapi di dalam peti sejuk.

Apabila timbul masalah seumpama ini, pastinya ia menjerumus ke arah pembaziran.

Oleh itu, kami ingin dedahkan beberapa tips mudah dalam menjaga makanan dan sayuran agar tahan lebih lama yang dikongsi seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Maslina Misnan.

Tips yang hanya menggunakan air, gula dan garam ini ternyata menarik perhatian ramai hingga menjadi viral di media sosial.

Ayuh ikuti tip-tips ini!

    1. Sayur

  >Rendam sayur-sayuran selama 10 hingga 15 minit
  >Campurkan sedikit garam dalam rendaman tersebut
 



2. Ikan

    >Siang ikan dan jangan sesekali basuh ikan tersebut
    >Masuk dalam bekas simpanan


 3. Sotong / Udang

    >Potong dan bersihkan sotong atau udang
    >Gaulkan sotong atau udang dengan sesudu gula
    >Simpan dalam bekas simpanan





Kredit: Mynewshub.cc

Netizen Puji Pengantin Perempuan Selamatkan Nyawa Lelaki


Seorang bakal pengantin perempuan menerima pujian netizen apabila gambar dia sedang menyelamatkan lelaki warga emas ketika masih mengenakan pakaian pengantin dimuat naik di media sosial.

Guo Yuanyuan, seorang jururawat berusia 25 tahun dari Hospital Dalian Central digelar pengantin perempuan yang paling cantik di China selepas dia meninggalkan set pengambaran foto perkahwinannya untuk membantu seorang lelaki yang mengalami serangan jantung di sebuah pantai di bahagian timur laut China.

Dalam kejadian 21 September lalu, Guo melihat seorang lelaki berusia sekitar 60 mengalami serangan jantung selepas berenang di laut.

Dia kemudian bergegas ke tempat kejadian dan cuba merawat lelaki itu yang tidak bernafas.


Menurut laman web berita China, Women of China, saksi melihat Guo melakukan bantuan pernafasan mulut ke mulut dan tekanan dada selama lebih daripada 20 minit.

"Solekannya telah cair,, kukunya rosak dan pakainya sudah basah berpeluh," kata seorang saksi.

"Sebenarnya bantuan pernafasan mulut ke mulut boleh dilakukan dengan menggunakan sehelai kain telap dan jelas. Namun saya dapati tiada apa-apa boleh digunakan melaiankan baju kahwin saya," kata Guo.

Malangnya, usaha berani Guo sia-sia kerana lelaki yang tidak sedarkan diri itu akhirnya meninggal dunia.

Walau bagaimanapun keberanian Guo memperoleh penghargaan banyak pihak dan orang ramai mengaguminya selepas gambar dia cuba untuk menyelamatkan lelaki itu dalam pakaian perkahwinannya menjadi viral.

"Yuanyuan melarikan diri sebaik sahaja dia mendengar berita daripada orang ramai. Saya berasa amat bangga dengannya. Dia sangat baik dan suka membantu orang lain," kata tunangnya Liu Chuang.



Sumber: mstar.com.my

Kejujuran Seorang Lelaki Ini Dibalas Dengan Kebaikan Yang Tidak Dijangka

 
Tersiar di laman sosial satu kisah yang amat menarik dikongsikan oleh ramai netizens di mana kisah seorang pemilik kereta Myvi putih yang cukup baik hati.

Kisah ini diceritakan saudara Rahman Arifin di mana pada satu hari beliau memandu keretanya, semasa hendak mengundur secara tidak sengaja telah terlanggar bumper kereta Myvi Putih seperti mana gambar yang dikongsikan.

Kerana rasa bertanggungjawab dengan kejadian itu, dia memilih untuk menunggu pemilik kereta Myvi putih berkenaan, tetapi selepas 15 minit di katakan pemilik kereta tersebut tidak muncul membuatkan dia meninggalkan sekeping nota ringkas di wiper Myvi tersebut.

Selepas beberapa hari pemilik Myvi tersebut menghubunginya dan sesuatu yang menarik berlaku, mari kita ikuti cerita penuh yang di ceritakan olah saudara Rahman Ariffin.

Dua minggu lepas, hari khamis, saya undur kereta dengan cuai dan terhantuk Myvi warna putih; kemek bumper depan dan grill.

