Final Piala Malaysia 2012: Pasukan pilihan ahli parlimen

Final Piala Malaysia 2012 antara Kelantan dan ATM mendapat perhatian beberapa ahli parlimen. mari kita lihat pasukan pilihan mereka.


Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek - Kelantan menang
"Kedua-dua pasukan ini pernah bertemu dan kehebatan mereka sama, namun kelebihan berpihak pada Kelantan kerana pernah beraksi dalam perlawanan akhir"


Datuk Ibrahim Ali - Kelantan Menang
"Sebagai anak Kelantan, semestinya saya menyokong Kelantan," katanya


Datuk Mahfuz Omar - Kelantan menang
"Corak permainan Kelantan yang cantik dan berada di tahap yang tinggi, ditambah pula dengan keupayaan kepimpinan memudahkan laluan Kelantan untuk menjadi juara"


S. Manikavasagam - Kelantan menang
 "Pasukan kegemaran saya adalah Selangor dan Kelantan, tapi saya yakin Kelantan akan menang 3-0.
"Dengan adanya barisan pemain, penjaga gol, penyerang yang berpengalaman luas memberi Kelantan satu peluang yang cerah," ujarnya.



Salahuddin Ayub - Kelantan menang
"Anjakan besar Kelantan dalam fenomena bola sepak begitu membanggakan dan saya pasti Kelantan menjadi juara dengan jaringan gol 2-0"


Datuk Seri Noh Omar - Kelantan menang
"Saya rasa Kelantan boleh menang walaupun kedua-dua pasukan ini hebat.
Namun ATM akan lebih bersemangat untuk mengalahkan The Red Warriors kerana ini merupakan julung kalinya ATM mara ke final,"



Wee Choo Keong - Kelantan menang
"Saya anak Kelantan, semestinya saya menyokong Kelantan negeri kelahiran saya. Orang Kelantan mesti menyokong pasukan Kelantan,"


Fuziah Salleh - ATM menang
"Saya mahu ATM juara... tapi kedua-dua pasukan sama hebat dan saya rasa kemenangan ATM dengan jaringan penalti"


P. Kamalanathan - ATM menang
"Saya yakin dengan semangat juang yang ada pada ATM ketika menentang Lions XII tempoh hari.
Dengan kegigihan, semangat dan kebolehan yang begitu tinggi seperti semangat perwira untuk berjuang"



Datuk Ahmad Maslan - berkecuali
"Bagi saya pasukan yang terbaik layak menjadi juara tidak memilih sama ada ATM atau Kelantan.
Tapi saya memuji semangat dan disiplin pasukan ATM dalam saingan separuh akhir menentang Lions XII,"



Nurul Izzah Anwar - berkecuali
"Saya agak kecewa setelah Selangor kalah kepada Kelantan.
Namun saya berbangga dengan peningkatan mutu bola sepak di negara dan saya teruja dengan perjuangan ATM menentang Lions XII,"



Redza - Kelantan menang
"Sebagai anak  Kelantan saya berkeyakinan TRW akan menang..GKG"



semoga final nanti berlangsung dengan aman dan tidak berlaku kejadian yang tidak diingini

majulah sukan untuk negara


sumber:SH

6 comments: