Wanita Perasan Sangka Paparazzi Rakam Gambar, Kini Terkenal

 
New York – Kara Dudley menjadi terkenal secara tidak sengaja. Semuanya selepas dia tersalah sangka bahawa paparazzi mahu merakamkan gambarnya.

Hakikatnya paparazzi tersebut mahu mengambil gambar supermodel Karlie Kloss, yang ketika itu berada di belakang Dudley, tanpa disedarinya.

Dudley hanya menyedari bahawa dia menjadi terkenal selepas keesokannya menyaksikan gambarnya yang sedang berposing sakan itu disiarkan dalam sebuah akhbar.

Namun Dudley menyatakan dia tidak malu dengan kejadian yang menimpanya itu.

“Saya tidak tahu apa yang paparazzi itu lakukan tetapi saya membuat keputusan untuk berposing ketika mereka mengambil gambar,’’ katanya yang langsung tidak menyedari bahawa Kloss berada di belakangnya.

Dudley yang baru berpindah ke New York untuk mengembangkan kariernya dalam bidang peragaan dan lakonan itu berkata, dia memasuki pusat beli belah berkenaan selepas melihat penyanyi Taylor Swift berada di dalamnya.

Selepas melihat Swift meninggalkan pusat beli belah itu, dia melihat paparazzi di depannya, namun menyangka mereka sedang mengikut Swift.

“Saya sempat menghubungi kawan-kawan saya untuk memberitahu bahawa saya melihat Swift dan terkejut apabila saya melihat gambar saya itu pada keesokannya,’’ kata Dudley. - mynewshub.my

Gelagat 'Adik' comel dan tidak makan saman

 
Gelagat 'Adik' yang comel dan tidak makan saman, walaupun dimarah berkali-kali oleh ayahnya dalam iklan TM, mencuit hati penonton.


Iklan raya Adik (Telekom Malaysia)

Menekankan kepentingan adat memohon ampun di hari lebaran, Telekom Malaysia (TM) meletakkan nilai pengampunan maaf dalam bentuk tersendiri untuk penonton pada tahun ini.

Menceritakan sikap seorang budak perempuan, ‘Adik’ berumur lebih kurang lima tahun yang nakal dan suka mencari alasan bagi setiap kesalahannya.

“Kosong-kosong ye ayah”, ucapnya ketika memohon maaf kepada ayahnya pada hari raya. Iklan ini mencuit hati penonton dengan telatah ‘Adik’ yang comel dan ‘tidak makan saman’.


 

tranungkite.net

Peserta realitiy show cari jodoh ini wajib tak pakai pakaian


Stesen televisyen VH1 menayangkan sebuah reality show bagi mencari jodoh. Uniknya, rancangan berjudul Dating Naked menghendaki peserta tidak mengenakan baju sama sekali.

Acara Dating Naked mempunyai persamaan dengan Bachelorette Party seperti pelbagai aktiviti berupa berkuda, flying fox namun harus dilakukan dalam keadaan telanjang tanpa pakaian.

"Acara ini bukan tentang bagaimana tampil tanpa pakaian, tapi bagaimana kita menjadi jujur ​​dengan orang lain," ujar VH1 Executive Vice Presiden Susan Levison. "Apabila kita menyingkirkan segala prekonsepsi dan mekanisme melindungi diri-yang biasanya membuat kita tidak menunjukkan diri yang sesungguhnya, kita boleh menjadi diri kita yang sebenarnya dan orang lain melihat itu. Tidak ada yang boleh disembunyikan," tambahnya.

Di episod perdana Dating Naked memaparkan peserta bernama Christina Porcelli dari Canarsie yang kini tinggal di Nashville, Amerika Syarikat. Christina yang telah memasuki usia 36 tahun merasa hampir putus asa mencari pasangan hidup.

"Pastinya saya gementar ketika berbogel. Tapi ketika kita tampil tanpa pakaian, itu akan memaparkan sisi lain dari diri, kelemahan dan keterbukaan," katanya. "Apabila kita berpakaian, kita menutup diri," tambahnya.

Dalam masa singkat sejak tayangan perdananya, program mencari jodoh ini terus mendapat banyak perhatian dari penonton tv Amerika. Demikian laporan dari Detik, Sabtu (19/7/2014).

A&W PJ Bakal ditutup, restoran 'diserang pelanggan

 Orang ramai beratur panjang di restoran A&W di Petaling Jaya pada pukul 10 malam.

"Restoran ini nostalgik, ia mahu dirobohkan jadi saya mahu menikmati makanan yang pernah menjadi sebahagian daripada memori saya sejak kecil sebelum ia dirobohkan...

Terkejut dengan berita yang mengatakan restoran makanan segera A&W di Petaling Jaya, Selangor akan ditutup Disember ini, premis itu 'diserang' pelanggan malam tadi.

Premis tersebut bakal dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan dua menara pejabat dengan nilai pembangunan kasar (GDV) melebihi RM200 juta.

Restoran yang kebiasaannya menerima kehadiran pelanggan yang sederhana sejak beberapa tahun lalu tiba-tiba dibanjiri orang ramai yang mahu menikmati hidangan restoran tersebut yang terkenal dengan float root beer, coney dog serta waffle.

Tinjauan pada jam 10 malam tadi mendapati para pelanggan terpaksa beratur sehingga ke tempat meletak kenderaan di premis tersebut.

Keadaan di dalam restoran juga penuh sesak sehingga menyukarkan pelanggan untuk nendapatkan tempat duduk.

 Ini situasi yang jarang dilihat di premis tersebut.

"Restoran ini nostalgik, ia mahu dirobohkan jadi saya mahu menikmati makanan yang pernah menjadi sebahagian daripada memori saya sejak kecil sebelum ia dirobohkan," kata Amy.

Apa yang menarik ramai di antara pengunjung pada ketika itu terdiri daripada golongan yang berusia sekitar 40 hingga 50 tahun berbanding pelanggan remaja.

Ini mungkin disebabkan restoran makanan segera pertama di Lembah Kelang itu merupakan satu-satunya lokasi untuk mereka menikmati menu ringkas barat pada ketika itu.


A&W yang terletak di Lorong Sultan berhadapan pusat membeli-belah Amcorp Mall dan stesen LRT Taman Jaya itu dibuka pada 1965.

Ia merupakan restoran makanan segera pertama di Asia Tenggara yang mempunyai perkhidmatan pandu-lalu.