Tunggu lebih kurang 15 minit, tak nampak sesiapa datang. Saya pun tulis satu nota ringkas, selit kat wiper.

Hari Sabtu Encik Myvi Putih telefon. Dia tinggal di area Jinjang. Saya mintak maaf kerana rosakkan kereta dia: Takpa, encik repair kereta tu, saya bayar kos.

Hari Rabu Encik Myvi Putih talipon lagi. Kereta dah repair, sikit je, kena 150. Saya kata ok, saya bayar, kita jumpa atau saya bank-in.

Encik Myvi Putih kata, macam ni, dari 150 tu, encik masukkan 50 dalam tabung surau atau masjid atau sedekah sama orang susah. Baki 100 tu, saya halalkan dunia akhirat.

Didoakan agar Allah sentiasa jaga, berkati dan rahmati Encik Myvi Putih dan keluarga beliau, dimurahkan rezeki, bahagia dunia akhirat, sentiasa dipermudah segala urusan.

Sungguh mulia hati pemilik kereta berkenaan, apapun sifat jujur yang ditunjukkan oleh saudara Rahman juga patut dipuji. Itulah dikatakan perbuatan yang baik pasti dibalas dengan kebaikan. Kerana kejujurannya dia bukan sahaja tidak perlu membayar malahan mendapat ganjaran pahala kerana sifatnya itu.


Kredit - Siakapkeli.my

Tasik tiga warna di Indonesia


TASIK Kelimutu di Gunung Kelimutu, Ende di Indonesia merupakan sebuah gunung berapi yang mempunyai keistimewaan tersendiri di mana ia mempunyai tiga tasik kawah dengan tiga warna berbeza di puncaknya.

Juga dikenali sebagai Danau Tiga Warna, warna tasik di sini berubah dari semasa ke semasa disebabkan aktiviti gunung berapi yang wujud berjuta tahun dahulu.

Kini, warna ketiga-tiga tasik adalah hijau kehitaman, hijau dan hitam. Difahamkan, pada zaman dahulu, ada tasik berwarna merah, biru dan putih.

Kelimutu adalah gabungan kata dari perkataan keli yang bermaksud gunung dan mutu yang bermaksud mendidih.

Menurut kepercayaan masyarakat setempat, setiap warna tasik memiliki erti dan kekuatan alam yang sangat dahsyat.

Gunung Kelimutu dijumpai seorang pegawai tentera Belanda pada tahun 1915 selepas dia mendengar cerita daripada penduduk kampung bahawa ia adalah tempat syurga dan neraka.

Namun, menurut legenda, kawasan ini adalah tempat di mana pesalah mendapat balasan daripada kesalahan yang dilakukan. Sejak itu, penduduk tempatan percaya bahawa roh manusia akan ke sini selepas mereka mati sebelum hilang dalam salah satu tasik. - Altovart/Sinar Harian

Barcelona Akan Lenyap Dari Liga Sepanyol Jika Wilayah Catalonia Merdeka


> Kelab gergasi Sepanyol, Barcelona berhadapan risiko akan disingkirkan dari Liga Sepanyol

> Amaran keras ini dikeluarkan oleh presiden La Liga jika wilayah Catalonia capai kemerdekaan

> Kenyataan itu disokong oleh Menteri Sukan Sepanyol, Miguel Cardenal

> Keputusan referendum masa depan wilayah itu akan berlangsung 27 September ini

> Penyokong Barcelona kibarkan bendera wilayah merdeka dalam setiap perlawanan
 

JUARA Eropah dan Sepanyol, Barcelona berhadapan dengan risiko disingkirkan dari La Liga jika wilayah Catalonia di mana kelab itu terletak memutuskan untuk merdeka dari Sepanyol sepenuhnya.

Satu referendum untuk menentukan masa depan wilayah itu dijadualkan berlangsung pada 27 Septemher ini yang bakal menyaksikan warga Catalonia akan mengundi untuk sama ada terus kekal di bawah Sepanyol atau mencapai kemerdekaan sepenuhnya.

Barcelona merupakan ibu negeri wilayah autonomi Catalonia yang kini menuntut kemerdekaan penuh dari Sepanyol.

Sejak musim baru bermula, para penyokong kelab tersebut mengibarkan bendera baru wilayah merdeka Catalonia dan menyanyikan lagu kebangsaan mereka selama 17 minit dalam setiap perlawanan di tempat sendiri.

