Inilah ambulans paling laju di dunia


Inilah Lotus Evora yang dijadikan ambulans di Dubai. Namun, kereta ini bukan untuk membawa pesakit ke hospital tetapi ia membawa pelbagai peralatan canggih untuk pertolongan pertama yang diperlukan bagi menyelamatkan nyawa manusia.

Selain komputer yang dihubungkan dengan data pesakit yang bersedia memberikan maklumat lengkap, dan lokasi hospital terdekat sesuai dengan keadaan pesakit, turut disematkan teknologi khas perubatan pelbagai kes, mulai dari kekurangan oksigen, sehingga patah tulang.

Ambulans ini sebagai unit 'First Responder' yang pergi  ke lokasi untuk memberikan pertolongan pertama setelah panggilan kecemasan diterima.

Kenderaan ini mula diperkenalkan di Minggu Teknologi Gitex, pada Sabtu (18/10), di Dubai World Trade Cente




Yusof Haslam terbit drama Bercakap Dengan Jin adaptasi novel SBDJ Tamar Jalis

Antara tenaga yang terlibat dalam Bercakap Dengan Jin.


Yusof Haslam Tunggu 23 Tahun Terbitkan Drama 'Bercakap Dengan Jin'

KUALA LUMPUR: Impian penerbit filem Skop Production iaitu Datuk Yusof Haslam untuk mengadaptasi novel seram yang popular sekitar tahun 1980an iaitu Bercakap Dengan Jin tercapai apabila Astro berbesar hati untuk menayangkannya di saluran Mustika HD.

Yusof berkata, sebelum ini beliau pernah untuk menerbitkan naskhah tersebut untuk dijual di sebuah stesen televisyen namun gagal kerana ketika itu cerita-cerita seram tidak digalakkan untuk tayangan umum.

"Akhirnya impian saya untuk jayakan adaptasi novel seram popular pada tahun 1980an ini tercapai juga.

"Dulu memang ada usaha untuk terbitkannya tetapi ketika itu cerita-cerita seram sebegini tidak begitu digalakkan oleh kerajaan," ujarnya kepada mStar Online.

Yusof berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran drama seram bersiri Bercakap Dengan Jin di Restoran Serai,  KL Life Centre, di sini, Khamis.

Drama 13 episod ini bakal disiarkan pada setiap Selasa, pukul 10 malam di Mustika HD (saluran 134) dan Astro Bella (saluran 133) bermula 4 November ini.

Sementara itu, Yusof berkata, cabaran utamanya adalah berhadapan dengan tahap kesihatan pelakon veteran Datuk Rahim Razali yang terpaksa menjalani penggambaran 14 hari tanpa henti.

Tambah Yusof, disebabkan perkara tersebut juga pelakon berusia 75 tahun itu jatuh sakit akibat terlalu penat.

"Saya rasa bersalah dengan Datuk Rahim Razali yang jatuh sakit ketika penggambaran sehingga dia terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.

"Alhamdulillah dia sihat dan boleh menyambung penggambaran tersebut, kalau tidak pening juga saya untuk mencari penggantinya," ujar Yusof.

Selain itu katanya, cabaran daripada segi penggunaan imej janaan komputer (CGI) untuk beberapa babak dalam drama tersebut memerlukan kos agak tinggi.

Drama arahan Londo Zawawi dan C. Kumaresan ini menceritakan kisah benar yang dilalui oleh penulis iaitu Tamar Jalis tentang pengalaman datuknya iaitu seorang pengamal perubatan tradisional di sekitar negeri Perak.

Selain Rahim, pelakon laij yang turut membintangi drama ini ialah Pekin Ibrahim, A.Galak dan Oktavia Manrose.


Sumber: mstar.com.my

30 Oktober 1938, berita makhluk asing serang bumi hebohkan Amerika

Orson Welles dan siaran 'War of the Worlds' (The New York Times)

Ahad 30 Oktober 1938, pukul 8.18 malam, orang ramai mendengar saluran radio Columbia Broadcasting System terkejut bila mendengar berita makhluk asing dari Marikh menceroboh Bumi!

"Professor Farrell dari Mount Jenning Observatory mengesan letupan di Planet Marikh," demikian pengumuman yang disampaikan juruhebah radio. Kemudian satu lagi berita, meteor besar didakwa terhempas di sebuah ladang di Grovers Mills, New Jersey.

Kemudian, terdengar laporan dari lokasi kejadian. Ternyata bukan meteor, tapi pesawat dari luar Bumi yang mendarat. Juruhebah yang sedang melaporkan secara langsung menggambarkan makhluk asing dari Marikh keluar dari silinder besar berwarna metalik.


Lalu, penyiar itu mendakwa melihat tubuh si makhluk asing. "Besar seperti beruang, berkilau seperti kulit haiwan yang basah. Namun wajah itu, saudara-saudara ... tak terhingga. Aku harus memaksa diriku untuk tetap menatap mereka: mata itu hitam, berkilat seperti ular. Mulutnya berbentuk seperti huruf V, air liur menitis dari bibir yang kelihatan berdenyut.

Si juruhebah menyebut makhluk asing dari Marikh itu melepaskan tembakan senjata yang mengeluarkan isyarat kepada orang ramai  yang berkerumun di sekitar lokasi. Mangsa-mangsa berjatuhan, termasuk 7,000 pegawai dari National Guardsman. Setelah diserang dengan meriam dan bom, makhluk Marikh itu melepas gas beracun ke tanah.

Kemudian, yang terjadi lebih dahsyat lagi, pesawat berbentuk silinder mendarat di Chicago dan St Louis. Terdengar suara-suara riuh dan bising di skrin belakang. Siaran itu terdengar sangat meyakinkan.


Drama radio

Sebenarnya, The Columbia Broadcasting System mempersembahkan Orson Welles dan Mercury Teater dalam drama radio 'War of the Worlds' karya HG Wells. Ramai orang tidak mendengar kata-kata pembuka yang disampaikan tepat pukul 8.00 malam.

Semua hanya drama. Tapi orang ramai telah panik. Di New Jersey, penduduk  yang ketakutan melarikan diri, menyebabkan kesesakan di jalan raya. Balai polis dikerumuni penduduk yang memohon topeng gas agar mereka selamat dari udara beracun yang dibawa makhluk asing. Ada yang meminta syarikat elektrik mematikan kuasa, supaya makhluk-makhluk Marikh tak melihat cahaya rumah mereka.

Salah seorang perempuan dikhabarkan lari ke sebuah gereja di Indianapolis dan menjerit "New York hancur! Ini akhir dunia! Pulang dan bersedia mati," katanya, seperti dikutip dari History.com.

Orson Welles, lelaki berusia 23 tahun, adalah orang yang bertanggungjawab di sebalik semua kekacauan itu. Dia adalah pengarah drama yang kelihatan seperti kejadian sebenar itu. Tapi dia sama sekali tidak menyangka ideanya itu bakal mencetuskan panik.

Ketika berita panik itu sampai kepada CBS, Welles kembali bersiaran, mengingatkan kembali pada para pendengar bahawa kisah itu fiksyen belaka. Selain itu ada khabar angin menyebut, drama radio itu menyebabkan berlaku kes bunuh diri.

Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan menyiasat program tersebut, dan mendapati tidak berlaku perlanggaran peraturan. Namun, sejak itu CBS bersetuju untuk lebih berhati-hati dalam menyiarkan programnya.

Orson Welles bimbang kerjayanya bakal berakhir. Namun, publisiti yang dia dapat membantunya merintis kerjaya di studio Hollywood. Pada 1941, dia mengarah, menulis, menghasilkan, dan berlakon dalam Citizen Kane - filem yang disebut-sebut sebagai yang terbaik yang pernah dibuat di Amerika Syarikat.