Biarpun kehadiran pengunjung semakin berkurangan, sehingga jam dua pagi, pelanggan masih lagi memenuhi restoran yang beroperasi 24 jam itu dan perlu beratur sehingga ke luar bangunan.

Tiada tanda-tanda untuk mereka mengalah kerana ini mungkin kesempatan yang tinggal untuk menikmati hidangan yang terkenal menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka.

Tambahan pula, terdapat khabar angin yang mengatakan KUB Malaysia Bhd. (KUB), pemegang francais A&W Malaysia dan Thailand akan menutup semua operasi restoran tersebut di negara ini.- malaysiagazette

Steven Gerrard: Wira sejati umum persaraan dari bola sepak antarabangsa

 
Steven Gerrard mengumumkan persaraannya daripada bola sepak antarabangsa pada usia 34 tahun selepas mengumpul 114 cap dan menjadi kapten pasukan negaranya dalam 38 perlawanan.

Pemain tengah itu menyumbang tenaga sebagai seorang daripada ikon bola sepak England terutamanya di Liverpool yang meletakkannya antara pemain Inggeris terbaik.

Rekodnya hanya diatasi dua pemain Peter Shilton dan David Beckham yang lebih banyak mewakili Three Lions dan kini pe­nyarung jersi nombor 4 itu terpaksa menggantung jersi England biarpun berat hati.

Mari kita mengimbau semula karier gemilang Gerrard sepanjang 14 tahun bersama England dengan memilih antara detik terbaiknya dalam perlawanan antarabangsa.

England 2-0 Ukraine, 31 Mei 2000 (perlawanan persahabatan antarabangsa)

Pemain tengah Liverpool itu diberikan hadiah hari jadi ke-20 paling di­ingati pengurus England ketika itu, Kevin Keegan pada Mei 2000.

Selepas melepasi usia remajanya sehari sebelum itu, dia berada dalam kesebelasan utama bermain di Stadium Wembley lama untuk memulakan karier antarabangsa. Gerrard, pemain serba boleh beraksi pada sebelah kanan dengan formasi 3-5-2 tetapi malangnya tidak kekal lama selepas dikeluarkan ketika permainan berbaki 10 minit akibat kecederaan. Pemain muda itu mempamerkan aksi sederhana pada perlawanan pemanas terakhir England sebelum EURO 2000 untuk mendapatkan tempat dalam skuad 23 pemain terakhir Keegan ke kejohanan terbabit.


Jerman 1-5 England, 1 September 2001 (Perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2002)

Selepas menimba pe­ngalaman berharga berada dalam skuad Keegan pada EURO tahun sebelumnya, Gerrard memulakan perlawanan kompetitif antarabangsa pertamanya untuk England dengan beraksi di venue sukar di Olympiastadion Munich.

Sven-Goran Eriksson meletakkan pemain berusia 21 tahun itu di bahagian tengah dan berpuas hati dengan keputusan itu selepas England beraksi garang, menewaskan musuh ketat mereka dalam salah satu daripada kejayaan terbaik pernah dicatat Three Lions. Jaringan antarabangsa pertama Gerrard begitu penting selepas dia meledak dari jarak 25 ela ketika perlawanan itu menghampiri penghujung separuh masa pertama, meletakkan pelawat di depan dan memberikan kesan psikologi terhadap tuan rumah, me­nyebabkan mereka tidak mampu bangkit semula. Keputusan itu kekalahan kedua Jerman pada kelayakan Piala Dunia di tempat sendiri sekali gus memberikan peluang kepada England mara ke Korea/Jepun 2002 selepas melalui kempen kelayakan mengecewakan.


England 2-0 Trinidad dan Tobago, 15 Jun 2006 (Piala Dunia 2006 FIFA)

Biarpun mempamer aksi wira di Munich, Gerrard terlepas tempat Piala Dunia 2002 akibat kecederaan yang menyaksikannya beraksi pada perlawanan terakhir Piala Dunia 2006 menentang Paraguay.

Lima hari kemudian, dia menjaringkan gol pertama Piala Dunia dengan meledak jaringan saat akhir untuk menamatkan keresahan Inggeris menentang Trinidad dan Tobago di Nuremberg. Peter Crouch menanduk masuk hantaran lintang David Beckham dari sayap kanan untuk memecah kebuntuan ketika perlawanan berbaki tujuh minit ditamatkan dan sepakan kencang Gerrard memastikan England mara ke peringkat kalah mati 16 pasukan.


Perancis 1-1 England, 11 Jun 2012 (UEFA EURO 2012)

Selepas dinamakan kap­ten tetap England buat kali pertama sebulan sebelum kejohanan peringkat benua itu bermula, Gerrard diberikan peluang menghapuskan badi England yang sering gagal di EURO. Bagaimanapun, kesilapan hantaran ke belakang me­nyaksikan Thierry Henry dijatuhkan sebelum Zinedine Zidane menyudahkan sepakan penalti bagi membantu Perancis mengekang England pada perlawanan pembukaan EURO 2004. Lapan tahun kemudian, dua musuh ketat itu sekali lagi bertembung pada perlawanan pembukaan tetapi Gerrard sekali lagi memainkan peranan penting dalam perlawanan terbabit.

Sepakan percumanya ditanduk masuk Joleon Lescott untuk meletakkan England mendahului pada separuh masa. Samir Nasri menyamakan kedudukan menerusi serangan menarik sebelum Gerrard menyelamatkan percubaan berbahaya Karim Benzema di atas garisan pada penghujung perlawanan.


England 2-0 Poland, 15 Oktober 2013 (kelayakan Piala Dunia FIFA 2014)

Selepas memulakan karier England di Stadium Wembley yang diba­ngunkan semula, Gerrard menamatkan karier kompetitif antarabangsa di gelanggang baru Inggeris dengan gol yang membantu skuadnya mara ke Brazil 2014.

Ketika England memerlukan kemenangan untuk mengesahkan kelayakan, Gerrard sekali lagi mempamer status selaku ikon England untuk membantu skuad Roy Hodgson beraksi di Piala Dunia 2014.

Wayne Rooney menjaringkan gol pada separuh masa pertama sebelum Gerrard mengesahkan kemenangan ketika perlawanan berbaki dua minit.

 
Sumber: myMetro

7 sekeluarga nekad minum racun

Cubaan bunuh diri beramai-ramai selepas pihak berkuasa cuba merobohkan rumah mereka.

