tak sabar nak tunggu
movie yg aku xsabar2 nk tunggu. dijangkakan akan ditayang pda buln mei tahun 2011. hadoiii 2010 pon bru nk masuk bulan feb. esok...berjanggut nk kena tunggu.
kali ni kapten jack sparrow & barbossa bersaing utk mencari lokasi fountain youth.
dengar khabarnya watak elizabeth swann & will turner tdk ada & ia telah ditamatkan dalam at world ends..ye ker..
klu betul xdptlah nk tgk keira knightley bergasak ngan lanun2...hampehh
hmmm aa err aduii lamanye bln mei 2011.
rock kapak
sibuk dok dating.
xtau nak buat apa...aku post je la lgu rock kapak nih
lgu dri band kafilah-masih adakah sang suria
best gak jiwang2
mengikut salah sorng pengomen di youtube
video ni dirakam di kelab lumba kuda KL
sekrg nih kawasan tersebut telah terbinanya salah satu
mercu tanda negara iaitu
KLCC
bgi korang yg ske lepak2 kt klcc..tmpt korg duduk tu
mngkin tempat kuda berak dulu huhuh
dh lah
layan je la ek lgu ni
pi/es: nostalgia tuk org2 lama
Avatar pecah rekod
Namun pada isnin lalu secara rasminya filem Avatar telah menumpaskan pesaingnya itu dengan mencatat kutipan sebanyak AS$1.858 bilion (RM6.317 bilion) - jumlah setakat 27 januari.
fuuhhh!! kalau tak silap aku hanya ada 3 filem jer yg berjaya mencapai kutipan 1 billion..Avatar..Titanic & LOTR-The Return of The King.
tapi sampai sekarang aku tak tengok pon filem nih...ingat nak download je la ek..err boleh ke..
pi/es: aku peminat filem2 jerry bruckheimer...lama betul die menyepi
Because women do play
nih bukan diskriminasi jantina ke apa...tpi adalah kenyataan..tangan yg menghayun buaian pun leh wat lelaki sakit jantung.
tak caya??
ok, lawat web nih..
www.womengamers.com
korang check sendiri game apa yg kaum hawa ni maen..
dorang pun ada pilihan game sendiri...hahahah
respek
Aku nampak pontianak
kira2 jam 12.00 lebih aku terjaga..aku buka pintu bilik.biasa r nak ke tandas..
gelap jer rumah..semua dah tido kot..dannn tu dia terkejut besar aku bila ternampak
pontianak kat ruang tamu...kuss semangat..sib baik xde sakit jantung..kalau tak dah jalan..
ingat nak lari jer..tapi bila tengok..
cantik jugak pontianak nih..tergoda aku huhuh..
ok kt bawah nih gambar pontianak tu..
.
.
.
.
.
.
.
.
jangan terkejut pulak
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
haaa ni la gambar ponti. tu.....ntah apa2 la adik aku
dok layan citer phsm tengah2 malam..
dalam gelap pulak tu
Saintis cipta robot amah
SEOUL - Sekumpulan saintis Korea Selatan telah mencipta robot yang boleh berjalan, membersihkan rumah, memasukkan pakaian ke dalam mesin pembasuh dan memanaskan makanan di dalam ketuhar gelombang mikro.
Menurut media semalam, robot 'amah' yang diberi nama Mahru-Z itu mempunyai kepala, tangan, kaki dan enam jari serta penglihatan tiga dimensi (3-D).
"Keupayaan terbaik Mahru-Z ialah kemampuan penglihatannya untuk memerhati objek, mengetahui tugas yang perlu dilakukan," kata Ketua Kognitif Pusat Robot di Institut Sains dan Teknologi Korea, You Bum-Jae.
"Robot itu boleh mengenali orang ramai, boleh membuka ketuhar gelombang mikro, mesin basuh, menggunakan pembakar roti, mengambil sandwic, cawan dan mengambil pelbagai benda yang dilihatnya sebagai objek," tambahnya.
Saintis-saintis di institut itu mengambil masa selama dua tahun untuk mencipta Mahru-Z yang setinggi 1.3 meter dan berat 55 kilogram. - AFP
Pencuri dibakar
pic itu yang disiarkan oleh PBB menunjukkan mayat lelaki tersebut berada dalam keadaan bogel sebelum dibakar.