Presiden La Liga, Javier Tebas pada Selasa mengumumkan yang juara bertahan Sepanyol itu secara automatis tersingkir dari liga Sepanyol sekiranya wilayah mereka memutuskan untuk berpisah dari Sepanyol sepenuhnya.

Kini, dengan tuntutan kemerdekaan menjadi agenda utama warga Catalonia, kelab mereka Barcelona berhadapan dengan risiko disingkirkan dari Liga Sepanyol sepenuhnya.

Menteri Sukan Sepanyol, Miguel Cardenal turut menyokong kenyataan yang dibuat oleh Javier Tebas itu.

Dan risiko paling besar ialah Catalonia sebagai sebuah negara merdeka bukan anggota Kesatuan Bolasepak Eropah (Eufa) sekaligus bakal menyaksikan penglibatan Barcelona dalam pentas bolasepak Eropah turut lenyap buat seketika.

Perlembagaan Sepanyol tidak membenarkan mana-mana wilayahnya merdeka termasuklah Catalonia dan sebarang langkah ke arah itu boleh diveto oleh parlimen Sepanyol.

Tetapi gerakan ke arah kemerdekaan penuh menjadi semakin popular dan mendesak yang bakal menyaksikan satu krisis baru di Eropah muncul seandainya Parlimen Catalonia yang bersidang membuat resolusi mahu merdeka sepenuhnya.

Javier Tebas berkata: "Jika Sepanyol berpecah, begitu juga La Liga...FC Barcelona tidak akan menjadi anggota Liga Sepanyol lagi jika wilayah mereka berpisah dari Sepanyol dan ini adalah realiti yang harus diterima semua."

Dan kegagalan Barcelona menjadi kuasa bolasepak Eropah akan memberi kesan yang mendalam kepada pendapatan kelab itu kerana mereka akan turut kehilangan hak penyiaran siaran langsung dan perlawanan-perlawanan lain.

Selain Barcelona, sebuah lagi kelab wilayah Catalan yang bersaing dalam Liga Sepanyol ialah Espanyol.


Sumber: mstar.com.my

[Gambar] Ikan kerapu seberat 320kg berjaya ditangkap


SANDAKAN: Pengunjung Pasar Umum di sini terkejut dengan kelibat seekor ikan kerapu gergasi seberat 320kg yang dijual di pasar terbabit hari ini.

Ikan itu dikatakan ikan yang paling besar di jual setakat ini di pasar itu. Sebelum ini, hasil tangkapan yang paling besar adalah seberat antara 100 hingga 200 kg.

Menurut nelayan, Saraji Jiblani, 45, dia berjaya menangkap ikan kerapu itu pada Sabtu lalu di kawasan perairan berhampiran sempadan negara jiran.

"Ia adalah tangkapan ikan paling besar pernah saya peroleh sejak menjadi nelayan lebih 30 tahun lalu.

"Mengikut nelayan lain, paling besar ikan pernah dijual di pasar ini adalah 200 kg beberapa tahun yang lalu.

"Sejak awal pagi, pengunjung tidak putus-putus datang ke pasar mahu melihat sendiri ikan gergasi dan tidak kurang juga yang mengambil gambar," katanya memetik laporan dari BH Online.

Menceritakan bagaimana dia berjaya menangkap ikan itu, Saraji berkata dia dan sembilan rakan pergi ke perairan terbabit untuk menangkap ikan seperti biasa pada Jumaat lalu. Beberapa jam selepas pukat dipasang, mereka cuba menarik pukat ke atas namun berdepan kesukaran kerana pukat terlalu berat.

"Kami cuma sedar ikan gergasi tersangkut pada pukat apabila disuluh," katanya.

Ikan itu dijual antara RM45 hingga RM50 sekilogram. - Siakapkeli.my







Obor-obor gergasi Nomura serang perairan Jepun


OBOR-obor gergasi Nomura adalah obor-obor Jepun dan dianggap terbesar di dunia. Ia hidup di perairan antara China dan Jepun, terutamanya di tengah Laut Kuning dan Laut China Timur.

Kehadiran obor-obor ini telah mencetuskan masalah kepada kerajaan Jepun kerana populasinya semakin bertambah saban tahun.

Kerajaan China juga berdepan masalah sama akibat kehadiran obor-obor ini di perairan mereka.