GARA-gara berang dengan tindakan pihak berkuasa merampas tanah dan merobohkan kediaman mereka, sebuah keluarga dari Beijing, China bertindak melakukan percubaan bunuh diri beramai-ramai dengan meminum racun perosak di luar ibu pejabat syarikat sebuah akhbar.

Sekumpulan dua wanita dan lima lelaki dari wilayah Jiangsu melakukan bantahan selepas kehilangan tempat tinggal apabila kediaman mereka dirobohkan lima tahun lalu dan tidak pernah diberikan apa-apa pampasan sebagai balasan.

Saksi kejadian berkata kepada Daily Mail, dia melihat bagaimana kumpulan itu menjerit menuntut keadilan sebelum mengeluarkan botol plastik dan minum kandungan cecair serta jatuh ke tanah sambil memegang leher dalam keadaan kesakitan.

"Saya dengar mereka jerit tuntut keadilan tetapi tiada siapa yang memberi perhatian. Kemudian mereka minum sesuatu dan rebah dengan mulut berbuih. Situasi itu adalah sangat mengejutkan," katanya.

Difahamkan, sebelum cubaan bunuh diri mereka ada mengedarkan risalah dan poster dalam usaha untuk mendapatkan sokongan dan bantuan, namun usaha mereka gagal dan menyebabkan mereka mengambil jalan terakhir iaitu mengadakan demonstrasi di luar pejabat akhbar China Youth Daily.

Polis memaklumkan, empat daripada mereka kini semakin stabil manakala tiga yang lain berada dalam keadaan kritikal. - Sinar Harian

Ahmad Dhani Enggan Potong Kemaluan

 
JAKARTA: Menjelang pengumuman rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia mengenai keputusan pemilihan presiden negara itu, Ahmad Dhani tampil menafikan dia pernah berjanji memotong kemaluannya jika Joko Widodo muncul sebagai pemenang.

Pada Isnin, penyanyi dan pengasas kumpulan Dewa19 itu berkata, dia tidak pernah menulis mengenai perkara itu di twitter sebelum ini seperti digembar-gembur sesetengah pihak.

Malah, Ahmad Dhani mendakwa dia sendiri hairan bagaimana isu itu dihebohkan orang ramai.

"Tweet mengenai janji saya memotong kemaluan itu memang cerdas, tetapi bukan saya yang menulisnya," katanya kepada media semalam.

Pada Jun lalu beredar berita mendakwa bos Republik Cinta Management itu berjanji untuk memotong kemaluannya jika Gabenor Jakarta, Joko Widodo atau Jokowi berjaya mengalahkan calon disokong Ahmad Dhani, Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia ketujuh.

Bagaimanapun tweet itu kemudian didapati dipadamkan selepas ia menarik perhatian ramai dan diulang siar pelbagai pihak.

Pemilihan presiden dilangsungkan pada 9 Julai lalu dan Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia akan membuat pengumuman rasmi mengenai pemenang pada Selasa.

Beberapa akhbar dan agensi pemantau mendakwa Joko Widodo berjaya menewaskan Prabowo dengan majoriti kira-kira lima peratus.

Ahmad Dhani berkata, dia sudah membuat laporan kepada pihak berkuasa mengenai tindakan beberapa media dalam talian yang membuat pemberitaan tidak tepat mengenai dirinya. - mstar.com.my

Tembikai berbentuk labu curi tumpuan

Pekerja Nor Nasriq menunjukkan tembikai berbentuk labu.

KUALA KURAU - Seorang peniaga buah-buahan terpaksa menolak tawaran RM100 dari pelanggan yang mahu membeli sebiji buah tembikai berbentuk seperti labu.

Peniaga buah-buahan, Nor Nasriq Rosli, 31, berkata, dia enggan menjual buah tembikai itu kerana bentuknya yang pelik dan sukar ditemui.

Menurutnya, dia bersama seorang pekerja memetik tembikai di ladang ketika menjumpai buah berkenaan.

“Saya terus bercadang mempamerkan buah itu di gerai sebagai daya penarik pelanggan. Sepanjang dipamerkan, kedai saya mula menjadi tumpuan, malah ada yang menawarkan RM100 untuk membeli tembikai unik itu.

“Namun, saya masih berat hati untuk menjual tembikai ini dan terpaksa menolak kerana berhasrat mahu menyimpannya,” katanya.

Dalam pada itu, Nor Nasriq percaya ada hikmah di sebalik penemuan tembikai unik berkenaan. - Sinar Harian

MH17: Ketua pemisah serah sendiri kotak hitam kepada pakar Malaysia

 Foto: EPA
DONETSK - Kumpulan pemisah Ukraine dilaporkan telah menyerahkan dua kotak hitam MH17 kepada pakar Malaysia sebentar tadi, lapor ABC.

Penyerahan dua kotak hitam itu  dibuat sendiri oleh ketua pemisah Ukraine, Alexander Borodai.

Turut berlaku ketika penyerahan, gencatan senjata di zon 10 kilometer sekeliling itu bagi membolehkan pasukan penyiasat antarabangsa masuk dengan selamat ke lokasi nahas MH17 di timur Ukraine.

 Foto: AP
Dalam pada itu, dalam satu sidang media lewat malam tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan, di bawah persetujuan kedua, dua kotak hitam MH17 akan diserahkan kepada pasukan Malaysia.

"Kita akan mengambil alih hak ke atas dua kotak hitam ini," katanya.

Beliau berkata, hasil persetujuan dengan Borodai juga, pasukan penyiasat bebas antarabangsa diberi jaminan untuk memasuki kawasan nahas untuk melakukan siasatan penuh terhadap tragedi MH17.

 Foto: AP
Najib berkata, sebelum ini, Malaysia telah berusaha sedaya upaya untuk menghubungi pihak terbabit di kawasan nahas MH17.

"Dalam keadaan yang sukar, kita telah berbincang mengenai masalah bersama yang wujud, melindungi bukti-bukti penting dari pesawat.

"Siasatan bebas telah dilancarkan untuk mencari penumpang-penumpang yang terkorban," katanya.

Dalam pada itu, Najib berkata, beliau berharap perjanjian yang dicapai malam tadi akan dapat membantu mencari jalan penyelesaian kemelut yang melanda dalam tragedi MH17. - Sinar Harian

Miley Cyrus meninggal dunia?


Miley dikhabarkan meninggal dunia kerana tiba-tiba saja menghilang. Padahal, dia merupakan salah satu artis yang aktif melayari di dunia maya.