Soviet uji bom hidrogen

Selain drama radio yang bikin panik itu, tarikh 30 Oktober juga menjadi momentum peristiwa penting. Pada tahun 1961, Kesatuan Soviet meledakkan 'Tsar Bomb', bom hidrogen berkekuatan 50 megaton - setanding dengan seluruh bom yang meletup pada Perang Dunia II dan dikalikan 10.

'Raja dari segala bom' itu diuji di sekitar Pulau Novaya Zemlya, Laut Artik. Letupan dapat dilihat hingga 1,000 km dari tempat letupan.

Ketinggian 'cendawan' kepulan asap dan api yang dihasilkan oleh bom ini setinggi 64 kilometer, pengionan dari letupan menyebabkan gangguan radio komunikasi selama berjam-jam. Mujur, senjata itu tak sempat digunakan dalam perang.



Sumber: liputan6.com

Lelaki Taiwan potong bibir, telinga dan hidung kekasihnya


Seorang lelaki Taiwan berusia 79 tahun ditangkap selepas mencacatkan wajah teman wanitanya kerana cemburu. Mangsa yang berusia 47 tahun ketika ini dirawat di hospital dan berada dalam keadaan stabil.

Laman Channel News Asia, Khamis 30 Oktober, menyebutkan bahawa pelaku yang bernama Huang memotong bibir, telinga, dan hidung teman wanitanya lalu membuang potongan organ tubuh itu ke dalam tandas.

Huang yang mengesyaki pasangan wanitanya telah berselingkuh, mengikat tubuh teman wanitanya saat tidur dan menggunakan pisau buah untuk memotong bahagian-bahagian badan yang disebutnya tidak boleh disentuh oleh lelaki lain.

Polis berkata, Huang menggunakan tuala untuk menutup mulut teman wanitanya saat menjerit kesakitan. Setelah membuang bibir, telinga, dan hidung teman wanitanya ke tandas, Huang menelefon ambulans untuk membawa teman wanitanya ke hospital.

Menurut polis, sebelum ini Huang telah menulis sebuah mesej ancaman kepada teman wanitanya bahawa akan berlaku pertumpahan darah jika dia melihat teman wanitanya makan malam dengan lelaki lain.



Sumber: viva.co.id

Pelekat peti sejuk punca kanser?

Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah percaya dengan dakwaan magnet pelekat peti ais boleh menyebabkan kanser seperti yang disebarkan di media sosial.

AUTA

Satu kajian daripada Universiti Princeton mendakwa pihaknya menemui kesan menakutkan apabila pelekat magnet peti sejuk boleh menyebabkan penyakit kanser.

Laporan itu dikongsikan beberapa blogger  serta fanpage terkenal yang mempunyai jutaan pengikut.

Walaupun sudah lima bulan kajian itu dibuat namun sehingga semalam masih ada pemilik akaun Facebook berkongsikan perihal penemuan kajian tersebut. Sehingga kini lebih 6,000 pengikut laman  Fanpage itu berkongsi laporan mengenai bahayanya pelekat magnet peti sejuk itu.

Laporan itu mendakwa makanan seperti ayam, daging, ikan dan sayuran yang disimpan di dalam peti sejuk itu akan dicemari oleh pancaran sinaran elektromagnet hasil daripada pelekat magnet yang diletakkan di pintu peti sejuk itu.

Malah, orang yang memakan makanan daripada peti sejuk itu berpeluang menghidap penyakit kanser apabila sel aktif hasil elektromagnet itu akan merebak secara senyap.


FAKTA

Menurut Pakar Sains Pemakanan, Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Aminah Abdullah, fakta yang dikemukakan itu adalah palsu.

Beliau berkata, tidak mungkin pelekat magnet itu mampu menembusi pintu sesebuah peti ais dan mempengaruhi keadaan makanan di dalamnya.

“Pelekat hiasan yang hanya diletakkan di luar pintu peti ais, tidak mungkin boleh masuk dalam makanan.

“Apatah lagi keadaan suhunya yang sejuk menyukarkan makanan itu bertindak balas dengan faktor yang lain,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya tidak pernah mendengar penemuan seumpama itu dilakukan mana-mana universiti setakat ini.

“Saya harap orang ramai tidak mudah percaya dan menyebarkan perkara yang tidak sahih,” katanya.


Sumber: Sinar Harian

Ketam gergasi, Crabzilla muncul lagi

Foto di kiri menunjukkan Crabzilla hampir dengan kanak-kanak di Whitstable, England, dan foto di kanan adalah penampakan pertama Crabzilla di lokasi sama - Weird Whitstable/Quinton Winter

Whitstable: Crabzilla, seekor ketam gergasi  muncul lagi di pinggir pantai Whitstable, England. Kali ini, haiwan krustasea itu dilihat hampir dengan dua kanak-kanak lelaki yang sedang memancing.

 Crabzilla pertama kali dilihat di Whitstable dari foto udara tahun lalu. Gambar tersebut dianggap hoax kerana ia dengan mudah dimanipulasi oleh perisian photoshop. Begitu juga, gambar kedua Crabzilla, yang mungkin dianggap satu penipuan.

Ketika ini ketam terbesar di dunia adalah ketam  labah-labah di Jepun, yang membesar sehingga 365 sentimeter dan berat 19 kilogram.


Sumber: metrotvnews.com

30 Oktober 1974, Muhammad Ali pukul KO George Foreman

Pada 30 Oktober 1974, dalam satu perlawanan tinju di Kinshasa, Zaire, Muhammad Ali telah berjaya menjatuhkan George Foreman dengan pukulan KO pada pusingan ke 8.

Pertandingan tersebut  diadakan bagi merebut gelaran juara dunia Kelas WBC/WBA.
 
 Foto: Tony Triolo /Sports Illustrated/Getty Images

 Foto: Neil Leifer/Sports Illustrated/Getty Images

Foto: Neil Leifer/Sports Illustrated/Getty Images
 
Muhammad Ali mengangkat kedua tangannya setelah diistiharkan menang KO pada pusingan ke-8, ketika melawan George Foreman di Kinshasa, Zaire, pada 30 Okteber 1974. Foto: AFP/Getty Images

Deng Yuan Yuan, guru biologi cantik di China

 Foto: Rocketnews24.com

Deng Yuan Yuan, seorang guru biologi di sekolah menengah menjadi perhatian seisi sekolah bahkan di internet, kerana kecantikan yang dimilikinya.

Seperti dilapor oleh Rocketnews24, guru cantik ini berasal dari Shichuan, China dan mengajar di sebuah sekolah menengah di Jinlin sejak 2012.

Guru cantik dengan ketinggian 180 cm ini sangat cermat dan teliti ketika mengajar dan mendampingi murid-muridnya. Cara pengajarannya mudah difahami dan murid-murid selesa ketika bersamanya.

Tak hairan murid-muridnya jarang ponteng atau tidur di kelas.






Lelaki Gagal Dapat Hak Berbogel

Gough hanya gemar memakai topi dan beg sandang besar sahaja, tanpa pakaian.

STRASBOURG (Perancis): Seorang lelaki yang menghabiskan masa tujuh tahun di dalam penjara kerana berbogel di khalayak ramai, kalah dalam tuntutannya mendapatkan hak untuk tidak perlu berpakaian.


Hakim Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah yang berpangkalan di Strasbourg berkata, Stephen Gough mesti menghormati perasaan orang lain yang tidak bersetuju dengan keinginannya itu.

