Layan lagu heavy metal melayu, Hidup Satu dari Crossfire




Berterbangan burung di angkasa
Dalam suasana riang
Berligar... di alam kepalsuan
Mencari rezeki untuk kehidupan
Demi masa hadapan
Di dunia... yang penuh dengan perlumbaan
Berbagai tipu daya
Harus engkau berwaspada
Terlena dek pujuk rayuan
Jiwa terseksa... sensara
Ketekunan maju kita jaya
Tercapai cita-cita
Berusaha dengan penuh keazaman
Kesabaran penuh keikhlasan
Cerah masa hadapan
Bahagia menuju ke mercu kejayaan
Berbagai daya usaha
Telah terlaksana
Menuju ke arah kemenangan
Yang sebenar... di dunia
Bersabar... penuh keikhlasan
Pastikan akan berjaya

(Video) Tumbuhan periuk kera di Kemboja mirip alat sulit lelaki


SEJENIS tumbuhan pelik telah di temui di Kemboja, Tumbuhan ini sangat mirip kepada bentuk alat kelamin lelaki. Memang agak lucu dan pelik dengan bentuknya yang sebegitu.

Dalam video di bawah ini yang bertajuk “Penis Plant”, kelihatan beberapa remaja perempuan begitu teruja dan seronok sekali dengan penemuan itu, apatah lagi dengan bentuknya yang sebegitu rupa.

Siap ada yang berseloroh sambil memegang tumbuhan pelik itu dan berkata “Helo! Helo!”…Entah apa butir bicara mereka tidaklah dapat admin fahami.

Sebenarnya kalau di tempat kita, tumbuhan itu di panggil ‘Periuk Kera’ tapi bentuknya tidaklah seperti periuk kera di negara Kemboja yang kelihatan agak pelik sedikit berbentuk seperti alat sulit lelaki.

Hmmm…macam-macam hal. (sumber dari alamcyber2020)

-mynewshub

Mangsa tetak minta ibu saudara cari tangan yang putus

 Gambar hiasan

Kota Bharu: “Tolong cari tangan saya,” Itu yang diungkapkan Izani Ghazali, 43, kepada ibu saudaranya selepas pergelangan tangan kanannya putus akibat ditetak beberapa kali oleh individu dikenalinya dalam kejadian di Bukit Temalong, Gunong, Bachok, Rabu lalu.

Isteri Izani, Aidah Ariffin, 36, berkata, dia hanya mengetahui perkara itu selepas dimaklumkan oleh ibu saudaranya yang menceritakan kembali kejadian itu kepadanya .


Katanya, suaminya terpaksa berlari menyelamatkan diri dalam keadaan berlumuran darah ke rumah ibu saudaranya itu yang terletak kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian.

“Suami meminta ibu saudara mencari tangannya yang putus di lokasi kejadian, sebelum anaknya membawa suami ke hospital untuk dirawat.


“Selepas itu, anggota polis dengan bantuan penduduk kampung mencari tangan suami dan menemuinya enam jam selepas kejadian dan terus membawanya ke hospital untuk penyambungan semula,” katanya ketika ditemui di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di sini, semalam.


Harian Metro semalam melaporkan, angkara dendam lama, Izani putus pergelangan tangan kanan apabila ditetak beberapa kali menggunakan senjata tajam oleh individu dikenalinya.

Kejadian berlaku jam 8.45 malam ketika dia dalam perjalanan ke rumah ibu mentua dari rumah ibu saudaranya dengan menunggang motosikal bersendirian.


Bagaimanapun, sebaik tiba di kawasan perumahan, dia didatangi seorang lelaki bermotosikal dari arah belakang bersama sekumpulan individu dan menetak tangan kanannya beberapa kali hingga putus.

Menurut Aidah, ketika kejadian dia berada di rumahnya di Besut, Terengganu dan hanya diberitahu mengenai kejadian menimpa suaminya itu oleh ibu mentuanya pada jam 9 malam.