Pelantun "Wrecking Ball" itu belum mem-posting apapun sejak 18 Julai. Sebuah laporan yang dikeluarkan pada 19 Julai berkata, Miley ditemui mati di rumahnya, di Los Angeles, kerana overdose. Khabar tersebut membuat para peminatnya panik dan histeria.

"{Mengejutkan} Miley Cyrus ditemui meninggal di rumahnya di Los Angeles! Penyanyi country Miley Cyrus ditemui mati kerana overdose di rumahnya di Los Angeles !," bunyi isi laporan tersebut, seperti yang dilaporkan oleh Hollywoodlife, Isnin (21/7/2014).

Namun, berita kematian Miley sebenarnya hoax. Penyanyi berusia 21 tahun ini sedang berehat, dan sengaja menghilang dari dunia maya kerana menghabiskan masa bersama anjing barunya.

Miley menganggap berita kematiannya sebagai gurauan. Dia sengaja tidak muncul agar orang percaya.

"Miley sedang berehat dan bermain dengan anjing barunya. Dia tahu tentang berita hoax soal kematiannya, dan berfikir ia sangat lucu. Dengan tidak bertindak balas, dia berfikir akan menjadi semakin lucu kerana orang akan terus percaya," kata sumber. 

- okezone.com

MH17: Selfie terakir remaja bersama ibu

Selfie Terakhir Penumpang MH17 Bersama Sang Ibu (FotoL: Daily Mail)

AMSTERSDAM - Seorang remaja Belanda Gary Slok melakukan foto selfie dengan ibunya sebelum MH17 berlepas.

Ketika bergambar, remaja berusia 15 tahun ini kelihatan tersenyum gembira di samping ibu, Petra Langeveld. Pasangan ibu dan anak ini ada dalam MH17 dengan tujuan bercuti ke Malaysia.

Gambar serta keterangan tentang Slok diungkapkan oleh kelab bola sepak tempat remaja ini berkarier, Maassluis.

"Gary dan ibunya Petra menuju Malaysia untuk mengisi percutian impiannya di Malaysia," sebut kenyataan rasmi kelab bola sepak tersebut, seperti dikutip dari Daily Mail, Isnin (21/7/2014).

"Kisah dan foto terakhir dari Gary seperti menyedarkan kami seberapa ramai orang yang menginginkan hidup yang indah harus hancur akibat adanya insiden," tambah kenyataan tersebut.

Seperti diketahui, Belanda merupakan negara yang warganya paling ramai berada di MH17. Kejadian ini semakin tragis ketika hampir dipastikan bahawa MH17 jatuh akibat ditembak peluru berpandu. - okezone.com

Wanita gemuk terjun sungai untuk bunuh diri tapi tak tenggelam sebaliknya terapung

 
Seorang wanita di China gagal untuk bunuh diri kerana disebabkan keadaan tubuhnya yang obesiti.

Wanita berusia 50 tahun yang tidak disebutkan nama itu ditemui penduduk terapung di sungai berkedalaman 2 meter di Nanjing, wilayah Jiangsu. Ketika itu penduduk menyangka ia adalah mayat yang dibuang ke sungai sehingga menelefon polis. Namun setelah polis mendekati "mayat" yang terapung sejauh 5 meter dari tebing sungai itu ternyata masih hidup.

Akhirnya wanita tersebut dihantar ke hospital Drum Tower Hospital Nanjing untuk diperiksa usai diselamatkan menggunakan tali dan pelampung. Kemudian wanita itu mengaku bahawa dia  berada di dalam sungai kerana mahu bunuh diri selepas bertengkar dengan suami. Dia lompat ke dalam sungai untuk menamatkan hidup namun tubuhnya tidak boleh tenggelam kerana terlalu gemuk.

Disebabkan tubuh wanita itu mempunyai peratusan lemak yang tinggi sehingga tubuhnya tidak boleh tenggelam. Selain itu kesan pencemaran juga mengubah kepekatan air sungai yang membuatnya terapung.

MH17: Teroris 'Death-Hunters' mencuri barang berharga mangsa nahas


Kiev - Anton Gerashchenko, seorang pegawai penasihat kerajaan Ukraine, mendapat maklumat soal aksi rompakan terhadap barang berharga milik penumpang MH17. Dia menyebut pelakunya adalah teroris 'death-hunters' atau pemburu kematian.

"Saya menerima maklumat bahawa teroris death-hunters menjarah tidak hanya wang tunai dan barang kemas, tetapi juga kad kredit para korban," ujar Anton seperti dikutip dari Daily Mail, Isnin (21/7/2014).

Dari gambar yang dipaparkan jurugambar media-media tempatan, terlihat jenazah korban sudah dalam keadaan telanjang bulat. Beberapa beg dan barang pun sudah terbuka.

Yang tersisa di lokasi jatuhnya pesawat adalah buku anak-anak, sandal, dan beberapa kertas. Termasuk buku travelling 'Lonely Planet' tentang Bali dan Lombok.

Sebelumnya, wartawan ABC Australia melihat adanya bukti merampas barang-barang korban di lokasi tersebut. Ia melaporkan, "Kami melihat pelbagai serpihan sekitar 12 kilometer dari lokasi jatuhnya pesawat, jadi tugas untuk mengumpulnya sukar. Kami melihat melihat sejumlah orang didatangkan, katanya pekerja lombong, dan disuruh menggeledah lokasi."

"Mereka menutup sebahagian lokasi dan mencari pelbagai lagi bahagian-bahagian tubuh di kawasan yang sukar, tapi menurut standard operasi antarabangsa, ini sangat tidak mencukupi," jelasnya.

"Nampaknya berlaku rompakan di sini kerana setiap beg yang kami lihat sudah terbuka," katanya. - detik.com

MH17: 20 Keluarga Maut Sekaligus

Bangkai pesawat MH17 antara yang dilihat ladang bunga matahari di Ukraine. Foto AFP

PETALING JAYA:Kisah senarai penumpang MH17 begitu menyayat hati apabila lebih 20 keluarga maut dalam nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang dipercayai ditembak jatuh di Ukraine pada Khamis lalu.

Dua keluarga enam beranak berasal dari Belanda dan Malaysia antara mangsa nahas itu, manakala terdapat keluarga yang mempunyai lima, empat dan tiga ahli yang turut maut.