Gough yang digelar "Perewang Bogel" mengemukakan tuntutan di mahkamah untuk mendapatkan hak mengenakan hanya topi dan beg sandang besar ketika berada di tempat awam.

Sebelum ini dia pernah disabitkan dengan 30 kesalahan mengganggu ketenteraman awam serta jenayah berkaitan kegemarannya berbogel.

Kata Gough, undang-undang Eropah menghormati kehidupan peribadi rakyatnya, selain mengiktiraf hak kebebasan bersuara.

Dengan undang-undang itu, kata Gough, dia berhak untuk berbogel pada bila-bila masa yang dirasakan sesuai.

Namun hakim berpendapat, peruntukan undang-undang itu tidak diguna pakai terhadap kelakuan antisosial berulang.

"Gough mempunyai banyak cara lain untuk menyatakan pendapat," katanya.


Sumber: mstar.com.my

Roket Ke ISS Meletup 6 saat selepas dilancarkan

 Antares meletup hanya enam saat sebaik ia dilancarkan pada pukul 6.22 petang waktu tempatan.

CAPE CANAVERAL: Roket angkasa lepas komersial, Antares yang menghantar bekalan ke Pusat Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) meletup hanya enam saat sebaik dilancarkan, awal pagi Rabu.


Kepulan asap dan api yang marak dapat dilihat dengan jelas sekitar Florida akibat letupan roket kargo Cygnus yang membawa muatan 2,267 kilogram bahan untuk kegunaan enam angkasawan yang tinggal di ISS.

Ia adalah perjalanan keempat membawa kapal angkasa Cygnus ke makmal orbit, roket itu melakukan perjalanan pertamanya setahun lalu.

 Senario sebelum Antares meletup di Wallops Island.

Roket angkasa Orbital Sciences Corp tanpa pemandu itu setinggi 14 tingkat bangunan itu meletup dan terbakar di kompleks pelancaran angkasa lepas Wallops Island, Virginia pada jam 6.22 petang waktu tempatan.

Syarikat pemiliknya berkata, setakat ini tiada kecederaan dilaporkan dan kerosakan yang berlaku hanya membabitkan kemudahan di tapak pelancaran itu.

NASA membiayai misi roket angkasa yang dimiliki syarikat Orbital Sciences yang berpangkalan di Virginia dan syarikat Space-X berpangkalan di California untuk memastikan stok di ISS.

Setakat ini punca kejadian masih tidak diketahui, demikian menurut pengulas misi pelancaran NASA, Dan Huot. - mstar.com.my

Operasi Gempur Aurat di Kota Bharu

Jurujual wanita yang berpakaian ketat boleh dikenakan kompaun kerana tidak mematuhi peraturan ditetapkan.

KOTA BHARU - Operasi Gempur Aurat yang dilancarkan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) membuktikan keseriusan MPKB-BRI menangani isu aurat, khususnya melibatkan peniaga di Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Belia dan Wanita MPKB-BRI, Nor Azariza Mohd Alawi berkata, operasi bermula September sehingga Disember 2014, diadakan berikutan ramai dikesan mula leka dengan peraturan dikeluarkan sebelum ini.

“Ia bukan perkara baharu, malah pekeliling di bawah Arahan Mematuhi Etika Berpakaian sudah dikeluarkan sebelum ini, namun bila kita lihat ada peniaga yang bagaikan leka dan mula mengabaikan peraturan tersebut, penguatkuasaan semula perlu dilakukan.

“Operasi Gempur Aurat dan kompaun maksimum RM500 yang dikenakan kepada peniaga yang melanggar arahan ini, diharap akan menjadi pengajaran, sekali gus mengingatkan mereka kewajipan menutup aurat,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Menurutnya, sehingga kini operasi berkenaan sudah diadakan secara menyeluruh di lokasi tumpuan orang ramai seperti pasar raya dan pasar malam.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pembangunan Islam MPKB-BRI, Ropein Hassan berkata, sejak operasi tersebut dilancarkan, sebanyak 34 kompaun dikeluarkan MPKB-BRI terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan.

Menurutnya, tidak timbul isu tidak tahu kerana segala peraturan dan syarat sudah dijelaskan sebelum peniaga mendapatkan lesen perniagaan daripada MPKB-BRI.

“Penghujung 2013, semua peniaga diwajibkan menghadiri kursus perniagaan mengikut perspektif Islam yang diadakan secara berperingkat-bagi memaklumkan kepada mereka mengenai Undang-Undang Kecil MPKB,” katanya.

Sehingga kini lebih 3,000 peniaga telah mengikuti kursus berkenaan dan kira-kira 10,000 dalam proses serta sedang menunggu giliran.


Sumber: Sinar Harian

Misteri kuntilanak muncul di sebuah konsert di Semarang

 
Sesosok bayangan yang diduga hantu kuntilanak tidak sengaja dirakam oleh pengunjung saat konsert kadenza band sebelum Tipe-X menghibur warga Semarang Selasa malam 9 September di Panggung utama PRPP Semarang.

Sosok berambut panjang terurai itu muncul di antara pengunjung yang memenuhi arena Jateng Fair. Tidak kelihatan jelas wajah sosok yang dibalut kain berwarna putih berambut panjang terurai itu. Pengunjung juga tak sedar sosok asing yang berada di tengah-tengah mereka. Perhatian mereka tertuju pada aksi band di atas pentas.

Seperti yang dikutip dari metrosemarang.com, pengunjung yang merakam gambar tersebut mengaku kaget dengan kemunculan sosok berpakaian serbaputih itu. Awalnya dia menganggap sosok tersebut sebagai seseorang, namun setelah diperhatikan, ia lebih menyerupai susuk hantu kuntilanak.

"Sekarang tiap kali melihat gambar yang saya ambil itu, saya malah merasa merinding," tegasnya.



Sumber: forum.viva.co.id

Gara-gara mencuri, perempuan ini ditelanjangi pemilik kedai

Foto: Mirror

Seorang perempuan di Zhejiang, China, ditelanjangi oleh pemilik kedai yang menangkapnya ketika berusaha mencuri baju di kedai beliau. Demikian dilaporkan Mirror, Isnin 27 Oktober 2014.

Pemilik kedai, Mei Hsueh, mengatakan pada polis bahawa dia hanya ingin memberikan hukuman. Dia melucutkan pakaian perempuan berusia 28 tahun bernama Yu Chung itu, agar tidak melarikan diri sebelum polis datang.

"Pencuri itu berusaha mencuri baju dari kedai, jadi Saya mengambil juga pakaiannya. Dia akan berfikir semula kalau berusaha melakukannya lagi. Itu juga untuk peringatan bagi pencuri lain," kata Mei.

Mei membuka baju dan bra Yu Chung, lalu menolaknya ke tepi jalan untuk memalukannya. Jurucakap polis Chi Tuan, mengatakan Yu Chung ditangkap dengan tuduhan mencuri dan tidak ada tindakan yang akan dilakukan polis terhadap pemilik kedai.


Sumber: viva.co.id

Video labah-labah makan cicak hidup-hidup


Sebuah video yang dimuat naik di You Tube oleh LiveLeak menunjukkan seekor labah-labah yang diduga berasal dari Asia atau Eropa Timur menyerang seekor cicak dan memakannya hidup-hidup.

Seperti dikutip dari Mirror.co.uk, Selasa (21/10/2014), labah-labah yang berkemungkinan dari jenis giant huntsman itu mencucuk taringnya ke bahagian leher, membuat cicak itu lumpuh tak berdaya sebelum memakannya.