“Tidak lama kemudian, adik ipar sekali lagi menelefon saya memaklumkan pergelangan tangan kanan suami putus.


“Mendengar berita itu saya terus ke Bachok bersama anak sebelum ke hospital,” katanya.


Ibu tujuh anak itu berkata, sebaik tiba di HUSM pada jam 3 pagi, ahli keluarga memberitahu suaminya sudah memasuki bilik pembedahan untuk penyambungan semula tangan yang putus.


Katanya, pembedahan selesai jam 9 pagi semalam dan suaminya kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemantauan lanjut.


“Alhamdulillah, saya sempat melihatnya selepas dia keluar dari bilik pembedahan, namun masih dalam keadaan tidak sedarkan diri.


“Mengikut kata doktor, pembedahan itu berjaya, namun suami masih perlukan pemantauan rapi,” katanya.


Ditanya mengenai individu yang menyerang suaminya, Aidah mengakui lelaki itu sudah lama menyimpan dendam terhadap suaminya dipercayai akibat sengketa lama.


“Suami tinggal menyewa di kawasan Bukit Temalong dan bekerja sebagai tukang paip. Kebetulan lelaki itu juga tinggal berhampiran dengan rumah ibu saudara suami dan mengambil kesempatan menyerangnya pada malam itu.


“Saya harap polis dapat segera menangkap lelaki itu dan menerima hukuman setimpal,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok Deputi Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad berkata, suspek sudah dikenal pasti dan usaha mengesannya giat dijalankan.

Sumber

Warga China yang diculik di Sabah berjaya diselamatkan

KAWALAN keselamatan Singgahmata Adventures Reef and Resort diperketatkan selepas insiden penculikan, April lalu. FAIL NSTP

Kuala Lumpur : Dua wanita termasuk warga China yang diculik di sebuah pulau di Semporna, Sabah pada April lalu berjaya diselamatkan tanpa mebabitkan sebarang wang tebusan dibayar hasil kejayaan operasi bersama pihak berkuasa Malaysia dan Filipina.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam laman Twitternya berkata, beliau diberi taklimat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bahawa pelancong dari China Gao Huayuan, 29, pekerja resort Singgahmata Adventures Reef and Resort, Marcy Darawan@Mimi, 40, yang diculik pada 2 April lalu berjaya diselamatkan.

Menurutnya, kerajaan Malaysia sedang mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan pelancong warga China itu dapat pulang ke negara asalnya secepat mungkin.



“Tiada wang tebusan dibayar bagi membolehkan pembebasan mereka. Kejayaan ini hasil kerjasama pasukan keselamatan Malaysia dan Filipina,” tweet beliau, malam ini.


Dalam kejadian 10.30 malam 2 April lalu, Gao dan Marcy diculik dari resort atas air dengan 60 bilik itu yang terletak kira-kira dua batu nautika dari pekan Semporna, oleh sekumpulan tujuh lelaki bersenjata.

Pada 6 Mei lalu, lima lelaki bersenjata menculik seorang pengurus syarikat ternakan ikan, Yang Zai Lin, 34, berasal dari Guangzhou, China, di Pulau Baik, Lahad Datu, Sabah.



Dua warga China yang diselamatkan akan pulang ke negara mereka esok

Kota Kinabalu: Pihak berkuasa menyelamatkan dua wanita mangsa culik di Singamata Reef Resort, Semporna, di Pulau Jolo, Filipina, kira-kira 10 pagi ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib ketika dihubungi berkata, kedua-dua wanita itu selamat dan tiba di pantai barat negeri ini 4.30 petang tadi.

Bagaimanapun, beliau enggan menjelaskan lokasi mangsa ditempatkan.

"Mereka akan berada di sini sehingga esok sebelum diterbangkan ke negara masing-masing pada hari sama," katanya.


Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerusi akaun Twitter miliknya mengesahkan operasi menyelamat pelancong warga China dan pekerja warga Filipina itu dilakukan 7.27 malam tadi.