Difahamkan, Nomura telah 'menyerang' perairan Jepun sejak 2005 sehingga ke hari ini.

Perkara tersebut sekali gus mengancam industri perikanan di beberapa wilayah di negara matahari tersebut, selain mengganggu keseimbangan ekosistem serta rantai makanan di laut. 

Selain itu, ia turut membawa musibah kepada golongan nelayan kerana obor-obor yang terperangkap merosakkan peralatan memancing serta jala.

Saintis percaya, penurunan jumlah pemangsa termasuk penyu serta beberapa spesies ikan tertentu menyebabkan populasi obor-obor Nomura di perairan Jepun bertambah. - telegraph


Info:

- Obor-obor Nomura boleh membesar dan mencecah sehingga lebih 200 kilogram.
- Ketinggiannya melebihi lelaki dewasa iaitu sehingga 6 kaki 7 inci.
- Ia sangat mudah membiak dan mampu menghasilkan berbilion telur.



Sumber: Sinar Harian

Nenek gatal cuba cium bibir budak lelaki

 RAKAMAN video menunjukkan nenek itu cuba mencium budak lelaki.

Beijing – Satu rakaman video yang memaparkan seorang nenek cuba mencium bibir seorang budak lelaki kini viral di laman sosial di China.

Aksi nenek yang gatal itu dilaporkan dirakam kamera keselamatan di dalam lif di sebuah kediaman di China.

Menurut portal berita Sina News, budak lelaki berkenaan masuk ke dalam lif itu bersama seorang wanita tua berusia dalam lingkungan 70-an.

Ketika di dalam lif, wanita itu tiba-tiba dilihat menghampiri budak lelaki berkenaan dan terus mencium bibirnya.

Budak itu yang terkejut dengan tindakan berkenaan cuba menjauhkan diri, tetapi wanita itu terus menghampirinya.

Wanita berkenaan beberapa kali dilihat cuba memeluk dan mencium budak lelaki itu.

Kerana tidak tahan dengan sikap wanita itu, budak lelaki itu kemudiannya menolaknya dengan kuat sebelum keluar dari lif.

Kejadian itu mencetuskan pelbagai reaksi pengguna laman sosial yang menggelar wanita itu sebagai nenek yang gatal.

“Mungkin nenek ini jatuh cinta dengan budak lelaki itu,” kata seorang pengguna.– Agensi/myMetro Online
 

Resident Evil: The Final Chapter, Alice akan bertempur dengan mutan


Resident Evil: The Final Chapter: Peradaban manusia berada di ambang kehancuran selepas Alice (Milla Jovovich) dikhianati oleh Wesker di Washington DC. Sebagai salah seorang manusia yang selamat, Alice harus kembali ke Racoon City tempat dimana Umbrella Corporation sedang membina kekuatan akhir untuk menyerang manusia.

Alice yang mula kehilangan kekuatannya merasa kesulitan menghadapi serangan dari Umbrella. Siri keenam ini akan menjadi pengembaraan Alice yang paling mendebarkan dan paling sukar dalam usahanya menyelamatkan umat manusia.

Bukan hanya zombie, dalam filem terbaru ini Alice dan rakan-rakannya juga harus menghadapi monster mutan.

Selain Milla Jovovich, "Resident Evil: The Final Chapter" akan dibintangi oleh Wentworth Miller, Ali Larter, Sienna Guillory, Spencer Locke dan Shawn Roberts. Filem garapan pengarah Paul W.S. Anderson itu dijangka akan ditayangkan pada 27 Januari 2017.

[Video] Reaksi Mat Salleh Makan Buah Durian Pertama Kali


SIAPA yang tidak kenal lagi dan gemar dengan ‘raja’ segala buah, buah durian!

Rata-rata masyarakat di Malaysia dan di seluruh Asia sememangnya amat menggemari buah unik tersebut.

Digelar buah paling busuk di dunia, durian merupakan buah-buahan asli yang popular di Asia Tenggara.

Namun, buah durian ini sememangnya bukan buah kegemaran bagi golongan mat salleh di luar negara kerana baunya yang pelik dan ‘busuk.’


Macam mana agaknya reaksi dan respon mereka sekiranya buah itu dihidangkan kepada mereka? Menerusi sebuah video ini, kita akan dapat lihat pelbagai reaksi kelakar dari segelintir mat salleh yang mencubanya.