Kebanyakan mereka yang terbunuh adalah kanak-kanak, sekurang-kurangnya 20 daripada mereka berusia di bawah 12 tahun.

Sejumlah remaja turut maut bersama pasangan yang kembali dari bercuti malah ada yang baharu sahaja menaiki pesawat itu bagi memulakan percutian.

Jinte Wals, 15, begitu teruja dengan rancangan percutian di Malaysia, dengan menulisnya di Twitter mengenai perkara itu sejam sebelum penerbangannya berlepas dari Amsterdam.

Dia meninggal dunia bersama bapanya Jeroen yang gemar berbasikal, ibunya Nicole, dan adik-beradik Brett, 17, Amel, 12, dan Solenn yang berusia sembilan tahun.

“Over uurtje in t vliegtuig naar Maleisië ! (Saya akan berada di udara untuk ke Malaysia dalam sejam lagi!)," katanya di Twitter pada Khamis, yang merupakan tulisan Twitternya buat kali terakhir.

Keluarga Wals berasal dari sebuah pekan kecil Neerkant di Belanda.

Jiran-jiran yang tinggal berhampiran dengan keluarga itu memberitahu sebuah akhbar Belanda, Algemeen Dagblad bahawa mereka tidak mempercayai keluarga enam beranak itu maut dalam nahas itu.

"Ia amat mendukacitakan. Kami tidak dapat lagi melihat Jeroen berbasikal bersama anak perempuannya," kata Nel dan Ton Winkelmolen kepada akhbar harian itu.

Mereka yang lain turut terbunuh ialah keluarga dari Malaysia, Tambi Jiee, bersama isterinya, Ariza Ghazalee, 47, dan empat anak mereka iaitu Mohd Afif (19), Mohd Afzal (17), Marsha Azmeena (15), dan Mohd Afruz (13), mahu pulang ke tanah air selepas tiga tahun berada di Kazakhstan.

Keluarga lima beranak yang maut termasuk warga Belanda, Johannes van den Hende, bersama isterinya rakyat Malaysia, Shaliza Dewa dan anak-anak mereka, Piers (15), Marnix (12) dan Margaux (lapan).

Keluarga itu dalam penerbangan pulang ke kediaman mereka di Melborune selepas bercuti.

Peguam, John Allen, dan isterinya warga Belanda, Sandra Martens dan anak lelakinya, Christopher (16), Julian (14) dan Ian (lapan) dilaporkan dalam perjalanan untuk bercuti di Indonesia.

Percutian itu diakhiri dengan tragedi selepas pesawat MH17 terhempas di ladang bunga matahari di Grabovo, Ukraine.

Charles Smallenburg dari Hilversum, dan isterinya, Therese, bersama anak perempuan mereka, Carlijn dan anak lelakinya, Werther maut dalam nahas itu dalam perjalanan mereka ke Malaysia untuk bercuti sempena musim panas.

Robert Van Keulen, dan isterinya, Caroline, dan kedua-dua anak lelaki mereka, Allard (16) dan Joroen (15) dalam perjalanan ke Borneo, yang akan bermalam di Kuala Lumpur terlebih dahulu.

Antara lain yang turut dalam perjalanan ke Borneo ialah Peter Essers, bersama isterinya, Jolette Nuesink, dan anak-anaknya, Emma (20) dan Valentijn (17).

Pasport milik Nuesink merupakan yang pertama ditemui di lokasi nahas dan gambarnya tersebar meluas di Internet.

Ramai lagi keluarga turut maut dalam tragedi itu, termasuk warga Belanda Paul Goes yang bekerja di Shah Alam, bersama isterinya rakyat Malaysia, Shuba Jaya dan anak perempuan mereka, Kaela yang sepatutnya menyambut ulang tahun kelahiran kedua tidak lama lagi.

Emile van Muijlwijk yang bertugas sebagai pengurus logistik di Singapura maut bersama isterinya warga Indonesia, Vickiline Kardia dan anak perempuan mereka, Adinda.

Johnny Paulissen, isterinya, Yuli Hastini dan anak-anak mereka, Martin (lima) dan Sri (tiga) turut terbunuh. Ini termasuk pasangan Oscar Kotte dan Miranda bersama anak lelaki mereka, Remco yang berusia enam tahun.

Antara lain yang turut terbunuh adalah tiga beradik Maslin, Mo (12), Evie (10) dan Otis (lapan) yang dalam perjalanan pulang dari Amsterdam ke Perth bersama datuk mereka, Nicoll Norris.

Media Belanda, Thuis In het Nieuws melaporkan bahawa tujuh dari dua keluarga di bandar Rosmalen di selatan Belanda maut dalam nahas itu. Kedua-dua keluarga itu merupakan rakan rapat.

Leon Wels dan isterinya Conny (Cornelia) dilaporkan menaiki pesawat itu bersama anak lelaki mereka, Sem yang berusia 10 tahun manakala Remco Trugg dan isterinya, Yvonne bersama kedua-dua anak perempuan mereka, Tess (10) dan Liv (tujuh) juga merupakan antara keluarga yang terbunuh dalam nahas MH17. - mstar.com.my

MH17: Malaysia Kehilangan Bakal Saintis

Mohd Ali Salim

KOTA BAHARU: Mohd Ali Salim, seorang daripada mangsa tragedi nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 diibarat bakal permata buat negara, kata bekas pensyarahnya di sini.

Pengarah Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Neurosains Universiti Sains Malaysia Prof Dr Jafri Malin Abdullah berkata bekas pelajarnya itu merupakan bakal pensyarah dalam bidang "Development Neuropsychopathology"..

"Saya rasa kita telah kehilangan bakal saintis yang dapat membantu rakyat Malaysia, beliau ada enam bulan lagi untuk habiskan pengajiannya itu di Universiti Erasmus di Rotterdam, Belanda.

"Beliau merupakan pelatih yang saya sayang selepas mengenalinya sejak lima tahun lepas dan beliau merupakan anak Melayu yang bijak mengikuti pengajian dalam bidang yang begitu sukar," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Jafri Malin berkata beliau sedih dengan apa yang berlaku dan mengangap ia merupakan ketentuan ilahi.

"Dia seorang yang mempunyai wawasan, rajin dan berdedikasi serta ingin membantu anak muda dalam bidang yang di pelajarinya," kata beliau.

Kali terakhir beliau berhubung dengan pelajarnya itu adalah dua hari sebelum kejadian itu.

