Seekor ikan jerung putih mati tersedak singa laut

Foto: ABC Australia

Seekor ikan jerung putih sepanjang empat meter ditemui mati terdampar di Coronation Beach, Australia Barat berkemungkinan mati kerana tersedak seekor singa laut.

Jabatan Perikanan berkata, pasukan penyiasat tidak menemui tanda-tanda cedera atau penyakit pada ikan jerung itu kecuali seekor singa laut Australia yang besar tersangkut di dalam kerongkong.

Ketua pasukan penyiasat Jabatan Perikanan, Dr Rory McAuley, berkata, ikan jerung itu mungkin berada di perairan itu untuk cuba mengeluarkan apa yang tersangkut di kerongkongnya.

No comments:

Post a Comment