"Tiada wang tebusan dibayar kepada kumpulan penculik dan kejayaan operasi adalah hasil kerjasama pasukan keselamatan Malaysia dan Filipina," kata Najib menerusi Twitter.


Sumber: myMetro

6 kisah babysitter yang kejam di dunia


Frederick Mitchell

Pada bulan Mac 2013 , Frederick Mitchell ( 21 ) dari Cincinnati , AS diminta menjaga anak berumur 4 bulan , Elliot Magrditchian , yang merupakan anak rakan serumahnya sendiri . Selama menjaga bayi , Mitchell melempar - lempar Elliot ke dinding tanpa alasan yang jelas .

Elliot dibawa ke hospital lalu meninggal beberapa hari kemudian . Mitchell didakwa melakukan tindakan kekerasan . Tapi setelah pihak forensik mendapati kematian Elliot kerana pembunuhan , dakwaannya ditambah dengan pembunuhan dan Mitchell dijerat hukuman penjara seumur hidup . Kini dia tengah menunggu perbicaraan .


Agnes Wong

Pada tahun 2007 , Agnes Wong diupah untuk menjaga bayi di Manchester , England berumur 16 bulan bernama Hugo Wang . Di tarikh 25 Januari , Hugo dibawa kehospital kerana luka serius di kepala dan pergelangan kaki . Ada luka gigitan , lebam , luka terbakar , dan bekas pukulan .

Wong mengaku dia hanya mendisiplinkan Hugo kerana nakal . Adapun luka terbakar diperolehnya kerana bermain - main dengan pengering rambut . Hugo meninggal pada 26 Januari 2007 dan Wong didakwa dengan pembunuhan beberapa hari kemudian . Dia dijatuhi hukuman 5 tahun penjara , namun baru berjalan 2 tahun dia dihantar pulang ke Malaysia .


David McGreavy

Dijuluki dengan sebutan ' The Giant from Worcester ' , David McGreavy adalah lelaki muda yang tinggal bersama sebuah keluarga di Worcester , United Kingdom pada tahun 1973 . Suatu hari , dia diminta menjaga 3 anak keluarga tersebut . Gilanya , dia malah membunuh ketiganya dan menusukkan mayatnya di pagar rumah .

Dia ditangkap di hari yang sama dan dipenjara seumur hidup . Pada tahun 2009 , dia menukar namanya lantaran selalu diserang oleh banduan lain yang mengenalinya , namun namanya dikembalikan lagi di tahun 2013 . Sudah 8 kali dia mengajukan parol namun selalu gagal .


Yoselyn Ortega

Yoselyn Ortega ( 50 ) bekerja dengan keluarga Krim untuk menjaga ketiga anaknya . Suatu ketika si ibu , Marina Krim , pulang selepas menjemput seorang anaknya dari belajar berenang dia terperanjat melihat 2 anaknya , iaitu Lucia ( 6 ) dan Leo ( 1 ) berada di dalam tab penuh darah . Keduanya ditikam sampai mati oleh Ortega .

Ketika Marina memasuki bilik Ortega , dia mula menusuk dirinya sendiri dengan pisau dapur . Marina membuang pisau tersebut. Ortega dibawa ke hospital dan berjaya diselamatkan . Diduga motif pembunuhan adalah stres dan marah kerana ditolak permintaannya naik gaji .


Karl McCluney

Karl McCluney ( 15 ) diminta menjaga anak berumur 2 tahun bernama Demi Leigh Mahon selama 1.5 jam sementara ibunya melakukan beberapa tugas . Selepas bermain di taman , Karl kembali ke rumah Demi , lalu memukul , menggigit , dan mencukur kepalanya . Ketika ibunya pulang , Karl sedang menonton TV sedangkan Demi sudah hampir mati .

Demi dikejar ke hospital dengan 69 luka , kerosakan otak , dan perlu dipasang alat sokongan hayat. Hasil pemeriksaan psikiatri mendapati bahawa Karl mempunyai IQ rendah dan berasal dari keluarga broken home . Motifnya adalah kerana Demi mengganggunya . Dia dihukum penjara 15 tahun .