"Kami berhubung melalui e-mel dan beliau menyatakan hasratnya untuk pulang ke Malaysia untuk menyambut Hari Raya," katanya dan menambah kata Mohd Ali sudah dua tahun tidak pulang ke kampung.

Pesawat Boeing 777 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di Donetsk, Wilayah Timur Ukraine, pada Khamis lepas.- mstar.com.my

MH17: 'Buk' tak dapat lari

WALAUPUN sisasatan rasmi sedang dijalankan pihak berkuasa, beberapa laporan di laman sosial mengemukakan bukti sekumpulan pemberontak pro-Russia memiliki sistem peluru berpandu 'Buk' atau SA-11 yang mempunyai kemampuan menembak jatuh sebuah pesawat.

Beberapa imej dan video yang muncul di laman sosial dikatakan menunjukkan sistem peluru berpandu ini berada di wilayah Donetsk di timur Ukraine sebelum pesawat terhempas.

Laman web Storyful mengumpul maklumat daripada laman sosial dan wartawan serta pakar media sosial berusaha mengesahkan kesahihan maklumat daripada media sosial itu.

Maklumat yang disahkan dilampirkan ke dalam satu laporan dan Storyful menentukan bahawa ahli kumpulan pemberontak Donetsk People’s Republic sekurang-kurangnya mempunyai akses kepada sistem pembinasa kapal terbang seperti yang digunakan ke atas MH17.
 
 RAKAMAN video oleh Kementerian Dalam Negeri Ukraine mendakwa lori membawa 'Buk' tanpa satu peluru berpandunya. FOTO AP

Laporan Storyful itu juga menjelaskan, walaupun angkatan tentera Ukraine juga mempunyai kemampuan yang serupa, peluru berpandu ditembak dari kawasan dikawal pemberontak pro-Russia.


Laporan dari lokasi nahas di beberapa laman media sosial memberi pandangan awal mengenai kejadian itu serta lokasi sistem peluru berpandu ‘Buk’ di kawasan yang dikawal kumpulan pemberontak pro-Russia sebelum berlakunya nahas itu.

Maklumat ini muncul seawal 29 Jun daripada akaun Twitter yang berkaitan dengan Donetsk People’s Republic (DPR), @DNRpress yang menunjukkan sistem 'Buk' serta penjelasan “ia berada di kawasan rejimen A1402.”

 Tweet yang mengesahkan pemberontak pro-Russia memiliki 'Buk'

 Rejimen A1402 bergerak ke kawasan Donetsk pada 2007 dari Odessa dan berpangkalan berhampiran lapangan terbang Donetsk.

Sementara itu, sejurus selepas pesawat MH17 dilaporkan terhempas, satu akaun media sosial yang dikaitkan dengan komander DPR Igor Strelkov menyatakan sebuah pesawat tentera An-26 ditemkbak jatuh berhampiran Torez yang dikawal kumpulan pemberontak.

 Kawasan nahas terletak tidak jauh di utara Torez.

 Komen Strelkov selepas menganggap pesawat yang ditembak adalah pesawat tentera An-26


ITAR-TASS juga melaporkan berita sama sebelum laporan pesawat MH17 terhempas mula muncul.
Tweet itu dihantar pada 10.14 malam (waktu Malaysia) manakala Malaysia Airlines melaporkan telah terputus hubungan dengan MH17 kira-kira seminit selepas itu.

Kementerian Dalam Negeri Ukraine juga melepaskan satu rakaman video menunjukkan ‘Buk’ dibawa ke timur Ukraine. Menterinya, Arsen Avakov mendakwa ia dirakam di Krasnodon yang berhampiran sempadan Russia.

Satu lagi video pada 17 Julai menunjukkan ‘Buk’ dipindahkan dekat Snizhne yang terletak di tenggara lokasi nahas MH17 manakala satu gambar yang dimuat naik selepas kejadian juga menunjukkan ‘Buk’ ber ada di Snizhne.

 Video ‘BUK’ dimuat naik semula selepas video asal dibawa turun

Namun, lokasi sebenar gambar tersebut dapat dikenalpasti di Torez dan bukan Snizhne oleh pengguna Twitter @AricToler.

Lokasi sebenar ‘Buk’ dapat dikenalpasti oleh pengguna Twitter


Walaupun Tweet dan rakaman video telah dipadamkan oleh pemilik, salinannya masih boleh dijumpai di Internet.

Selain itu, beberapa rakaman video daripada lokasi kejadian cuba disahkan oleh Storyful termasuk satu yang menunjukkan serpihan pesawat yang jatuh.

Perkhidmatan Keselamatan Ukraine (SBU) juga mendakwa berjaya memintas dua perbualan telefon di mana pemberontak pro-Russia yang mengaku tersalah tembak jatuh Penerbangan MH17 selepas insiden berlaku, namun ia belum disahkan betul oleh Storyful.

Dalam satu sesi media pada 18 Julai, Duta Amerika Syarikat ke Pertubuhan Babngsa Bersatu (PBB) Samantha Power mendakwa bukti MH17 ”kemungkinan besar” ditembak oleh peluru berpandu SA-11” dari kawasan pemberontak pro-Russia di timur Ukraine.

Sistem peluru berpandu lain pula diketepikan kerana pesawat terbang pada ketinggian 10,000 meter.

Power juga menyatakan peluru berpandu Buk dilihat di Snizhne oleh beberapa wartawan yang juga dilaporkan oleh agensi berita AP. - myMetro

Foto penghormatan rakyat Ukraine kepada mangsa nahas kapal terbang Malaysia


Lautan bunga, mainan dan lilin tumbuh setiap detik berhampiran kedutaan Belanda dan Malaysia di Kyiv sebagai tanda rakyat Ukraine meratapi mangsa nahas kapal terbang 17 Julai.

Pesawat Malaysia Airlines terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan 298 penumpang telah ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai. Satu pertiga daripada mangsa adalah kanak-kanak, menurut Pesuruhjaya Parlimen  Ukraine bagi Hak Asasi Manusia Valeria Lutkovska. "Saya datang ke sini kerana kesedihan. Saya terbang banyak, dan saya hanya tidak faham mengapa orang-orang yang baik terbunuh dalam pesawat," Volodymyr Nevdakha penduduk asal Kyiv berkata beliau mula menyusun mawar merah gelap berdekatan dengan Dinding Kedutaan Malaysia di waktu pagi pada 18 Julai.