Hantu melayang muncul di lokasi penggambaran Game of Thrones

 
Penampakan misteri muncul di lokasi penggambaran siri popular Game of Thrones di Dark Hedges, wilayah berhampiran Armoy, Ireland. Dalam foto yang diambil Gordon Watson, warga Ballycastle, terlihat sosok melayang berwarna kelabu.

Watson mengaku tak percaya saat melihat hasil fotonya di komputer. Menurut legenda tempatan, kawasan Dark Hedges memang terkenal angker, kerana dihuni sesosok hantu yang diyakini sebagai Grey Lady.

Seperti dikutip Mirror.co.uk, Isnin (27/10/2014), sebahagian warga Armoy menyebut Grey Lady adalah pelayan yang meninggal dunia secara misteri ratusan tahun lalu. Sebahagian lain meyakini Grey Lady adalah roh penasaran dari sebuah kubur yang tersembunyi dan terbengkalai.

Pada malam Halloween, kuburan itu disebut-sebut 'terbuka' dan Grey Lady bergentayangan bersama roh lain.

Dark Hedges dikenali dengan sekumpulan pohon besar jenis Beech yang saling menyilang dan seolah membentuk terowong semula jadi. Pemandangan luar biasa ini dijadikan salah satu lokasi penggambaran  Game of Thrones.


Sumber: metrotvnews.com

Lelaki tersalah hantar SMS minta ganja kepada polis

Gambar hiasan: Foto: AFP/DESIREE MARTIN

Seorang lelaki kembali masuk penjara kerana salah hantar SMS meminta ganja kepada seorang polis.

Menurut laporan WALB, Alvin Cross Jr asal Georgia, Amerika Syarikat, menghantar mesej "Ada ganja?" kepada polis. Cross menjalani masa bebas percubaan setelah meringkuk di penjara selama 15 tahun atas rompakan bersenjata di tahun 2006.

Bertindak balas atas SMS tersebut, pihak berkuasa memecah masuk kediaman Cross dan menemui satu pakej kokain.

Kes Cross bukan kali pertama berlaku. Oktober 2013, seorang lelaki asal New Jersey secara tak sengaja menghantar SMS detail penjualan dadah ganja kepada detektif polis. Masih di bulan yang sama, perempuan dari California menghantar SMS kepada polis berkaitan perniagaan narkotik jenis fentanyl.


Sumber: metrotvnews.com

Ngeri! Kaki gadis ini menghitam setelah digigit ular


Seorang gadis berusia 13 tahun yang tidak didedahkan identitinya digigit ular semasa bermain menyebabkan kakinya menghitam dari lutut hingga jari kakinya. Hal ini disebabkan kematian sel, akibat racun ular tersebut.

Kejadian ini berlaku di Carcaras, Venezuela. Doktor yang merawatnya hampir satu bulan, tidak berjaya menyelamatkan kaki tersebut.

"Racun ular sangat kompleks, bergantung kepada jenis ular tersebut," ucap Dr Arun Ghosh.

Bisa ular yang menyebabkan kaki gadis ini menghitam memang tidak diketahui jenisnya. Satu-satunya cara untuk menyelamatkan nyawa gadis tersebut adalah dengan memotong kakinya.

Senjata perang yang tak menjadi

 
Pada zaman perang dunia kedua, saintis ketenteraan US telah mencipta satu senjata yang kononnya boleh memusnahkan Jepun. Senjata ini dinamakan the bat bomb. Mereka telah memasang bom pada badan beratus-ratus ekor kelawar dan pada teorinya kelawar ini akan dilepaskan ke ruang udara jepun dan akan terbang ke bumbung-bumbung rumah serta bangunan di Bandar-bandar utama jepun lalu akan diletupkan. Namun ironinya, seekor daripada kelawar ini telah terlepas dari makmal dan hinggap di salah sebuah tempat simpanan jet dan senjata mereka lalu meletup dan memusnahkan hampir keseluruhan tempat tersebut.

Tentera soviet dalam perang dunia kedua juga pernah mencipta satu senjata yang dianggap kejam. Bagi mengelakkan kemaraan tentera german dengan kereta kebal mereka yang lebih hebat, saintis soviet telah mencadangkan agar anjing yang dilatih khas dipasang dengan bom dan diarah untuk pergi ke bawah kereta kebal german dan diletupkan. Namun ketika peperangan berlaku anjing bom ini telah lari ke bawah kereta kebal soviet sendiri dan enggan pergi ke bawah kereta kebal german. Hal ini kerana semasa dilatih anjing-anjing ini telah dilatih dengan menggunakan kereta kebal Soviet.


Sumber: tranungkite.net

Pengguna pengangkutan awam di Dubai akan dihadiahkan emas

 
Warga Dubai yang menggunakan pengangkutan awam akan diberi emas seberat 4 kilogram oleh kerajaan. Hadiah itu merupakan satu dari banyak kejutan yang diagihkan dalam rangka perayaan lima tahun Hari Pengangkutan Awam pada tarikh 1 November akan datang.

BBC edisi minggu lalu menyiarkan langkah ini dibuat oleh Kerajaan UAE melalui Pihak Berkuasa Pengangkutan dan Jalan (RTA) agar mendorong rakyat menggunakan pengangkutan awam berbanding kereta peribadi.

"Melalui inisiatif Hari Pengangkutan Awam, RTA berusaha mengadakan pelbagai segmen komuniti untuk menghentikan pergantungan terhadap kenderaan peribadi dan beralih ke mod pengangkutan awam di UAE," ungkap Ketua Pegawai Eksekutif RTA, Yousuf Al Ali.

Hadiah emas itu akan diberikan melalui cabutan bertuah dan kejutan lain selama satu minggu penuh. Program ini telah bermula sejak hari Ahad, 26 Oktober 2014. Selain emas, RTA juga menyiapkan hadiah mewah lain. Jumlah hadiah yang diberikan mencapai 1 juta Dirham.

Selain memberikan kejutan, acara Hari Pengangkutan Awam turut dimeriahkan pelbagai pertandingan dan acara, termasuk salah satunya melibatkan pemain bola keranjang iaitu dari Amerika Syarikat yang sudah bersara, Kareem Abdul Jabbar.

Dia akan hadir dalam pertandingan bola keranjang jalanan di stesen kereta api bawah tanah. Jika memenangi pertandingan tersebut, maka warga boleh meraih hadiah bernilai 10 ribu Dirham.

Namun, kerajaan hanya akan memberikan hadiah tersebut kepada mereka yang komited naik pengangkutan awam. Oleh sebab itu, warga diharuskan mempunyai kad perjalanan Dubai untuk ikut dalam pertandingan bola keranjang tersebut. Selain itu, jawatankuasa juga mengadakan kempen derma darah.

Tahap pemilikan kereta di Dubai antara tertinggi di dunia, dengan rata-rata mencapai 2,3 kereta untuk setiap keluarga. Hanya 13 peratus sahaja yang menggunakan pengangkutan awam.

RTA mensasarkan kenaikan sebanyak 30 peratus terhadap penyertaan orang ramai  menggunakan pengangkutan awam. Caranya dengan memberikan potongan harga bagi kadar tambang pengangkutan awam.

Hal ini, merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan mengurangkan kadar kesesakan di sana.


Sumber: viva.co.id

Lelaki mabuk jatuh dalam kolam kumbahan najis

CHI (kanan) selepas diselamatkan

China: Seorang lelaki mabuk jatuh ke dalam kolam kumbahan najis kerana mahu mengambil jalan pintas dengan harapan dapat mengelak daripada bergaduh dengan isterinya.

Chi Fang, 42, menghabiskan masa minum bersama rakannya di Wuhu di daerah Anhui, timur China apabila isterinya telefon mengarah dia balik serta merta.