Gabriela Gonzales

 Gabriela Gonzales mengasuh bayi bernama Kiery Nicole di Maryland , AS pada bulan Oktober 2011 . Sayangnya , Kiery menderita ruam dan Gonzales tak berjaya membuatnya berhenti menangis . Kecewa , dia menggoncang - goncang bayi 2 tahun itu , lalu memukul kepalanya di tandas .

Kiery meninggal 3 hari kemudian . Hasil autopsi mendapati adanya pendarahan pada otak dan saraf tunjang , juga keretakan tengkorak . Gonzales berkata Kiery cedera kerana jatuh dari tempat tidur . Selama perbicaraan , dia tak menunjukkan penyesalan sehingga dijatuhi hukuman maksimum 20 tahun penjara .

lelaki AS ditahan rogol mesin ATM

Lonnie Hutton. Foto: Murfreesboro Police Dept

Seorang lelaki dari Tenessee, Amerika Syarikat ditahan setelah didapati melakukan senk dengan sebuah mesin pengeluaran wang (ATM).

Lelaki bernama Lonnie Hutton, 49, itu dilihat berjalan terhuyung selepas keluar dari sebuah kelab malam Boro, tanpa diduga Hutton langsung melucutkan seluarnya dan mengeluarkan alat sulitnya lalu melaga-lagakan pada mesin ATM, seperti dilapor Dailymail, Selasa (20/5/2014).

Pekerja bar yang menangkapnya lalu menyuruhnya duduk di meja taman. Parahnya, Hutton malah kembali bermain kemaluannya ke meja itu pula.

Akhirnya, Hutton ditahan dengan dakwaan merosakkan kemudahan awam. Dia saat ini ditahan di Penjara Rutherford serta dikenakan ikat jamin sebanyak $ 250. Hutton dijadualkan untuk hadir di mahkamah pada 1 Julai ini.

Video ahli politik korek dan makan tahi telinga sendiri


FLORIDA - Seorang ahli politik asal Florida, Amerika Syarikat (AS) telah tertangkap kamera televisyen sedang memakan tahi telinganya sendiri.

Ahli politik Demokrat Florida, Joe Garcia, yang sedang menghadiri sidang yang diadakan oleh Jawatankuasa Kehakiman DPR dilihat sedang memasukkan jarinya ke dalam telinganya.

Tak lama kemudian, dia menarik jarinya keluar dari telinganya dan kemudian memakan apa yang sudah "digalinya" di dalam telinganya. Demikian dilaporkan oleh Metro, Rabu (14/5/2014).

Penonton yang mengikuti siaran C-SPAN terkejut menganggap ia sebagai suatu perkara yang menggelikan.



Thailand hasilkan headphone khusus untuk tonton filem biru

 Foto: Metro

Sebuah syarikat di Thailand, LovePalz, mencipta headphone atau alat pendengar khusus untuk menonton filem biru.

"Headphobe Ladobi merupakan alat pendengar yang direka khusus untuk menonton filem porno. Memiliki alat ini membuat anda mengurangkan interaksi sosial apapun," menurut syarikat pembuat Ladobi, seperti dikutip Metro, Khamis (29/5/2014).

Menurut Focus Taiwan, headphone ini membuat suara perempuan lebih menyenangkan dan tidak tajam. Sementara suara lelaki akan lebih bulat dan membuat anda serasa melihat di sebuah home-teater.

Meskipun headphone ini meningkatkan kualiti suara, menurut syarikat tersebut alat pendengar ini boleh menghilangkan kesempatan untuk mendapatkan gadis impian anda.

Sumber: okezone.com

(Foto) Mr Bean selamatkan pemandu McLaren

 dailymail.co.uk

 Pelakon komedi terkenal, Rowan Atkinson menyelamatkan seorang pemandu kereta sport mewah McLaren F1 kelmarin.

