Setiausaha parlimen selfie bogel di pejabat dan muat naik foto ke Twitter

 Gambar hiasan

Parlimen Switzerland kini tengah melakukan siasatan selepas seorang setiausaha melakukan selfie bogel di pejabatnya dan memuat naik foto itu ke Twitter.

Wanita yang tidak didedahkan identitinya itu berjaya mengaut 11,000 pengikut Twitter selepas memuat naik foto panasnya itu.

Seorang pemerhati berjaya mengenal pasti latar belakang beberapa foto wanita tersebut, iaitu  Istana Federal Bern yang berusia 162 tahun.

Kepada harian Neue Zuercher Zeitung (NZZ), wanita itu berkata, dia yakin dirinya tidak melanggar peraturan apa pun berkaitan dengan foto selfie panasnya itu.

Dia menegaskan, foto itu tidak melanggar peraturan kerana itu adalah sebahagian daripada kehidupan peribadinya.

Setakat ini belum diketahui sebab-sebab wanita itu memuat naik foto-foto selfie bogelnya ke internet. Jurucakap bahagian sumber manusia Parlimen Switzerland berkata, dia baru mengetahui kes ini dari akhbar.

"Parlimen akan memutuskan, sama ada kes ini merosakkan rasa saling percaya antara pekerja dan pemberi kerja," kata jurucakap, Anand Jagtap.


Dipetik dari kompas.com

No comments:

Post a Comment