Cara mereka buka buah tersebut juga sudah mencuit hati, apa agaknya yang mereka rasa selepas buah itu dibuka. Jom sama-sama kita tengok! – MYNEWSHUB.CC



Selena Gomez hadiah gambar seksi buat peminat


Selena Gomez menghadiahkan single terbarunya - "Same Old Love" - untuk peminat semalam.

Diambil daripada album Revival, lagu itu diiringi 'hadiah' sampingan lain daripada Selena - gambar seksinya di Instagram.

Menguar-uarkan kemunculan Revival, Selena berkata pratempahan album itu bolah dibuat mulai sekarang.

Peminat yang membuat tempahan melalui Apple Music itu pula, katanya, bakal menerima single "Same Old Lover" serta-merta.

Album berkenaan dijadual mula dipasarkan pada 9 Oktober ini.

Menjelang detik itu, Selena giat 'menggoda' peminat muzik supaya membeli album berkenaan.

Rabu lalu Selena juga mendedahkan sedikit maklumat mengenai Revival melalui akaun Twitternya.

Dalam pos berkenaan dia menunjukkan senarai lagu yang terkandung dalam Revival dan sehari sebelumnya memuat naik imej dipercayai pembalut sampul album berkenaan.

Melalui gambar amat seksi itu, Selena dirakam lensa kamera dalam keadaan kaki dan tangannya bersilang.

Imej berkenaan dipaparkan dalam format hitam putih.


Sumber: malaysiakini.com

Duit RM 1 Yang Tersimpan Dalam Dompet Anda Mungkin Bernilai RM1,000


 Mungkin anda tidak jangka, tetapi harga not biru RM 1 di dalam dompet anda mungkin bernilai RM1,000 di Malaysia.

Kenapa? Kerana duit RM 1 seperti dalam gambar diatas (dengan tanda tangan Aisyah) adalah duit yang tidak sepatutnya dicetak dan ia sudah dilupuskan oleh Bank Negara. Saki baki yang tinggal kini dianggap 'rare' oleh pengumpul wang sehingga ada yang sanggup berhabisan duit untuk mendapatkan 'barang rare' ini.


Sejarah RM 1 Aisyah

Menurut penulisan dari blog Galeri Sha Banknote, blog penggemar wang unik, duit RM 1 Aisyah ini diedarkan ketika masa proses peralihan dan pertukaran Gabenor Bank Negara iaitu dari Tan Sri Ali Abul Hassan kepada Tan Sri Zeti Aziz.


 Kesilapan edaran ini hanya berlaku di cawangan Bank Negara Pulau Pinang sahaja kerana cawangan-cawangan lain sempat menerima arahan pembatalan pengedarannya. Kesemua duit RM 1 yang bertandatangan Aisyah atau Tan Sri Ali Abul Hassan telah ditarik balik dan dimusnahkan.

Blog itu juga turut memberitahu hanya 50,000 keping sahaja RM 1 Aisyah sempat diedarkan berdasarkan pengiraan yang tertentu.


RM 1 Aisyah Lama


 Mungkin anda mempunyai not RM 1 lama dengan tandatangan Aisyah (seperti gambar diatas). Menurut apa yang difahamkan, nilai RM 1 ini juga mempunyai nilainya yang tersendiri tetapi ia tidak dianggap 'rare' kerana ia bukan dicetak hasil dari kesilapan.


Bagaimana Nak Jual

Jika anda mempunyai RM 1 Aisyah ini mungkin anda boleh menjualnya di mudah.my atau mencari sendiri pengumpul wang yang mungkin berminat.  Anda juga mungkin boleh menganggotai mana-mana group pengumpul wang di Facebook.

Di mudah.my, not RM1 Aisyah yang baharu paling murah dijual pada harga RM 2, 750 manakal yang paling mahal dijual pada harga RM 4,500.



Mungkin pada kita RM 1 Aisyah ini hanyalah bernilai RM 1, namun bagi pengumpul wang, ia sangat bernilai dan mempunyai nilai 'sentimental value' yang tinggi.

Jika anda masih lagi mempunyai RM 1 Aisyah ini di dalam dompet, anda boleh anggap diri anda bertuah! Namun pastikan ia dalam kondisi yang tip top atau harganya akan susut. Selamat menjual.


Kredit - Siakapkeli.my