Dalam kejadian di sebatang jalan raya di Tuscany, Itali, Selasa lalu itu, pemandu yang menyertai konvoi permotoran tersebut terbabas sebelum melanggar sebatang pokok.

Pelakon yang popular dengan nama Mr. Bean itu merupakan antara yang pertama berada di tempat kejadian bagi membantu pemandu berkenaan yang merupakan seorang ahli perniagaan warga Amerika Syarikat.

Sewaktu kejadian, Atkinson yang juga memandu kereta jenis sama kebetulan melalui kawasan kejadian sebelum menyedari terdapat kemalangan di situ.

Aktor berusia 59 tahun itu telah bertindak memberikan bantuan dengan menelefon pihak polis Itali dan juga anggota bomba. Pemandu kereta itu telah dikejarkan ke sebuah hospital di Pisa dan dilaporkan berada dalam keadaan baik. - Kosmo!








(Foto) Pesawat pasukan Piala Dunia Brazil

Pesawat Boeing 737 yang diberi nama Brasil Gol ini akan menjadi alat pengangkutan pasukan Samba dalam sepanjang pertandingan Piala Dunia 2014 yang akan berlangsung di Brazil.

Badan pesawat ini dilukis oleh artis kembar Brazil Os Gemeos yang diinspirasi dari Brazilian street art.







Foto: Reuters/Nacho Doce

Mengejutkan, 200 lukisan kuno tersembunyi ditemui pada dinding angkor Wat

Salah satu lukisan yang ditemukan pada dinding Angkor Wat. Lukisan ini diduga dibuat pada tahun 1500an

Penyelidik menemui 200 lukisan yang tersembunyi di dinding Angkor Wat , kuil Buddha di Kemboja . Salah satu lukisan yang dijumpai ialah lukisan Hanoman .

Penemuan itu mengejutkan kerana dinding tempat lukisan yang diungkap keberadaannya sebenarnya dilalui ribuan orang setiap harinya .

Lukisan - lukisan yang dijumpai tidak dapat dilihat dengan mata kasar, ia diungkap dengan bantuan teknik pemprosesan imej secara digital .

Noel Hidalgo Tan , penyelidik dari Australia National University di Canberra , adalah orang yang mendedahkan kewujudan lukisan tersembunyi itu .

Ia pertama kali menyedari adanya tanda lukisan , berupa pigmen merah , saat melakukan ekskavasi di Angkor Wat pada tahun 2010 lalu .

Pada waktu tengah hari tengah hari ketika melakukan penyelidikan , dia terus mengikuti arah pigmen merah pada dinding kuil dan mengambil gambar beberapa dinding sebelah di mana pigmen tanda lukisan berada.

Foto - foto hasil rakaman kemudian diproses dengan teknik bernama decorrelation strecth analysis .

Teknik itu mampu mengungkap perbezaan warna yang sangat samar dan juga dipakai NASA untuk memproses imej Marikh mereka .

Diberitakan LiveScience , Rabu ( 28/5/2014 ) , dengan teknik tersebut , Tan berjaya mengungkap adanya pelbagai lukisan di dinding kuil tersebut.

Selain lukisan Hanoman , ada juga lukisan instrumen muzik tradisional Khmer , pinpeat , serta lukisan para dewa , kapal , dan gajah .

" Beberapa lukisan yang paling terperinci , yang terletak di bahagian atas kuil , dilewati ribuan orang tiap harinya , tapi yang paling terperinci itu tak dapat dilhat dengan mata , " kata Tan .

Tan mendedahkan , banyak lukisan yang ditemui di Angkor Wat sebelumnya dikategorikan sebagai grafiti .

Akan tetapi , kata Tan , banyak lukisan yang ditemui kali ini sangat skematik dan sepertinya bertujuan untuk menghiasi dinding kuil .

Christian Pottier , arkeologi Grater Angkor Wat Project , mengatakan bahawa dirinya setuju lukisan itu tak boleh dikatakan sebagai grafiti semata .

Namun , dia juga mengatakan bahawa kewujudan lukisan itu tak mengejutkan .