Dalam keadaan tergesa-gesa dia mengambil jalan paling dekat untuk pulang, melintasi sebuah jambatan yang boleh menjimatkan beberapa minit masanya.

Kerana 'pening' akibat minum arak, Chi berhenti seketika untuk muntah.

Dia membongkok melepasi besi penghadang, tetapi tidak dapat mengawal diri lalu jatuh ke dalam kolam kumbahan itu.


Sumber: myMetro

Misteri Gunung Hitam di Australia


Kisah misteri ini berlaku di Black Mountain atau Gunung Hitam yang terletak di Bandar Cooktown, Queensland, Australia, bukan sekadar nama sahaja. Tetapi ianya memang kelihatan berwarna hitam apabila dilihat dari jauh dan ternyata kewujudannya penuh dengan misteri. Sekali pandang, ia hanyalah gunung biasa, dipenuhi batu granit yang membentuk gua-gua kecil yang menjadi habitat bagi pelbagai jenis hidupan liar seperti katak bukit, walabi, ular, kelawar dan sebagainya.

Namun disebalik zahirnya yang kelihatan biasa itu, tersimpan pelbagai peristiwa yang masih belum terungkai sehingga kini.Sayang sekali kerana belum ada individu yang dapat menceritakan rahsia Gunung Hitam secara jelas. Ini kerana, setiap yang melangkah masuk ke kawasan Gunung Hitam akan hilang tanpa meninggalkan kesan atau hilang akal jika terselamat.

Pada Tahun 1877, seorang pengembara yang menaiki kereta kuda telah melalui kawasan gunung tersebut. Dengan tiba-tiba roda kereta kudanya tertanggal dan kereta kudanya pun terbabas. Dia kemudiannya turun untuk memeriksa dan sejak itu dia tidak ditemui lagi.

Hanya bangkai kereta kudanya yang ditemui. Pengembara itu dan kuda-kudanya telah hilang entah ke mana. Ini berdasarkan kesan tapak kakinya mereka yang ditemui menunjukkan kehilangan mereka secara tiba-tiba. Malah tiada tanda-tanda mereka diserang binatang buas atau berjalan ke tempat lain.

Tiga Belas Tahun kemudian, Ketua Polis Cooktown, Sarjan Isaac sedang mengejar seorang penjenayah hingga ke Gunung Hitam. Sebaik ternampak musuh yang dijejaki itu memasuki salah sebuah gua, Isaac pun mengekorinya. Hingga ke hari ini, kedua-dua mereka tidak diketahui nasibnya.

Kemudian seorang bekas komando diupah untuk mencari Isaac, tetapi dia juga lenyap tanpa khabar berita. Misteri satu demi satu kehilangan itulah yang membuatkan Gunung Hitam bukan saja dipinggirkan tetapi amat digeruni.

Bagaimanapun, masih ada orang yang berminat untuk mengunjungi kawasan itu. Salah seorang daripada mereka adalah Harry Owens, pengawal stesen Cooktown. Beliau pergi ke Gunung Hitam dengan alasan untuk memburu lembu-lembu liar.

Walaupun dihalang oleh rakan-rakannya, beliau tetap berkeras dan meneruskan hajatnya. Setelah tidak pulang menjelang malam, rakan-rakanya segera membuat laporan polis.


Usaha besar-besaran dilakukan oleh pihak berkuasa untuk mencarinya. Dua orang anggota pencari telah ditugaskan untuk memasuki sebuah gua yang terdapat disitu dengan berbekalkan peralatan yang lengkap.

Setengah jam kemudian, hanya seorang yang berjaya merangkak keluar dan menyebabkan rakan-rakan mereka yang lain menjadi panik.

Sekalipun pencari itu tidak mengalami sebarang kecederaan, dia tidak dapat menceritakan apa yang telah dialaminya.

Dia seolah-olah kebingungan dan mengalami ketakutan yang amat sangat. Selepas histeria beberapa lama, dia menghembuskan nafas terakhir tanpa meniggalkan sebarang maklumat berkaitan peristiwa berlaku di Gunung Hitam.

Pada tahun 1932 pula, seorang lagi didapati hilang selepas memasuki salah sebuah gua di Gunung Hitam. Dia yang dikenali sebagai Henry Page sedang menjalankan kajian tentang kehilangan-kehilangan yang berlaku sebelum ini.

Kemudian, dua orang pemuda Orang Asli yang mahir tentang ilmu hutan diupah untuk mencarinya. Malangnya, mereka juga lenyap tanpa berita padahal mereka terlalu biasa dengan keadaan hutan di situ.

Pihak polis Cooktown kemudiannya menjalan operasi menyiasat dengan menggunakan pelbagai alatan tercanggih pada masa itu termasuk Live Camera dan Helicopter bagi mengesan apakah yang terdapat di gua itu.

Nyata semua usaha mereka gagal menemui sebarang kesan seperti mayat, tulang rangka, pakaian, barang-barang peninggalan mangsa atau sebaginya. Lebih malang lagi apabila lebih seratus orang yang dilaporkan hilang dalam operasi itu.

Ada yang berteori mengatakan di gua itu terdapat satu lubang. Mangsa-mangsa yang hilang mungkin terjatuh ke situ dan gagal dikesan kerana tiada sebarang cahaya.

Tiba-tiba seorang lagi pemuda di kalangan Orang Asli yang lebih berpengalaman menawarkan diri untuk memasuki gua tersebut dan menyiasat. Semua pihak mengharapkan beliau akan membawa pulang sedikit sebanyak maklumat berkaitan misteri Gunung Hitam.

Apabila tiba dipintu gua yang berkenaan, pinggang pemuda Orang Asli itu diikat dengan tali dan tali itu dipegang oleh puluhan anggota penyelamat yang akan menunggu di pintu gua. Beliau pun mencuba nasib untuk memasuki gua itu berbekalkan lampu picit berkuasa elektrik dan sepucuk pistol automatik.

Setelah satu jam, beliau pun ditarik keluar dengan tali tersebut. Sekali lagi semua yang hadir di situ menjadi gempar kerana pemuda Orang Asli itu sudah tidak dapat menjawap sebarang pertanyaan.

Beliau pun segera dikejarkan ke hospital. Selepas satu minggu menerima rawatan, barulah beliau dapat menceritakan pengalamannya.

” Cahaya lampu masih tidak mencukupi untuk menerangkan seluruh kawasan di dalam gua itu.Yang saya nampak, hanyalah batu. Semakin dalam saya memasuki gua itu, semakin terasa panas. Saya menjadi semakin tidak selesa dan gementar “

” Dalam keadaan itu, tiba-tiba muka saya ditampar. Saya mengandaikan ianya adalah libasan sayap kelawar yang amat besar. Saya cuba mendongak untuk melihatnya, tetapi muka saya pula tertempek oleh sesuatu yang seakan-akan najis “

” Kemudian saya terdengar bunyi desis yang kuat dan bergema di dalam kegelapan gua itu. Lantas saya teringat pada ular-ular tedung yang sering saya temui di sekitar Gunung Hitam “

” Saya mengeluarkan pistol yang di bawa, tetapi tiada akal untuk menembak ke arah mana. Pada saat itu, saya mengalami perasaan takut teramat sangat yang tidak pernah dialami seumur hidup saya “

” Dalam keadaan genting itu, saya tidak dapat mengingati apa yang berlaku seterusnya, sehinggalah saya terasa tali yang diikat pada pinggang saya ditarik dan kemudiannya saya berada di pintu gua semula. “

Malangnya masih belum ada maklumat yang dapat dikaitkan dengan kes-kes kehilangan sebelum ini. Malah sehingga kini, misteri Gunung Hitam itu kekal menjadi tanda tanya.Dan cerita yang deperolehi daripada Pemuda Orang Asli itu juga banyak kekurangannya berdasarkan tempoh masa yang kejadian itu yang agak lama.