Kakitangan kedutaan asing di Kyiv berkata mereka tidak menyangka bahawa rakyat biasa Ukraine begitu tersentuh hati. "Kedutaan Kerajaan Belanda di Ukraine terharu dengan empati yang ditunjukkan oleh rakyat Ukraine," kata kenyataan di laman web kedutaan berbunyi. Terdapat 145 rakyat Belanda yang meninggal dunia dalam nahas kapal terbang itu.

Mohd Azhor Mahat, Timbalan Ketua Misi Kedutaan Besar Malaysia di Kyiv, berkata diplomat Malaysia kagum dengan simpati yang ditunjukkan oleh rakyat Ukraine. "Kami amat terharu tanda simpati rakyat Ukraine yang ditunjukkan kepada kami bermula sejak malam tadi," Mahat memberitahu Kyiv Post. "Kami mahu siasatan antarabangsa yang jujur dan bebas untuk mencari siapa yang bersalah dalam tragedi itu. Sesiapa yang bersalah mereka patut dihukum. "

Walau bagaimanapun Nevdakha menggelak daripada membuat sebarang tuduhan dan akan menunggu hasil siasatan rasmi.

Namun begitu ramai rakyat Ukraine yakin bahawa pemberontak yang disokong Kremlin menembak jatuh pesawat tersebut. "Rusia dan [Presiden Rusia Vladimir] Putin bersalah dalam tragedi itu," kata Nataliya Parfeniuk yang datang ke kedutaan Belanda di Kyiv hari ini. "Jika Putin tidak menaja pengganas, peristiwa seperti ini akan berlaku."

Petro Borovyk Kyiv berkongsi  pandangan yang sama. Lelaki itu memanggil Rusia sebagai "Paksi kejahatan" dan menyalahkan Rusia diatas malapetaka berlaku. "Eropah telah mengatasi salah satu kejahatan - (Adolf) Hitler, dan kini EU bekerjasama dengan kejahatan yang lain - (Vladimir) Putin," kata Borovyk. -  tranungkite.net





















Asyik selfie tak sedar dada terdedah


Lady Gaga kembali menjadi topik perbincangan hangat di media sosial kerana aksi selfienya di Instagram.

Semasa asyik selfie di dalam pesawat, sama ada lupa atau di sengajakan, dari baju yang dikenakan Gaga itu memperlihatkan payudaranya. Foto itu kemudian dimuat naik Gaga ke akaun Instagramnya lalu mengundang banyak komen.

Tak lama selepas menjadi perbincangan dan kritikan netizen di media sosial, Gaga pun memadam foto selfie  tersebut.

MH17: Pengganas halang siasatan, cuba hapus bukti

 
KUALA LUMPUR - Kerajaan Ukraine mendakwa kumpulan pengganas pro-Rusia menghalang pelancaran siasatan nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Donetsk, wilayah timur Ukraine, Khamis lepas.

Menurut kiriman terbaru dalam portal rasmi kerajaan Ukraine, http://www.kmu.gov.ua, kumpulan itu menghalang pasukan penyiasat dan pemantau antarabangsa daripada pergi ke  lokasi nahas.

"Kerajaan dimaklumkan kumpulan pengganas telah memindahkan sebanyak 38 mayat ke rumah mayat di Donetsk di mana 'pakar-pakar' berloghat Rusia mendakwa mereka berhasrat melakukan proses bedah siasat.

"Kumpulan pengganas juga sedang mencari lori kargo untuk membawa serpihan pesawat ke Rusia," menurut laman web itu.

Kerajaan Ukraine secara rasmi berkata: "Pengganas dengan sokongan Rusia cuba menghapuskan bukti jenayah antarabangsa ini.

"Kami menggesa komuniti antarabangsa untuk memaksa Rusia menarik balik pengganasnya daripada Ukraine dan membenarkan pakar Ukraine dan antarabangsa untuk menjalankan siasatan menyeluruh terhadap tragedi ini.

Kerajaan Ukraine juga berkata, tidak ada pengampunan untuk penjenayah antarabangsa mahupun bagi mereka yang menyokong, melatih, membiayai dan membekalkan senjata kepada kumpulan itu.

"Kerajaan (Ukraine) menyediakan semula peralatan teknikal yang sewajar dan anggota untuk menjalankan siasatan dan pemeriksaan forensik serta apa juga kemudahan untuk menghantar jasad mangsa ke negara asal masing-masing.

"Bagaimanapun pada peringkat ini, kumpulan pengganas menghalang usaha ini daripada berlaku," menurut laman web itu.

Penerbangan MH17, dengan 283 penumpang dan 15 anak kapal, ditembak jatuh dipercayai menggunakan sistem peluru berpandu permukaan ke udara, ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Kesemua penumpang dan anak kapal disahkan terkorban dalam nahas tersebut yang berlaku, kira-kira 50km dari sempadan Rusia.

Menurut laman web Pusat Media Krisis Ukraine, sebanyak 170 anggota pasukan mencari dan menyelamat Ukraine sedang menjalankan operasi di lokasi nahas di bawah muncung senjata kumpulan pengganas tersebut.

Semasa taklimat di pusat media di Kiev, kira-kira 400km dari lokasi nahas di daerah Sharkhtarsk, wilayah Donetsk, jurucakap Pusat Maklumat Majlis Keselamatan dan Pertahanan  Ukraine, Andriy Lysenko berkata operasi mencari dan menyelamat begitu rumit sekali dengan kehadiran pengganas bersenjata di kawasan berkenaan.

Lysenko berkata operasi mencari dan menyelamat itu meliputi kawasan seluas 25km persegi dengan kira-kira 18km persegi sudah diselesaikan dan pasukan penyelam telah memeriksa lebih dua kilometer takungan air di kawasan itu.

"Setakat pukul 7 pagi waktu Ukraine, 19 Julai, sebanyak 186 mayat telah ditemukan," katanya. - Bernama

MH17: Maut Memisahkan Pasangan Kekasih Malaysia, Belanda

KUALA LUMPUR – Bekas pelajar Melbourne University, Elaine Teoh, dan teman lelakinya Emiel Mahler, yang terkorban dalam tragedi MH17 merupakan pasangan kekasih yang amat menghormati satu sama lain hingga ke akhir hayat mereka, kata rakan baik mereka Tan Sook Theng.

“Melihatnya begitu bahagia di alam percintaan membuat saya, sebagai seorang kawan, berasa sungguh bersyukur kerana nasib mempertemukan mereka dan alangkah baiknya jika semua orang mempunyai hubungan baik seperti yang terjalin antara mereka.