Belum diketahui bila lukisan itu dibuat . Namun , diduga lukisan itu dibuat pada masa Raja King Ang Chan sebagai usaha untuk merestorasi kuil antara 1528 - 1566 .

Pemulihan dilakukan ketika Angkor Wat mulai berubah fungsi , mulai dari tempat pemujaan dewa Wisnu umat Hindu hingga menjadi tempat ziarah umat Buddha .

Sumber: tribunnews.com

Hari ini 29 Mei 1973, P. Ramlee meninggal dunia

 Foto terakhir P. Ramlee yang diambil beberapa hari sebelum beliau meninggal dunia

P. Ramlee telah kembali ke Rahmatullah pada pagi Selasa yang bertarikh 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun akibat sakit jantung semasa mahu tiba di Hospital Kuala Lumpur dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur.


P.Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh dilahirkan di Pulau Pinang pada pagi Hari Raya Aidilfitri bersamaan Rabu , 22 Mac 1929.

Bapanya seorang ahli pelayaran yang berasal dari Lho’Seumawe , Acheh telah berkahwin dengan Che Mah binti Hussien pada tahun 1925 di Kubang Buaya , Butterworth.

P.Ramlee telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan seterusnya di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua.

Semenjak di bangku sekolah lagi, P.Ramlee telah menunjukkan minat dan bakat dalam bidang seni, terutamanya dalam seni muzik.

Di Penang Free, P.Ramlee belajar seni muzik dengan Encik Kamaruddin iaitu pemimpin Brass Band di sekolah tersebut.

Semasa pendudukan Jepun di Malaya, P.Ramlee pernah memasuki sekolah tentera laut Jepun ( Kaigun ).

Di sini beliau berpeluang mempelajari lagu-lagu Jepun.


PERMULAAN KERJAYA SENI

Beliau mula bermain peralatan muzik yang bernama ukulele dan akhirnya beralih kepada gitar dan biola di bawah bimbingan Encik Kamaruddin yang merupakan seorang pemimpin brass band di Penang Free School. Beliau juga pernah menyertai Orkes Teruna Sekampung dan kemudian Sinaran Bintang Sore. Beliau pernah menjadi juara bagi pertandingan nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang pada tahun 1947 dan terpilih sebagai Bintang

Penyanyi Utama Malaya. Dalam pertandingan itu, beliau menggunakan huruf "P" (bagi Puteh) di awal namanya dan nama "P. Ramlee" itu kekal hingga ke akhir hayatnya.
Filem pertama lakonan P. Ramlee ialah Chinta, sebuah filem yang dikeluarkan pada tahun 1948. Beliau memegang peranan sebagai penjahat dan nyanyian latar. Kejayaannya terus berkembang dan telah berjaya berlakon di dalam 27 buah filem di antara tahun 1948 hingga 1955.

Salah seorang pendorong dan guru beliau dalam dunia perfileman Melayu ialah Tan Sri L. Krishnan yang merupakan pengarah bagi filem Melayu sekitar tahun 1950-an hingga 1960-an. Gaya lakonan beliau yang amat berjaya itu adalah hasil inspirasi daripada dua pelakon yang terkenal dari India Selatan iaitu MGR dan Sivaji Ganesan.

Filem terakhir lakonan beliau ialah Laxmana Do Re Mi pada tahun 1972 manakala lagu dan lirik terakhirnya ialah Air Mata di Kuala Lumpur pada tahun 1973 sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya.


PERKAHWINAN

P. Ramlee pernah berkahwin tiga kali. Kali pertama beliau berkahwin dengan Junaidah Daeng Harris pada 1950 tetapi perkahwinan mereka menemui kegagalan pada tahun 1954. Perkahwinan kedua beliau adalah dengan Noorizan Mohd. Noor pada 6 Februari 1955 yang merupakan seorang kerabat diraja bagi negeri Perak yang sanggup meninggalkan kehidupan di istana demi cintanya itu. Walaubagaimanapun, Norizan mengharapkan sesuatu yang lebih dari perkahwinan mereka tetapi beliau lebih menumpukan hidupnya kepada kerjaya seni yang menyebabkan perkahwinan mereka berakhir pada tahun 1961. Kali terakhir adalah dengan Saloma pada 21 November 1961 dalam satu majlis yang sangat sederhana bersama rakan-rakan terdekatnya.