Merujuk kepada penduduk di situ pula, terdapat pelbagai cerita tentang Gunung Hitam. Ia dianggap amat penting oleh masyarakat Kaum Asli yang mendiami sekitar kawasan Gunung Hitam itu. Mereka memanggilnya Kalkajaka yang bermaksud Gunung Kematian.

Terdapat mitos atau lagenda yang dikaitkan dengan misteri Gunung Hitam itu. Menurut cerita Kaum Asli di situ, pada masa dahulu terdapat seorang bomoh ilmu hitam yang boleh mengubah dirinya menjadi mengkarung.

Tetapi bagi memenuhi syarat-syarat dalam pengamalan ilmu hitamnya itu, bomoh itu harus memakan daging manusia. Suatu hari, rahsia bomoh itu telah terbongkar, dia diusir kerana didapati memakan daging kaumnya sendiri.

Bomoh itu lari ke Gunung Hitam. Ketika itu hujan turun mencurah-curah dan kononya dewa telah menghukumnya dengan menyumpahnya menjadi batu-batu dan kemudiannya batu-batu itu bertukar menjadi hitam selepas dipanah petir.

Manakala bagi penduduk-penduduk setempat pula yakin yang Gunung Hitam terbentuk akibat pergaduhan di antara dua beradik berkuasa luar biasa yang berebutkan seorang gadis.

Dalam pergaduhan itu. mereka melempar dan menggolekkan batu-batu besar bagi mengalahkan antara satu sama lain. Batu yang bertimbun-timbun itulah yang kononya membentuk Gunung Hitam.

Bagaimanapun, fakta yang lebih pasti adalah kawasan sekitar Gunung Hitam telah dijadikan killing field oleh pendatang kulit putih untuk membunuh kaum Asli Australia pada 500 tahun dahulu.

Sesetengah kaum Asli di situ yakin yang hantu-hantu mangsa pembunuhan itulah yang membalas dendam atas kekejaman kaum kulit putih dahulu. Malah keturunan daripada kaum Asli yang cuba untuk membantu kaum kulit putih juga akan turut menerima padah !



Sumber: mforum.cari.com.my

Lima pelumba motocross wanita tercantik

 Foto: scigacz.pl

 Emma McFerran

 Berasal dari Australia, dilahirkan pada 11 Mei 1988. Prestasinya di perlumbaan motocross tidak perlu diragukan lagi. Emma pernah menduduki tempat ke 3 di piala wanita MX Australia di Horsham, juara 5 tiga tahun berturut-turut di Victoria Motocross Senior dan secara peribadi dijemput oleh PINK dan Carey Hart untuk melakukan FMX di lima bandar di Australia pada 2009.

 Tahun lalu, McFerran berlumba di Kejohanan Federation Internationale de Motocyclisme (FIM) Freestyle Motocross World Championship 2013 (NIGHT of JUMPS) di kelas B senior 250cc.

  Foto: motocross.transworld.net

Ashley Fiolek

Lahir pada 22 Oktober 1990. Dia dikenali sebagai pelumba motocross pekak di Women 's Motocross Association. Memulakan kerjaya di dunia lumba motor sejak usia 7 tahun. Walaupun dia tidak boleh mendengar bunyi raungan enjin motosikalnya sendiri, namun Ashley membuktikan bakatnya di dunia motocross yang luar biasa.

Menunggang motor lumba dengan nombor 67 dan 1, pada tahun 2008 dia menjuarai TOD Pro National champion selepas kemenangan profesional pertamanya di WMA Pro National Hangtown. Dia juga memenangi beberapa perlumbaan lain di musim 2009, termasuk Moto 1 di Hangtown dan Glen Helen.

Pada awal 2010 kerjayanya melonjak dan hingga kini dia sudah memenangi 4 kali gelaran juara Nasional. Prestasinya di dunia motocross pernah menempatkannya sebagai Juara WMA termuda selepas menamatkan perlumbaan di kedudukan ke 7 di Baja Town Raceway di Delmont, Pennsylvania pada 5 September 2009.

 Foto: supercross.com

Tarah Gieger

Wanita kelahiran Aguadilla, Puerto Rico 18 September 1985 ini merupakan pelumba motocross wanita profesional. Sebelum menceburi dunia perlumbaan, Tarah senang menghabiskan masanya berlatih surfing dan kemudian memutuskan untuk berganti ke motocross pada umur 10 tahun.

Kerjayanya secara profesional bermulanya sejak tahun 2000. Tarah telah memenangi Loretta Lynn AMA Amateur National Motocross Championship pada tahun 2004, 2006 dan 2007. Pada tahun 2007, dia mendapat gelaran wanita pertama yang pernah bertanding di Motocross des Nations. Dan pada tahun 2008 dia juga menyandang gelaran sebagai wanita supercross pertama di X Games XIV.

 Foto: mundocross.com.br

Livia Lancelot

Wanita kelahiran Saint Denis, Perancis pada 11 Februari 1988. Prestasinya dalam perlumbaan motocross juga boleh dibanggakan. Dia pernah meraih juara FIM Wanita Motocross World Championship pada tahun 2008 dan menempatkan dirinya sebagai juara wanita pertama yang pernah ada dalam sejarah motorcross Perancis.

 Foto: motorcycle-usa.com

Sara Price

Memulakan kerjaya secara profesional pada tahun 2009, Sara Price adalah pelumba baru di Kelas Wanita dari Lucas Oil Motocross Championship. Walaupun masih seorang amatur, namun wanita cantik dan seksi ini dikenali berdaya tahan di litar dan mampu mempamerkan prestasi terbaiknya di perlumbaan.

Pemancing tangkap ikan tuna punyai tanduk unicorn

 
Seorang pemancing, Kim Haskell dari Bloomfield, Queensland, Australia berjaya menangkap seekor ikan tuna yang mempunyai tanduk, mirip tanduk haiwan mitos kuda unicorn.

Ikan tuna bertanduk unicorn yang disebut tunicorn ini ditangkap di perairan berhampiran  Great Barrier Reef.

"Kami menangkap seekor ikan, yang mempunyai semacam duri mirip tanduk," ucap Kim pada Daily Mail Australia, seperti dikutip Mirror.co.uk, Khamis (23/10/2014).

"Ikan itu kami bawa ke dek kapal, dan secara perlahan kami lepaskan kail di mulutnya," sambungnya.

Kim menduga tanduk itu sebenarnya adalah hujung muncung ikan pedang (swordfish / sailfish) yang menembusi dan patah di kepala tuna.


Sumber: metrotvnews.com

Penemuan khazanah purba di Kedah

Dr Wan Shamsudin (empat, kanan) bersama sebahagian ahli PSMCK dan penduduk melihat keadaan relau besi yang ditemui di Kampung Chichar.


Relau besi disangka tempayan

ALOR SETAR - Penemuan terbaru khazanah purba di Kampung Chichar, Jeneri, dekat sini, dilihat terus membuktikan kehebatan industri pembuatan besi awal abad masihi di Kedah.

Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), Datuk Dr Wan Shamsudin Mohd Yusof berkata, artifak sejarah ini dikenal pasti sebagai relau besi.

“Melalui kaji selidik dilakukan PSMCK, kami dapati dua struktur yang mulanya disangka penduduk adalah tempayan besar sebenarnya relau besi.

“Malah, objek terbenam dalam tanah berkenaan didapati memiliki nilai sejarah tinggi. Ia menyerupai relau ditemui berhampiran Sungai Batu, Lembah Bujang,” katanya.

