Kecoh wanita bogel di taman

  WANITA yang dipakaikan semula pakaiannya selepas berbogel di tempat awam.

Kampar: Pengunjung di Taman West Lake, Bandar Baru, di sini, yang datang menikmati keindahan malam dikejutkan dengan seorang wanita yang berjalan di sekitar taman itu berbogel, Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi, wanita yang berusia 30-an itu dipercayai kurang siuman dan berjalan di sekitar taman itu tanpa mengenakan seurat benang sehingga menimbulkan suasana kecoh dalam kalangan pengunjung taman itu.

Pengunjung yang mahu dikenali sebagai Saiful, 27, berkata, dia yang memancing di taman itu terkejut apabila mendapati wanita itu berada tidak jauh darinya mula membuka pakaian.

Katanya, selepas menanggalkan semua pakaiannya, wanita itu merayau-rayau di sekitar taman itu tanpa mempedulikan teguran pengunjung.



“Wanita itu tidak mengendahkan pengunjung walaupun ada antara pengunjung merakamkan gambarnya yang berbogel.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

No comments:

Post a Comment