Wanita yang mencintai beliau mempunyai sebab-sebab yang berbeza. Isteri pertama beliau, Junaidah, menyintainya ketika masih belum terkenal. Seterusnya, Norizan pula mencintainya sebagai seorang seniman dan pembikin filem yang terkenal.

Walaubagaimanapun, Saloma mencintainya dengan seadanya iaitu sebagai seorang seniman dan sebagai seorang yang biasa. Perkara ini yang menyebabkan Saloma menjadi teman hidup sehati sejiwa beliau sehingga ke akhir hayat.


ANAK-ANAK

P. Ramlee mempunyai ramai anak yang dijaga beliau dan tetapi hanya dua orang sahaja yang merupakan anak kandungnya hasil perkahwinan beliau dengan Junaidah. Anak-anak beliau banyak membantu beliau dalam kerja seperti menjadi penyanyi latar kanak-kanak (contohnya lagu Tolong Kami Bantu Kami daripada filem Tiga Abdul) dan pelakon kanak-kanak tambahan (contohnya Sazali yang berlakon sebagai anak pekerja ladang dalam Anak Bapak).

Berikut merupakan anak-anak yang pernah dijaga beliau:

1. Mohd Nasir : Anak kandung bersama Junaidah (1953-2008)
2. Arfan : Anak kandung bersama Junaidah (1954-1998)
3. Sazali : Anak angkat (lahir 1958)
4. Abdul Rahman : Anak tiri (anak Junaidah)
5. Norma : Anak tiri (anak Noorizan)
6. Armali : Anak tiri (anak Saloma dan A.R.Tompel)
7. Betty : Anak angkat
8. Zakiah @ Zazaloma : Anak angkat (lahir 1963)
9. Sabaruddin @ Badin : Anak angkat (1966-2007)
10. Salfarina @ Dian : Anak angkat (keturunan Cina)







(Foto) Trend baru, bergambar separuh bogel di tempat tumpuan pelancong

Bergambar separuh bogel di tempat-tempat menarik yang menjadi tumpuan pelancong ini dipelopori oleh Ingvild, Lydia dan Olivia. Ia dikenali sebagai The Topless Tour di mana mereka akan bergambar dengan tidak memakai baju dan bra. Namun, gambar hanya diambil dari arah belakang sahaja.

The Topless Tour telah mempunyai 4,000 followers di Instagram.
 
 Ingvild, Lydia and Olivia

 Ingvild, Lydia and Olivia di Norway sebahagian dari tour mereka

 Ingvild dan Olivia berfoto seusai main ski di Norway

 Ingvild, Lydia and Olivia pose topless di Teufelsberg, Berlin, Germany

 Olivia dan di Lake District, UK

 Pernille, Ingvild dan Ingvild pose topless di Primrose Hill, London

  Ingvild, Lydia dan Olivia posing di Grimsdalen, Norway

 Olivia, Lydia dan Ingvild di Norway. Setakat ini mereka telah pose separuh bogel di Oslo, New York, Manchester, Berlin dan London

 Trend The Topless Tour telah diikuti ramai orang, termasuk pelajar lelaki dan perempuan dari Tinity Laban Conservatoire of Music & Dance, yang berfoto di depan Royal Naval College, London.

 Empat gadis berfoto ala Topless Tour sambil menunggangi kuda

Ekspresi orang ramai saat melihat dua gadis berpose separuh bogel di sebuah jambatan di New York.

Foto: dailymail.co.uk

Ramai tak tahu Google ubah sedikit logonya


Mungkin tidak ramai orang tahu bahawa  Google mengubah sedikit logo di atas bar carian mereka .