Lelaki itu dipukul oleh sekumpulan lelaki selepas dia dituduh mencuri semasa penduduk Haiti berada dlm kelaparan tuk mencari makanan selepas byk kedai & pasar raya runtuh ekoran geampa bumi yg berlaku pada selasa lalu.
memukul seorang pencuri (berbaring) di Petion Ville, Haiti.
pi/es: undang2 di tgn sendiri
The Last Supper
satu n3 yg bleh memberi sedikit manfaat kpd korang...layan jer..
Nabi Isa dikianat oleh pengikutnya
Ada puak Yahudi yang tak suka kepada Nabi Isa kerana Nabi Isa telah banyak menghalang mereka berbuat perkara yang dilarang agama. Nabi Isa perasan perkara ini dan bertanya kepada pengikutnya siapakah yang akan menolongnya dalam menegakkan agama Allah yang dibawanya. Ramai pengikutnya yang telah mengaku taat setia pada Nabi Isa mempertahankan agama.
Dalam pada itu ada juga yang membelot dan mengajak orang Yahudi Roman untuk membunuh Nabi Isa. Oleh kerana orang Roman ini tak begitu kenal Nabi Isa maka dirancangkan supaya ia membunuh orang yang dipeluk oleh pembelot tersebut.
Pada Malam yang dikenali sebagai "The Last Supper" atau "Makan Malam Terakhir" Nabi Isa telah diangkat Allah ke sisiNya dan orang yang dibunuh oleh Roman tersebut ialah Judas, pembelot tersebut. Judas telah dibunuh dan dipalang selama tiga hari.
Semasa Nabi Muhammad SAW naik ke langit menerima arahan sembahyang kemudiannya, Nabi Muhammad SAW telah bertemu dengan Nabi Isa di langit ke empat. Di riwayatkan Nabi Muhammad bertemu Nabi Isa dengan jasad dan rohnya.
Ada riwayat yang menyatakan Nabi Isa mati dan ada yang menyatakan roh dan jasatnya diangkat Allah ke langit. Hanya Allah yang tahu sebenarnya. Tetapi Nabi Isa tidak dibunuh oleh orang Roman tersebut.
Dikatakan juga bahawa Nabi Isa akan turun ke bumi nanti untuk membunuh Dajjal
makan malam terakhir Nabi Isa. Dahulunya ia adalah masjid
Dinda tak mahu pulang
Pembantu rumah itu, Dinda yg bru berusia 14 thun turut melarikan diri dgn 2 buah laptop serta duit rm500.
Dinda yg brasal dri palembang brtindak sedemikian krn enggan dihantar pulang oleh majikannya.
kejadian itu brlaku kira2 jam 10 pgi ketika pemilik rumah tiada di rumh krn meguruskn persekolahan anknya.
ilek r dinda..umo 14 thun patutnye dok kt skolah..buknnye jdi pengasuh kt umh orng.
dh lah bwah umo..bt plak kejer bangang..bkar umh org..xpasal2 jdi kes polis...kejer kt sini de permit ke tak..hmm ini pasti kes kemiskinan di tempt asal...umo semuda tu dh sanggup amik risiko dtg ke Malaysia..semata-mata nk cari rezeki...
pi/es: bertuahnya kita
Bayi tersembunyi
Keajaiban yang dapat dilihat dari ciptaan semulajadi ini ialah kewujudan gambaran seorang bayi yang berada dalam kandungan seorang ibu. Jika diperhatikan seorang bayi yang sempurna dalam kandungan ibu jelas dapat dilihat. Jika dilihat bemula dari kanan ia merupakan sepasang kaki bayi seterusnya ke kiri adalah kepala dan sehinggalah muka atau wajah bayi tersebut.
Justeru itu penciptaan alam dan manusia mesti mempunyai matlamat yang utama. Jika tidak, sia-sialah Allah s.w.t. menjadikannya. Sedangkan Allah s.w.t yang bersifat Maha Sempurna tidak akan menjadikan sesuatu yang sia-sia
http://www.angelfire.com/