“Mereka menjadikan kehidupan satu sama lain begitu bahagia, sambil mempamerkan kebaikan masing-masing. Sesungguhnya, mereka saling melengkapi kehidupan satu sama lain,” katanya kepada Bernama melalui e-mel.

Tan, 27, yang berkawan rapat dengan Elaine sejak 13 tahun lepas, bercadang menjemput rakannya itu di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 6.10 pagi hari berkenaan, sebelum mengetahui bahawa pesawat yang dinaiki pasangan itu terhempas di Ukraine.

“Kali terkahir kami berhubung melalui Whatsapp ialah pada hari dia menaiki pesawat berkenaan dan kami tidak sabar untuk bertemu kembali setelah berjumpa kali terakhir pada Januari tahun ini.

“Kami merancang mengisi hujung minggu ini bersama-sama dan selama ini, kami saling berhubung setiap minggu. Sekarang, tak ada lagi semua itu,” kata Tan dengan nada sedih.

Sambil menyifatkan Elaine sebagai seorang yang pintar, kelakar dan manis, Tan berkata rakannya itu sering menjadi tempatnya berkongsi pelbagai perkara dan meminta pertolongan.

“Dia baik hati, bersemangat tinggi dan penyayang. Dia ibarat anggota kelurga saya sendiri,” kata Tan.

Elaine, yang berasal dari Pulau Pinang, dan Mahler, warganegara Belanda, kedua-duanya berusia 27 tahun, tinggal di Melbourne dan bertugas dalam bidang kewangan. Pasangan yang mula menjalin ikatan pada 2012 ini bercuti di Portugal dan Belanda sebelum menaiki Penerbangan MH17 pada tengah hari Khamis dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Hingga kini, laman Facebook Elaine dan Mahler dibanjiri mesej oleh anggota keluarga dan rakan mereka untuk mengucapkan takziah tentang pemergian pasangan itu.

Tulisan terbaru dalam Facebook Elaine berbunyi: “Pergimu terlalu awal, antara manusia paling baik, mesra dan berhemah yang pernah saya jumpa. Wanita yang tidak lokek dengan senyuman dan berjiwa besar.”

Rakan Mahler bernama Jee Wok Jung pula menulis dalam laman Facebooknya: “Kami akan amat merinduimu. Lelaki yang amat baik, kami tidak akan lupa semua saat indah ketika bersamamu dulu. Tenanglah kamu di sana, duhai sahabat!”

Sementara itu, saudara lelaki Elaine bernama David Teoh menulis dalam laman Facebooknya: “Walaupun kami faham terdapat pelbagai pendapat dan komen tentang MH17, tetapi saya meminta semua kawan saya supaya terus bersikap bijak dan tenang apabila membicarakan tentangnya dan berdoalah untuk keluarga saya ketika kami menghadapi detik-detik yang mencabar ini. Doa dan ingatan anda amat kami hargai.”

Pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17, yang membawa 298 penumpang dan anak kapal, terhempas di timur Ukraine ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada Khamis. – BERNAMA

4 Pesawat Pernah Jatuh di Dekat Lokasi MH17

Foto: CNN

Jatuhnya pesawat Malaysia Airlines MH17 di zon konflik bukanlah yang pertama kali. Sebelumnya sudah ada empat pesawat yang ditembak jatuh.

Dari kelima pesawat yang ditembak, pesawat MH17 paling banyak memakan korban. Selain itu, MH17 satu-satunya dari penerbangan awam.

Berikut kelima pesawat yang telah jatuh di sekitar lokasi jatuhnya, seperti dikutip dari CNN, Sabtu (19/7/2014).

1. 13 Jun 2014
Lokasi : Luhansk
Jenis Pesawat : Military Transport
Korban : 49 orang

2. 24 Jun 2014
Lokasi : Sloviansk
Jenis Pesawat : Helikopter MI-8
Korban : 9 orang

3. 14 Julai 2014
Lokasi : Izvaryne
Jenis Pesawat : Kargo AN-26
Korban :  unidentified

4. 16 Julai 2014
Lokasi : Amvrosiyevka
Jenis Pesawat : Sukoi 25 Jet
Korban :  unidentified

5. 17 Julai 2014
Lokasi : Torez
Jenis Pesawat : Malaysia Airlines MH17 (Boeing 777)
Korban : 298 orang awam maut

Sumber: okezone.com

Wartawan letak jawatan, kecewa cara liputan MH17

Sara Firth. - Foto Twitter

MOSCOW - RUSIA. Seorang wartawan Rusia dilapor mengumumkan meletak jawatan selepas kecewa dengan cara liputan agensi di mana dia bertugas membabitkan nahas MH17.

Sara Firth seorang wartawan dari stesen televisyen Russian Today (RT).

Dia merupakan wartawan kedua yang meletak jawatan dari stesen televisyen terbabit.

Mac lalu, seorang wartawan RT turut meletak jawatan atas alasan kecewa dengan cara pemberitaan membabitkan krisis di Ukraine.

“Saya meletakkan jawatan hari ini. Saya sangat menghormati rakan setugas saya tetapi berpegang kepada kebenaran,” kata Firth menerusi laman Twitternya @Sara_Firth.

Stesen RT yang dibiayai kerajaan Rusia bagaimanapun dalam reaksinya kepada AFP berkata, “Firth telah meluahkan pendiriannya yang memilih kebenaran tetapi pihak kami mempunyai versi tersendiri mengenai maksud sebenar kebenaran”, kata jurucakap stesen itu.

Firth membuat kenyataan selepas seorang blogger menuduh rakan sekerjanya, Polly Boiko menerima rasuah untuk membantu menyebarkan penipuan Presiden Rusia, Vladmir Putin mengenai perkara sebenar yang berlaku terhadap MH17 yang terhempas di timur Ukraine pada Khamis.

“Apa yang yang telah saya sebarkan?” tanya Boiko dalam reaksi balasnya.

Menurut Firth itu satu "penipuan". Tambahnya "kami (wartawan) sememangnya bekerja untuk Putin. Kami diminta setiap hari untuk melaporkan perkara yang tidak benar.

“Kami hanya makan gaji dan kerana itu kami harus mematuhinya,” tegasnya.

Firth telah menukar nama akaun Twitternya @SaraFirth_RT bagi mengelak dari dikaitkan dengan saluran televisyen itu lagi. - Sinar Harian