Memang secara sekilas , tidak ada yang berubah dari logo Google . Namun , dikutip dari Gizmodo ( 28 / 05 ) , Google sedikit memperbaiki sisi letak dari logonya tersebut .

Perubahan yang dilakukan Google ini hanya dilakukan untuk 2 huruf saja iaitu huruf " G " dan " L. " Pengemasan letak logo tersebut didasarkan pada tatacara kerning atau satu istilah dalam ilmu typografi yang juga dikenali dengan nama mortising .

Kerning sendiri mempunyai erti pengubahan jarak dan letak untuk setiap karakter untuk mendapatkan gambaran yang benar - benar sesuai.

Oleh kerananya , berdasarkan peraturan kerning ini , Google memindahkan huruf " G " ( yang berada di bahagian tengah ) satu pixel ke arah kanan dan huruf " L " juga satu pixel ke bawah dan kanan .

Memang secara keseluruhan tidak ada kesan atau keuntungan dari pihak pengguna perkhidmatan Google dalam pengemasan sisi letak di logo tersebut .

Namun , diharapkan dengan memperbaiki sisi letak tersebut maka gambaran logonya akan semakin kelihatan cantik .  

Berikut gambar format .gif perubahan logo Google tersebut.


 Gambar diambil dari Gizmodo.com.


Sumber: merdeka.com

Layari Internet lebih 4 jam undang penyakit mental

 
LONDON - Kanak-kanak yang suka menghabiskan masa terlalu lama melayari Internet boleh mengundang risiko menghidap penyakit mental, lapor pakar kesihatan Britain.

Jabatan Kesihatan England (PHE) memberi amaran, kanak-kanak tersebut berisiko menghadapi masalah kesihatan termasuk tekanan perasaan, kerisauan, kesunyian, rendah keyakinan diri dan bersikap agresif akibat tabiat buruk itu.

Portal berita Daily Mirror yang memetik laporan PHE melaporkan, jumlah masa yang dihabiskan melayari laman sosial dan tahap kesihatan saling berkaitan terutamanya ke atas golongan muda.

Jelas laporan berkenaan, satu daripada 10 kanak-kanak di seluruh dunia mempunyai masalah mental dan satu pertiga daripada golongan remaja menghadapi masalah sedih atau tekanan perasaan sekurang-kurangnya sekali setiap minggu.

"Maklumat terbaharu ini diperolehi berdasarkan jumlah ibu bapa atau kanak-kanak yang menghubungi talian khas, Childline untuk melaporkan kes buli di dalam talian, kes bunuh diri dan kes mencederakan diri sendiri yang semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

"Selain Internet, kanak-kanak yang meluangkan masa terlalu lama menonton televisyen dan bermain permainan video lebih daripada empat jam sehari boleh mengundang penyakit tersebut," kata laporan itu.

PHE berkata, peningkatan tahap kesihatan dalam kalangan kanak-kanak sejak 20 tahun lalu juga terjejas akibat pengaruh media baharu itu dan mungkin perkembangan itu semakin buruk sejak akhir-akhir ini.

Jelasnya, kebanyakan kanak-kanak pada masa ini berpuas hati dengan tahap kehidupan mereka dengan meluangkan masa melayari laman sosial atau menonton televisyen, tetapi tidak mengambil berat tentang kesihatan diri.

"Penyakit mental boleh mengancam golongan kanak-kanak seawal usia antara lapan dan 15 tahun.

"Isu ini perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak berwajib, terutama ibu bapa untuk mengehadkan aktiviti anak-anak mereka dalam dunia alam maya supaya tidak melebihi empat jam sehari," lapor PHE.

Sumber

(Foto) Lukisan 3D atas pasir yang menakjubkan

Gambar 3 dimensi di atas pasir pulau Matakana, New Zealand ini merupakan karya tiga seniman bernama Jamie Harkins, Constanza Nightingale dan David Rendu yang bergabung dalam 3DSD.  






Foto: Facebook.com/3DSD


Sumber: tempo.co