‘Rambo Bentong’ tak bermaya, menangis selepas jalani 24 sebatan

RABIDIN terpaksa dipapah keluar dari mahkamah, semalam.

Temerloh: Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, terpaksa menangguhkan perbicaraan ke atas Rambo Bentong terhadap tuduhan membunuh dan merogol remaja berusia 17 tahun lima tahun lalu kerana langsung tidak bermaya akibat menjalani hukuman 24 sebatan atas beberapa kesalahan rogol dan liwat dilakukannya sebelum ini.

Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman berkata, mahkamah tidak dapat meneruskan perbicaraan terhadap tertuduh, Rabidin Satir, 43, yang sepatutnya membela diri atas tuduhan membunuh dan merogol Annie Kok Yin Cheng, 17, semalam.

Tertuduh yang memakai baju lokap berwarna hijau kelihatan amat lemah dan menangis teresak-esak selepas dibawa masuk ke dalam mahkamah dengan diusung pegawai penjara.

Ab Karim kemudian menetapkan perbicaraan kes itu ditangguhkan kepada 12 Jun depan.


Rabidin didakwa membunuh mangsa antara jam 11.30 malam, 7 Mac 2009 dan jam 1.50 tengah hari 8 Mac 2009, di Lot 4168 Kampung Ketari Bentong, Bentong.


Lelaki itu yang berasal dari Kampung Libang Ulu, Tambunan, Sabah didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Rabidin yang tidak bekerja diwakili peguam Richard Bong Chong Fook, manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Mustaffa.

Sumber: myMetro

2 comments:

  1. AKIBAT JENAYAH MEMBAWA KEPADA HUKUMAN

    ReplyDelete
  2. RAMBO apa namanya kena sebat, lemah dan menangis, tak machola macam ni! belum kena tembak dan bom lagi.

    ReplyDelete