Penyanyi kantoi miming, pegang mikrofon terbalik

 
BEIJING - CHINA. Seorang penyanyi menjadi bahan ketawa warga laman sosial selepas sebuah video yang menunjukkannya memegang mikrofon terbalik menjadi viral.

Sa Dingding, 32 juga dirakam sempat menukar posisi mikrofon setelah menyedari kesilapan tersebut.


Tindakan pantas Dingding untuk mengaburi mata penonton bagaimanapun tidak berjaya selepas video rakaman dimuatnaik ke laman sosial China iaitu Weibo.

Peristiwa berkenaan menyebabkan Dingding menyembunyikan akaun Weibonya sendiri dan memberitahu pengikutnya bahawa beliau akan cuba 'berlakon lebih baik'.

Menurut laporan Sydney Morning Herald, Dingding mempunyai 1.6 juta pengikut di laman Weibo.

Pada 2008, China memperkenalkan larangan terhadap artis pop yang mengamalkan miming dalam persembahan siaran langsung mereka.

Ia berpunca dengan insiden seorang kanak-kanak berumur 9 tahun yang menyanyikan lagu secara miming di upacara pembukaan Olimpik.

Penyanyi kanak-kanak yang sebenar pula tidak dihantar naik ke atas pentas kerana mempunyai gigi yang tidak tersusun dan dianggap tidak menarik untuk tontonan umum.


Sumber: Sinar Harian

No comments:

Post a Comment