Meliani Gitaris Taat Agama Walau Gemar Metal


BANDUNG: Gadis bertudung yang mengagumkan ramai orang dengan kebolehannya bermain gitar elektrik rupanya seorang pelajar pintar dan taat agama di sekolahnya.

Baru-baru ini klip video memaparkan Meliani Siti Sumartini 'menggoreng' gitar elektrik membawa lagu Hourglass nyanyian kumpulan metal Lamb Of God memukau ramai orang.

Dalam tempoh seminggu dimuat naik di YouTube, klip berkenaan ditonton hampir 100,000 kali.

Menurut beberapa guru, Meliani mampu menguasai bahasa Arab serta fasih mengaji al-Quran - dua syarat yang ditetapkan oleh Sekolah Menengah Kejuruan Pasundan 3 itu.

Malah, guru agama sekolah itu, Budi Aji mengakui Meliani lebih rajin berpuasa sunat Isnin dan Khamis berbanding dirinya.


Ketika ditemui di sekolahnya, Meliani melayan soalan wartawan tetapi segera meminta diri untuk seketika apabila waktu Zuhur tiba.

Melihat keadaan itu, Budi berkata, Meliani memang sangat jarang meninggalkan amalan solat berjemaah ketika di sekolah.

Meliani mula belajar bermain gitar ketika di sekolah rendah namun kemahirannya menggunakan gitar elektrik hanya terpancar ketika dia berada di peringkat awal sekolah menengah.

Pada Mac 2014 klip video Meliani dimuat naik di YouTube membawakan satu lagi lagu metal, iaitu Say Goodnight nyanyian asal kumpulan Bullet for My Valentine.


Sumber: mstar.com.my

No comments:

Post a Comment