Lebih mengagumkan, menurutnya, melalui pemerhatian, relau besi baru ditemui berkenaan dianggarkan berusia 1,000 tahun.

Dr Wan Shamsudin berkata, faktor relau berbentuk bulat digunakan untuk melebur besi yang masih lengkap dilihat membuktikan kehebatan pembuatan besi Kedah.

Oleh itu, katanya, mereka mengharapkan sokongan semua pihak khususnya kerajaan negeri dalam kaji selidik dilakukan demi menjejaki warisan tersembunyi Kedah.

Malah, katanya, penemuan artifak sejarah sedemikian dilihat berpotensi dijadikan produk pelancongan dan tarikan terbaru negeri ini.

Sebelum ini, penemuan terbaru khazanah purba dalam tanah dianggarkan berusia ratusan tahun mengejutkan rata-rata penduduk Kampung Chichar, Jeneri.

Difahamkan, tujuh relau besi di Kampung Gading, Jeniang, kira-kira 17 kilometer (km) dari tapak penemuan lokasi terbaru diletakkan di bawah tapak tanah bersejarah Jabatan Warisan Negara.


Sumber: Sinar Harian

Misteri lengan dinosaur terjawab setelah penyelidikan selama 50 tahun

 
Setelah melakukan penyelidikan selama 50 tahun, para ahli palaeontologi akhirnya dapat menyelesaikan misteri lengan raksasa seekor dinosaur.

Sejak menemui dua lengan dinosaur bersaiz gergasi pada 1960, para saintis membuat spekulasi tentang jenis dinosaur pemilik kedua lengan tersebut.

Teka-teki itu terjawab ketika para pakar berjaya menggali sisa bahagian tubuh dinosaur itu di Mongolia baru-baru ini.

Menurut laporan Detik.com, dalam kajian yang diterbitkan dalam jurnal saintifik Nature, para penyelidik mengatakan dinosaur itu mempunyai tangan yang besar, bonggol, dan kaki berkuku seperti lembu.

Yuong-Nam Lee, yang memimpin kajian dari Institut Geosains dan Sumber Daya Mineral Korea Selatan, berkata: "Ini adalah penemuan dinosaur teraneh, ini di luar imaginasi kami."

Bergerak lambat

Sebelum menemui fosil utuh di Mongolia, sejumlah pakar menduga dinosaur itu mempunyai tubuh sepanjang 2.4 meter dengan tiga cakar raksasa.

Dalam berbagai rekonstruks, binatang ini digambarkan mirip Tyrannosaurus rex - dinosaur pemangsa yang mencengkam mangsanya dengan cakar.

Tapi penemuan di Mongolia mematahkan spekulasi tersebut.

Pasukan penyelidik antarabangsa mengatakan saiz haiwan purba ini sangat besar, panjangnya kira-kira 11m dan berat enam tan.

Dinosaur itu mungkin mempunyai bentuk kepala yang panjang menyerupai paruh itik dan bonggol besar di belakangnya. Kakinya pendek dan kekar dan mempunyai kuku yang akan mencegahnya dari tenggelam ke dalam tanah lembap di mana ia tinggal.

Isi perutnya menunjukkan bahawa haiwan itu memakan sejumlah tanaman dan ikan.

"Kami tidak tahu fungsi lengan panjangnya, tapi kemungkinan haiwan itu menggunakan lengan dengan kuku untuk menggali dan mengumpul tanaman-tanaman herba di beberapa habitat air tawar," kata Dr Yuong-Nam Lee.

Haiwan purba ini dinamakan Deinocheirus mirificus yang bererti haiwan dengan bentuk tangan besar yang mengerikan.

Kediaman rasmi Presiden Indonesia berhantu?

 Zannuba
 
‘Istana sudah dibersih Gus Dur’
 
Jakarta: Dakwaan bahawa Istana Negara 'berhantu' bukan sekadar khayalan, malah ditegaskan oleh anak perempuan bekas bekas Presiden Indonesia, Abdurrahman Wahid atau Gus Dur sekali lagi semalam.

Zannuba Ariffah Chafsoh Rahman Wahid berkata, Istana Presiden memang menyeramkan dan ada beberapa ruang yang kurang menyenangkan.

"Namun Presiden Jokowi (Jokow Widodo) tidak perlu bimbang kerana semuanya sudah dibersihkan sejak Gus Dur tinggal di situ," katanya kepada media.

Beberapa hari lalu Zannuba-atau lebih dikenali dengan panggilan Yenny-berkata bapanya pernah diganggu makhluk halus ketika mendiami kediaman rasmi Presiden Indonesia itu.

"Pada satu ketika, Gus Dur sedang duduk di atas kerusi yang tiba-tiba bergoyang," katanya.

Gus Dur tidak panik, sebaliknya berkata: "Sudahlah, aku tahu kamu ada. Jangan ganggu aku ya. Kamu di duniamu, saya di dunia saya."

Kata Yenny, Gus Dur kemudian meneruskan kerjanya.

Menurut Yenny, pengalaman itu mendorong keluarganya sering membaca al-Quran ketika tinggal di Istana Presiden.

Walaupun begitu, Yenny mengakui amalan berkenaan tidak mengurangkan 'aktiviti' makhluk halus di situ.

Katanya, pernah sekali pokok beringin di halaman istana tiba-tiba mengeluarkan asap putih ketika mereka sekeluarga membaca al-Quran.

"Kami semua ketakutan, namun bapa langsung tidak takut dan berkata, makhluk halus itu mahu ikut mengaji," katanya.

Selain Yenny, beberapa rakan adiknya juga mengaku pernah melihat kejadian aneh di istana berkenaan.

Sesetengahnya, kata Yenny, turut diganggu.

"Ada yang melihat makhluk bertubuh besar berlari laju pada waktu tengah malam. Ada pula yang berasa tengkuk mereka ditiup ketika tidur," katanya.

Pengalaman itu, kata Yenny, akhirnya beransur-ansur hilang.

Menurutnya, mereka sekeluarga kemudian dinasihati Gus Dur supaya belajar bersikap toleransi, termasuk kepada juga makhluk lain.-Agensi


Sumber: myMetro

Kematian Kasanova Romania bikin panik 40 bekas kekasihnya

 
Puluhan perempuan di Romania terkejut dan panik saat menghadiri pengebumian bekas kekasih mereka, Daniel Decu, di bandar Segarcea. Para wanita itu marah saat mengetahui punca kematian sang Casanova tempatan itu, yakni AIDS.

Majlis pengebumian Daniel menjadi kecoh apabila puluhan perempuan yang diduga pernah berhubungan dengan lelaki 24 tahun itu menjerit penuh kemarahan saat mengetahui penyakit bekas pujaan hati mereka.

Penyakit Daniel baru terungkap setelah koroner mengeluarkan laporan hasil autopsi. Tidak disebutkan telah berapa lama Decu mengidap virus mematikan itu.

Gara-gara fakta itu juga, lebih dari 40 wanita muda kemudian menjalani pemeriksaan di hospital. Dan, sekurang-kurangnya dua wanita sudah dinyatakan positif mendapat HIV dari sang Casanova. Sementara, puluhan lain resah dan hampir putus asa menunggu hasil pemeriksaan perubatan.

Doktor peribadi Daniel, Cornel Stanciu, mengaku pernah ingin membongkar penyakit Daniel. Namun dia membatalkannya kerana ibu Daniel mengancam akan mengambil tindakan mahkamah.

"Saya tahu dia (Daniel) punya banyak teman wanita, tapi tidak ada yang boleh Saya lakukan," kata Stanciu. Mustahil untuk melakukan tindakan undang-undang pada Daniel yang sudah meninggal. Tapi ibu dan ahli keluarga Daniel kini sedang disiasat.

Menurut Undang-Undang Jenayah Romania, penularan HIV dari seseorang yang telah mengetahui dirinya dijangkiti boleh dihukum penjara antara lima hingga 15 tahun. Datuk bandar Segarcea, Nicolae Popa, berkata ibu Daniel Decu harus bertanggung jawab atas situasi buruk yang berlaku.

"Baru diketahui dengan jelas sekarang bahawa doktor keluarga tahu Daniel Decu positif HIV dan berusaha membuat peringatan pada awam. Tapi doktor diancam dengan tuntutan undang-undang oleh ibu Daniel," kata Popa.

Dia tidak menjelaskan apa tindakan undang-undang yang mungkin dikenakan terhadap ibu dan ahli keluarga Daniel lain.


Sumber: viva.co.id

Lelaki potong kemaluan sendiri setelah kekasihnya kata alat sulitnya kecil

 
Seorang lelaki Macedonia memotong kemaluannya, lalu membuangnya ke dalam tong sampah selepas dihina kekasihnya.

Oliver Ilic (22) sedang berada di ranjang bersama kekasihnya dan bersedia untuk berhubungan seks. Namun, Oliver kemudian menjadi malu sekaligus marah kerana sang kekasih menyebut "burung" lelaki itu kecil.

Seperti dilapor Kompas.com, Tanpa fikir panjang, Oliver pulang ke rumahnya, mengambil sebilah pisau cukur, lalu memotong kemaluannya sendiri sebelum membuangnya  ke dalam tong sampah.

Setelah mengalami pendarahan, Oliver akhirnya menelefon hospital untuk meminta bantuan. Pasukan perubatan kemudian datang membantu pemuda yang sudah berlumuran darah itu.

Kepada paramedik, Oliver berkata kejadian itu disebabkan ukuran penisnya yang kecil. Dia berkata, kerana bersaiz kecil, zakar itu tak berguna dan dia memutuskan untuk memotongnya.

Pemuda itu segera dikejarkan ke hospital bandar Kocani. Sementara itu, polis menggeledah  kediaman Oliver untuk mencari potongan zakar pemuda tersebut.

Setelah dijumpai, potongan zakar itu kemudian dibawa ke hospital bagi disambung kembali. Malangnya, di bandar kecil Kocani, tak ada doktor bedah yang cukup mahir melakukan penyambungan organ tubuh seperti itu.

Oliver dan potongan zakarnya kemudian dihantar ke ibu kota Skopje yang mempunyai lebih banyak hospital dan pakar bedah. Mujur, di sana seorang pakar bedah berjaya menyambung kembali kemaluan Oliver setelah melakukan operasi selama lima jam.

Walaupun berjaya menyambung kembali zakar Oliver, para doktor mengatakan masih terlalu awal untuk menyebut operasi penyambungan itu berjaya. Doktor juga belum dapat memastikan sama ada zakar Oliver akan kembali berfungsi seperti semula.

Video wanita pecahkan mesin ATM dengan tangan kosong


Seorang wanita membuat heboh di Shilong Jingshawan Shopping Mall  di Provinsi Guangdong apabila menjahanamkan sebuah mesin ATM.

 Wanita yang tidak diketahui namanya itu  hanya menggunakan tangan kosong untuk merosakkan mesin ATM tersebut dan tindakannya itu dirakam CCTV.

Polis tempatan telah mengesahkan kejadian terbabit berpunca dari ATM tersebut yang menelan kad bank wanita itu.


Botol minuman masuk dalam perut seorang lelaki

 
Sebuah gambar Sinar-X mengejutkan dari sebuah hospital di China. Ia menunjukkan sebuah botol minuman berada dalam perut seorang pesakit lelaki.

Lelaki yang berusia 60 tahun dan tidak didedahkan identiti itu berasal dari Zhuhai, Provinsi Guangdong mengaku menderita sembelit dan cuba mengubatinya dengan memasukkan sebuah botol ke dubur. Namun, botol tersebut masuk terlampau dalam dan dia terpaksa dikejarkan ke hospital untuk mengeluarkan botol tersebut.

 Foto tersebut tersebar luas di dunia maya.

Google padam gambar bogel selebriti

 
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Isu skandal ‘Celebgate’ atau penyebaran gambar bogel selebriti di internet menyebabkan laman carian Google memadam puluhan ribu gambar tersebut, selepas diancam dikenakan tuntutan mahkamah, lapor sebuah laman web, ZDNet.

Dalam kenyataannya kepada laman web berkenaan, Google telah memadam puluhan ribu gambar selebriti serta menutup beratus-ratus akaun berkaitan skandal tersebut.

Bulan lalu, cache foto peribadi milik beberapa selebriti termasuk Jennifer Lawrence, Mari Elizabeth Winstead dan model baju renang Sports Illustrated, Kate Upton dicuri dan dimuatnaik di laman web popular seperti 4chan dan Reddit.

Peguam industri hiburan, Martin Singer memberitahu, Google mendapat keuntungan berjuta-juta dengan melakukan penindasan terhadap golongan wanita dan boleh dikenakan tindakan untuk ganti rugi lebih daripada 100 juta dolar.

 Singer turut menghantar beberapa notis pelanggaran Akta Hak Cipta Milenium kepada Google, agar penyedia perkhidmatan internet tersebut memadam bahan-bahan tersebut.


Sumber: Sinar Harian

Rodgers Kecewa Tindakan Balotelli Tukar Jersi Dengan Pepe

Belum pun tamat perlawanan, Balotelli mencetuskan kontroversi apabila bertukar jersi dengan pemain Real, Pepe ketika menuju ke bilik persalinan.

KARIER Mario Balotelli bersama Liverpool dicemari dengan insiden yang memalukan apabila pemain itu dilihat bertukar jersi dengan pemain Real Madrid, Pepe sebaik sahaja tamat permainan babak pertama.

Selepas dimalukan Real pada separuh babak pertama dengan 3-0, tindakan Balotelli mengundang kemarahan pengurus Liverpool Brendan Rodgers.

Tindakan Balotelli bertukar jersi dengan Pepe di terowong laluan ke bilik persalinan dirakam oleh kamera TV.

Ketika dimaklumkan mengenai insiden itu oleh wartawan TV, Rodgers yang mengeluarkan penyerang itu kerana aksinya yang kurang menyerlah berkata, beliau tidak menyukai tindakan tersebut dan akan bersemuka dengan Balotelli.

Rodgers turut pernah berdepan situasi sama membabitkan pertukaran jersi antara pemainnya, Mamadou Sakho dan penyerang Chelsea, Samuel Eto pada Disember lalu.

"Saya terkejut mendengar berita ini tetapi jika terbukti ia benar saya tidak menyukainya. Saya tidak mahu melihat perkara itu. Ia pernah berlaku di liga lain dan beberapa negara lain tetapi ia tidak boleh berlaku di sini dan sepatutnya tidak berlaku.

"Bagi saya, jika anda mahu melakukannya, anda seharusnya berbuat demikian ketika tamat perlawanan. Kami pernah melalui insiden sama pada tahun lalu di sini dengan seorang pemain kelab ini dan ia telah diselesaikan," katanya.

Rodgers turut kecewa dengan corak permainan Balotelli yang dilihat gagal memberikan sebarang impak dalam enam perlawanan bersama Liverpool sejak menyertai kelab itu dengan nilai perpindahan sebanyak 16 juta pound (RM83.8 juta ) dari AC Milan.


Sumber: mstar.com.my